BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Rewind. Show all posts
Showing posts with label Rewind. Show all posts

Monday, 30 December 2013

>> Rewind : Episod Penghijrahan Kami

Assalamualaikum wbt..

Salam Perantauan buat semua,

Sajalah sekadar nak kongsi cerita, kami sekeluarga kini telah berada di perantauan, di bumi Scandinavia. Secara tepatnya Denmark.

Ketika anda semua membaca tulisan blog ni, Blurpl3 telah pun sebulan beberapa hari berada di negara orang. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan, cuaca, makanan, cara hidup etc. Namun, penghijrahan ni bukanlah bersifat kekal, hanya 3 tahun in shaa Allah. Mudah-mudahan berjalan lancarlah hendaknya.

Alhamdulillah, safely arrrived. 1130am (pukul 5 waktu m'sia), November 23, 2012

Pada November, 22 2013 yang lalu, Blurp3 sekeluarga telah pun berangkat ke Copenhagen, Denmark dengan menaiki Malaysia Airlines boeing 737, connecting flight di Amsterdam selama 3 jam kemudian fly ke Copenhagen dengan menaiki KLM Royal Dutch. Alhamdulillah, selamat tiba di sana dan disambut oleh rakan yang telah beberapa bulan tiba sebelum Blurpl3. Thanks Ben :)

Sebelum berangkat, hampir kesemua ahli keluarga Blurpl3 turut menghantar kami di KLIA. Sayu dan pilu apabila mengenangkan ali keluaga yang bakal berpisah untuk seketika, namun apabila mengenangkan AMANAH yang dipikul daripada Universiti dan Negara kami harungi jua. Doakan kami dipermudahkan segala urusan diperantauan ni! :)


dari kiri : adik ijam, adik biha, mak, mama, wani, hubby

abah, adik haziq, adik hanis, mama, adik yaya

dalam proses wrapping luggage dan box. harap selamat sampai la...

tu dia barang (3 luggage, 4 box), hehehe.. 

dalam proses check-in di KLIA

 kenangan di KLIA
 
Terima kasih buat ahli keluarga kami : mama, mak, abah, ayah, adik hanis, adik ijam, adik yaya, adik hazmi, adik biha, adik haziq serta kawan-kawan : hazwani, fizah & pasangan, poji, kak murni & qisya  yang sudi turun padang menghantar kami hari tu. Going to miss all of you. Jangan lupa mai melawat kami nanti (cepat book bila ada promosi tiket tau. hehehehe...).

we´re going to miss all of you.. sob..sob..sob

 seluruh ahli keluarga yang hadir bersama

 take turn amik gmbar.hehehe..

Thanks abah, ayah, mama, mak. We love u all!

poji, kak murni dan wani.. thanks sudi hantar kami di KLIA :)


Sempat jugalah ada drama tangis menangis masing-masing. hehehe.. tapi jangan risau sekarang dunia dah canggih. Internet dihujung jari.. Ada facebook, skype, whatssapp bagai.. Bak kata pepatah sendiri, 

" Biar jauh dimata tapi dekat dihujung jari "

Alhamdulillah, setibanya kami di bumi Denmark ni, kami disambut dengan USRAH oleh Pelajar Malaysia Denmark. Bertuah rasanya dapat mengenali antara satu sama lain disamping hidangan yang enak-enak belaka. Dapatlah melepaskan rindu pada masakan Malaysia buat sementara :)

 Steamboat

Kuih-muih tradisional melayu

Kami anak beranak ketika di USRAH, masih ber´bau´ Malaysia. hehehehe...

Waktu solat dekat sini pun berlainan. Jarak masa antara satu waktu dengan waktu beriktnya sangat dekat. Mungkin disebabkan sekarang dah musim sejuk (winter). Waktu malam lebih panjang daripada waktu siang.
Kami rujuk .::Det Islamiske Trossamfund I Danmark::. untuk mengetahui waktu solat berdasarkan maklumat pemberian senior-senior di sini. Waktu solat seperti berikut: Subuh (6.40), Zohor (12.14), Asar (13.33), Maghrib (15.48), Isyak (17.39). Untuk mengelakkan daripada terlepas waktu solat, kami ambil inisiatif untuk set alarm pada handphone masing-masing. Kalau tak mesti terlepas kan.. Dekat sini masjid pun ada, cuma kena pandai google dan explore. Almaklumlah, kami ni kan baru lagi. Macam-macam yang perlu diterokai.

nenek, atuk, tok, wan, pakcik, makcik will miss you naufal amsyar 

In shaa Allah jumpa dilain entry.



From Copenhagen with love,
Blurpl3


Friday, 8 November 2013

>> Resepi : Cucur Jawa Pilihan Hati

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua. Harap sihat walafiat. Hari ni Blurpl3 nak share resepi CUCUR JAWA. Pernah dengar tak? May be lain tempat lain namanya.. Mrs Purpl3 sangat suka makan kuih ni,. Apabila sekali makan rasa sedap terus teringat nak ambil resepi untuk buat lain kali. Hehehe

Resepi pun tak susah, simple jer.  Blurpl3 dapat daripada Mak Pah (mak sedara Mrs Purpl3 yang terror bab-bab masak ni. Tak percaya? Betul tau =) )

OK, macam ni resepinya:

Resepi: CUCUR JAWA PILIHAN HATI
Sumber: Mak Pah

Bahan-bahan:                          

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (cap ros)
1 cawan gula (1/2 gula perang + 1/2 gula pasir)
1 cawan air


Cara-cara:                                

1) Campurkan gula + air. Masak hingga larut kesemuanya (tak perlu mendidih). [Boleh rujuk gambar]
2) Biarkan seketika air gula yang dimasak tadi hingga menjadi suam.
3) Tuangkan air gula ke dalam tepung gandum + tepung beras. Gaul sebati. [Boleh rujuk gambar]
4) Biarkan seketika (at least 4 jam). Lagi lama lagi bagus. Hehehe… [Boleh rujuk gambar]
5) Selepas 4 jam, cuba kacau adunan tadi. Jika terlalu likat, tambahkan sedikit air suam dan gaul sebati.[Boleh rujuk gambar]
6) Panas minyak dalam kuali dengan api perlahan (maintain guna api perlahan, jangan api kejap besar kejap kecil tau).
7) Tuangkan adunan tadi di bahagian tengah minyak. (Ia akan masak dari luar ke dalam untuk bahagian bawahnya). [Boleh rujuk gambar]
8) Setelah ke semuanya bahagian bawahnya masak, terbalikkan cucur tersebut dan ketuk sedikit bahagian atas (untuk bentuk lengkungan bunga. [Boleh rujuk gambar]
9) Siap, sedia untuk dihidangkan 

Inilah hasil yang berjaya dibuat.  
(p/s: abaikan rupa yang tak berapa nak cun ni tapi rasanya sedap gak. hehe)


Senangkan? Selamat mencuba!

Kalau rajin, boleh jugak cuba resepi lain daripada Blurpl3. Mudah-mudah belaka tau ! :)
- Ais krim Oreo Ala McD
- Roti Jala Mudah
- Makaroni Goreng Ala Melayu
- Zainab's Finger (Arabic Snack)


Blurpl3

Friday, 25 October 2013

>> Rewind : Taman Tasik Perdana, KL

Assalamualaikum wbt.

 K.A.M.I

Apa khabar? Lama tak menulis blog ni rasanya. Macam-macam nak ditulis cuma masa amat mencemburui dengan hal-hal baru akan ditempuhi tak lama lagi.

In shaa Allah, akan cuba untuk menghidupkan blog ni selagi berupaya. Maaf sangat sehingga ada yang tertunggu entry yang berikutnya. Kisah perkembangan putera Naufal Amsyar pun Ummi tak sempat nak update. huhuhu.. Maaf sekali lagi.

OK. Berbalik tajuk di atas, keluarga Blurpl3 pergi ke Taman Tasik Perdana, KL ni secara unplanned pada asalnya. Tup.. tup my beloved hubby, Mr Blu3 ada plan nak ke sana, memandangkan pada masa yang sama nak bawa adik ipar jalan-jalan. Akhirnya, sampai juga kami ke sini. hehehe..seronok jugak. 

Pada kawan-kawan lain, jika ada plan nak datang ke sini disarankan agar datang awal pagi sekitar 8 atau 9 pagi. Sebabnya masa tu udara segar, parking pun banyak (dapat parking bawah pokok), orang pun tak ramai. So, rilex la sikit kan.

Dekat tasik ni, aman damai je. Pendek kata sesuai la untuk family outing, sambil tu main bersama-sama dengan anak-anak dan dapat merangsang perkembangan minda dan fizikal anak dengan cepat. Chewah! hahaha :D

Nak beroutdoor photoshoot pun boleh jugak. Sepanjang Blurpl3 berada dengan di sini, ada juga terserempak dengan beberapa orang photographer untuk event masing-masing. Seperti Pre-Wedding, Wedding, Santai, Family Potraiture, Kids Potraiture etc.

Blurpl3 pun turut berphotoshoot dengan family, model-modelnya adalah kami anak-beranak manakala photographer pula ialah our becoming successful photographer a.k.a suami tercinta Mr Blu3. Kreatif sungguh beliau mengambil gambar. Doakan kejayaan suamiku! =)

Di dalam Taman Tasik Perdana ini juga terdapat pelbagai taman-taman lain. Antaranya Taman Herba, Taman Botani, Rumah Sampan, etc.  Di sekitar Taman Tasik Perdana pula terdapat taman-taman lain seperti Taman Burung, Taman Rama-rama, Muzium Kesenian Islam, etc.

 Berposing je la keje nye. hehehe..

Rehat sebentar.. layan ais krim dulu :-)

 Layan video sikecik comel naufal asmyar ni sekali tau. hahaha :D


Sekian.

Jumpa lagi, Blurpl3








Thursday, 18 July 2013

>> Rewind : Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Selamat berpuasa untuk semua. Pejam celik, pejam celik kita dah berada dalam minggu kedua Ramadhan. SubhanAllah! cepat sungguh masa berlalu..

Nak cerita, Sabtu lepas Blurpl3 ada pergi ke Mid Valley.. Ekspo baby lagi. Yang ntah kali ke berapa ekspo baby yang kami pergi ni. Selalu je pergi.. Kali ni dengan tujuan untuk mencari BABY CARRIER pula.

Yang lain sekadar boleh tengok-tengok je sebab takde dalam senarai untuk dibeli. huhuhu.. Bukan apa nanti boleh terover bajet pulak. Al-maklumlah, barang-barang baby ni semua comel-comel belaka. Sekali pandang terus berkenan dan jadi rambang mata. Kang susah! hihihi

Sebelum terjebak, eloklah mengelak..

Baby carrier idaman hati, takde dijual di ekspo ni. ermm.. kena beli through online la jawabnya. Tetapi baby carrier yang jenis lain ada. Blurpl3 dah pun beli. Murah je dalam RM40. Untuk pakai dalam rumah sambil buat kerja sikit-sikit boleh la.. Blurpl3 tertarik untuk beli disebabkan oleh baby carrier ni jenis boleh dilipat hingga kecil dan disimpan dalam sarung yang disediakan khas. Comel je dan.. Jimat space!

OK, berbalik kepada tajuk asal (dah nak tersasar jadinya..). Blurpl3 rasakan, ekspo baby kali ni, yang best among the best! Sebab apa?? Sebab banyak bagi free gift kat orang ramai. Betul tak? Masa mula-mula masuk pun dah dapat goodie beg yang ada macam-macam. Tambahan pula, Blurpl3 dapat double sebab kami berdua suami isteri register untuk masuk ekspo ni. Alhamdulillah, rezeki...



Next pula, Blurpl3 dapat free sample pampers. Boleh tahan juga la banyaknya dalam 18 keping total kesemuannya, pelbagai brands :) Alhamdulillah, rezeki sikecil comel, Naufal Amsyar.. Boleh la buat pakai basahan dalam 3-4 hari. Siapa nak bagi free kan? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.



Thank you la penganjur ekspo baby ni. Lain kali anjurkan & beri lebih banyak free gifts & free samples untuk orang ramai.



Blurpl3 suka!


Friday, 10 May 2013

>> Rewind : Tekan Tubi Mini Exercise

Assalamualaikum wbt.

Hari ni Blurpl3 nak update simple post je.
Tentang our genius aulad, Naufal Amsyar.
Ketika ni, usianya 5 bulan lebih.

Presenting...

Tekan Tubi Mini Exercise sambil mendengar lagu favourite iaitu VCD Al-Furqan. hehehe :D


Untuk tatapan bersama ummi, abi, pak sedara, mak sedara, atuk, nenek, tok, wan etc. yang kejauhan di kampung. (macam la jauh sangat kan.hehehe..). 

Rindunya la dekat sikecil comel ni. Ummi baru je lepas called Mama Yus (babysitter Naufal Amsyar), katanya Naufal Amsyar tengah tidur, baru lepas minum susu. :-)

Tak sabar rasanya nak balik jumpa sicomel ni..

*** Semoga Naufal Amsyar membesar dengan sihat, beriman dan beramal soleh, in shaa Allah *** 


Yang kerinduan anak, Blurpl3 


Wednesday, 8 May 2013

>> Rewind : PRU 13

Assalamualaikum wbt.

Kini, berakhir sudah PRU13 (05.05.2013). Yang merupakan sebahagian daripada cerita panas dekat media massa. Terutama sekali dalam tv, radio, media sosial seperti FB dan sebagainya.

Kadang-kadang naik pening kepala dan stress pun ada dek macam-macam status dan juga 'page share'yang dikeluarkan oleh kawan-kawan sekalian. Blurpl3 just ignore je la.. tak boleh nak komen lebih-lebih sebab diorang pun post pun dekat timeline masing-masing. huhuhu..(jangan memandai post dekat timeline atau tag dekat Blurpl3 sudah la, i don't like!). 

Masing-masing punya persepsi yang berbeza. Yang mana betul, yang mana salah.. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Kita persoal banyak-banyak pun, takde jawapan yang tepat dan akhirnya terbalik pada diri sendiri kan.. 

Dunia politikus sangatlah unpredicted. Malas nak berbicara tentangnya.

Tahun ni tahun ke-2 Blurpl3 layak mengundi. Tahun pertama pada ialah 2008. Ada juga yang kata hari mengundi ni hari inai dijari (EH! hari dakwat dijari la.hahaha :D)

Apapun menjelang PRU13, bumi Malaysia dihujani pelbagai bendera parti yang kelihatan berwarna-warni. Menarik juga! hehehe... Siap ada yang buat replika lagi macam kereta kebal, wau bulan, meriam, kapal selam etc. (dah tak teringat sebab banyak sangat diorang display kat tepi jalan). Kreatif sungguh rakyat Malaysia. Malaysia BOLEH! Korang setuju tak? hehe..

Untuk next PRU14, kenalah tunggu 5 tahun lagi. In shaa Allah, panjang umur bolehlah mengundi tapi tak tau lah dekat mana masa tu.





Blurp3 suka dengan status Farah Lee di FB:

Macam ni bunyinya...

'' Tahniah kepada semua calon yang menang PRU-13. Selamat berkerjasama memikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Amanat besar dari Allah, harapan besar pada rakyat.

Begitu juga kepada calon yang tidak berjaya, tiada alasan untuk anda berhenti berbakti kepada nusa dan bangsa. Termasuk kita rakyat jelata. Tanggungjawab kita juga memakmurkan negara.

Jom kita jadi rakyat yang sama-sama berusaha dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan serta keharmonian Malaysia.

p/s: kepada yang nak meluahkan pendapat, mohon komen dgn rasional, takut terbuka kejahilan dan aib sendiri. Be 'matang' :)
''

Jom, kita sama-sama doakan Malaysia terus maju, aman, makmur, sejahtera sampai bila-bila. Peace no war (^______^)


Yang masih belajar dan terus belajar, Blurpl3


Tuesday, 23 April 2013

>>Rewind : Sedap ke Meatball abang Burn?

New menu in the list. Presenting meatball Abang Burn
Chewah....
Tajuk suspen je kan. Sekarang ni ada fenomena baru dalam arena makan-makan di Malaysia ni. Semua sedia maklum Abang burn terkenal dengan burger bakarnya dan telah meluaskan jajahannya di seluruh Malaysia termasuk Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Selangor dan KL sudah semestinya. Rujuk SINI untuk review yang Blurpl3 post mengenai burger bakar Abang Burn.

Tutup cerita sekejap mengenai burger bakar ni. Kita teruskan mengenai Meatball yang menjadi bualan ramai terutama di Mukabuku (facebook) dan post-post oleh blogger-blogger terkenal tak terkecuali blogger picisan macam Blurpl3 ni. Malas nak cerita panjang. Jom usha gambar-gambar yang menyelerakan ini....

Meatball with Wedges
Set Meat Burger with sausages
Zoom sikit. Apa macam?
Zoom lagi...hehehe

Banyak la pulak zoom untuk burger bakar ni. hehehe. Almaklumlah kalau dah pergi Kedai Abang Burn ni tak lengkap menu kalau tak ambil burger bakar. Kembali semula pada Meatball Abang Burn. Tidak dinafikan penangan meatball Abang Burn sangat-sangat menusuk anak tekak Blurpl3  Tak sia-sia Blurpl3 datang dari Subang Jaya ke Shah Alam semata-mata untuk menikmati meatball Abang Burn. Blurpl3 telah menerjah jajahan Abang Burn dikawasan Seksyen 13, Shah Alam. Peta kat bawah ni.

Jajahan Shah Alam
Dekat Shah Alam ada dua tempat. Satu dekat Seksyen 13 dan satu lagi di Seksyen 7. Plan awal nak pergi terjah Jajahan di seksyen 7 tapi memikirkan kepadatan kawasan tersebut yang susah nak dapat parking, terus tukar plan untuk terjah jajahan di seksyen 13. Blurpl3 bergerak dari rumah pukul 8.00 malam dan sampai area seksyen 13 ni dalam pukul 8.20 malam. Pusing punya pusing cari signboard tak jumpa. berhenti sekejap buka facebook Abang Burn then tengok balik peta. Rupa-rupanya dekat area Le Lac Restaurant. huhuhu. Jom tengok pic Blurpl3 menikmati Burger bakar dan meatball Abang Burn yang meletop itu.

Burger bakar - eating in progress
Done. Alhamdulillah kenyang...
Bungkus bawah balik
Hah!!! siap bungkus bawa balik lagi sebab dah kenyang sangat. Plan nak sambung makan dekat rumah. Baru masyuk makan meatball yang enak standard IKEA sambil menonton TV.=)

Isi borang?
Contest meatball Abang Burn
Apa lagi guys... Jom ramai-ramai serbu Jajahan Abang Burn lagi-lagi sekarang ni ada contest untuk sesiapa yang beli Meatball Abang Burn. Boleh menang 5 unit ipad mini. Harap-harap Blurpl3 ada rezekilah. Jangan ketinggalan sebab contest ni sampai 15 Mei 2013 sahaja.

Menunggu Meatball sampai
Buah hati Blurpl3 sikecil Naufal Amsyar pun excited nak makan walaupun tak boleh makan lagi. hehehe

Yang penting berbaloi Blurpl3 datang dari jauh untuk merasa resepi baru dari Abang Burn ni sebab dengan hanya RM9.90 kita boleh makan 10 biji meatball dengan wedges. Dekat IKEA pun tak dapat. kui...kui...Taip je Burger Bakar Abang Burn dekat facebook kalau nak tahu lokasi lain.

Yang kelaparan meatball semasa menaip,
Blurpl3

Tuesday, 2 April 2013

>> Rewind : Parents, Kid & Baby Expo 2013

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni Blurpl3 telah pergi ke Parents, Kid & Baby Expo 2013 yang diadakan di Sunway Piramid. Pada mulanya, niat asal ke sana untuk membaiki handphone yang problem tetapi alang-alang dah sampai langsung terus ke expo itu. Blurpl3 dapat info ni daripada suria. Thanks ye for sharing..

 Si comel yang tertido setiap kali naik kereta

Macam biasa, mula-mula kena register, diberikan segala brosur produk dan ada free gift. Boleh redeem popcorn di salah satu booth yang terlibat. Apalagi, tanpa membuang masa Blurpl3 terus pergi redeem popcorn. Sedap! hehe.. Almaklumlah.. benda free, memang sedap kan. hehe...

Macam-macam barang ada dijual di expo baby ni. Sekali tengok memang rambang mata, semua nak beli. Tak boleh jadi macam ni. Duit pun bukanlah jenuh sangat. Kalau hari-hari kerja cop duit boleh la kan.hehe.. Setelah 2-3 kali pusing kat situ, barulah Blurpl3 decide nak beli barang apa. Sekarang ni berjinak-jinak nak pakaikan CLOTH DIAPER pada Naufal Amsyar. In shaa Allah, boleh jimatkan kos dan mesra alam. Doakan ye!

Ini saja, barang-barang yang sempat digrab ketika di expo baru-baru ni..


Hanya 3 keping CD QQ Baby, bamboo insert dan tambahan ice pack yang sempat di'grab' ketika di ekspo tu. Total kesemuanya pun dah nak dekat RM100. In shaa Allah, nanti boleh beli CD lagi ;)

Dekat expo ni juga turut disediakan LACTATION ROOM. Khas buat para ibu untuk breastfeeding bayi-bayi mereka. Alhamdulillah, kawasan bertutup dan selesa. Sejuk juga sebab memang diorang 'on' kan air-cond. THUMB UP! Blurpl3 sokong breastfeeding juga ya :D

Setelah selesai sesi membeli-belah di ekspo, Blurpl3 pusing-pusing mall dan terus pulang. Mood si comel Naufal Amsyar sangat bagus hari tu. Tak meragam langsung, senang dibawa berjalan-jalan. Lain kali kita pergi jalan-jalan lagi ye sayang! (Macam tu la, kalau dapat ummi & abi yang suka jalan-jalan.hehehe...)

Last but not least!

inilah K.A.M.I


Jumpa lagi, Blurpl3


Sunday, 24 February 2013

>> Rewind : Newborn Photoshoot



"With moonbeams in hand and stardust in eyes, you're a baby of heaven drifting down from the sky."
This i why i want another one of mine, Naufal Amsyar you are one cute little guy! :)


Umur: 25 hari
Tarikh: 11 Disember 2012
Lokasi: Home Sweet Home
Photographer: LittleBIGshot Photography (sini) 

*
*
*
 *
Check it out!
*
*
*
*

 Assalamualaikum semua, nama saya Naufal Amsyar bin Ab Sharul

 Wow! Sexy gitu.hehehe =p

 Ish! Malu la saya. hahaha =p

 Hey! I'm the 'BIG boss' in this company :D
 Wajah ni la, yang buat Ummi & Abi sentiasa rinduuuu
 The LOVE in our hearts
 Such a very sweet moments between three of us

 We are happy family.. Alhamdulillah

Ermm.. seolah-olah merenung masa depan je.hehehe =p
*
*
*
*
Haa.. macam mana? bergayakan anak bujang Blurpl3 ni.hehehe..


p/s: Big thanks to Kak Aiza, LittleBIGshot Photography. Nice dealing with you ..


Permata Ummi & Abi, Blurpl3

Monday, 14 January 2013

>> Rewind : Rentetan Jaundis

Assalamualaikum wbt dan apa khabar  rakan-rakan blogger dan juga silent reader.


Kali Blurpl3 just nak share pengalaman jaundis / demam kuning yang terjadi pada our little caliph, Naufal Amsyar. Yang sering juga menyerang hampir kebanyakan baby sekarang ni. 

Hari ke-6 (Khamis) : Demam kuning mula dikesan pada Naufal Amsyar, selepas lawatan nurse dari Klinik Kesihatan datang ke rumah. Pada awalnya tanda-tanda demam kuning hanya kelihatan sedikit iaitu badan sedikit kuning dan ada warna kuning dalam mata putih. Nurse sarankan untuk bawa Naufal Amsyar ke klinik keesokan harinya untuk check darah. Nurse pesan beri susu ibu banyak-banyak.

Hari ke-7 (Jumaat) : Bawa Naufal Amsyar ke Klinik Kesihatan Bt.13 atas arahan nurse. Bacaan TSB = 15.0. Perlu datang semula keesokan harinya. Kesian tengok Naufal Amsyar menangis kena ambil darah,

Hari ke-8 (Sabtu) : Hasil daripada check up hari ni result bacaan TSB = 13.6. Result = Down trend. Ummi & Abi sedikit lega. Namun, Doktor suruh refer Hospital Serdang (Wad Kecemasan) kerana dikhuatiri bacaan akan naik semula memandangkan esok hari Ahad - cuti.

Hari ke-9 (Ahad) : Check up Naufal Amsyar di Wad Kecemasan, Hospital Serdang. Kali ni lebih banyak darah diambil berbanding di Klinik Kesihatan. Lebih sayu hati Ummi lihat Naufal Amsyar menangis. huhu.. Tak lama berada di Wad Kecemasan, kemudian Naufal Amsyar dikehendaki masuk ke wad NICU (Neonatal Intensive Care Unit) kerana bacaan ketika itu 294 (17.3). Kebetulan pada masa tu Ummi hanya sehelai sepingggang dan ada hanyalah 1-2 helai barang kelengkapan Naufal Amsyar. Ingatkan datang check up saja.. rupanya terus kena masuk wad. Naufal Amsyar dikehendaki berada dibawah single photo lamp, ditanggalkan segala baju kain dan hanya tinggal pampers dan juga matanya ditutup. Naufal Amsyar asyik menangis setiap kali duduk dalam baby cord tu. Lagi la sayu hati Ummi. Ditambah pula dengan suara tangisan baby-baby yang lain, masing-masing menangis teresak-esak. Air mata Ummi terus bergenang masa tu. Abi terpaksa pulang ke rumah seketika untuk mengambil barang keperluan disebabkan Ummi dan Naufal Amsyar kena tidur dalam wad malam ni.

Pada sebelah malam, langsung Naufal Amsyar tak mahu tidur, asyik menangis je. Apabila Ummi bagi susu terus diam, apabila diletakkan dibawah lampu tak sampai 5 minit terus menangis. huhuhu.. aduhai anakku, bila nak sembuh macam ni. Selang beberapa jam, doktor datang untuk ambil darah Naufal Amsyar. Kesian anak Ummi. Walau bagaimanapun, kata doktor demam kuningnya tidak terlalu tinggi. Jika baacan turun, esok dah boleh keluar wad.

Hari ke-10 (Isnin) : Selepas amik darah pukul 7 am, bacaan turun tapi tak banyak, dari 294 ke 293. Maksudnya Naufal Amsyar kena continue single photo lamp dalam wad yang sama. Nasib baik wad yang ada katil. Memang memerlukan ketahan fizikal dan mental sewaktu menjaga anak dalam wad ni. Sampai satu tahap rasa macam nak nangis sebab tak tahu nak buat apa apabila si kecil asyik nangis je huhu.. Dugaan dan ujian daripada Allah. Ummi terpaksa lebih tegas dengan Naufal Amsyar supaya berada dibawah single photo tu, bukan apa.. Ummi nak Naufal Amsyar cepat sembuh dan kita boleh balik rumah bersama Abi.

Hari ke-11 (Selasa) : Alhamdulillah, bacaan demam kuning Naufal Amsyar sudah semakin turun dari 293 ke 240 (14.1). Setelah diperiksa oleh doktor pakar Pediatrik, Naufal Amsyar boleh didiscaj keluar wad. Syukur Ya Allah, lega rasa dihati. Doktor berpesan, jika keadaan kuning masih berlanjutan boleh refer klinik kesihatan yang berhampiran dan beri banyak susu ibu. In shaa Allah Ummi akan cuba bagi susu ibu sebanyak mungkin supaya Naufal Amsyar cepat sembuh dan sihat. 

Hari ke-15 (Sabtu) : Setelah didiscaj keluar dari wad, kali ni sekali lagi Naufal Amsyar dibawa ke klinik kesihatan untuk check up demam kuning. Alhamdulillah, bacaan turun lagi iaitu 11.8. Selang 3 hari, doktor menyuruh Naufal Amsyar dicheck-up semula.

Hari ke-18 (Selasa) : Bacaan TSB = 10.5. Results = down trend. Namun, Doktor proceed ke Pakar pediatrik, Hospital Serdang untuk lakukan ujian darah dan air kencing Naufal Amsyar. Ini merupakan ujian saringan. Kata Doktor, sepatutnya bacaan TSB sudah mencapai 8.0 jika mengikut kadar umurnya sekarang. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang lain, ujian saringan perlu dilakukan. Abi dan Ummi redha je masa tu, walaupun risau teramat dalam hati. Harap-harap tiada apa-apa yang lain.. in shaa Allah. Pihak hospital akan hubungi semula jika bacaan TSB tinggi, ujar pegawai perubatan di situ. Akan ada appoinment pada 21 Dis 2012.

Hari ke-35 (Jumaat) : Setelah check up Hospital Serdang, Doktor bagi tau everything normal. Hasil ujian saringan kuning kesemuanya negatif. Bacaan kuning dah turun. Tiada apa-apa masalah lain. Naufal amsyar juga aktif. Alhamdulillah syukur.. Next appointment dengan Hospital Serdang ialah 6 Feb 2013.



Cepat sembuh anakku, Blurpl3






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...