Eberechi Eze
|
Eze pada 2018 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Eberechi Oluchi Eze | ||
| Tarikh lahir | 29 Jun 1998 | ||
| Tempat lahir | Greenwich, London Raya, England | ||
| Ketinggian | 5 kaki 10 inci (1.78 m)[1] | ||
| Posisi permainan | Pemain tengah menyerang | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Arsenal | ||
| Nombor | 10 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2006–2011 | Arsenal | ||
| 2011–2014 | Fulham | ||
| 2014 | Reading | ||
| 2014–2016 | Millwall | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2016–2020 | Queens Park Rangers | 104 | (20) |
| 2017–2018 | → Wycombe Wanderers (pinjam) | 20 | (5) |
| 2020–2025 | Crystal Palace | 147 | (34) |
| 2025– | Arsenal | 24 | (6) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2018–2019 | England B20 | 5 | (0) |
| 2019–2021 | England B21 | 8 | (1) |
| 2023– | England | 16 | (3) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:38, 4 Mac 2026 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11:16, 17 November 2025 (UTC) | |||
Eberechi "Ebere" Oluchi Eze (/əˈbɛərəˌtʃi ˈɛzə/ ə-BAIR-ə-tchee-_ ⓘ;[2][3] lahir 29 Jun 1998) ialah seorang pemain bola sepak profesional dari England yang bermain sebagai pemain tengah menyerang untuk kelab Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris serta pasukan kebangsaan England.
Produk beberapa akademi bola sepak di England, Eze memulakan kerjaya seniornya bersama Queens Park Rangers pada tahun 2016. Beliau mula menyerlah pada musim 2019–20 apabila menjaringkan 14 gol dan dinamakan sebagai Pemain Terbaik Kelab pada musim tersebut. Selepas itu, beliau ditandatangani oleh Crystal Palace dengan yuran perpindahan sebanyak £17 juta.
Sepanjang bersama Crystal Palace, Eze membuat lebih daripada 150 penampilan untuk kelab tersebut. Beliau juga menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan akhir Piala FA 2025, sekali gus menghadiahkan trofi utama pertama dalam sejarah kelab. Selepas memenangi Perisai Komuniti FA 2025 bersama Crystal Palace, beliau menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak £67.5 juta.
Bekas pemain antarabangsa peringkat remaja England, Eze membuat penampilan sulung bersama pasukan senior pada tahun 2023. Beliau kemudian mewakili negaranya dalam