Hari ni budak2 still CUTI sempena Deepavali, so...seperti biasa bila budak2 bercuti, rumah ni akan bertambah gamat dengan gaduh2 ganaz antara Afiq & Izzati...
Hubby pulak terlebih2 bz sekarang ni. Ada event yang nak d uruskan. Akceli dari last week lagi hubby bz. kalau tidak memang hari ni kita orang akan keluar jalan2.
Semalam pun terpaksa kejer, so kita orang yang dah boring giler duk umah ni, ngikutlah sekali. Kami ke Bangi, tempat d mana event tu akan berlangsung. Nasiblah tak lama mana....
Lepas ke Bangi, kami ke Putrajaya, tempat fav. kitaorang kalau ada masa di hujung minggu. Tapi semenjak hubby sibuk dengan ladang d Melaka, jarang giler dah ke Putrajaya ni. Saya suka jalan2 kat Putrajaya ni dari berjalan sekitar KL. Aman-damai & nyaman je...Orang pun tak berapa ramai, tak sesak macam kat KL.
Tempat yang biasa pergi mestilah Alamanda, dan kedai yang WAJIB masuk mestilah MPH. Walaupun tak membeli tapi mesti nak masuk jugak. Banyak ek novel yang keluar sekarang ni, macam cendawan tumbuh, ramai penulis baru...
Akceli saya nak cari buku untuk mengait benang, entah kenapa sekarang ni macam ter gilers pulak ngan xtvt kait mengait ni. Ni semua sebab tengok gambar2 posting si PJAN. Cantik & sangat2 cute segala bagai baby booties yang dia buat.
Kagum betullah saya dengan si PJAN ni. Buat JAHIT MANIK pandai, KAIT MENGAIT pandai, MASAK MEMASAK pandai, SULAM REBEN pandai...nasiblah dia ni nun jauh d utara..kalaulah duk dekat2 area KL ni, rasanya memang tiap2 ari gi menuntut ilmu ngan dia.
Nak masak apa ek hari ni???? Kalau bab2 masak memasak ni saya memang2 lah lemah. Tak tau nak fikir menu apa dah. Baru setahun setengah jadi suri rumah, orang yang dah bertahun2 duk umah tu lagi lah pulakkan...
Rasanya macam nak masak nasi ayam, tapi bahan2 tak bape nak cukup plak...hhmmm...
Isnin, Oktober 19, 2009
Tajuk Apa Yang Patut D Tulis...ENTAH!!!
Posted by ina @ nina @ infazety at 10:05 PG 0 sentuhan jemari
Labels: Weekday
Jumaat, Jun 12, 2009
Susahnya Nak Fikir Title
Apa pulak nak tulis hari ni. Kalau nak jadi blogger yang tegar 'wajib' ada n3 setiap hari. Betul ke, macam tu? Kalau betul, senang je kan.. taip dua tiga baris, posting, dapat satu n3. Esok, lusa, tulat, mulat dan seterusnya...maka jadilah seorang blogger tegar.
Tapi berapa ramai yang bole buat posting setiap hari? Saya tabik spring pada blogger2 yang sentiasa tak kering n3. Bukan senang setiap hari nak duduk depan pc/laptop menaip kisah2 yang berlaku dalam diri kita kan....
Saya ni pulak...bermusim orangnyer...kalau tiba aura rajin tu, bukan takat tiap2 hari ada n3, selang sejam pun bole buat, cuma...ada ke orang nak baca, kalau dah setiap jam ada posting baru? Nanti d chop giler menghoyan pulakkan...haha...
Tapi bila tiba musim virus M menyerang, satu apa pun tak menjadi. Bukan takat n3 je tak ada, nak jawab msg kat shoutbox pun tak lalu.
Haiiii...apalah yang saya merapu pagi2 buta ni kan..itulah time tido, tak mau tido...inilah jadinya...n3 merapu..
Akceli, saya tengah tunggu sumthing. Aiman download games, punyalah lama...dari pukul 9 tadi, sampai sekarang..dah pukul 1, tak jugak settle. Nak tutup, kesian pulak...dah nak abis, dah 90%.
Dalam pukul 9.30 malam tadi (khamis), saya pergi melawat orang baru balik dari umrah. Guru mengaji budak2 ni kat rumah lama dulu. Dia baru balik hari selasa. Seronok dengar dia cerita kisah di sana. Rindu dengan tanah haram. Teringat pengalaman saya ketika di sana dulu.
Pagi esok, kami sekeluarga akan ke Melaka, biasalah xtvt hujung minggu. Kali ni nak over nite kat sana..kesian pulak kat budak2, cuti sekolah tak pegi mana2.
Posted by ina @ nina @ infazety at 1:10 PG 0 sentuhan jemari
Labels: Jalan-Jalan, Weekday
Khamis, Mei 28, 2009
Hari Yang Sangat Panaz
Panaznya hari niiiiiii....hhhmmmm...siang tadi dari pukul 10 pagi sampai 6 petang bekalan letrik terputus kat rumah saya ni. u olls bole bayangkan macam mana keadaan bila tak ada letrik dengan cuaca yang ala2 panaz terik ni...
Notis pemberitahuan berkenaan bekalan letrik tak ada ni dah di kabarkan 2 hari awal, makanya hari ni pagi2 lagi saya dah kelang kelibut kat dapur. Seawal 6 pagi mesin basuh saya dah beroperasi padahal sebelum ni pukul 10 baru nak isikan air...oopppsss.. kecualilah kalau musim bulan tengkujuh..
Hb pulak pagi2 sibuk tanya pasal nasi. Pukul 7 saya dah panaskan siap2 nasi yang balance semalam, banyak tu bole makan sefamily, tapi dia duk jugak bising suruh saya masak nasi lagi...alahai cik abang saya ni...risau sungguh dia.. saya pun malas nak berpidato pepagi ni...saya masaklah jugak bagi dia puas ati...hehe..
Hari ni saya masak sotong sambal, maka dengan itu saya perlukan santan kelapa. Awal2 saya dah bagitau aiman suruh ke kedai beli kelapa...dia duk asyik lepak depan tv tengok Ben-10 lah, dec. conanlah & bermalas-malasan...saya ni jenis yang malas nak cakap ulang2 kali, penat mulut ni...
Tepat pukul 10 seperti dijanjikan, terputuslah bekalan letrik tu...hhmmm...sabar je lah..saya pun malas nak tunggu lama2 terus masak...potong sotong, tumbuk bawang semua, sambil2 tu jeritlah kat aiman suruh gi kedai beli kelapa...alamak!!!!!! kalau letrik dah tak ada mananya nak mesin kelapa????? Alahaiiiiiii kassimmm...tension tau, tadi ibu suruh awal2 tak mau pegi...dah lah bebel lebih2 pun buat apakan, bukan bole dapat santan pun..sib baik ada santan kotak...belasah je lah...
Tengahari & petang paling kritikal keaadaannya...saya dah macam cacing kepanasan...rasa tak nak pakai baju je...ooppppssss...panazzzz....panazzzz...peluh jangan cakaplah...berciciran..kalau bole nak berrendam dalam kolah je...hahaha.. sabar...sabar...
Hmmmmm...okies..okiess.. saya nak settle keje...baju ada 2 baldi lagi tak sidai...
Posted by ina @ nina @ infazety at 9:00 PTG 4 sentuhan jemari
Labels: Weekday
Isnin, April 06, 2009
Cermin
Dah lama dah nak pasang cermin ni...tapiiiiii....dah dua orang try test buat, tapi tak berjaya jugak...cermin ni pun dah lama beli...sebelum umah ni siap lagi..beli kat ikea 3 set...ada 12 keping semuanya...so alang2 adik saya duk umah ari tu, dialah dengan bermurah ati, meng offer kan diri...
nilah dinding yang nak di pasang...dekat dengan meja makan..
kena ukur betul-betul
cermin pertama
tadaaaa....akceli tak cukup ni...nak kena beli lagi 2 set, nak tambah atas dan tepi belas kiri, baru ngam...3 pecah masa pemasangan., so bila-bila free kenalah jalan-jalan ke ikea lagi...
Posted by ina @ nina @ infazety at 3:15 PTG 0 sentuhan jemari
Labels: Casa Impian, Weekday
Jumaat, April 03, 2009
Tetamu Saya
Makin rajin pulak update blog...rasanya virus M tu dah berjaya diubati..U olls layan pic je lah ek!!
Nilah tetamu comey saya..see...dia tersangat minat ngan sliper biru saya. puas dah kata "no,no, don't touch" tapi u olls lihatlah sendiri..
pic ni bukan sengaja saya kaburkan ya..camera wat hal pulak...pic duk gegar cam gempa bumi je jadinya..
tadaaa...nilah diaaa....haziqi. sekarang ni...dia tersangat lah lasaknya...kalau ke dapur tempat periuk je yang dia tuju...
ni lepas main...penat dah..
haaa...tu dia...sangap dah...
macam orang besar..minum nak guna cawan...kalau tak bagi menjerit-jerit.
ha...nilah abang haziqi...hakimi...dia ni baru 6 taun, tapi badan macam budak umo 10 taun..tiap kali dapat umah saya, mesti dia kejar ps2, tak pun psp...kalau dah dapat salah satu tu..makan pun dia bole lupa..
geram tau tengok budak ni...jinak2 merpati..
dah pandai berdiri, sikit hari lagi bole lah jalan ni..
tengok tu...bukan nak pandang camera, puas saya panggil-panggil tapi hampehhh...
ni je lah satu pic yang dia betul-betul pandang camera...sape yang wat jari cam tuu?? nak kena ni si budak baju kuning tu...
tengah layan ps2...budak 2 orang tu pun tumpang sekaki...
sorang pun tak pandang...
Haziqi datang malam rabu lepas. Adik saya cuti sebulan, so dia jenjalan lah...dua tiga hari ni saya sibuklah sikit, tapi apa-apa pun sempat lagi tulis n3 pepanjang...heyyy!!!!
Posted by ina @ nina @ infazety at 12:00 PTG 4 sentuhan jemari
Rabu, April 01, 2009
Bz + Virus M*L*S
Masak pulak pukul 11 pagi...
Pukul 2.30 saya dah kesunyian balik, sensorang...
Hahaha...gelak lagi lah...
Posted by ina @ nina @ infazety at 9:55 PG 3 sentuhan jemari
Isnin, Mac 30, 2009
Baby Sitter
Hari ni saya jadi baby sitter. Ni lah babynyer...Cucu pada makcik yang penah jaga aiman, afiq & izzati sejak lahir...nenek dia ada hal, so minta tolong saya jaga..saya no hal, dah lama tak jaga budak-budak rebenakan...layan jerrr...Pic atas ni, si eka ni tengah tunggu saya masak. Behave jer budak ni...suara pun tak dengar.
Tido dah...akceli eka deman sikit. Lepas saya bagi ubat terus landing...Kejap lagi nak gi jemput afiq & izzati, so......kena minta tolong SIL saya jaga kejap...
dua bradik sebenarnya eka ni...ni kakak dia ekin...adik dah landing, kakak pulak tengah layan tv. senang jaga budak berdua ni...biasalahkan budak-budak bila dengan orang lain memang behave jer, cuba ada mak bapak, mulalah keluar segala prangai yang tersembunyi tu...haha...kita dulu pun cam tu gak....
Posted by ina @ nina @ infazety at 12:36 PTG 4 sentuhan jemari


















