Pages

30 Jun 2011

miss malaysia.miss them.

Bismillahirrahmanirrahim :)
saya homesick.
rindu Malaysia.
rindu masak lemak cili api saya.
rindu bestie2 saya ini.
please July,cepat sikit.tamau lembap sangat ye. T_T

All my bestie,wait for me on 23th July oke.!
And for my baby Hidayah Kamsani,i cant wait to see you!

p/s : and off course to pashu yasmin and ayish :)

saya gay,saya ok

Bismillahirrahnirrahim :)
Dingin pagi mula terasa di sini jam 1.30 am.(WIB)
Ayam- ayam pun dah mula berkokok *ayam skrg mmg berkokok x ikut time eh?*
Then,jari jemari yg x berapa mungil ni mula mencari cari sesuatu yg menarik utk di lihat di you tube.
Dush! terlihat video seorang LELAKI GAY. *yaks*
sangat bangga dan tiada rasa bersalah beliau mengaku sbg seorang gay.
Orang itu tak lain tak bukan adalah Azwan.Semua mesti dah kecoh psl ni right?
Maybe ini cerita lama.tapi saya tertarik juga nak mengupas isu ini :)

Isu gay ni sangat bangat sungguh hangat didebatkan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang secara umumnya menolak kegiatan yang berlandaskan nafsu apatah lagi yang songsang.
Azwan Ismail muncul dalam video bertajuk It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK" di Youtube dan meluahkan rasa mengenai hidupnya yang mengambil masa selama 32 tahun untuk memberanikan dirinya memberitahu umum bahawa dirinya seorang gay.
Dalam video tersebut juga, Azwan ada mengatakan bahawa guru-guru, ustaz dan kawan-kawan memberikan pandangan mengenai hidup dari sudut pandang mereka yang kebanyakannya merupakan orang yang heteroseksual. Tambahnya, "Mereka tidak merasai dan tidak memahami menjadi seorang yang gay."
Sudah tentu! Manusia memberikan pandangan berdasarkan sudut pandang yang mereka lebih arif. Kita boleh memberikan pandangan dari pelbagai sudut, namun akhirnya kita lebih selesa dengan pandangan yang kita sendiri pernah atau sedang alami.
Namun apakah bermaksud seseorang perlu menjadi gay terlebih dahulu baru boleh memberikan pandangan mengenai gay? Tidak semestinya. *sigh*
Kita tidak perlu terjebak terlebih dahulu ke dalam sesuatu kancah untuk belajar sesuatu daripadanya, apatah lagi jika kancah tersebut menurut catatan sejarah telah banyak membawa kemusnahan dan musibah kepada manusia.
Analoginya, kita tidak perlu memotong kedua-dua tangan dengan pilihan sendiri hanya untuk belajar betapa susahnya untuk makan dengan menggunakan kaki.
Berbalik kepada video Azwan Ismail, ia dipotong apabila Azwan cuba menjelaskan "Kita lebih mengetahui diri kita, dan kita perlu mengambil masa dan terus mencuba untuk memberitahu orang-orang sebegitu....."
Apa sebenarnya yang ingin diberitahu oleh Azwan kepada "orang-orang sebegitu"? Adakah untuk memberitahu bahawa dirinya gay?
Pada pendapat saya, apa yang sebenarnya perlu diberitahu oleh Azwan Ismail, dan mungkin golongan yang sudah terpengaruh dengan mesej yang disampaikan oleh Azwan adalah bahawa mereka boleh menghadapi cabaran hidup sebagai orang yang nafsunya sengaja disongsangkan.
Jika orang buta diduga dengan nikmat penglihatan yang ditiadakan dalam hidup mereka, jika orang bisu diduga dengan kebolehan bercakap yang ditarik daripada lidah mereka, dan jika orang yang "lembut menyotong" diuji dengan cara yang begitu dalam hidup mereka sehari-hari, golongan gay ini pula perlu memilih sudut pandang bahawa mereka diuji dengan cara begitu - nafsu mereka songsang.
Dalam videonya, Azwan ada juga menyebut mengenai sukarnya menjadi gay di Malaysia atas faktor agama dan budaya. Ini bermaksud, Azwan masih mengiktiraf bahawa agama itu ada dan ia menjadi kekangan untuk beliau mengekspresikan dirinya sebagai seorang gay. Di hujung videonya pula, Azwan menyebut tentang sumber kekuatan untuk orang yang berjiwa songsang untuk memberitahu bahawa diri mereka bahawa mereka gay.
Namun, sebenarnya sumber kekuatan yang perlu dicari oleh Azwan bukanlah daripada sesiapa melainkan Allah. Seharusnya Azwan terlebih dahulu mengkaji baik buruk amalan gay sebelum beliau memilih untuk menjadi gay. Jadi, sumber utama yang perlu dikaji tidak lain dan tidak bukan ialah al-Quran.
Sudah jelas di dalam al-Quran diceritakan bagaimana Allah menghancurkan kaum Nabi Luth sebagaimana yang diceritakan di dalam surah Hud. Minta nasihat daripada orang-orang yang mendalami ilmu al-Quran agar mendapat panduan yang terarah dan paling tepat mengenai ketetapan yang telah Allah berikan untuk umat manusia patuhi.
Saya fikir mungkin Azwan Ismail menemukan sumber kekuatan yang salah, lantas membuatkannya memilih jalan yang salah untuk meneruskan hidup dalam kancah gay. Seharusnya, apabila ada sesiapa yang memberikan pandangan mengenai isu gay, Azwan perlu menimbangkan banyak perkara termasuk agama yang dianutinya (yang saya percaya Islam berdasarkan namanya). Bukannya memandang isu ini dari sudut peribadi semata-mata.
So for me,daripada mencari kekuatan untuk memberitahu diri sendiri dan orang lain bahawa diri mereka gay, seelok-eloknya mereka mencuba lebih kuat lagi untuk memberitahu bahawa mereka cukup kuat untuk menentang hasutan nafsu songsang yang jika dituruti, natijahnya akan membawa kemusnahan pada kehidupan manusia secara keseluruhannya itu.
Mereka perlu percaya bahawa ada sinar di hujung jalan, dan mereka perlu mencari jalan untuk keluar daripada terowong gelap yang sedang mereka lalui. Jadikan insan yang normal, yang secara fitrahnya diciptakan untuk menyukai orang yang berlainan jantina apabila berkata mengenai kecenderungan seks.
Saya fikir hujah yang mengatakan "biarlah itu antara aku dan Allah" apabila berkata mengenai kesongsangan nafsu seks adalah hujah yang lemah kerana Allah sudah terlebih dahulu melaknat kaum-kaum songsang seperti gay sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran. Samalah halnya jika orang-orang yang tidak bertudung, apatah lagi yang berpakaian seksi yang kerap menggunakan alasan "itu antara aku dengan Allah" untuk menghalalkan perbuatan mereka yang jelas menyalahi hukum agama.
Dalam Islam juga telah diajar agar penganutnya kembali kepada Allah dalam mencari kekuatan hati dan meminta petunjuk jalan yang benar. Antaranya dalam doa-doa yang kerap diamalkan, dan yang juga perlu dihayati seperti "rabbana la tuzigh qulubana", "ya muqollibal qulub, thabbit qulubana," dan sebagainya.
Buat Azwan Ismail, anda tak perlu menurut apa-apa yang orang lain beritahu anda, tetapi anda perlu menurut apa yang Maha Pencipta telah beritahu menerusi Kitab-Nya yang suci. Orang-orang yang memberitahu anda apa yang anda perlu buat untuk membentuk diri anda sebenarnya menyampaikan apa yang sudah tertulis, bukannya atas faktor mereka menyampaikan dari sudut pandang mereka sebagai orang heteroseksual. Turut sahaja dan insya Allah things will get better.Just trust Allah's word!

29 Jun 2011

Cantik.

Bismillahirrahmanirrahim :)
Sekadar nak berkongsi,semalam terjadinya satu conversation between me and my bff dekat skype.
Sebab maybe we both dah lama tak jumpa,so mcm mcm cerita lah yang keluar.So, biasa lah kan orang perempuan,mcm mcm cerita yang tak begitu penting dlm dunia Islam keluar ;p
Disebab kan we both videocam,so dapatlah tgk muka each other.And secara tak langsung,ada lah bunyi yang keluar, 'makin comel lah,kulit cantik lah,makin gebu lah,tembamnya pipi lah,kenapa takde jerawat lah,'
Begitulah wanita :)


So,cantik tu apa?

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian paling berat (im serious with it)
Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya :)

26 Jun 2011

Sejarah seorang Yusuf Islam :)

Bismillahirrahmanirrahim :)
Post kali ini untuk menambah nilai iman kita semua para kesayangan nabi Muhammad :)
Bagi kita yg dilahirkan dengan Islam yg di warisi tentu shj sgt merasa bersyukur atas nikmat iman dan islam ini.
Tetapi sejauh mana kesyukuran kita itu kalau dibandingkan dgn saudara baru kita yg berusaha sendiri mencari Nur islam itu dan kemudian melafaza syahadah dengan penuh rasa bahagia,tenang dan damai?
recheck kembali iman kita pada hari ini, semoga kita sentiasa tergolong dlm golongan yg sgt bersyukur sebagai muslim dan sentiasa menambah nilai iman dlm setiap sesuatu yg kita lakukan :)
Iman kita adalah bateri diri kita,jika tidak di cas, maka akan lemahlah kita :)


Salam syahadah buat semua and happy reading :)

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!
off

Aku tulang rusukmu :)


Bismillahirrahmanirrahim :)
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah..
apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima? :)
off