Showing posts with label NOTEBOOK. Show all posts
Showing posts with label NOTEBOOK. Show all posts

Apa itu Notebook


 Dipanggil notebook kerana saiznya yang kecil dan fungsinya juga lebih kurang sama seperti buku note. Ada juga yang memanggil Laptop. Ia sesuai dibawa kemana-mana kerana ia mempunyai batteri.

Form Factor
Biasanya notebook terdapat form factor sendiri. Biasnya ia dipanggil one spinder atau 2 spinder. One spinder adalah hanya ada CD-ROM sahaja. Manakala 2 spinder ada floppy disk dan CD-ROM sekali.

Biasanya berat antara 2 kg hingga 3.5kg

Specifikasi notebook

Processor – Mobile CPU (Intel, AMD, Teansmeta –crusoe)
Chipset – ikut pengilang
RAM – SODIMM ( Small Outline dual in-line memory module)
Hard Disk –Notebook Hard Disk (2.5”), IDE & SATA
CD-ROM – Slim CD-ROM
Floppy disk optional atau 2 spinder
Modem
Network Card, WIFI
Batteri
Device lain seperti USB, Com Port, Pararel port, Camera, Bluetooth

Biasanya pengguna akan menilai sesebuah notebook adalah dari beberapa aspek. Antaranya ialah;
 1. Wireless
2. Performance
3. Batteri life
4. Form Factor.

Netbook


Apa itu NetBook?


Rata-rata kita bercerita tentang netbook kerana program (NBI) Inisiatif Jalur Lebar Negara. Program ini menggunakan Netbook. Netbook diperkenalan penghujung tahun 2007 dan dikenali sebagi notebook kecil serta ringan. Harga netbook juga rendah, spec juga rendah dan menggunakan bekalan kuasa yang rendah (low power consumption). Kadar berat netbook biasanya 1kg kebawah dan saiz skrin adalah dari 5 inci hingga 12inci. Tetapi size yang popular adalah 10.1inci. Biasanya netbook tidak dibekalkan dengan CDRom dan Disk Drive (FDD).

Kita lihat spec untuk netbook.
  • Processor biasanya mengunakan Atom atau AMD Athlon Neo atau VIA. Paling popular mereka menggunakan Intel Atom. Spec speed yang biasa adalah 1.6Ghz.
  •  RAM biasanya menggunakan DDR2 atau kini telah menggunakan DDR3 sebagai standard spec. Maksimum untuk RAM adalah 2GB.
  • Hard Disk biasanya menggunakan SATA teknologi. Spec minima adalah 160GB dan sekarang menggunakan 250GB. Tetapi boleh kita menggunakan Hard Disk kurang 160GB atau lebih 250GB.
  • Lain-lain spec adalah kamera, wifi ready, usb port
  •  Harga biasanya subjek kepada size RAM, Hard Disk ataupun speed processor.
  • Dimasa akan datang kita akan menghuraikan perbezaan atom processor dan perbezaan notebook dan netbook.
Note:
Netbook biasanya digunakan untuk semua pengguna. Ini kerana harga berpatutan, size yang kecil dan ringan. Kepada mereka yang memerlukan notebook yang berkuasa tinggi netbook bukan pilihan yang tepat.