Pisang kipas
| Pisang kipas | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Nama binomial | |
| Ravenala madagascariensis |
Pisang kipas (nama botani: Ravenala madagascariensis) merupakan sejenis pokok dalam genus Ravenala dalam keluarga Strelitziaceae yang tumbuh asal di Madagaskar.[1] Pelepahnya menakung air yang boleh diguna sewaktu kecemasan. Air ini juga pernah dijadikan minuman oleh pengembara pada zaman dahulu.[2]
Gambaran
[sunting | sunting sumber]Bentuk daunnya seperti kipas bertangkai panjang seperti daun pisang menghadap satu arah. Bunganya putih besar menyerupai spesies-spesies Strelitzia reginae dan Strelitzia nicolai, tetapi dianggap secara umum sebagai kurang menarik, dengan bingkai hijau.[3] Dikawasan tropika dan separa tropika, ia sering di tanam bagi rimbunan dan habitatnnya. Ketika pokok semakin tua, daun terendah dan tertua gugur mendedahkan batang kelabu yang kukuh. Pokok tumbuh setinggi 3 hingga 9 meter dan batangnya kukuh. Pelepahnya bertindih-tindih dan keluar dari kiri dan kanan batang dengan daun yang mempunyai tetulang. Pokok ini tidak berbunga kecuali di tempat asalnya kerana perbezaan iklim. Sulur tumbuh daripada bahagian pangkal pokok induk. Akarnya jenis merayap. Pokok ini boleh dijadikan tanaman hiasan.
Ekologi
[sunting | sunting sumber]Kandau bulu (genus Varecia) merupakan pendebunga yang diketahui bagi tumbuhan ini, dan berdasarkan saiz dan struktur perbungaan, dan juga pemilihan kandau, kaedah makan dan muncung panjang, hubungan ini dipercayai berevolusi bersama.[4]
Walaupun pokok ini digelar "Traveller's Palm" dalam bahasa Inggeris, ia sebenarnya bukan pokok palma (keluarga Arecaceae) tetapi tergolong dalam famili pisang dalam pengelasan lama dan dalam (Strelitziaceae) bagi pengelasan baru. Satu lagi penjelasan yang mungkin adalah ia tumbuh secara semulajadi dalam kedudukan barat-timur, membentuk kompas kasar.[5] Ravenala madagascariensis merupakan ahli tunggal dalam genus ini dan berkait rapat dengan genus Afrika Selatan Strelitzia dan genus Amerika Selatan Phenakospermum. Sesetengah pengelasan dahulu turut memasukkan genera ini dalam keluarga (Musaceae) pisang. Sungguhpun ia biasanya dianggap spesies tunggal, empat bentuk berbeza telah dibezakan.[6][7]
Galeri
[sunting | sunting sumber]- Pemandangan pokok Pisang Kipas secara dekat
- Habitus
- Pemandangan di kawasan biasa
- Pemandangan di kebun
- Spesimen di Zürich Zoologischer Garten
- Butiran struktur daun
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Sargent, Charles Sprague (July 1893). "Foreign Correspondence: London Letter". Garden and Forest: A Journal of Horticulture, Landscape Art and Forestry. Garden and Forest Publishing Company. 6 (282): 304-306.
- ↑ McLendon, Chuck (May 16, 2000). "Ravenala madagascariensis". Floridata. Dicapai pada September 14, 2009.
- ↑ M. Calley, R. W. Braithwaite and P. G. Ladd (1993). "Reproductive Biology of Ravenala madagascariensis Gmel. as an Alien Species". Biotropica. 25 (1): 61–72.
- ↑ Garbutt, Nick (2007). Mammals of Madagascar, A Complete Guide. A&C Black Publishers. m/s. 170–175. ISBN 978-0-300-12550-4.
- ↑ "Botanical Journeys Plant Guides". www.botanical-journeys-plant-guides.com. 2008-2010. Dicapai pada Feb 28, 2011}. Check date values in:
|accessdate=(bantuan) - ↑ Patrick Blanc, Nelson Rabenandrianina, Annette Hladik, and Claude Marcel Hladik (1999). "Les formes sympatriques et allopatriques du genre Ravenala dans les forêts et les milieux ouverts de l'est de Madagascar". Revue d'Ecologie, Terre et Vie. 54: 201–223.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ↑ P. Blanc, A. Hladik, N. Rabenandrianina, J.S. Robert and C.M. Hladik (2003). "Strelitziaceae: The variants of Ravenala in natural and anthropogenic habitats". Dalam Goodman, S.M. & Benstead, J. (penyunting). The Natural History of Madagascar (PDF). The University of Chicago Press, Chicago & London. m/s. 472–476.CS1 maint: multiple names: authors list (link)