:: FREE KALENDER 2013, SAPA NAK???::

|


Assalammualaikum... Buat semua rakan2 blogger Nasaz... Uhh lama jugak tak update story baru ni... Walhal banyak gak story tapi tak berkesempatan nak update...

:: Tup.. Tup dah nak masuk tahun 2013, rasa cepat betul masa berlalu
:: Banyak betul kenangan pahit n manis sepanjang tahun 2012,, apapun itu semua sebagai ikhtibar buat aku untuk memperbaiki diri.
:: Ada la jugak sikit perancangan nak masuk tahun 2013.
:: Alhamdulillah,, semoga perancangan itu akan membuatkan ku bertambah ceria di ambang 2013.
:: Aku nak mintak maaf buat kalian semua kalau ada yang menyinggung perasaan.
:: Bagi nak sambut tahun baru ni, istimewa buat rakan2 blog yang nak kalender FREE dari Nasaz please like page http://www.facebook.com/pages/Frografik-Ent/206236039462424 dan send nama, alamat, no tel korang ke nasazfrog_wani@yahoo.com bagi proses pos.
:: Mudah saja kan!!

TERHAD 10 ORANG SAHAJA..... :)

Ok la jumpa nanti dia tahun 2013... :)

: HEPI BESDAY TO ME ::

|

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!
YANG KE 32..

SEMOGA AKU TABAH MENGHARUNGI LIKU2 KEHIDUPAN BERSAMA ORG2 TERSAYANG.

I LOVE MY FAMILY!.. HEHE

:: AKU + REDMUMMY

|

Assalammualaikum..... Minggu lepas aku ada update blog pasal aku berjumpa SESEORANG... Nahhh aku jumpa ngn Redmummy... Diva tuh.. Memang kitorang dah janji nak jumpa kat JPO.


:: Comel rupanya kak red ni.. 1st time jumpa tuh...
:: Anak2 dia pun comel gak cam omak eh.
:: Masa ni jumpa terkejar2 jugak sebab aku urusan lain lepas tu.
:: Dapat jugak abg. Hadif bergambar ngn Kak Red.

:: Time ni aku yang nak sgt bergambar ngn Kak Red, ye la bukan senang nak jumpa kan.
:: Buat kenangan la katakan.
:: Sekali dia tanya aku, lam perut ada lagi ke,,, hehehehe nampak je heh... ermmm

:: Masa ni nak balik dah...
:: Tu la ole2 dr Redmummy utk aku,, gumbira sungguh cek no...
:: Apapun terima kasih bebanyak buat Kak red sbb kite berkesempatan jumpa walaupun sekejap.
:: Ada masa kte jumpa yer RM..

:: JENJALAN DI JPO, JB ::

|
Assalammualaikum.

Entry kali ni lambat betul nak masuk, asyik tertangguh je.
Lama dah pegi JPO tapi tetap jugak nak update.


:: Yang pergi ke JPO Mama + Papa + Nuri + Hadif je, Wani tak de time tu dia pergi rumah sepupu dia.
:: Aku sampai time tu pun dah nak malam.
:: Sebenarnya aku ke sana sebenarnya berjumpa dgn SESEORANG yang TIP TOP.. uhhh suspen...
:: Nanti2 aku kasik tau k.


:: Penat berjalan lepak jap. abg. Hadif pun bleh tahan jugak merengek.
:: Memang penat sebab berat bdn kan.
:: Masa nak mencari SESEORANG itu aku mmg dah ternampak dia kat BR ngn famili dorang, so aku kol pastu dia soh tungguuu.


:: Papa ngn anak2.
:: Bergilir2 aku dukung abg. Hadif.
:: Time tu dah malam, dah nak gerak balik.


:: Yes, masa ni dah nak gerak balik.
:: Tengok beg kertas besar kat tanagan aku tuh.. SESEORANG yang memberi.
:: Apapun status SESEORANG masih menjadi tanda tanya.. hehehe hey ape da...

Next entry aku kasik tau siapa SESEORANG itu. :)
Daa rindu sgt ngn rakan2 blogger.. 

::PHOTO, HARI RAYA 2012 ::

|

MASIH TAK TERLAMBAT RASANYA BAGIKU UNTUK MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2102

Memang sekian lama aku tak update blog ni... terasa rindu plak  nak update... Sibuk n malas tu memang satu alasan.

:: Ni antara gambar keluargaku yang terkini untuk Raya 2012.
:: Dulu anak sorang pastu dua, tiga dan akan datang, insyaallah.
:: Hubby sedondon ngan abg Hadif berbaju melayu bewarna hitam.
:: Baju abg. hadif tu besar tu, tu la saiz yang paling kecik yang ada,, tak pe la boleh pakai tahun depan.
:: Raya tahun ni seperti biasa cam tahun2 lepas raya 1st di Kota Tinggi dan balik ke Seremban pada raya ke-2.
:: Apapun ada beberapa hari je lagi nak abis raya... masa begitu cepat berlalu.

Okey la nanti aku update lagi.

:: KAKI SIAPA NI... ::

|
Assalammualaikum... Uhhh lama tak update,, kejap ada.. kejap tak de,,  biasa la tu... agak2 mood ada nak update blog ada la...  kalau tak de memang tak la nak mengupdate bagai.... Ni pun kepala tetiba cam melayang2... Ok la teruskan cerita..


:: Cuba teka kaki ni kaki siapa... hehehe tentunya Muhammad Hadif yang punya....
::  Stokin tu aku suka sebab ada kartun2 kat situ..
:: Kalau dia baring mesti dia main2 ngn stokin dia tu....
:: Tu pun dah ngam2 je masuk kat kaki dia... segalanya klu beli baju ke mesti ambik yang besar2 punya kalau tak mesti sekejap pakai.. 
:: Perkembangan baby kan cepat membesar...



:: Haa.. ni la empunya kaki yang tembam tu.. hehehe
:: Masa ni kat dlm kereta, belum nak lasak2 sgt..
:: Cuma dia sgt suka klu ada mainan kat tangan,, dan jgn diambil dr tangan dia gerenti dia nangis punya..
:: Masa ni usia dia 5 bulan seminggu..
:: Saiz pampers pun dah pakai saiz L.


:: Berat pun dah mencecah 8.1 kg.
:: Sangat aktif cuma kalau nak susu tak menyempat2.. melalak ko..
:: Still lagi menggunakan susu formula, sekali baut 4oz je tapi kerap.
:: Tak biasa buat banyak2 sebab bb menyusu pun tak banyak.


:: Hadif + Mama sangat suka bergambar.
:: Ermmm.... Hadif asal bergambar je melopong mulut.. :)

Sekian entry untuk harini. Kalau ada nak tanya kat Nasaz just email me: nasazfrog_wani@yahoo.com

Durian Runtuh Felda 2012 Antara (RM5,000 – RM15,000).

|
Sebentar tadi berlangsungnya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri yang menjaga Felda melibat durian runtuh FELDA 2012. Pengumuman diadakan di Jengka 8, Pahang yang dibawakan secara langsung oleh RTM. Kali ini gelombang durian runtuh akan menimpa peneroka FELDA pula…..



Butir-butir Pengumuman Durian Runtuh FELDA 2012 Kepada Peneroka

Imbuhan Utama kepada Peneroka Felda :
  1. Jumlah dana pemberian durian runtuh FELDA adalah sebanyak RM1.689 billion, untuk diangihkan kepada semua setiap 112,635 peneroka FELDA
  2. Fasa Pertama 1 = RM5,000 untuk suami, ketua keluarga
  3. Fasa Kedua  2 = RM5,000 untuk isteri peneroka. Kalau ada 4 isteri? Bahagikan RM5,000 sama rata
  4. Fasa Ketiga 3 = RM5,000 untuk anak-anak generasi kedua (Maksudnya di sini, jikalau ada seramai 5 adik-beradik kesemuanya bahagikan RM5,000 seadilnya)
Lain-lain Imbuhan Untuk Peneroka Felda :
  • Peneroka Felda akan menikmati kemudahan pinjaman rumah tanpa faedah
  • Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri
  • 20% saham Felda Global Venture (FGV) akan diperuntukkan kepada Tabung Amanah bagi peneroksa FELDA dan setiap keuntungan dividen akan disalur secara terus pada peneroka.
  • Berdasarkan perkiraan awal, jika penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menguntungkan seperti yang dijangkakan, besar kemungkinan peneroka akan menerima lagi imbuhan sebanyak RM1350 (jumlah minimum)
  • Setiap peneroka layak menerima saham Felda Flobal Ventures FGV
  • Petugas-petugas dan pegawai-pegawai FELDA dapat bonus khas 2 bulan setengah gaji
 Tersenyum lebo la org FELDA harini.... Alhamdulillah.

MESTI BACA! :: Sayu Hati Aku.....

|
Ketika ni hati aku terasa sayu bila mengenangkan seorg rakan kerja aku yang telah kehilangan anak dia yang berusia 6 tahun (sebaya ngan Wani) masa tu sehari sebelum cuti Hari Pekerja.. Ceritanya begini.........

Aku dapat panggilan dari bos aku yang mengatakan anak kepada rakan sekerja aku ni meninggal... Tersentap aku seketika sebab terkejut sgt...sebab time tu hari selasa 1 Mei merupakan hari cuti kan (Labour Day). Time tu pun aku tgh dok main2 ngan anak2... memandangkan hubby baru pergi kerja sekitar jam 2.30 ptg.

Aku terus sebak lalu mengalir airmata mengenangkan baru 2 minggu lepasnya aku berjumpa ngn arwah serta adiknya.. sangat aktif. Sebenarnya 2 bulan sebelumnya arwah ada terjatuh dr rumah flat yang didiami iaitu jatuh dr tingkat 5... bayangkan tingkat 5 jatuh hantar g hospital tapi doktor mengesahkan tak de apa2 kecederaan yang berlaku... Sangat bersyukur mendengarnya di beri kesempatan utk meneruskan kehidupan..

Tup.. tup dgr berita kematian. 2 hari sebelum arwah meninggal dia ada muntah darah dan berak2... So mama dia bawak g hospital di Johor Bahru, Doktor cek kata tak de apa2... Uhhhh serius ke tak de apa2 klu dah muntah darah, badan lemah2... keesokkan harinya bawak lagi pergi hospital.. benda yg sama doktor tu cakap. Arwah cuma kena tahan wad dan masuk air. hari ketiga doktor mengesahkan dia dah mininggal dunia. Sangat terkejut la mak arwah ni tadi sebab tak tahu apa sebab musabab dia meninggal.

Kesedihan melanda... Last2 buat post mortem utk mengetahui punca2 dia meninggal. Doktor mengesahkan dia mengidap apendik dimana apendik tersebut dah pecah.. Subhanallah....

Selepas tu doktor jumpa ngn mak ayah arwah 'MEMOHON MAAF ATAS KECUAIAN DOKTOR YG MEMERIKSA ARWAH PADA HARI SEBELUMNYA' dan lagi doktor tu kata ' SEPATUTNYA KLU TAU PUNCANYA IANYA BOLEH DI ATASI DAN BOLEH PULIH' perghhh sungguh dasyat doktor2 skang memeriksa tanpa minitikberatkan hal2 yang boleh menyebabkan hal2 sebegini.. Apapun hal ni akan dibawa kehadapan untuk tindakan lanjut. Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masai iaitu dikebumikan bersebelahan arwah Dirang.

Sungguh sedih mengenangkan keceriaan arwah ngan adiknya... Banyak jugak mak arwah ni cerita tanda2 sblm pemergiaan arwah.. Apapun ke syurga la tempatmu... Sampai sekarang aku sedih sgt sebab mengenangkan arwah sebaya ngan anak aku.... Sekarang ni tetiba teringatkan anak2....

5 beranak mati dalam kereta

|
MASAI: Lima beranak ditemui maut di dalam sebuah kereta Proton Iswara yang diletak di dalam kedai penghawa dingin kenderaan milik ketua keluarga berkenaan di Jalan Serangkai 4, Taman Bukit Dahlia, Masai di sini, petang semalam. Lima beranak itu membabitkan bapa berusia 30-an yang mayatnya berada di tempat pemandu, isterinya, 30-an berada di tempat duduk penumpang depan sambil memangku anak perempuan bongsu mereka berusia empat tahun manakala dua lagi anak pasangan itu berada di tempat duduk belakang. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, dua kanak-kanak terbabit ialah anak lelaki berusia 11 tahun dan dan anak perempuan berusia sembilan tahun. Menurutnya, polis mendapat laporan jam 7.10 malam yang dibuat bapa ketua keluarga berkenaan selepas gagal menghubungi anaknya sejak Ahad lalu. “Ketua keluarga yang terbunuh itu dikatakan menghantar bapanya berusia 60-an, ke Hospital Sultan Ismail pada jam 11 pagi, Ahad lalu, untuk mendapatkan rawatan buah pinggang dan meninggalkan bapanya di hospital itu. Terkejut jugak aku dengar berita ni pagi tadi kat TV3. Sungguh sadis tragedi ni sebab melibatkan 5 beranak lak tuh.. apa punca masih lagi dlm siasatan. Eh jap dah sebulan aku tak update blog rupanya.. ermm

:: BEGINI LA AKU ::

|

:: Begini la keadaan aku tatkala melakukan kerja.
:: Amat kusyuk.. hehehe iye je,, sesekali layan facebook, twitter, blog jugak..
:: Uhh ruang masa amat la terhad.



:: Hahaha korang bleh nampak ke aku buat kerja ke layan internet??
:: Uhhh serius.. time tu mmg bz gile.. ni gambar ni kerja budak2 praktikal la yang ambik ni..
:: Nakal2 semuanya... tp banyak membantu...
:: Bila dorang abis kerjaku kembali banyak seperti sediakala....

:: BABY SUPERMAN ::

|

:: MUKA HAIRAN


:: SENYUM KAMBING


:: MUKA TERSENGIH


:: MUKA MELALAK

:: Aku suka ambik gambar bb tengah mood baik cenggini.
:: Nanti aku nak pilih gambar yang ok nak frame kan...
:: Tu pun nak kena masa panjang jugak nak edit bagai. :)
:: Rabu - Jumaat aku cuti balik kampung halaman (SEREMBAN), yahuu seronok!

:: BASUH KATAK ::

|




:: Kalau dah selalu dipeluk cium bosan kan..
:: Tak aku tak ler nak tidur mesti nak kena ada bantal katak ni,, harus..
:: Kalau dapat kat anak2 di balingnye,, udahnye kotor la ia.
:: Kebersihan nak kena jaga jugak kan,, so harus dicuci supaya ianya bersih dan wangi..

:: SATAY WAK RADOL ::

|

:: Walaupun ni cite lam 2 3 minggu lepas aku tetap nak masukkan lam blog jugak...
:: Time ni kitorang ada waktu kelapangan dihujung minggu.
:: Pada asalnya mmg aku yang ajak hubby pergi mkn satay ni tapi hari sebelumnya.
:: So tetiba dia ajak pulak g makan kat sana.
:: Kira famous jugak la Satay ni.
:: Aku order Satay babat (perut) ngan daging sahaja.
:: Tak order ayam sebab hubby aku ckp tak sodap... ermm..



:: Nuri ngan Wani aku orderkan Soto Nasi,, pergghhh sedap jugak.. ayam dia mewah betul...
:: Bersilih ganti org datang...
:: Tempat dia area tepi Highway Pasir Gudang.. area Kempas tak silap aku.



:: Masa makan tu nasib baik Hadif tak meragam.
:: Risau jugak sebab duduk betul2 bawah kipas.. laju tu.. aku pun sejuk.
:: Time tu baby tak pakai baju lengan panjang plak tu.
:: Cuma kalau boleh tempat tu di orter sikit la keadaannya supaya lebih besay dan selesa.



:: Time nak bayar ni ada sedikit kekeliruan.
:: Hehehe... yang ajak g makan kan hubby so dia la yang patut belanja kan..
:: Uihhh dia kata kite yang ajak,, yer tapi sebelumnye... kira time tu je la klu pergi mmg la aku yang bayo..
:: Kui..kui..kui... tak pe2... mama baik hati nak belanja 1 keluarga makan, ikhlas okey. :)

:: LEMAH ::

|


:: Start semalam lagi badan tak berapa sihat.
:: Tetiba je bisa2, kepala pening.
:: Menggigil satu badan.
:: Terus lemah badan.
:: Tekak pulak sakit,aduhh...
:: Memang nak kena berurut satu badan ni.
:: Harap2 cepat la aku kembali sedia kala.