aku sedang hanyut
Dah 3 minggu aku tak boleh keluar dari rumah. Minggu pertama aku hanya tidur. Tak ada tenaga untuk berbuat apa-apa. Aku cuba cari jalan untuk keluar dari kegelapan ini. Tapi tak tau pasaipa, aku tak boleh cari jalan langsung. Aku tak pernah skip ubat. Tapi rasa kali ini, Seroquel yang dibekalkan macam tak cukup dosnya. Aku kena makan 100mg Seroquel setiap malam, untuk bantu stabilkan bahan kimia dalam otak dan juga tidur kerana ubat ini ada efek sadatif. Tapi walaupun sudah makan ubat, aku masih susah untuk tidur. Rutin aku makan ubat jam 7:30 malam, jadi setelah usai Isya selalunya aku akan automatik tidur. Tapi belenggu depresi ini membuatkan aku hanyut dalam kekosongan sampai 1 atau 2 pagi. Makan, hanya minat makanan ringan yang dibekalkan K. Biskut, yogurt, buah, roti. Dan kerap kali nugget goreng dan fries. Bukan dia tak mau beli nasi, tapi aku m...




