Pergi ke kandungan

Keisuke Honda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keisuke Honda
Honda bersama Jepun di Piala Dunia FIFA 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Keisuke Honda[1]
Tarikh lahir (1986-06-13) 13 Jun 1986 (umur 40)
Tempat lahir Settsu, Osaka, Jepun
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah serangan, Pemain sayap, Penyerang
Kerjaya remaja
1994–1998 Settsu FC
1999–2001 Gamba Osaka
2002–2004 Seiryō High School
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2007 Nagoya Grampus Eight 90 (11)
2008–2009 VVV-Venlo 68 (24)
2010–2013 CSKA Moscow 94 (20)
2014–2017 AC Milan 81 (11)
2017–2018 Pachuca 29 (10)
2018–2019 Melbourne Victory 18 (7)
2019 Vitesse 4 (0)
2020 Botafogo 22 (3)
2021 Neftçi Baku 7 (2)
2021– FK Sūduva 6 (1)
Pasukan kebangsaan‡
2005 Jepun B20 1 (0)
2006–2008 Jepun B23 18 (5)
2008–2018 Jepun 97 (37)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 April 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16:37, 24 Jun 2018 (UTC)

Keisuke Honda (本田 圭佑, Honda Keisuke, lahir 13 Jun 1986) ialah seorang pemain bola sepak profesional Jepun yang bermain untuk FK Sūduva di A Lyga, dan beliau juga berkhidmat sebagai pengurus besar dan jurulatih pasukan kebangsaan Kemboja.[3] Beliau bermain sebagai pemain tengah serangan, tetapi boleh juga bermain sebagai penyerang kedua atau perancang dalam.[4] Beliau juga dikenali kerana sepakan percumanya, menggelecek dan pakar bola mati.

Beliau telah mendapat lebih daripada 50 kap antarabangsa sejak 2008, bermain ketika Piala Dunia FIFA 2010 dan memenangi Piala Asia 2011, dimana beliau diundi sebagai Pemain Terbaik Pertandingan.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

VVV-Venlo

[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Januari 2008, Honda menandatangani persetujuan dua tahun setengah bersama kelab Eredivisie, VVV-Venlo.[5][6] Ketika enam bulan pertamanya di VVV, beliau merasai pengalaman penyingkiran buat kali pertama dalam karier professionalnya selepas kelab barunya itu jatuh ke Eerste Divisie, liga divisyen kedua. Pada musim 2008–09, beliau menjaringkan 16 gol dalam 36 penampilan liga untuk membantu kelabnya kembali ke Eredivisie.[7] Beliau dikenali sebagai "Keizer Keisuke" (bermasuk "Maharaja Keisuke") oleh penyokong kelab itu.[8]

CSKA Moscow

[sunting | sunting sumber]

Ketika akhir bulan Disember 2009, Honda berpindah ke kelab Rusia, CSKA Moscow. Honda menandatangani kontrak 4 tahun.[9] Yuran perpindahan tidak didedahkan, tetapi VVV-Venlo dikatakan sangat berpuas hati dengan bayaran kerana ia hampir menyamai harga yang diminta mereka; ianya dipercayai sekitar €6 juta.[8] Honda membuat kemunculan sulung untuk CSKA dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Sevilla.[10] Ketika perlawanan kedua di Seville, beliau menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma untuk CSKA selepas membuat bantuan gol pertama untuk Tomáš Necid. Ini memberikan kemenangan 2-1 (3-2 secara agregat) untuk menghantar kelab itu ke suku akhir, menjadikan Honda pemain Jepun pertama untuk berada di peringkat suku akhir dan juga yang pertama untuk menjaringkan gol dalam peringkat kalah mati. Honda menjaringkan gol liga pertamanya pada 12 Mac 2010, dalam perlawanan di tempat sendiri menentang Amkar Perm. Beliau menjaringkan gol pada minit ketiga masa kecederaan selepas hantaran dari Necid. Dengan gol itu, beliau memberikan kemenangan untuk CSKA Moscow.

Honda mendapat kejayaan pertamanya dengan CSKA pada 22 Mei 2011, masuk menggantikan Alan Dzagoev pada separuh masa kedua ketika kemenangan 2-1 ke atas Alania Vladikavkaz dalam perlawanan akhir Piala Rusia.[11] Beliau menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama ketika perlawanan CSKA menentang Krylia Sovetov tiga hari kemudian, perlawanan itu berakhir dengan kemenangan kelabnya 3-0.[12] Pada 16 September 2012, Honda menjaringkan dua gol menerusi hantaran dari Ahmed Musa, menjaringkan satu-satunya gol ketika kemenangan liga ke atas Alania.[13]

Honda menjaringkan gol untuk CSKA dalam Piala Super Russia 2013

Pada 13 Julai 2013, Honda menjaringkan gol pertama dan ketiga CSKA ketika kemenangan 3-0 kelab itu ke atas Zenit dalam perlawanan Piala Super Rusia di Rostov.[14] Ketika tingkap perpindahan musim panas 2013, beliau memasuki enam bulan akhir kontraknya bersama CSKA dan bebas untuk berbincang dengan kelab lain, menyatakan minatnya untuk berpindah ke kelab yang lebih besar. Pada 11 Disember 2013, CSKA mengumumkan bahawa berakhirnya masa Honda di kelab itu. [15]

Pada 27 Oktober 2013, pengurus Milan, Massimiliano Allegri mengumumkan perjanjian untuk Honda menyertai Milan secara perpindahan percuma pada bulan Januari 2014.[16][17] Honda secara rasmi menyertai kelab itu pada 4 Januari 2014 dengan kontrak sehingga bulan Jun 2017 dan akan memakai jersi nombor 10.[18][19]

Pada 12 Januari 2014, Honda membuat kemunculan sulung dengan masuk menggantikan Robinho ketika kekalahan 4–3 perlawanan Serie A kepada Sassuolo. Pada 15 Januari, Honda membuat kemunculan penuh yang pertamanya untuk Milan,[20] menjaringkan gol ketika kemenangan 3–1 perlawanan suku akhir Coppa Italia menentang Spezia.[21] Beliau menjaringkan gol pertamanya dalam Serie A ketika perlawanan Genoa-Milan, yang dimenangi kelab Rossoneri 1-2.[22] Sumbangan Honda kepada Milan pada separuh kedua musim 2013-14 dianggap mengecewakan, dan beliau sendiri menyatakan bahawa "ini bukan saya."[23]

Pada 31 Ogos 2014, Honda menjaringkan gol untuk Milan menentang Lazio. Honda kemudiannya menjaringakn gol ketika menentang Parma membantu Milan menang perlawanan itu 5-4. Honda membuat bantuan gol pembukaan kepada Bonaventura dan menjaringkan gol menerusi tandukan untuk memberikan Milan pendahulan, menerusi hantaran Ignazio Abate. Ketika perlawanan seterusnya Milan menentang Empoli, Honda menjaringkan gol untuk Milan pada 23 September 2014.[24]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Honda beraksi untuk Jepun

Karier senior

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan ahli pasukan Jepun untuk Piala Dunia Remaja FIFA 2005 dan bermain untuk pasukan B-23 kebangsaan, yang layak ke pertandingan akhir Olimpik Musim Panas 2008. Beliau membuat kemunculan penuh sulungnya untuk Jepun pada 22 Jun 2008 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Bahrain. Pada 14 Julai 2008, beliau dinamakan dalam skuad B-23 Jepun untuk Sukan Olimpik Beijing.