Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

22 July 2012

2 Ramadhan │ Hikmah Sedekah Di Bulan Ramadhan

Assalamua'laikum..




"Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadhan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi S.A.W). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.' (Hadis Bukhari dan Muslim)




Besar betul nikmat dan hikmat di bulan ramadhan ni..syukur pada Allah..sedekah yang dilakukan tanpa sedar mendapat bayaran cash dariNya hari ini..:)


Entry pasal colek semalam kan..sebenarnya saya dah terbelanja sepupu saya sekali colek buah tu..hehe terbelanja?sepupu saya tu dia biasala bising2 sikit cakap 'ah sepupu ada ni yeay2 sepupu belanja'..keh2..dia umur 50s dah ok..tapi nakal..hee..


Kebetulan saya bawak duit tak banyak..so ada la balance sikit then saya belanja dia colek buah harga 2ringgit jer..memang masa tu takderla terlintas nak bersedekah sebab ni bulan ramadhan ke apa kan..tapi ingat dia sepupu so saya tak kisahla..


Sekali pagi ni bos mintak belikan tape nak tampal kotak n dia bagi duit 10ringgit..tape tu saya beli kat kedai bawah ofis harga 3.50..then balance tu bos bagi saya..dia kata ambik buat beli kuih buka puasa nanti..huhu..


Tiba2 teringat peristiwa semalam..saya rasa Allah dah bayar cash untuk saya..lebih 3 kali ganda..huhu..ya Allah..terima kasih Allah..memang nilainya tak seberapa..tapi nilai kecil ni la yang buatkan kita terfikir..betapa besarnya rahmatNya..




Syukur alhamdulillah..



05 July 2012

Nisfu Syaaban │ SMS Yang Buat Saya Menitiskan Air Mata

Assalamua'laikum..


"Salam sempena nisfu syaaban ni, aku nak mohon maaf andai ada salah tersilap gurauan sehingga mengguris  n terkoyak hatimu tanpa aku sedari..terima kasih tak terhingga sebab sudi jadi saeng aku..terima kasih sokmo ada time aku susah senang..moga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat..terima kasih Tuhan sebab kirimkan hambaMu ini seorang sahabat seperti yana..bahagiakanlah hidup sahabatku ini hingga akhir hayat ya Allah kerana aku amat menyayanginya..selamat menyambut nisfu syaaban na..=)"
_Joja: 4July2012 : 09:43:08pm


Terharuuuuuuuuuuuuuu..
it's dedicated to me n saya rasa sangat2 tersentuh..bila ada kawan yang menghargai dan mendoakan kita sampai macam tu sekali..i feel blessed..


semoga sahabat saya ini tabah dalam kehidupannya..saya tahu dia banyak dugaan dalam hidupnya..saya akan sedaya upaya menjadi kawan yang terbaik semampu yang saya boleh..tq jugak jadi kawan aku..:)


.:Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.:.


“Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

17 June 2012

Israk Mikraj

Assalamua'laikum..


Selamat menyambut israk mikraj untuk semua..errkk..sesuai ke kata menyambut?huhu..better says memperingati peristiwa israk mikraj lah kan..ok tadi dah baca pasal israk mikraj..kena baca!kalo tak memang tak tahu..biarlah setahun sekali pun lebih baik dari tak baca n tak ambik tahu lansung kan?memang insaf baca..harap2 terserap lah ke lubuk hati..hati yang still banyak dengan kekotoran ni..huhu..



Boleh baca kata sini if nak sama2 menghayati kisah israk mikraj : http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/2868-peristiwa-israk-dan-mikraj-dan-pengajaran-yang-perlu-di-hayati.html


Turun beli nasi kat kedai K.Zah tadi dia macam surprised..'eh kijo harini?tak cuti kor?israk mikraj key?' 'hurm dop..bos tak royak cuti pung maghi jerlah kijo'..huhu..i pun ingat benda yang sama..hoping bos akan call bagitaw cuti ahah tok genap2 lagi cuti hah?hoho..malasss kerja!


Ada nak cerita something tapi macam terlupa lah..haha..ohh..pasal previous entry thanks to those yang comments!

K.Ujie - errr..ada tapi rahsia!eheh
Anisa - owh..nehi..not u babeh ;)
K.Rai - tq k.Rai.. tak stress dah lepas baca komen2 semua :)
Lin - emo sekali sekala..heee
K.Mas - betul tu k.mas..sebab tu orang kata jangan pikir sangat pasal orang..buat apa yang kita suka?heee tak berani macam tu..
K.Fieda - dah cuba sebaik mungkin..takut ada yang salah tafsir..huhu
K.Ell - uish..taklah kak..
K.Aisyah - ala k.syah..akak takder salah pape k..takde apa nak dimaafkan..takder salah pun..heee..
Ayut - Ok je yut..no worries..tq ambik berat :)..itulah..cabaran dalam hidup..kena syukur..hehe
CT - Hehe..CT takder salah komen apa2 pun k..bukan pasal komen2..:)
Meerole - tacing ngan diri sendiri..hahah..




p/s : mana ni details pemenang contest haritu?takder sape emel lagi ni?nak adiah tak ni?hehe..

Bye2..;)

05 April 2012

Doa Dhuha

Assalamua'laikum..



Selamat Pagi semua..:)
meh sajikan telinga kita dengar doa dhuha ni kejap..sejuk jer hati dengar pagi2 ni..



Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
kecantikannya kecantikanmu
keindahannya keindahanMu
kekuatannya kekuatanMu
kekuasaannya kekuasaanMu
perlindungannya perlindunganMu
Ya Allah jika rezeki masih di langit turunkanlah
jika di bumi keluarkanlah
jika sukar permudahkanlah
jika haram sucikanlah
jika jauh dekatkanlah
berkat waktu dhuha
kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh~



Bila ya masa nak solat dhuha di ofis?kalau tak tunggu hari minggu jer lah..sigh..


29 March 2012

Abby Tutup Aurat

Assalamua'laikum..



Maaflah mood saya agak ke laut, ke gunung, ke hutan pulak sehari dua ni..tapi takper kan lagi suka dari baca panjang2 kan?heee..bw pun kureng..nanti before balik saya settlekan eyh sebab esok saya dah cuti..weekend..;)


Tertarik tengok kawan2 up entry pasal Abby Abadi dah bertudung..alhamdulillah..but actually saya dok pikir2 macam malas la kan nak buat entry artis2 nih macam tak best..macam tak rare la blog saya kan buat yang semua orang buat..hahaha..tapi takper saya buat style saya jer lah..


Bagi saya..saya suka Abby!suka dengan ketabahan dia..more to kagum actually!bayangkanlah apa yang dia alami before this kan..so struggle she going thru this life..dan sila tahu jugak saya benci Memey!!hahaha..sorry Memey..an uncontrolled feelings..kui3..


Apa yang Abby lalui akhirnya mendekatkan beliau dengan pencipta kan..itulah hikmahNya..kalau tengok Abby selalu pergi majlis2 agama untuk belajar..sangat2 tabik!saya sendiri pun tak buat macam tu..


Tapi as for me, sekarang Abby dah bertudung saya tak kagum pun..sebab before this pun dia dah bertudung sekali-sekala time pergi majlis agama or dalam drama sendiri..pendapat saya, saya bersyukur sebab Abby dah terbuka hati untuk menutup aurat..itu lebih jelas kan..:)


And i hope and really hope that Abby Abadi akan maintain lah dengan imej muslimah yang dimiliki sekarang..and....jugak..hehe..ini semua doa k..saya harap Abby menutup aurat dengan yang sepatutnya..no make up tebal2..no pakai yang tak proper..just wearing the loose one style itu lebih bagus..


Artis tu kan idola..:)..macam irma hasmie..saya suka perubahan dia..drastik tapi cukup indah dipandang..tak ada gaya barat sangatlah walaupun bertudung..


Jangan berbangga even kita dah bertudung tapi pakaian kita masih tak menepati piawaian islam..jarang..tak tutup dada..baju yang ketat2..pakai belt2 semua tu sebenarnya still menampakkan aurat kita..


Sama2 lah kita jaga apa yang patut jadi milik kita..entry ni bukan untuk Abby Abadi semata2 ya..sekadar selingan manja di petang2 time idea tak ada nih..huhu..


To Abby : eh kak Abby lorr..heee..: selamat kembali..:) may Allah bless your days and please no act with lelaki ajnabi lagi..rezeki Allah itu luasss...please~~~~~:x

07 February 2012

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Assalamua'laikum..


True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)



note : beruntungnya dia..semoga jadi pedoman untuk kita semua..sollu alannabi..

Cantiknya Rozita Berniqab

Assalamua'laikum..



Gembira. Terharu. Bangga. Cemburu.



Itu ekspresi hati saat aku melihat dia..seorang wanita yang miliki segalanya..harta..keluarga bahagia..kecantikan dan peribadi solehah..






Rozita Ibrahim,jutawan kosmetik,pengasas produk Sendayu Tinggi berpurdah..
Cantik.
*Kenapa aku boleh tak tahu ya pasal ni?huhuh..nampak sangat tak baca paper..*



Hati berkata..
indahnya..seronoknya kalau dapat pakai juga..siapa yang halang tak kasi pakai macam ni?hati sendiri juga..belum cukup kuat..sekadar keinginan yang tinggi tapi belum tahu kemampuan untuk menghadapi ujian hari depan di tahap mana?kenapa?



Aku teringat masa belajar dulu ada seorang kakak tu student TESL..dia berniqab dan awalnya memang dia tidak berniqab tapi memakai tudung labuh..mulai saat dia berniqab ramai yang perhatikannya..segala tingkah lakunya sehingga jadi perbualan ramai..mereka kata..buat apa berniqab muka tak ada lawa mana..lepas tu masih berbual dengan lelaki..err salahkah?bukan berdua-duaan atau berpegangan tangan pun!mereka kata berniqab untuk yang berwajah cantik sahaja untuk mengelakkan fitnah..dan mereka kata mereka tak perlu berniqab sebab mereka tidak cantik mana sehingga digilai ramai lelaki dan berniqab bukanlah wajib..dan jujurnya..aku pernah termasuk golongan 'mereka' itu..jahilkan aku?:( semoga kakak itu masih istiqamah dengan niqabnya sehingga hari ini..sungguh..namanya pun aku tidak tahu..



Dan di akhir-akhir ini..hati seakan terpanggil untuk berniqab..tapi aku tahu aku tidak seteguh itu..banyak yang perlu aku perbetulkan dahulu..berubah secara drastik boleh buat sakit jantung juga ya pada orang sekeliling?walaupun berubah ke arah yang lebih baik?hihi..ustaz kata perkara baik tidak perlu dilengah-lengah kan sebab mati tu tidak menunggu kita insaf atau berubah..huhu..



Takut dan dilema dalam jiwa anak muda bernama 'aku'.



Doakan aku supaya dipermudahkan jalan menuju kebaikan ini ya..bukan mahu berniqab lagi..sekurang-kurangnya..melupakan jeans dan baju telanjang!!!mohon doa nya..aamin~





sumber gambar  :
http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/02/jutawan-sendayu-tinggi-gambar-terkini.html
http://keluargakusayang.blogspot.com/2011/05/niqab-untuk-mendidik-jiwa-rozita.html
http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/09/purdah-jutawan-kosmetik.html

03 February 2012

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikkan

entry auto publish sedangkan tuan blog mungkin enak dibuai mimpi..hi hi hi


Assalamua'laikum



Selamat hari Jumaat semua.
Ni aku nak share doa pembuka 12 pintu kebaikan yang dipetik dari sini..




Senang jer doa ni kan..?cuba ulang 7 kali mungkin dah terhapal dah..aku pun dah ingat sikit2 sebab aku tak amal makan kismis tu seloow sikit..teehee...



Selamat beramal ya..elok dibaca selepas setiap kali solat 5 waktu..semoga kerahmatanNya sentiasa bersama kita..ameen.

17 January 2012

Doa Menghilangkan Keresahan

Assalamua'laikum..


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ. أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّيْ.


Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tangan-Mu keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil.
Aku mohon kepada-Mu dengan tiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, hendaknya Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan hilangnya kesedihanku.” -Riwayat Ahmad









~Dalam proses nak hafal doa ni..:).. hati banyak resah lorrr..

12 January 2012

Jangan Buka Aib Orang

Assalamua'laikum..



Ehem-ehem *betulkan suara sakit tekak*..
lambat bersiaran hari ini kerana ada tugas demi agama..ecece..betul..sungguh..tak tipu..
tugas membersihkan kotoran-kotoran di blog lama..
gara-gara nak up trafik macam-macamlah kisah artis dibubuh kan..
haih..




Nak delete blog tu tak sampai hati..
jadi biarlah clearkan apa yang patut dulu..
taknak sebar gambar-gambar orang yang tak tutup aurat..
kesian mereka..
kesian juga diri sendiri setiap hari dapat dosa percuma! huhu..:(




JANGAN BUKA AIB ORANG...JANGAN DEDAH AIB SENDIRI....
bila rasa nak buka aib orang...cermin dulu diri sendiri...
bila rasa nak dedah aib sendiri....baik fikir dulu berkali2..... _link




08 January 2012

Nak Cari Calon Suami

Assalamua'laikum..


Jumpa ini dalam fb kakak ku tadi..





Eekkeke..:))..lawok lah ustaz ni..dah tu siang-siang nak pakai spek hitam ker macamana?ahahah..


Tapi quote tu still sweet yes..



27 December 2011

Hukum Pre Wedding Photoshoot

Assalamua'laikum..


siapa owner gambar ni?sorry aku tak jumpa link..huhu


Dulu aku bercita-cita juga bila nak kahwin aku plan nak buat pre wedding photoshoot untuk kenang-kenangan sebelum kahwin..ataupun untuk letak dekat meja guestbook ataupun macam-macam lagi..seronok berangan..


Sudah menjadi tend sekarang ramai yang buat pre wedding photoshoot..huh..alhamdulillah aku tersedar..bak kata  Jejaka Terhangat itu trend jahiliah moden..hehe..ada yang terasa?aku rasa photoshoot macam tu hanyalah satu pembaziran semata-mata selain menambah saham dosa..^_~


Haih tersenyum baca post ni..http://www.jejakaterhangat.com/2011/07/pre-wedding-trend-jahiliah-modern.html..aku suka betul post teguran-teguran pedas yang membina macam ni..sebab kita nak kritik tak pandai so jadi tukang agree pun ok lah..hi3..


Apa pendapat kamu orang pula?


06 December 2011

Jom Puasa Asyura 10 Muharram


Berpuasanya Rasulullah saw pada hari asy Syura adalah disebabkan bahwa Musa as telah berpuasa pada hari itu. Dan hari itu adalah hari diselamatkannya Musa dari Fir’aun. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata,”Ketika Nabi saw memasuki kota Madinah beliau saw menyaksikan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asy Syura. Beliau berkata,”Ada apa ini?” mereka menjawab,”Hari baik, di hari ini Allah telah menyelamatkan Musa dan Bani Israil dari musuh-musuh mereka dan Musa berpuasa (di hari ini).” Lalu Nabi saw bersabda,”Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.” Maka beliau saw pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa.” (Muttafaq Alaihi) _-eramuslim.


Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.






So masih sempat lagi kita berpuasa hari ini dan esok kalaupun tak sempat puasa semalam..kerana sebaiknya berpuasa antara 9&10 atau 10&11 muharram..:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...