Bila saya dengar je kata ada blogger ni nak datang Kelantan,terus saya berangan-angan nak jumpa.Kebetulan pula saya masih berada di Kelantan.
Mereka ialah
Dkna dan
MJ.Ada lagi seorang yang saya nak jumpa juga iaitu
Noraim.Namun demikian bukan senang nak berjumpa,kerana masing-masing ada komitmen dan urusan masing-masing.
Saya bercadang nak jumpa semunya serentak dalam satu masa.Pagi yang hening saya pun menghantar mesej ke semua mereka untuk mengajak mereka bersarapan,
Dkna tak dapat join,nak bawa mak checkup di HUSM,manakala Noraim yang memang tinggal di Kelantan ada di Kajang,mungkin baru habis konvo.MJ?hmmmm....MJ tiada jawapan lagi.Saya cuba call,tidak dijawab.Saya pun hantar mesej sebab rasanya mungkin dia sibuk dengan keluarganya.Mj ke Kelantan kerana kenduri kahwin adik iparnya.Berserah atas rezeki.
Saya pun ke Pasir Mas untuk mengambil ubat suami.Akhirnya mesej saya dijawab oleh MJ.Katanya nak balik Penang dah,tapi nak singgah ke Rantau Panjang.Bila mendengar je begitu,saya pun kata kita jumpa sana jelah.Dari Pasir Mas ke Rantau Panjang dah dekat pun.
Akhirnya kami pun bertemu di suasana hujan-hujan yang menitik.Saya pun sempat berbual sekejap je.Kami bergambar bersama.Lalu kami berpisah mengikut haluan masing-masing.Memang best!Cuma hasrat nak belanja sarapan tak tertunai.Mungkin lain kali ye.Terima kasih ye MJ.Sudi juga nak jumpa saya.
Dan di bawah ni jurukamera kami...hehehe..anak sulung saya dan adik MJ
Saya berharap dapat berjumpa blogger lain pula selepas ini.
Pesanan:Sampai lewat malam tadi di Lipis.Keletihan menaiki kereta hampir 6 jam membuatkan saya rasa tak naik naik kereta.