Wednesday, May 30, 2007

Betul ke?

Semalam baru aku dengar, orang kata kalu baby tumbuh gigi atas dulu, kena wat pulut kuning, supaya besar nanti tak meninggi diri or supaya ibu bapa tak mengikut cakap dia jer. Betul ke? Hani 'Adalia tumbuh gigi atas dulu. Jangan lah besar nanti jadi sorang yang hidung tinggi, sombong or manggok oghe kelate kato. Mintak simpang lah. Tapi betul ke?

Monday, May 28, 2007

Ke'Demam'an

Wa ke'demam'an selama seminggu lebih. Uwaa..... Hilang syok bercuti. Punyalah lama menghilangkan diri dari office. Ni kiranya demam yang paling teruk pernah melanda sepanjang aku wujud kat muka bumi ni. Teruk in terms of kepanjangan masanya untuk kebah. Is it a sign that I am already old? That my antibody takes a longer time to fight the illness? And the recovery period semakin bertambah? Is it? Is it? Well, if it is so, then I better prepare myself. Before this tak pernah eden nak mengambil apa2 supplement, but from now on, I have to take really good care of myself. I notice that after giving birth, my health has deteriorate down the graph. Every month mesti sakit. Ini tak boleh jadi. I'm not drinking, I'm not smoking, I don't do drugs, but I didn't exercise either or leading a healthy lifestyle. So That must be it. Aku mau hidup lama ya Allah. Ingin lihat anak(s) aku membesar.
Masa sampai Kuching punyalah excited. My first time there, but not for others. Hubby lagi la, touch down jer, sms yang masuk bertubi2. Kengkawan sekolah lama. semua ajak ronggeng. Every nite sepanjang kat Kuching hubby tak miss nye beronggeng, till 3-4 pagi. Biar ler. At least berbaloi gi sana jauh2, lepas gian jumpa kengkawan. Tapi satu yang tak leh tahan, dengar hubby cakap Saghawak. Kehkeh! Kalu dia on the fon, musti aku sibuk nak dengar dia sembang, pastu tersengeh cam kerang busuk. Kelakar campur kagum.
First day, round2 tempat2 nostalgia diorang dulu. Tengok perubahan. Round rumah lama. Teruja sungguh diorang ni ngan Jalan Gold Jade. Sabor je lah. Lepak kat waterfront, makan mee kolok. Aku tanya hubby apa yang special, jawabnya mee kolok.
Second day, round sampai Santubong, Damai Beach, Sekolah lama hubby, round rumah lama lagi, gi Kampung budaya. Tapi tak masuk pun sebab mahal ya amat. Konpius aku apasal mahal cam gitu. RM65 per adult, Rm30 per child. Camno nak menggalakkan pelancongan kalu entrance fee mahal cam gitu? Ambik gambar kat luar jer la.
Third day, gi Politeknik hubby. Ni pun jauh nun kedalam kampung. Pastu tengok Gunung Santubong dari jauh. Cantik pemandangan. Sib baik tak jumpa Puteri Santubong. Then gi Muzium. Yes! Aku nye idea la tu. Suka gak masuk Muzium ni. Baby excited kenmain masuk Muzium. Lepas posing2, gi Indian Street tapi tak de benda menarik sangat pun. Pastu, gi la shopping souvenir kat Waterfront. Malam dah penat giler. Then bermulalah ketidak sihatan gue. Demam.
Hari keempat, demam lagi. Flight lak delay. So terpaksa extend hotel. Gi Sunday Market kat Satok. Tapi tak larat nak jalan, kirim jer kat MIL belikan ikan terubok. Pastu dalam demam2 tu, naik bot kat Waterfront gi beli kek lapis. Jalan tengah2 panas tu. Ya Rabbi! Nak melepek rasanya. Tapi best naik bot. Murah jer tambang. 30 sen seorang. Sian aku tengok pakcik2 tu. Baby suka la sebab benda baru. Then shopping lagi kat Waterfront. Masa ni kudrat aku dah tinggal kurang dari suku. Nak tilik2 barang pun tak larat. Terpaksalah ku lupakan niat nak shopping.
Perjalanan balik dalam flight tu was the longest journey I ever had sebabnya aku demam, hidung sumbat, batuk2 lagi. Tidur bangun tak gak sampai2. Aku pun tak tau la apasal rasa cam lama sangat.
The next day still teruk lagi. Hasilnya the next week tu aku cuma keje 1 hari dalam seminggu tu. Tu pun sebab ada Kursus NPSP yang tak leh tuang sebab ada test. Sabor jer lah.
Itu lah dia cerita holiday gue yang seronok dalam tak seronok.
Oh Ya! Aku dapat anak sedara baru lagi. Boy lagi. Hani 'Adalia is still the only princess in the family. Hehe! Nama Tuan Muhammad Danish Aiman. Panjang kan? Sabor je lah adik aku ni. Letak nama anak panjang berjela. Tapi at least ada la jugak penyambung Tuan dalam family. The way he came to this world sungguh WORLD sekali. The baby was flat, blueish, not moving, not crying, nothing masa dia keluar. Baby dah lemas. Dah lah overdue dah seminggu lebih. Seronok yer Danish Aiman dok dalam peyut ibu? Nurse kelam kabut bawak baby gi bilik lain sambil panggil Dr2 dari pelbagai bidang dan cakap BABY FLAT. Adik aku dah nangis2 dah masa tu. An hour later, baru lah baby tu dibawa keluar untuk diazankan. Tok ayah kata tersengeh2 baby masa mama tok dukung. Hish! Kecik2 dah wat orang tua heart attack yer? Alhamdulillah, baby and mother sihat. Berat baby 3.5kg. Bila nak tengok ni ah? Hmm.... welcome to this world, Danish Aiman. Love, Mummy.

Tuesday, May 15, 2007

Sarawak, here we come.....

Woohoo.... holiday...holiday....holiday.... Our holiday destination for this year is Kuching, Sarawak. Meoww..... Hehe! Cuti2 Malaysia....

Going off tomorrow morning, will be back on Saturday evening. Unfortunately I will miss AF Final Concert. Huhu!

This will be my first time to Malaysia Timur. Hubby pandai cakap bahasa Saghawak so mesti aku nanti tergelak2 sambil ternganga mulut dengar hubby cakap Saghawak. Kalu kat rumah suruh cakap, dia tak mo. Tak de gu katanya.

Mak (my MIL), Kak Yan (SIL) and Fizie (BIL) will be with us during this trip. Memang saje nak bawak Mak, sebab dia ada nak wat urusan bank kat sana (mak pernah dok sana dulu, masa arwah ayah keje ngan DBP kat sana) and also sebagai present kerana menjaga baby selama setahun lebih ni. Mak tak pernah nak terima duit kitorang so ini lah yang dapat kitorang buat sebagai tanda terima kasih dan sebagai membalas budi baik mak. Adik2 berdua yang lom kawin tu kena la bawak sekali. Bila lagi diorang nak berjalan kalu Abang / Kakak tak bawak. Ramai2 baru happening skit. Jugak sebagai hadiah Hari Ibu untuk diri aku sendiri and Mak juga.

Note to baby: Amboi! Setahun 5 bulan dah gi Sarawak ye....... be a good girl nanti ye. Luv u.

Minggu lepas aku tengok konsert AF, mak oiiii!!! Sukanya hati dengar duet Ebi n Mila lagu My Heart. So sweet......... Tak puas aku tengok. Nak tengok balik..... Best giler. Hmm... kena check ni bila ulangan.

Alamak, tercerita lak pasal AF. Anyway, SELAMAT HARI GURU untuk SEMUA GURU2 di Dunia ni especially my cikgu2 dulu. Termasuklah ayah yang bekas guru, Selamat Hari Guru. Hmm... teringat sambutan Hari Guru kat skolah waktu dulu2. Bestnya..........

Friday, May 11, 2007

ANGKA 40

Received this interesting email recently. Tersenyum sorang2 masa baca email tu. Hmm..... Betul ke? Rasanya cam banyak la jugak yang betul. Anyway, enjoy reading...

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa. Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.
Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa. Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat! Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.B ukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.
Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba. Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami. Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur. Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan. Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.
Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!
Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang. Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong. Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel. Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh.
Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.
Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"
Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin. Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!
Sumber: Tidak diketahui.
Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu2 di dunia ni especially Mama dan Mak. Aku sanjung segala pengorbanan Ibu2 sekalian, aku tabik spring toinggg...toiinggg...toiinggg..... atas segala perit jerih Ibu2 sekalian membesarkan anak2. Moga2 mendapat anak2 yang soleh / solehah, dan Moga Berbahagia Sokmo disamping keluarga tersayang. Termasuklah aku sekali. My second year as a mother this year. Huhu! Bangganya! Syahdunya.......

Thursday, May 10, 2007

Ulat

Ni bukan cite pasal ulat yang hidup menggeletik-geletik tu. Ulat buku sebenarnya. Book worm bak kata omputeh. Aku zaman memuda dolu2 (now ni pun moda lagi), to be exact zaman bujang la, suka giler baca novel. Yang tebal 2" tu pun aku leh habiskan dalam masa satu hari. Kengkadang tu keje ngan mata cam nak tersembul sebab stay up late baca novel. English ke, BM ker, semua aku sapu. Tapi lately ni suka novel BM. Bukannya apa, sokong penulis kite. HeHe! Alasan jer tu. Tapi ekceli memang hantu novel pun.
Masa sekolah rendah dulu2, ayah suka bawak kitorang adik beradik gi Pesta Buku kat Kelate. Masa tu aku beli la buku2 Enid Blyton, Hardy Boys, Nancy Drew etc. Abe aku pernah ada stu set buku Cerita Abu Nawas. Buku ni besar saiz A4, siap ada gambar lagi dalamnya tapi aku selalu takut tengok gambar Abu Nawas tu. Selalunya mesti tutup gambar dia. Buruk bebenor especially tang mata, menakutkan. Tapi cite2 dia best. Banyak teladan. Coz Abu Nawas ni cerdik budaknya. Entah ada lagi ke tak kat pasaran buku2 ni.
Ayah aku ex-cikgu, so banyak la buku2 kat rumah. Ada buku cerita tulisan jawi hard cover. Tu la aku selalu guna untuk mempolish aku nye jawi zaman tu. See the leg la... hehe. Pandai baca jawi ni. Aku disappointed tul ngan orang Melayu Islam kita yang tak reti baca jawi. Ramai sekarang ni. Kalu tak reti baca jawi, camno diorang baca Quran? Hmm.....
Pastu start pinjam buku2 cerita my cousin lak. Bila dah keje and dok kerteh, sengsorang lak tu, minat membeli novel lagi bertambah. Ye la... sumber pinjaman dah jauh kat kelate. Terpaksa la beli. Sebulan 3-4 buah novel aku beli. Tak kira penulis and penerbit. La ni more to Alaf 21.
Lepas dah kawin, makin jarang beli. Takde masa nak baca especially dah ada anak ni. Last weekend gi Pesta Buku. Sempat la sambar 4 buah novel. Tapi lum start baca lagi. Geram nak start baca tapi masa lum mengizinkan. 2 buah terbitan alaf 21, 2 buah lagi karya Norhayati Berahim. Author ni memang aku suka. Lagi satu Ramlee Awang Murshid, cite misteri. Bagus garapan ceritanya. Aku suka.
And now ni, aku tengok baby pun cam nak jadik ulat buku dah. Asyik berkepit ngan buku dia jer. Setahun 5 bulan ni, buku2 yang dia ada dah lebih dari sepuluh buah. Ada 2-3 tu dah jadik arwah dah. Kedekut cousin dia nak pinjam, tarik, terus terkoyak pages tu. Sabo je la. Tapi tak sia2 la sebab dia suka membaca. Mula2 kita tunjuk and sebut, then dia ikut. Then kalu tanya ni apa, ni apa, ni apa, dia leh jawab. Ada la jugak yang salah tapi for her age, aku rasa cukup bangga dia leh kenal banyak benda. Lik kelate hari tu tunjuk kat tok ayah and mama tok, kagum diorang. Masing2 ambik kredit la cucu diorang. Hehe!
Kengkadang tu, kat rumah atuk, dia ambik buku, bawak kat moyang dia yang dah berumur 80 lebih tu, ajak membaca. Dahlah kat katil moyang tu gelap. And bila Nenek (Moyang Busu) datang rumah, orang tua tu baru jer dok kat muka pintu, dia dah terkedek2 datang bawak buku nak baca sesama. Tak menyempat. Tapi tu la cucu penghibur atuk moyang siang hari. Kalu tak datang 3-4 hari, mula la rindu. And atas sebab2 tu jugaklah aku dan hubby sanggup ulang-alik Shah Alam - Segambut hari2 pagi n malam. Alhamdulillah anak aku ni senang jer nak jaganya, tak banyak kerenah since kecik lagi. Bukan tak terasa cam menyusahkan mak, tapi bila pikir2 and after meneliti keadaan, at least ada lah jugak si kecik tu jadik buah hati pengarang jantung atuk moyang teman di siang hari. And secara tak langsung, kitorang everyday la ke rumah mak tengok2 apa yang perlu. Coz adik beradik hubby yang lain selalunya gi menebeng during weekend. Tak lah sunyi sangat diorang. Lagipun sebab tak de lelaki dalam rumah kat Segambut tu, itu yang kengkadang risau gak.
Back to cite buku, berkotak2 buku cite aku masa pindah hari tu. Kena wat list ni nampak gayanya. Hmm... bila lah agaknya tu?

Friday, May 04, 2007

6As

Received a call from Danial, anak sedara sulung aku, yesterday. The moment I heard his voice, I already knew the news he wanted to tell. Hehe! He was anciously waiting for his first Std 1 examination result when I was in Kelate few days before. Mama n ayah siap cerita lepas solat, Danial siap berdoa lagi. Mama pun tanyalah doa apa, then dia bagitahu dia doa supaya dapat 5A dalam exam yang baru ni. Alhamdulillah. Kecik2 dah pandai.

Abang dapat berapa A?

Bahasa Melayu Pemahaman, 90.

Pandainya.

Bahasa Melayu Penulisan, 100.

Wow. Pandai abang.

Bahasa Inggeris, 100.

Terernya.

Matematik 100.

Abang, pandainya.

Science 98.

Terernya abang.

Agama Islam 100.

Pandainya. So semua berapa A?

6 A. Abang ingat 90 tu dah B tapi A lagi.

Pandainya abang. 90 tu A lagi la bang. Mummy sekolah dulu 80 lebih tu baru B.

Tu la. Abang ingat B.

Abang dapat nombor berapa?

2 dari 36 orang.

Pandainya abang dapat nombor 2.

Mestilah. *Hehe! Perasan dia kejap*

Nombor 1 sampai nombor 10 dalam kelas tu dah pandai la abang. Kan? *Tak leh la pulak cakap nombor satu sampai tiga jer pandai, nanti dpt rendah dari tu, dia sedih lak nanti.*

Ha'ah.

Mummy dulu selalu dapat nombor 1-7. Abang pandai la.

Hehe!

Tu lah dia buah hati aku yang sulung. Danial. Kreatif orangnya. Suka lukis2. Aku lik kelate hari tu, dia lukiskan aku gambar pokok siap ada gelongsor and tangga and ada orang sekali. Tapi lukisannya dibuat kecik jer, pastu digunting. Lupa la pulak nak ambik gambar. So cute. Lukisan tu lepas di gunting, jadik sebesar setem jer. Tapi banyak benda dalam lukisan tu. Kagum aku dengan daya kreativiti dia. Dia ni berseni skit. Tengok landscape cantik, sure pujinya. Taman tok ayah tu, kalu tak cantik, laju jer mulut bagi suggestion. Origami memang terer. Dia suka hubby sebab hubby suka layan dia lipat melipat ni. Nanti abang datang KL mummy belikan buku kay. Luv u.