Pergi ke kandungan

Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Transkripsi lain
  Tulisan Jawiكوالا لمڤور
  Cina吉隆坡
Jílóngpō (Hanyu Pinyin)
Gātlùhngbō (Perumian Kantonis Yale)
Gat1 lung4 bo1 (Jyutping)
  Tamilகோலாலம்பூர்
Kōlālampūr (Transliterasi)
Motto: 
Bersedia Menyumbang Bandaraya Cemerlang
Anthem: Maju dan Sejahtera
Map
   Kuala Lumpur di    Malaysia
Koordinat: 03°08′52″U 101°41′43″T / 3.14778°U 101.69528°T / 3.14778; 101.69528
NegaraMalaysia
Ditubuhkan1857
Dikurniakan status bandar raya1972[1]
Dijadikan Wilayah Persekutuan1974
Kerajaan
  TypePemerintahan persekutuan
dengan kerajaan tempatan
  BodyDewan Bandaraya Kuala Lumpur
  Datuk BandarMaimunah Mohd Sharif
[2]
Keluasan
243 km2 (94 batu persegi)
  Metro
2,243.27 km2 (866.13 batu persegi)
Ketinggian21.95 m (72 ft)
Highest elevation302 m (991 ft)
Penduduk
 (2024)[5]
2,075,600
  Kepadatan8,500/km2 (22,000/batu persegi)
  Bandar
8,403,775
  Metro8,815,630
  Kepadatan metro2,708/km2 (7,010/batu persegi)
KDNK (2023)[7]
  Wilayah PersekutuanRM 277.519 billion (US$60 billion)
  MetroRM 727.790 billion (US$160 billion)
Indeks bandar
  IPM (2023)0.890 (sangat tinggi) (Pertama)[8]
Zon waktuUTC+8 (WPM)
  Musim panas (WMP)UTC+8 (Tiada)
Poskod
50xxx hingga 60xxx
68xxx
Waktu suria minUTC+06:46:48
Kod panggilan kebangsaan03
Awalan nombor plat kenderaanVxx dan Wxx (semua kenderaan kecuali teksi)
HWx (teksi sahaja)
ISO 3166-2MY-14
Bahasa rasmiBahasa Melayu
Tapak sesawangwww.dbkl.gov.my

Kuala Lumpur[a] (Jawi: كوالا لمڤور: singkatan: KL)[9] atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah bandar raya[1] terbesar di Malaysia serta ibu kotanya. Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas 243 km2 (94 bt2) terletak dalam negeri Selangor sebagai sebuah wilayah persekutuan[10] dan diduduki 2,075,600 orang penduduk setakat 2024.[11] Kuala Lumpur dirangkumkan dalam kawasan metropolitan besar Lembah Klang yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor dan diduduki 8.9 juta orang,[12] dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di Asia Tenggara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[13]

Kuala Lumpur menempatkan Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999.[14] Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kuala Lumpur juga menempatkan kediaman rasmi bagi Ketua Negara Malaysia, Yang di-Pertuan Agong iaitu Istana Negara. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan, pelancongan, pendidikan, perundangan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat.[15] Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandar raya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[16]

Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998, Sukan Asia Tenggara 2017 dan Kejohanan Dunia Formula Satu.[17] Selain itu, di bandar ini juga berdirinya bangunan kedua tertinggi di dunia dan pertama di Asia Tenggara iaitu Menara Merdeka 118 dan yang paling terkenal ialah menara berkembar tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas.[18]

Kuala Lumpur dihubungkan dengan negara dan kawasan lain oleh dua buah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya menyediakan penerbangan domestik. Kuala Lumpur juga dapat dihubungkan dengan kawasan bandar yang berdekatan seperti Petaling Jaya melalui Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Penduduk bandar ini boleh mengunjungi kawasan lain di Semenanjung dengan perkhidmatan rel melalui Kuala Lumpur Sentral.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]
Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak (kiri) dan Sungai Klang (kanan) pada tahun 2014.

Kuala Lumpur dipercayai dinamakan bersempena dengan Sungai Lumpur, di mana pada tahun 1820-an, satu kawasan bernama Sungai Lumpor dikatakan merupakan pusat pengeluaran bijih timah terpenting di Sungai Klang. Semasa zaman British, sungai tersebut dibagi nama 'Treacher Valley Stream' merujuk kepada William Hood Treacher, seorang pentadbir British.[19]

Terdapat juga pendapat lain yang menyatakan bahawa nama asal Kuala Lumpur adalah Sungai Lumpur dan "Pengkalan Lumpur",[20] sama seperti Klang yang pernah digelar "Pengkalan Batu".[21]

Gabungan sejarah
Selangor 1857–1974

Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1895–1942; 1945–1946
Empayar Jepun 1942–1945
Malayan Union 1946–1948
Persekutuan Tanah Melayu 1948–1963

Malaysia 1963–kini

Sutan Puasa yang berasal dari Sumatera, muncul sebagai peneroka utama dan pengasas sebenar kota Kuala Lumpur jauh sebelum era Kapitan ke-3, Yap Ah Loy sepertimana yang dinyatakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim.[20][22][23] Sutan Puasa membangunkan perkampungan di pertemuan Sungai Gombak yang dulunya dikenali sebagai Sungai Lumpur dan Sungai Klang dimana penempatan ini dipanggil sebagai Pengkalan Lumpur dan akhirnya meletakkan asas ekonomi bagi bandar raya yang sibuk pada hari ini.[20][22][23]

Sutan Puasa yang berasal dari Sumatera, muncul sebagai peneroka utama dan pengasas sebenar kota Kuala Lumpur pada 1830-an yang jauh sebelum muncul Yap Ah Loy sepertimana yang dinyatakan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim.[20][22][23] Pelopor masyarakat Mandailing ini membangunkan perkampungan di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, meletakkan asas ekonomi bagi bandar raya yang sibuk pada hari ini.[20][22][23]

Sejarah awal Kuala Lumpur sering kali dikaitkan dengan tokoh-tokoh Kapitan Cina.[20][23] Namun, kajian sejarah yang mendalam seperti yang diketengahkan dalam buku "Sutan Puasa: Founder of Kuala Lumpur" nukilan Abdur-Razzaq Lubis telah merungkai naratif sebenar.[20][23][24] Sutan Puasa, atau nama penuhnya Sutan Naposo bin Raja Ira Koling, adalah tokoh peribumi yang berhijrah dari Sumatera akibat pergolakan Perang Padri.[22] Beliau sampai di kawasan yang kini dikenali sebagai ibu negara ketika ia masih lagi hutan belantara yang belum diteroka oleh sesiapapun pada 1830-an.[22][23]

Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah,[25] mengupah buruh Cina untuk membuka lombong bijih timah yang baru dan skala lebih besar.[26] Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang.[26] Sungai Gombak dahulunya dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur.[20] Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.

Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak krisis dan kemelut yang berlaku di Kuala Lumpur, terutamanya permusuhan antara puak pelombong Cina dan Melayu dalam menguasai lombong-lombong timah sehingga mencetuskan Perang Saudara Selangor, di samping penyebaran wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir.[26] Sekitar 1870-an, pengasas Kuala Lumpur, Raja Abdullah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah kawasan terpencil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan.[27] Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.[28]

Pembinaan semula

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1881, kebakaran besar telah berlaku di Kuala Lumpur disusuli banjir besar, memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. Residen British di Selangor, Frank Swettenham, bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina daripada batu-bata dan jubin sahaja.[28]

Kapitan Yap Ah Loy telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota dan menyarankan penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota Kuala Lumpur. Tempat tersebut kini dikenali Brickfields. Kebanyakan bangunan batu yang baharu menyerupai seni bina rumah kedai di China Selatan, menyerlahkan seni bina eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan pembinaan landasan kereta api yang siap dibina pada 1886. Yap Ah Loy seterusnya telah membelanjakan wang sejumlah $20,000 untuk membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut merangkumi Jalan Ampang, Jalan Pudu dan Jalan Petaling yang kini merupakan jalan raya utama kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh Yap Ah Loy. Sebagai seorang Kapitan Cina, kuasa pentadbiran yang dimilikinya setaraf pembesar Melayu, di mana beliau boleh menggubal undang-undang dan peraturan serta menyusun semula struktur penempatan.

Yap Ah Loy, seorang Kapitan Cina berpengaruh di Kuala Lumpur

Perkilangan tepung ubi turut dibangunkan di Jalan Petaling. Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad juga mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Beliau juga telah menegakkan keamanan dan ketenteraman kota dengan bantuan hanya enam orang polis dan beliau turut membina penjara yang mampu memuatkan 60 tahanan pada suatu masa.[29] Beliau juga menggalakkan orang Melayu berusaha padi di sekitar kota untuk menampung pembangunan kota. Berikutan kepesatan pembangunan pada 1890-an, sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) telah diwujudkan di Kuala Lumpur. Pada tahun 1896, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baharu..[30]

Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]
Tentera Jepun membersihkan jalanan Kuala Lumpur ketika Perang Dunia II.

Pelbagai komuniti berlainan bangsa mula mewujudkan penempatan di serata Kuala Lumpur. Kaum Cina menetap di sekitar pusat perdagangan Medan Pasar (Market Square) di timur Sungai Klang, ke arah Pekan Cina (Jalan Petaling). Kaum Melayu, Chettiar India, dan India Muslim pula menetap di sepanjang Java Street (kini Jalan Tun Perak). Padang yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka, merupakan pusat pejabat pentadbiran British.[26]

Ketika Perang Dunia Kedua, Kuala Lumpur telah ditawan oleh tentera Jepun pada 11 Januari 1942 dan menguasainya bersama seluruh Tanah Melayu. Pemerintahan Jepun berakhir pada 15 Oktober 1945, setelah panglima besar Tentera Kawasan Ketujuh Jepun di Singapura dan Tanah Melayu, Seishirō Itagaki, menyerah kalah kepada pentadbir British selepas pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki.[31] Kuala Lumpur menempuhi zaman peperangan yang mendorong kepada kejatuhan nilai getah dan timah, dan zaman darurat ketika Tanah Melayu berdepan dengan pemberontakan komunis.[28] Setelah Jepun menyerah kalah, Kuala Lumpur kembali dijadikan ibu negara bagi Pentadbiran Tentera British dan Malayan Union. Setelah Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur terus dijadikan ibu negara sehinggalah Tanah Melayu merdeka dari pemerintahan British pada tahun 1957.[32] Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Pasca kemerdekaan

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mei 1969, satu rusuhan kaum telah tercetus antara kaum Melayu dan Cina di Kuala Lumpur.[33] Rusuhan yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei ini tercetus akibat ketidakpuasan hati orang Melayu dengan kedudukan sosiopolitik mereka. Rusuhan ini menyebabkan 196 orang terkorban,[33] lantas menyebabkan pembaharuan besar dalam dasar ekonomi negara untuk keadilan sosial yang menyeluruh.

Kuala Lumpur mencapai status bandar raya pada tahun 1972,[34] menjadikannya petempatan pertama di Malaysia yang dikurniakan status itu sejak mencapai kemerdekaan. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur telah dijadikan Wilayah Persekutuan yang pertama,[35] dan dipisahkan daripada pemerintahan negeri Selangor bagi pemerintahan langsung kerajaan pusat. Ibu negeri Selangor juga telah dipindahkan ke Shah Alam pada tahun 1978.[36] Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan juga pusat kerajaan persekutuan Malaysia.[37] Fungsi-fungsi pentadbiran dan kehakiman kerajaan beralih dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Namun begitu, Kuala Lumpur masih mengekalkan fungsi perundangan,[38] dan juga kekal sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong.[39]

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Kerajaan tempatan

[sunting | sunting sumber]

Tugas pentadbiran Kuala Lumpur berada di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebuah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.[40] DBKL bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan awam, pelupusan dan pengurusan sampah dan bahan buangan, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan kawalan pembinaan, pembangunan sosial dan ekonomi dan penyelenggaraan prasarana bandar secara amnya. Kuasa eksekutif dipegang oleh Datuk Bandar yang dilantik untuk penggal dua tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan. Sistem perlantikan datuk bandar ini diamalkan sejak pilihan raya kerajaan tempatan digantung pada tahun 1970.[41]

Sejak penubuhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 1972, seramai 15 orang Datuk Bandar telah dilantik.[42] Datuk Bandar Kuala Lumpur yang terkini ialah Maimunah Mohd Sharif yang telah memegang jawatan sejak 15 Ogos 2024.[43]

Bangunan Parlimen Malaysia yang terletak di Jalan Parlimen.

Kuala Lumpur menempatkan Parlimen Malaysia yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kuala Lumpur merangkumi 11 kawasan Parlimen yang diwakili dalam Dewan Rakyat. Ahli-ahli Parlimen tersebut dipilih dalam pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun.

Berikut merupakan senarai perwakilan Kuala Lumpur dalam Dewan Rakyat;

Kod Parlimen Penyandang Parti
P114 Kepong Lim Lip Eng (林立迎) Pakatan Harapan (DAP)
P115 Batu Prabakaran Parameswaran
(பிரபாகரன் பரமேஸ்வரன்)
Pakatan Harapan (PKR)
P116 Wangsa Maju Zahir Hassan Pakatan Harapan (PKR)
P117 Segambut Hannah Yeoh Tseow Suan Pakatan Harapan (DAP)
P118 Setiawangsa Tiada Tiada
P119 Titiwangsa Johari Abdul Ghani Barisan Nasional (UMNO)
P120 Bukit Bintang Fong Kui Lun (方贵伦) Pakatan Harapan (DAP)
P121 Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil Pakatan Harapan (PKR)
P122 Seputeh Teresa Kok Suh Sim(郭素沁) Pakatan Harapan (DAP)
P123 Cheras Tan Kok Wai (陈国伟) Pakatan Harapan (DAP)
P124