Shinjirō Koizumi
Shinjirō Koizumi | |
|---|---|
小泉 進次郎 | |
Potret rasmi, 2020 | |
| Menteri Alam Sekitar | |
| Dalam jawatan 11 September 2019 – 2 Oktober 2021 | |
| Perdana Menteri | Shinzo Abe Yoshihide Suga |
| Didahului oleh | Yoshiaki Harada |
| Digantikan oleh | Tsuyoshi Yamaguchi |
| Ahli Dewan Perwakilan bagi daerah ke-11 Kanagawa | |
| Menyandang jawatan 31 Ogos 2009 | |
| Didahului oleh | Junichirō Koizumi |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 14 April 1981 Yokosuka, Kanagawa, Jepun |
| Parti politik | Parti Demokratik Liberal |
| Pasangan | Christel Takigawa |
| Tempat belajar | Universiti Kanto Gakuin Universiti Columbia |
Shinjirō Koizumi (小泉 進次郎, Koizumi Shinjirō, lahir 14 April 1981) ialah ahli politik Jepun yang merupakan ahli Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Demokratik Liberal (LDP). Beliau merupakan anak kedua kepada mantan Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi dan beliau merupakan Menteri Alam Sekitar Jepun pada 11 September 2019 sehingga 4 Oktober 2021, menjadikan beliau sebagai menteri ketiga termuda yang dilantik di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.[1] Beliau kemudiannya diganti oleh Tsuyoshi Yamaguchi ketika Fumio Kishida menjadi Perdana Menteri Jepun yang baharu, menggantikan Yoshihide Suga.
Pendidikan[2]
[sunting | sunting sumber]- 2006 – Universiti Columbia, Sekolah Siswazah Seni dan Sains (MA)
- 2004 – Universiti Kanto Gakuin, Kolej Ekonomi
Kerjaya[3]
[sunting | sunting sumber]- Mei 2025 – Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
- Oktober 2024 – Dipilih ke Dewan Perwakilan (Pilihan Raya Umum ke-50)
- Januari – September 2024 – Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Keselamatan Negara, Dewan Perwakilan
- Oktober 2021 – Dipilih ke Dewan Perwakilan (Pilihan Raya Umum ke-49)
- September 2019 – Oktober 2021 – Menteri Alam Sekitar
- – Menteri Negara bagi Persediaan Kecemasan Nuklear
- Oktober 2017 – Dipilih ke Dewan Perwakilan (Pilihan Raya Umum ke-48)
- Disember 2014 – Dipilih ke Dewan Perwakilan (Pilihan Raya Umum ke-47)
- September 2013 – Oktober 2015 – Timbalan Menteri Parlimen, Pejabat Kabinet
– Timbalan Menteri Parlimen bagi Pemulihan
- Disember 2012 – Dipilih ke Dewan Perwakilan (Pilihan Raya Umum ke-46)
- Ogos 2009 – Dipilih ke Dewan Perwakilan (Pilihan Raya Umum ke-45)
- September 2007 – Julai 2009 – Setiausaha kepada En. KOIZUMI Junichiro, Ahli Dewan Perwakilan
- Jun 2006 – Mei 2007 – Penyelidik di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Shinjiro Koizumi: A rising star in Japanese politics". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 14 September 2019. Dicapai pada 15 September 2019.
- ↑ "koizumi shinjiro".
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link) - ↑ "koizumi shinjiro".
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak sesawang rasmi (Jepun)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.