Tuesday, November 29, 2011

Ali buat lawak!!


Assalamualaikum...
Ali : Ibu Ali rasa macam nak nangis. tengok ni ha.. (tunjuk mata)
Ibu: Kenapa plak Ali nak nanges. Cuba nangis Ibu tengok..
Ali : Ali rasa nak nangis sebab Ali nak jumpa ayah.
Ibu : hihihihihi meh sini Ibu buat Ali gelak.
Ntahlaa... Ibu nak buat macam mana. Tunggu ajela..
RINDU
anak itu rindu
tolonglah!
tanya khabar anak itu
anak itu rindu
mana ayah lama tak balik
tanya khabar anak itu
anak itu rindu
itu ayah dalam aeroplane
ayah pergi kerja
anak itu rindu
ibu jom balik rumah
ayah ada kat rumah
anak itu rindu
bila nangis memanggil AYAH
anak itu rindu
siapa ayah ?
ooo anak itu tak tahu
anak itu rindu
tolonglah!
tanggungjawab itu culas jangan
ALI DINIE

Sunday, September 11, 2011

SAKIT

Kesakitan yang dirasai bagai mahu pecah kepala ini. Masih boleh bertahan hingga berlinang air mata. Mudah mudahan kesakitan usai habisnya September.

Friday, September 2, 2011

Raya Datang Lagi....

Selamat Hari Raya

Raya seperti tahun-tahun yang sudah.




Pagi bermaafan.

Juadah rendang, ketupat, lemang dan kuih raya dihidang didada meja.

Mari kita menjamu selera.




Pasaraya tempat pertama dituju.

Cik Munn kerja di hari raya.

Tak lengkap raya kalau tak bergambar bersama.

Itupun suami Lina tak bersama.

Pukul 5 pg dah pergi kerja.




My big family




My vi oren kereta adik ipar.

Diguna sepenuhnya di hari raya.

Hingga ke Seremban kubawa.

Jumpa sanak saudara sebelah arwah ibu mertua.

Dapat juga jumpa wan yang nampak uzur di mata.

Tapi hati macam orang muda.





Raya pertama berwarna biru

Cerita raya kami tak sehebat mana.

Tak ke mana duduk rumah saja.

Tunggu lah yang lain2 balik dari kampung berhari raya.

Baru kami kerumah mereka.

Dah mula kerja, dah mula sekolah baru rasa meriah raya.

Tak sempat2 memenuhi jemputan raya.




Raya kedua di Ampang













Sunday, August 14, 2011

Siapa yang tak nak lelaki kacak kan...

Sedikit perkongsian yang pernah diketahui, tetapi kelalaian meniti kehidupan membuat kita lupa. Amalan yang yang sepatutnya menjadi rutin hidup kita. Manusia mudah lupa. Ingat-ingatkanlah. ' Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.' Blog adik aku.



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati..


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'..


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
.

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
.
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga
.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah
.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan
.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...
.
Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
.
Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.

Nanar Sekejap



Petang Jumaat 12 Ogos 2011. Hujan selebat-lebatnya. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Aku masih lagi berada di pejabat. Kak ita, Kak Ani, Saiful dan Kak Nor menjadi tetamu di bilik ku. Hujan masih lebat, dari pukul 5 tertangguh ke 5.30 baru aku keluar dari pejabat.


Dipertengahan jalan, dapat penggilan dari Yana. Terus aku pusing stereng menuju ke Stesen Komuter Bangi. Tunggu-tunggu punya tunggu Yana tak sampai-samapi. Rupanya komuter 'sangkut' di Batang Benar.


Terus aku keluar dari parking menuju ke sekolah Sofiya.


Sampai di sekolah Sofiya tak ada. Puas aku kehulu ke hilir cari Sofiya. Mata dah panas. Tapi hati tak berdebar-debar. Sofiya dah sampai rumah agaknya. Aku telefon emak, tapi jawapannya Sofiya tak sampai lagi. Pusing, nanar aku dibuatnya.


Aku masuk kereta dan terus ke Tadika Epal pula. Hati masih tak keruan hinggakan Teacher Nolia bertanya samada aku tak sihat. Aku jawab, saya risau Sofiya tak ada kat sekolah dia. Salma dan Ali masuk kereta. Telefon aku mode silent? Mungkin dalanm kekalutan tadi tertukar ke mode silent. Ada 2 panggilan dari rumah mak. OOO rupanya Sofiya dah sampai rumah.


Sofiya... Sofiya... buat ibu nanar hari ini. Tak mau buatlagi ye...


Kakak, ibu dah cakap ibu akan ambil kakak. So, kakak kena tunggu sampai ibu datang , walaupun lambat. Kalau ibu tak datang, acik kamu yang datang, tak pun kawan ibu yang kaka kenal macam cik am... berjuraian air mata sofiya. Bukan Sofiya je aku pun sama. Aku dah terbayang cerita Kasih Alia.. Moga dijauhkan Ya Allah. Lindungi anak-anak ku dari kejahatan di dunia ini Ya Allah.





Ketika tunggu Yana di parking UKM , stesen komuter Bangi.








Monday, June 13, 2011

Friday, May 6, 2011

Sekeras hati

Dapat sms pukul 9.56 pagi. Tanya khabar anak. Rasa nak balas, tapi keraskan hati. Rasakan apa yang aku rasa. Itu pun kalau orangnya perasa. Tapi, mungkin tidak. Mungkin sekadar basa basi je untuk menghantar message itu. Oppss... hari Jumaat ni hari mulia , tak baik jahat hati.

Apa rasa? Telefon dan message tak dijawab. Walhal jarak dari berbatu2 jauh telah jadi sekangkang kera. Perjalanan 2 1/2 jam melalui udara telah jadi 20 min melalui darat.


OOOOiiii sedarlaa status ko sekarang!!
Oppppsss... sori saya terlupa....

...... masih mengeraskan hati ......