Halloween Costume ideas 2015
MPS
Articles by "program"



Jauhari Jawhar adalah siri telaah dan wacana bagi mengupas dan membahas ide-ide dalam jurnal ini. Perbincangan dan diskusi bebas kali ini akan membahas topik dalam Jawhar Jil. 1 Bil. 1 iaitu ulasan bagi karya berikut: 1) Risalah untuk Kaum Muslimin; 2) Karya Klasik Melayu-Islam; 3) Development as Freedom; 4) Perspektif Qurani: Siri Wacana Tematik; 5) The Prince. Jurnal ini boleh didapatkan dengan harga istimewa, RM3.00 setiap naskah.


Wacana ini akan diikuti oleh satu lagi wacana "To the Muslim Youth: Crisis in the Muslim Mind & Challenge for Muslim Youth" bersama Prof Emeritus Abu Hamid Abu Sulayman, di tempat yang sama, jam 8.00 malam.




Jauhari Jawhar adalah siri telaah dan wacana bagi mengupas dan membahas ide-ide dalam jurnal ini. Perbincangan dan diskusi bebas kali ini akan membahas topik dalam Jawhar Jil. 1 Bil. 1 iaitu ulasan bagi karya berikut: 1) Risalah untuk Kaum Muslimin; 2) Karya Klasik Melayu-Islam; 3) Development as Freedom; 4) Perspektif Qurani: Siri Wacana Tematik; 5) The Prince. Jurnal ini boleh didapatkan dengan harga istimewa, RM3.00 setiap naskah.

Wacana ini akan diikuti oleh satu lagi wacana "To the Muslim Youth: Crisis in the Muslim Mind & Challenge for Muslim Youth" bersama Prof Emeritus Abu Hamid Abu Sulayman, di tempat yang sama, jam 8.00 malam. Rujuk http://peminggirkota.blogspot.com/2014/03/wacana-dan-diskusi-intelektual-pakej.html

 


Mahasiswa Bitara: Persiapan Menciptakan Peribadi Unggul 

Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)



"Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang melimpah-ruah dan kesembuhan dari segala macam penyakit. Amin"


PRAWACANA
Bergelar ‘mahasiswa’ tidak hanya bermaksud menjadi pelajar di institut pengajian tinggi atau universiti. Mahasiswa adalah sebenarnya ‘the custodian of knowledge’. Justeru, menjadi mahasiswa bermakna menjadi golongan terpelajar yang sedar tentang peranan dan tanggungjawab keilmuwan yang terbeban ke atas pundak mereka. Ia menuntut kesungguhan, ketekunan dan keteguhan menempuh alam kampus yang cukup mencabar.

Mahasiswa bukan seperti pelajar sekolah. Di kampus, sistem pembelajarannya berbeza daripada apa yang pernah dirasai di sekolah; sistem semester, pemarkahan ‘carry-assessment marks’, tugasan, buku rujukan, kuiz, ujian dan pelbagai lagi perkara yang mungkin tidak pernah dilaksanakan di sekolah bakal dialami di universiti.

Tidak sekadar sistem pembelajaran sahaja yang berbeza, malah kehidupan alam kampus juga berbeza. Suasana alam kampus lebih bebas dan menuntut mahasiswa untuk berdikari. Disiplin diri adalah sangat utama agar tidak berlaku keciciran dalam pelajaran kelak.

Selain itu, mahasiswa tidak selayaknya hanya belajar di bilik kelas, menyelesaikan tugasan matakuliah, tutorial dan mencapai kecemerlangan akademik, tetapi mahasiswa juga punya tanggungjawab kemasyarakatan. Justeru, pembinaan syakhsiah (peribadi) adalah asas kepada usaha persiapan mahasiswa untuk cemerlang dalam pengajian, terlatih dalam medan, membina daya kepimpinan seterusnya menyumbang kepada umat dan masyarakat.


MAHASISWA DAN JATIDIRI KEMAHASISWAAN
Mahasiswa secara umumnya dikenali sebagai pelajar di institusi pengajian tinggi atau universiti. Mahasiswa menghadiri kuliah di universiti, menghadapi ujian akhir dan bergraduasi. Dengan sijil yang diperoleh daripada universiti, maka berpeluanglah mereka mencari pekerjaan yang bergaji lumayan, dan taraf kehidupan keluarga dapat ditingkatkan. Itulah gambaran umum tentang siapa mahasiswa. Sekiranya kita berani berlaku jujur dan mengakui keadaan dan kualiti diri kita sebagai mahasiswa di universiti, mungkin akan dapat membuka jalan berfikir secara objektif dan koreksi diri dapat dilakukan.

1) Mahasiswa dalam Cengkaman Orang Industri
Hakikatnya, mahasiswa itu sangat berkait rapat dengan konsep universiti. Mungkin apa yang kita fahami tentang mahasiswa dan universiti sekarang ini bertitik tolak daripada penyelewengan tujuan penubuhan universiti. Jika dahulu ilmu pengetahuan mempengaruhi persekitaran, tetapi hari ini persekitaran mempengaruhi ilmu pengetahuan dan cara penyampaiannya. Jika universiti zaman dahulu bercakap tentang ilmu, universiti kini bercakap tentang produk dan servis. Pelajar merupakan pelanggan mereka (universiti), dan pasaran kerja merupakan panel penilai keberkesanan mereka. Pendidikan hari ini telah menjadi sejenis bisnes yang mula didominasi oleh ‘Orang Industri’.

Malah sektor pendidikan itu sendiri telah diberi label ‘industri’; yang tentunya memberi membawa implikasi penekanan kepada motif perekonomian (mencari keuntungan) sesuai dengan konotasi kata industri itu sendiri sebagai perusahaan. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil pemakaian istilah industri pendidikan sebagai ‘pengkomoditian ilmu dan ilmuwan yang nilainya ditentukan oleh hukum pasaran; penawaran dan permintaan’.

2) Mahasiswa dan Elemen-elemen Lain yang Integral dan Saling Melengkapi
Kita perlu ubah! Ubah cara fikir dan kembalilah kepada hakikat mahasiswa yang sebenar. Dalam tradisi kesarjanaan tamadun-tamadun besar, pelajar sangat berkait rapat dengan guru, adab-etika dan kutub khanah (pustaka). Guru merupakan seorang insan yang bertanggungjawab menyalurkan ilmu (transmission of knowledge) kepada muridnya. Bukan sekadar ilmu, tapi yang lebih utama ialah metodologi (manhaj) untuk mempelajari atau mendalami disiplin ilmu yang diajarkan. Metodologi ini penting supaya ilmu yang diajarkan dapat dikembangkan dan tidak bersifat statik dan jumud. Khutub khanah atau kepustakaan juga merupakan unsur penting yang berkait rapat dengan pelajar. Di sinilah berkumpulnya rujukan-rujukan untuk pengembangan ilmu pelajar. Institusi pendidikan yang berkualiti dan punya visi kependidikan yang unggul akan melabur banyak untuk meningkatkan kualiti kepustakaannya. Adab pula adalah etika dan disiplin seorang penuntut ilmu. Oleh sebab amanah keilmuan itu bukan calang beratnya dan perbuatan menuntut ilmu itu bukanlah mudah, maka disiplin menuntut ilmu perlu dijaga.

3) Hakikat Mahasiswa: Pengemban Amanah Keilmuan
Hakikat mahasiswa ialah mereka merupakan manusia yang sedang disiapkan untuk mengemban amanah keilmuan; mengamalkan dan menyebarkan ilmu yang benar untuk manfaat diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Inilah jatidiri mahasiswa: sedar akan kedudukannya sebagai penuntut ilmu yang mempunyai hubungan dengan guru, melalui proses pembelajaran dengan adab dan disiplin tertentu dan sanggup mengemban amanah keilmuan serta menyebarkan ilmu yang hak untuk manfaat diri, keluarga dan masyarakat.

Konsep dan aspirasi universiti pula wajar dikembalikan. Universiti sewajarnya menjadi tempat di mana ilmu dihubungkaitkan secara universal. Iklim ilmiah dan tradisi akliah wajar menjadi keutamaan. Budaya ilmu diamalkan oleh semua peringkat warga universiti. Tuntasnya, universiti tidak sepatutnya menjadi tempat merebaknya wabak kepura-puraan – baca buku untuk ujian dan peperiksaan; menipu dalam menyiapkan tugasan; menipu dalam peperiksaan; plagiarisme dan sebagainya – akan tetapi, universiti harus bertindak sebagai institusi melahirkan para ilmuwan yang berwibawa dan berjasa kepada manusia sejagat.

BITARA: GAGASAN KEUNGGULAN MAHASISWA
Mahasiswa wajar punya cita-cita. Dato Dr Siddiq Fadzil pernah dalam ucapannya di hadapan anak-anak muda secara berseloroh – tapi mesejnya jelas – menyatakan: “Jangan ditanyakan kepada orang tua, apa cita-citamu, kerana orang tua tidak punya cita-cita melainkan pengalaman. Maka, tanyalah engkau akan pengalamannya. Akan tetapi untuk anak muda, tanyakan apa cita-citanya. Orang muda wajar punya cita-cita.”

Mahasiswa rata-ratanya terdiri daripada golongan muda. Anak muda perlu ada idealisme. Kekuatan tenaga kepemudaan yang disepadukan dengan idealisme yang kukuh dan jelas serta kekuatan ilmu pengetahuan mampu memberi impak besar dalam diri dan komuniti. Potensi kepemudaan ini tidak sewajarnya dibazirkan. Ini bermakna, ‘Mahasiswa Bitara’ adalah kelompok mahasiswa yang berusaha untuk membangunkan potensi diri untuk cemerlang dalam akademik, cemerlang dalam menggilap kompetensi diri, cemerlang dalam kepemimpinan dan cemerlang dalam kegiatan kemasyarakatan serta seterusnya menjadi jurubicara ummat yang unggul.

1) Mahasiswa Bitara yang Unggul dan Hebat
Gagasan ‘Mahasiswa Bitara’ bukanlah suatu yang baharu. Istilah ‘bitara’ itu sendiri menggambarkan keunggulan (khairiyah). Dari segi bahasa, kata ‘bitara’ merupakan cantuman dua perkataan iaitu ‘bi’dan ‘tara’. ‘Bi’ merupakan imbuhan pinjaman daripada Bahasa Parsi yang bermaksud ‘tidak’ atau ‘tiada’. Manakala ‘tara’ bermaksud ‘takat’, ‘tahap’ atau ‘had’. Oleh yang demikian, ‘bitara’ membawa maksud ‘tiada had’, ‘tiada takat’, ‘unlimited’. Dalam kata lain, ‘Mahasiswa Bitara’ adalah mahasiswa unggul yang hebat!

2) Tanda Aras (Indikator) Keunggulan Mahasiswa
Terdapat empat input pembinaan ‘Mahasiswa Bitara’ yang dikenali sebagai ‘Lingkung Kebitaraan’: (1) Idealisme; (2) Intelektualisme; (3) Aktivisme; dan (4)Spiritualisme. Idealisme ialah kekuatan azam dan cita-cita; visi dan harapan. Idealisme harus dipandu oleh kekuatan ilmu dan tradisi akliah iaitu aspek intelektualisme agar idealisme tersebut tidak sekadar bersandarkan semangat semata-mata. Aktivisme adalah manifestasi idealisme yang dipandu intelektualisme, manakala spiritualisme adalah aspek kawalan bagi unsur lingkung kebitaraan yang lain.

MEMBINA KOMPETENSI DAN KEPEMIMPINAN
Mahasiswa Bitara melahirkan pemimpin unggul. Gagasan Mahasiswa Bitara mensasarkan pembinaan mahasiswa yang kompetens dan punya daya kepemimpinan yang berkualiti. Kepemimpinan bukan sekadar melihat kepada aspek karismatik seseorang, malah ia menjangkau lebih daripada itu. Kepemimpinan yang benar-benar berkualiti adalah kepemimpinan yang didasari oleh nilai-nilai murni yang kudus. Justeru, PKPIM meyakini bahawa kepemimpinan adalah suatu gerak daya atau proses ‘sanctified trust’ atau ‘pengkudusan kepercayaan’ yang disulami dengan niai-nilai seperti integriti, kebebasan dan keadilan.

Kebanyakan pemimpin naik ke teraju kepimpinan tanpa mengetahui dan menyedari peranan sebenar seorang pemimpin serta nilai-nilai yang patut dianutinya. Mereka bertindak cuma berdasarkan apa yang mereka percaya mereka boleh lakukan ketika memegang autoriti; mungkin mereka berbakat dalam pengucapan awam, mampu berpidato dengan hebat tapi terkadang cuma laungan kosong dan angan-angan yang akhirnya langsung tak menampakkan hasil kejayaan kepimpinannya.

Akan tetapi, hakikatnya pemimpin yang berkesan bermula dengan menanyakan dirinya tentang watak kepimpinan yang bagaimana sewajarnya dibentuk. Kepimpinan yang berkesan memberi fokus kepada pembinaan watak kepimpinan; kesedaran tentang nilai dan prinsip yang dipegang dan dianuti.

1) Pembinaan Watak Pemimpin
Oleh sebab itu, Pembinaan Watak Pemimpin (PWP) merupakan mekanisme penyaluran nilai-nilai dalam empat elemen Lingkung Kebitaraan – spiritualisme, idealisme, intelektualisme dan aktivisme - yang bakal memacu pemimpin dan kepimpinannya ke arah konsistensi sikapnya yang menentukan tahap keberkesanan kepimpinan seseorang.

Pemimpin yang berkesan akan mampu menjadi suri tauladan kepada pengikutnya, yang menunjukkan sikap yang membangkitkan motivasi pengikutnya, yang menyokong orang bawahannya sehingga mereka mampu berdikari dan yang sentiasa membuat keputusan bersandarkan matlamat yang jelas dan kaedah yang efektif. Natijahnya, kepimpinan yang berkesan akan memotivasikan kelompok atau organisasinya untuk mengembleng sepenuh tenaga bagi mencapai wawasan yang dicita-citakan.

Justeru, tiga komponen teras dalam Pembinaan Watak Pemimpin (PWP) diklasifikasikan: 1) Watak Syakhsiy (Personal Character); 2) Watak Ijtima’i (Social Character); 3) Watak Tanzhimi (Organizational Character). Watak Syakhsiy adalah peran yang sentiasa tekal dan cekal dalam berhadapan setiap kendala yang mendatang, manakala Watak Ijtima’i menonjolkan sikap saling menghormati, ambil berat, menyanjungi persamaan dan menghargai perbezaan. Watak Tanzhimi pula merupakan manifestasi sikap semangat berpasukan dan amal jama’i yang berkesanggupan mengutamakan organisasi dan orang ramai berbanding kepentingan peribadi. Inilah antara output gagasan ‘Mahasiswa Bitara’ yang dicita-citakan.

2) Kecenderungan, Sikap, Rutin dan Pembinaan Budaya
Kata kunci yang penting untuk difahami dalam membangun gagasan ‘Mahasiswa Bitara’ ialah budaya. Mahasiswa Bitara perlu membangun budayanya sendiri. hanya dengan budaya yang baik, tiga komponen teras dalam Pembinaan Watak Pemimpin (PWP) mampu untuk dilaksanakan. Budaya adalah istilahyang terdiri daripada dua perkataan iaitu ‘budi’dan ‘daya’. Budi adalah lambang aspek dalaman diri manusia yang merangkumi idealisme, intelektualisme dan spiritualisme, manakala daya adalah manifestasi aspek dalaman tadi dalam perbuatan dan kegiatan (aktivisme).

Persoalannya, bagaimana membina budaya? Budaya hanya akan terbina dalam komuniti. Ini kerana manusia merupakan makhluk sosial yang saling memerlukan satu sama lain. Sejarah ketamadunan bangsa-bangsa besar dunia membuktikan tamadun berkembang daripada budaya, dan budaya dibangunkan dalam masyarakat. Justeru PWP adalah watak-watak yang bersifat syumul kerana watak-watak inilah yang akan membantu menjayakan pembinaan budaya dan tamadun.

Bagaimana kita dapat membina budaya secara praktikal? Di sini terletaknya kepentingan kesatuan pemikiran dan idealisme dalam masyarakat. Awal mulanya budaya akan mungkin terbina dengan munculnya ‘kecenderungan’ (tendency) dalam diri individu. Daripada kecenderungan ini, maka ‘sikap’ (attitude) mula dibina dalam diri individu tersebut. Sikap ini akan membentuk ‘rutin’ (routine) yang menjadi pengamalan harian oleh individu tersebut. Justeru, apabila setiap individu mempunyai kecenderungan, sikap dan rutin yang sama, maka budaya pun terbentuk. Dalam kata lain, budaya adalah manifestasi kesatuan pemikiran individu-individu dalam sesuatu masyarakat yang menzahirkan pengamalan-pengamalan tertentu dalam bentuk kegiatan dan perbuatan.

KHATIMAH
‘Mahasiswa Bitara’ adalah sebuah gagasan untuk mengembalikan makna diri dan keunggulan mahasiswa. Mahasiswa harus disedarkan bahawa tugas mereka bukan semata-mata menjadi pelajar yang belajar di kuliah untuk menjawab peperiksaan dan memenuhi keperluan pasaran dan Orang Industri.

Mereka merupakan pengemban amanah keilmuan yang punya tanggungjawab memenuhi hak diri, keluarga dan umat. Empat Lingkung Kebitaraan perlu diaplikasikan seterusnya membina Watak Pemimpin: watak Syakhsiy, watak ijtima’i dan watak tanzhimi dalam penyuburan budaya yang positif dalam komuniti mahasiswa dan warga university.


Wallahu a’lam bi al-sowab


Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
19 September 2013, 02.19 petang
Sungai Chincin, Gombak Selangor

013-2775313 / fazrilsaleh@gmail.com / fb: Peminggir Kota




*Kertas ini dibentangkan kali dalam program Teknik Belajar Mahasiswa Bitara anjuran IIUM Facilitator Team (FaciTeam) pada 18 September 2013, bertempat di Dewan Kuliah Fakulti Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang & dibentangkan kali ke-2 dalam program Wacana Teknik Belajar Mahasiswa Bitara anjuran PKPIM dan Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI sempena Pesta Buku UPSI 2013 pada 07 Oktober 2013.
  
*Penulis merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Ketamadunan)

       
Sebarang transformasi sosial dalam masyarakat memerlukan seorang aktor yang berpengaruh, berkesan,  kritis, kreatif dan berani. Pemikiran atau idea baru tidak tumbuh dan bercambah dalam satu vakum.  Faktor sosial, politik dan ekonomi adalah penyumbang yang signifikan dalam pertumbuhan idea-idea baru.  Dalam kontek ini Dunia Melayu tidak sunyi dari ketokohan aktor - pemikir.





Tahukah anda bahawa:

  • Bahasa Melayu dan tulisan jawi berkembang atas inisiatif Sh Daud al-Fatani?
  • Pendidikan tasawwuf yang dipelopori oleh Sh Abd al-Samad al-Palembani adalah satu komponen penting kurikulum pendidikan Islam masa lalu?
  • Dunia Melayu mempunyai pakar sosiologi dan etnografinya sendiri pada kurun ke-19?
  • Apakah yang tersirat disebalik novel Faridah Hanum karya Sayid Sheykh Al-Hadi?
  • Sumbangan Mahmud Yunus dalam Pendidikan Islam selain daripada Tafsir al-Qur’annya?
  • Dunia Melayu telah pun memiliki “Chomsky”nya dalam teori belajar bahasa – antara komunikasi dan nahu?
  • Imam Zarkasyi berfikiran jauh dengan melahirkan teori hubungan kegiatan kokurikulum dan pembentukan syakhsiyah?
  • Pendita Za’ba amat khuatir tentang kemiskinan ilmu melebihi kemiskinan material orang Melayu, dan berjuang untuk pendidikan bersepadu dan universiti Islam pada tahun 1930an lagi?
  • Dalam usaha untuk memodenkan pondok, Tok Kenali memperkenalkan Bahasa Inggeris?
  • HAMKA giat memperjuangkan kepentingan akal dan falsafah sebagai asas intelektual Agama Islam sehingga dilabel Kaum Muda?
  • Harun Nasution mengubah haluan kurikulum Institut Agama Islam Negeri dengan memugar kepentingan falsafah dan rasional?

Jika anda tidak mengetahui perkara-perkara ini, bermakna anda sudah terputus daripada wacana tradisi intelektual Islam Dunia Melayu.  Justeru itu, memugar wacana ini amat penting bagi survival dan kebangkitan umat dan Seminar ini akan membantu anda menyambung semula kesinambungan tradisi intelektual kita, insha’Allah





Topik dan Pembentang


Sheikh Daud Al-Fatani:
Kitab Jawi dan Perkembangan Bahasa Melayu
Jawi Textbooks and the Development of the Malay Language
Dr Ibrahem Narongraksakhet , PSU, Thailand

Shaykh ‘Abdu’s-Samad Al-Palembani:
Konsep Pendidikan Islam dan hubungannya dengan Pembentukan Syakhsiah Bersepadu
The Islamic Concept of Education in Relation to Developing the Integrated Personality
Ust Uthman el-Muhammady, ISTAC, Malaysia

Munshi Abdullah:
Pengkritik  Awal  Masyarakat dan Budaya Melayu
An Early Critic of Malay Society and Culture
Prof Dr Rosnani Hashim IIUM Malaysia

Sayid Syekh Al-Hadi:
Pembaharuan Pendidikan Islam di Malaya
Reform of Islamic Education in Malaya
Prof Madya Dr Ibrahim Abu Bakar, UKM, Malaysia

;Mahmud Yunus:
Pengajaran Pendidikan Agama Islam di Sekolah Umum
Islamic Religious Instruction in the Public School
Yety Rochwulaningsih, U Diponegoro, Indonesia

Imam Zarkasyi:
Pembaharuan Pesantren Tradisional di Indonesia
Reform of the Traditional Pesantren in Indonesia
Dr Hamid Fahmy Zarkashi, Darussalam Institute of Islam Studies, Gontor, Indonesia

Pendeta Za’ba:
Pendidikan untuk Pencerahan di Malaya
Education for Enlightenment in Malaya
Prof Dr Adnan Nawang, UPSI, Malaysia

Tok Kenali:
Pemodenan Pondok di Kelantan
Modernization of the Pondok in Kelantan
Dr Wan Mazwati Wan Yusoff, IIUM, Malaysia

Hamka:
Intelektualisme dan Transformasi Sosial Alam Melayu
Intellectualism and Social Transformation of the Malay World
Prof Dr Mohd Redzuan Othman, UM, Malaysia

Harun Nasution:
Pembaharuan Pendidikan Islam Tinggi di Indonesia
The Reform o f Higher Islamic Studies in Indonesia
A. Fatah Syukur, IAIN Walisongo, Kudus Indonesia.




http://www.iium.edu.my/ietim/









إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahzab 33: 56)





Masjid as-Syakirin KLCC


http://almawlid.blogspot.com/

MKRdezign

{facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright � 2011 peminggirkota. Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget