Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Sunday, September 30, 2012

Filem: The Inbetweeners Movie (2011)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************


http://www.imdb.com/title/tt1716772/

Deja-vu menonton filem ini bukan kerana ia asalnya sebuah TV-series tetapi plot tentang kejatuhan moral dan akhlak yang diselit dengan nasihat-nasihat preachy yang kadang-kadang membuatkan perasaan skeptik kita semakin skeptik. Tapi itulah majoriti filem komidi coming of age zaman ini.

 SKOR: 6/10

Saturday, September 29, 2012

Filem: Boyz n the Hood (1991)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt0101507/

Jalan ceritanya mudah dan agak preachy tetapi pada zaman ia dirilis ia membuka mata kepada komuniti kulit hitam di USA tentang cabaran dan harapan komuniti tersebut pada masa mendatang.

SKOR: 8/10

HIGH VOLTAGE at Universiti Teknologi PETRONAS!


29-30th September 2012, 830pm.

performing:

Dirty Deeds Done Dirt Cheap (AC/DC)
Children of the Grave (Black Sabbath)

at the 3rd extra turn during the Putera Sangkar Maut theater.

For tickets and info, CLICK HERE.


Friday, September 28, 2012

EPW for MSc Offshore Engineering

EPW stands for Expert Panel Workshop.

This is the standard procedure for an institution offering a new course as guided by MQA, the governing body for higher learning.

In this workshop, you need to invite the industrial experts from the relevant industries to discuss and comments on the courses offered in the program.

We had nine experts altogether from Petronas, Shell and so on. This is on track with the program going to be offered.

The two days event was conducted smoothly. We got all the comments needed on the first day. On the second day, it is time for the academics to consolidate whatever that have been commented.

Me, as the Program Manager is targetting that this program will be offered in May 2013. If anyone of you who are interested to know more about UTP's MSc in Offshore Engineering, may write to me and I will entertain as much as I could, as this is my baby.

 Repertoire.

 Group 1 with 10 courses to look into.

Group 2 with the other 10 courses.

Yes, Impiana KLCC room is cosy.

Thursday, September 27, 2012

Ulasan: AC/DC Dirty Deeds Done Dirt Cheap CD


Dengan jualan global sebanyak 6 juta unit, album ketiga AC/DC ini letaknya di tangga ketiga dalam tangga kelarisan selepas Highway to Hell dan Back In Black. Dan setelah lagu Back In Black, lagu Dirty Deeds Done Dirt Cheap adalah antara lagu AC/DC paling popular. Saya jamin anda akan menghentak tapak kaki (dalam sedar atau tidak) apabila mendengar lagu ini.

Kulit album ini agak pelik untuk dikaitkan dengan tajuk album. Ikut kata Angus Young sendiri, tajuk Dirty Deeds Done Dirt Cheap ini datangnya dari kartun Beany and Cecil. Mungkin yang dimaksudkan dengan orang yang ditutup mata itu adalah pelanggan si pembunuh upahan yang diceritakan di dalam lagu tersebut.

Seperti mana-mana album AC/DC, bunyinya untuk telinga yang kurang arif, sama saja. Tetapi bagi telinga terlatih, pasti akan memaklumi keunikan lagu Big Balls, Problem Child, Rocker dan Squeler; selain dari lagu tajuk album. Juga yang menarik lagu Ride On yang merupakan satu-satunya lagu balada AC/DC. Sila ambil perhatian lirik double entendre Big Balls yang kelakar itu.

Ini bukanlah album ultimatum AC/DC ketika bersama mendiang Bon Scott tetapi untuk mendengar variasi suara beliau yang lebih bluesy dari rock seperti dalam album Highway To Hell, ini sudah pasti menjadi album reference kerana dua album sebelum ini produksinya agak kureng.


Wednesday, September 26, 2012

Filem: God Bless America (2011)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************


http://www.imdb.com/title/tt1912398/

Badassss punya filem. Scene paling menarik apabila watak utama komplen tentang hipokrasi manusia.

Frank: [On the air] My name is Frank. That's not important. The important question is: who are you? America has become a cruel and vicious place. We reward the shallowest, the dumbest, the meanest and the loudest. We no longer have any common sense of decency. No sense of shame. There is no right and wrong. The worst qualities in people are looked up to and celebrated. Lying and spreading fear is fine as long as you make money doing it. We've become a nation of slogan-saying, bile-spewing hatemongers. We've lost our kindness. We've lost our soul. What have we become? We take the weakest in our society, we hold them up to be ridiculed, laughed at for our sport and entertainment. Laughed at to the point, where they would literally rather kill themselves than live with us anymore.

SKOR: 8/10

Wordless Wednesday: Damn fine amp


This abused amp is Yustech's. Bloody fine amp! Don't judge the amp by its age and look.

Tuesday, September 25, 2012

Yustech loves electronic, music & tools


Who is Yus?

HiFi Tech since 1992
Guitars & Amplifiers Tech since 1999.
Started Teaching since Jan 2000,
Covering basic to modes understanding,
Rockschool tutor since 2006,
Loves Electronic, Music & Tools.

Dia ada blog sebenarnya http://yustech.blogspot.com/

One of the honest guitar-tech guy around.

Saya menghantar gitar GIBSON Explorer yang seingat saya, sudah lebih 3 tahun tidak digodek oleh guitar-tech. Kerana sudah terpikat dengan gaya kerja dan cerita-cerita beliau di dalam blog, saya mengambil keputusan untuk mencuba khidmat beliau.

Kedai (bengkel) beliau bersahaja, menumpang studio jamming yang dibawahnya ada bengkel kereta (atau motor?). Diwar-warkan oleh beliau akan kecil dan 'bersepahnya' ruang kerja beliau. Saya perhatikan sendiri, tidaklah begitu. Selain dari meja kerja yang bertaburan tools, lainnya OK. Gitar untuk dikerjakan beliau tersusun baik. Ini sudah cukup menunjukkan bahawa beliau 'menghormati' gitar yang dihantar, walaupun sekadar cap ayam.

Lebih kurang 3 minggu kemudian saya kembali untuk mengambil gitar tersebut. Oh ya, gitar saya tiada masalah besar cuma sekadar intonasi lari pada beberapa fret. Beliau membetulkannya, mengganti tali gitar dan polish body. Polish body itu adalah ekstra tanpa bayaran ekstra. Fizikal gitar memang agak terbiar dan saya membiarkannya begitu. Samada beliau melakukannnya untuk menghabiskan masa bosan berseorangan di dalam bengkel atau memang sifat prihatin suci yang hadir dari hati, itu bukanlah masalah. Saya berterima kasih atas kerja ekstra tersebut.

Saya menghabiskan masa hampir sejam bersembang gitar dengan beliau. Saya tiada soalan ujian untuk beliau kerana saya memang tidak mahir dalam hal gitar. Tetapi saya membawa borak kami ke arah menerbit idea-idea baru yang mungkin bermanfaat dalam industri penggitaran negara.

Pengalaman kerja beliau selama 7 tahun dalam bidang elektronik dan 11 tahun dalam bidang penggitaran sudah cukup membuktikan kredibiliti beliau. Cuma suka saya syorkan untuk ditambah dengan metod dan olahan yang lebih saintifik walaupun tidak memerlukan ijazah diploma atau sarjana muda. Saya memerhatikan sedikit masalah dalam menafsirkan ayat manusia untuk diterjemah ke dalam bentuk analog ataupun digital. Ia memerlukan olahan fizik dan matematik. Tetapi mungkin saya agak melampau, kerana kebanyakan pemain gitar peduli apa dengan semua itu hahaha...

Ditambah dengan humbleness dan frankness beliau dalam mengkomen, saya berasa beliau layak dengan kerja beliau. My certificate of approval goes to this cool dude. Hopefully he will not turn back to an asshole he was a few years ago hahaha...




Monday, September 24, 2012

Teater Putera Sangkar Maut di Multipurpose Hall, UTP 29 - 30 September 2012


Saya akan cuba memecahkan telinga penonton dengan persembahan band rock goyang kaki ketika intermission:

1. Dirty Deeds Done Dirt Cheap (AC/DC)
2. Children Of The Grave (Black Sabbath)

Dari kumpulan teater paling aktif di Perak, Tronoh Theater Shop.

Posting berkaitan = TEATER.

*Lagu telah disahkan dan dipersetujui oleh Tuan Direktor.

Ulasan: MORTUARY ANCESTOR Tribulation Ceremony DVD

Mortuary Ancestor tidaklah asing bagi peminat muzik Metal underground tempatan. Jika tidak pernah mendengar lagu-lagu mereka pun sekurang-kurangnya pernah mendengar nama band dari Sarbah ini. Mungkin disebabkan itu, sudah tiba masanya untuk mereka meriliskan DVD live show mereka.

DVD ini menampilkan dua show pada tahun 2011 dan 2012 yang berlaku di Sabah. Kedua-duanya menampilkan 6 buah lagu yang tiada banyak beza kecuali satu lagu dan turutannya. 4 buah lagu sendiri dan 2 cover dari Morbid Angel (Days of Suffering) dan Trapped In A Corner (Death). Kelihatan mereka mahir dengan instrumen mereka bukan saja dalam membawa lagu sendiri dalam bentuk asal malah cover songs yang mencabar juga diolah dengan baik sekali. Saya memberi perhatian lebih kepada lagu Death yang dimainkan. Syabas.

Namun, rakaman secara amatur menghasilkan gambar yang kabur dan kurang jelas. Ini sepatutnya bukanlah rilisan official kerana kualiti rakaman dan audio adalah sama taraf dengan rakaman amatur youtube. Untuk peminat Mortuary Ancestor, ini adalah satu milikan wajib tetapi bagi pengekor keluar masuk, mungkin akan kecewa jika meletakkan harapan yang terlampau tinggi untuk DVD ini.

http://www.facebook.com/MortuaryAncestor