Memaparkan catatan dengan label blogspot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogspot. Papar semua catatan

Memaparkan status YM anda

  1. Login ke akaun blogger anda
  2. Pilih Layout >> Page Elements
  3. Klik pada Add A Gadget, pilih HTML/Javascript
  4. Masukkan kod di bawah

  5. <a href="ymsgr:sendIM?ID_YM_ANDA" target="_blank"><img src="http://opi.yahoo.com/online?u=ID_YM_ANDA&m=g&t=14&l=us" />
    </a>


  6. Tukar ID_YM_ANDA kepada ID YM anda sendiri.
  7. Nombor 14 di dalam kod mewakili imej yang akan dipaparkan. Anda boleh menukar nombor 14 kepada nombor lain dan lihat perbezaannya.
  8. Simpan dan lihat hasilnya

Menyusun atur gambar

Secara 'default' gambar yang diupload ke posting anda akan berada dalam 3 keadaan, kiri, kanan, dan tengah dengan 3 saiz, small, medium dan large. Setiap gambar juga akan disusun berjujukan ke bawah dengan 1 gambar bagi setiap baris. Pernahkan anda cuba menyusunnya supaya satu baris mempunyai 2 atau lebih gambar seperti gambar di bawah, tanpa menyunting gambar tersebut terlebih dahulu?


Secara defaultnya memang tidak boleh menyusun lebih daripada 1 bagi setiap baris. Cuba kaedah di bawah:


  1. Add image
  2. Edit HTML
  3. Delete bahagian bewarna kuning
Sekarang anda boleh menggunakan "Compose" untuk menyusun atur semula gambar yang telah di upload tanpa sebarang masalah.

Membuang Border pada Header

  1. Sign In
  2. Pilih Layout >> Edit HTML
  3. Cari #header-wrapper dan #header
  4. Padam border:1px solid $bordercolor;
  5. atau tukarkan 1px kepada 0px untuk ubahsuai akan datang
  6. Preview dan Save

HTML tags

HTML tags adalah merupakan adalah merupakan kod-kod yang digunakan pakai dalam HTML itu sendiri. Tag ini jika digunakan, tidak akan dipaparkan di dalam posting blog anda kerana telah diubah kepada bentuk paparan. Jika anda cuba menaip tag ini dalam compose mode, tags ini tidak akan kelihatan. Contoh html tags adalah seperti

  • <img src="imej.jpg" width="104" height="142" /> bagi memaparkan imej.
  • <b> untuk tebalkan tulisan (bold)
  • <p>Perenggan</p> bagi membuat perenggan
Bagi membolehkan anda memasukkan tags seperti ini dalam posting anda mahupun komen anda, apa yang perlu dilakukan adalah menukarkannya kepada bentuk yang bukan bermaksud HTML tags iaitu dengan menulisnya seperti berikut untuk memaparkan dalam format di atas.


Apa yang perlu anda faham adalah, akan menghasilkan tanda 'lebih kecil' ( < ) manakala akan menghasilkan tanda 'lebih besar' ( > ), maka kod itu tidak akan dibaca sebagai satu tag html.

Memasukkan tandatangan di setiap post

Sesetengah blogger suka memasukkan tandatangan di dalam post mereka. Contoh tandatangan yang dimasukkan ialah seperti blog NANA+AMIRUL=DAMIA ini.

Untuk memasukkan tandatangan seperti ini, anda perlulah terlebih dahulu menyimpan imej tandatangan anda di internet cthnya gunakan imageshack atau photobucket, atau mana-mana image hosting yang boleh anda capai. Salin image link yang diberikan. cth: "http://img441.imageshack.us/img441/2145/signaturej.gif"

Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan image link tersebut ke kod blog anda.

  1. Login ke akaun blog anda
  2. Klik pada Layout >> edit HTML
  3. Klik pada kotak expand widget template
  4. Cari kod <p class='post-footer-line post-footer-line-1'> atau seumpama dengannya. Gunakan shortcut ctrl+f untuk memudahkan carian
  5. Masukkan kod berikut di bawah kod tadi (Langkah 4) <img src='IMAGE URL' style='border: none; background: transparent;'/><br/>
  6. Gantikan IMAGE URL dgn image link yang anda salin sebelum ini. cth: <img src='http://img441.imageshack.us/img441/2145/signaturej.gif' style='border: none; background: transparent;'/> <br/>
  7. Preview dahulu sebelum simpan untuk elakkan sebarang masalah.
Selamat mencuba...

Post Label

Post label digunakan untuk mengkategorikan posting anda. Dengan meletakkan label, pelawat yang mengunjungi blog anda akan lebih mudah mencari posting yang berkaitan. Apabila pelawat mencari sesuatu dengan menggunakan enjin carian seperti google atau yahoo, mereka mungkin akan menjumpai satu artikel di dalam blog anda. Jika pelawat itu suka akan isi kandungan artikel tersebut, terdapat kebarangkalian mereka akan mencari lagi artikel-artikel yang berkaitan dalam blog anda. Di sini anda akan dapati bahawa betapa pentingnya untuk melabelkan setiap posting anda.

Untuk memasukkan label ke dalam posting anda, anda hanya perlu taipkan label yang dikehendaki di dalam ruangan Label for this post yang terletak di bahagian bawah ruangan di mana anda menulis artikel tadi. Bagi artikel yang telah dipublish dan anda mahu meletakkan label secara pukal, klik pada Posting dan pilih Edit Post.

Pilih posting yang anda ingin ubah labelnya.
Klik pada Label Actions dropdown menu.
Pilih label yang ingin dimasukkan.
Anda juga boleh memilih untuk memasukkan label baru yang belum ada dengan klik pada New Label dan seterusnya taipkan label yang baru.
Jika posting tersebut telah mempunyai label, anda juga boleh membuangnya dengan klik pada Remove Label.

Membuat Backup Untuk Widgets

Ada masanya bila anda cuba menukar template blogger yang baru, akan keluar amaran yang mungkin menCEMASkan.

"Widget are about to be deleted"
Pleasa confirm that the following widget should be deleted. .....

Bagi newbie mungkin akan susah hati atau keliru. All data will be lost ... Nak confirm & save atau nak cancel??

Ini berlaku kerana dalam kod xml template yang baru hendak ditukar itu tiada widget yang dimaksudkan untuk dipadam itu. Jadi sebelum anda tukar template yang baru, pastikan anda telah membuat backup bagi keseluruhan template yang lama dengan cara klik pada Download Full Template.


Seterusnya, upload template yang baru. Apabila amaran yang menCEMASkan itu keluar, klik sahaja CONFIRM & SAVE.


Kemudian, anda perlu pergi ke bahagian >>Layout >> Edit HTML dan klik ruangan Expand Widget Templates

Buka semula fail template lama yang telah dimuatturun tadi dengan menggunakan wordpad atau notepad dan cari kod seperti berikut :


copy kod bermula dari hingga

salin kedalam template yang baru selepas mana-mana yang sedia ada.

Ulang sehingga siap semua widget yang telah dipadam.

Favicon


Favicon merupakan singkatan bagi 'favorite icon' sering digunakan oleh blogger untuk menambahkan seri blog atau laman web masing-masing. Favicon juga dikenali sebagai bookmark icon atau URL icon. Dengan menggunakan favicon, pengunjung yang menyimpan alamat blog di dalam 'favorite' (bagi Internet Explorer) atau 'bookmark' (bagi Mozilla Firefox) akan dapat mengesan bookmark dengan cepat berdasarkan grafik ikon yang dipaparkan. Bagi laman blogger.com, anda mungkin biasa melihat grafik favicon seperti ini .

Anda juga boleh menggunakan favicon anda sendiri pada blog anda. Ikuti langkah mudah berikut:

  1. Dapatkan sebarang imej yang anda inginkan.
  2. Layari http://tools.dynamicdrive.com/favicon/
  3. Browse imej yang hendak dijadikan favicon. Format yang disokong hanyalah gir, jpg, png dan bmp sahaja. Manakala saiz maksimun adalah 150kb.
  4. Klik pada butang Create Icon
  5. Favicon anda akan dipaparkan pada ruangan FavIcon (16X16) preview.
  6. Seterusnya Download Favicon anda ke komputer anda.
  7. Upload fail favicon.ico ke laman web anda atau anda boleh gunakan perkhidmatan penyimpanan fail .ico percuma*.
  8. Masukkan kod di bawah ke dalam bahagian HEAD (exactly before </head> )laman web atau blog anda. ->> Layout >> Edit HTML

  • Gantikan /favicon.ico dengan lokasi fail favicon anda.
  • kadang-kadang favicon memerlukan beberapa hari untuk dipaparkan.
Antara favicon hosting percuma adalah:

Custom Domain

Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan domain anda sendiri? Apakah maksudnya? Saya sekarang menggunakan sub-domain daripada blogspot.com. Sub-domain ini menjadikan URL atau alamat blog saya ialah http://binablog2.blogspot.com. Tetapi saya boleh menukar alamat blog ini dengan menggunakan domain penuh seperti http://binablog.com atau http://panduanbinablog.com.my, tanpa penggunaan sub-domain blogspot.com.

Untuk mendapatkan domain anda sendiri, anda perlu menggunakan perkhidmatan web-hosting dan anda perlu membayar kos bagi domain-name tersebut. Anda boleh memilih nama-nama yang menarik untuk blog anda dengan perkhidmatan ini.

Setelah mendaftarkan domain-name, anda mengubah domain blogspot anda di bahagian Setting >> Publishing >> Custom domain.

Kos untuk domain name adalah sekitar RM40 sahaja untuk 1st level (.com/.net/.org ...) dan RM100 utk 2nd level (.com.my/.net.my .... ) selama setahun.

Bagaimana memasukkan youtube ke dalam blog anda?

  1. Masuk laman web youtube.com
  2. Pilih video yang anda ingin masukkan ke dalam blog anda
  3. Salin (Copy) code di bahagian Embed: < width="425" height="350">< name=".......">
  4. Tampalkan (Paste) kod tersebut ke dalam kod HTML posting anda.

Bagaimana membina blog? #1: Blogspot

Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, di sini saya akan menerangkan secara ringkas bagaimana untuk membina sebuah blog menggunakan perkhidmatan blogger.com. Mungkin dilain masa saya akan menerangkan langkah pembinaan blog dari perkhidmatan lain pula. Atau anda boleh minta dari saya untuk menerangkan pembinaan blog pilihan anda. InsyaAllah saya akan cuba tunaikan permintaan anda.

Langkah 1: Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'create your blog now'


Langkah 2: Lengkapkan maklumat diri;

  • alamat email
  • kata laluan
  • nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (namapaparan)
  • word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: Boyla
  • Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan

Setelah selesai, klik 'continue'

Langkah 3:
  • Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog merupakan tajuk blog ini.
  • Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
  • Setelah selesai, klik butang 'continue'
Seterusnya anda hendaklah memilih template / rekaan blog yang disediakan, kemudiannya klik 'continue'
Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.

Dilain masa, saya akan terangkan tatacara penggunaan / konfigurasi blog anda.
Sehingga jumpa lagi...

Related Posts with Thumbnails