Followers

Showing posts with label Chairback. Show all posts
Showing posts with label Chairback. Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

Doily Corak Nenas - Repost

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...


Posting pertama untuk 2017..re-porting doily yang saya buat beberapa tahun dulu..saya suka pada pecahan-pecahan corak nenas nie..doily ni boleh dibesarkan dengan menambah pada circle hujung sahaja..


Yang ini saya buat guna benang Minlon family-halus benangnya..masa ni bujang lagi, so boleh la nak mengait guna benang halus..kalau sekarang, tak dapat la..kalau tak silap, x habis sebuku benang..Tak ingat dah.. (",)

"Yesterday is not ours to recover, but tomorrow is ours to win or lose"

Tuesday, October 4, 2011

2ND ORDER FROM SUE

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
Ini adalah order drpd KAK SUE.. alhamdulillah, nasib baik sy dah download gambar-gambar ni ke PC..kalau tak, tak dapat la saya nak buat entry..ini adalah order yang kedua, kak sue pernah order crochet sebelum ini KLIK DI SINI .. kak sue order 6 pcs doily dan juga tablecloth bersaiz 20 x 45..
 
Doily (crochet no. 16)


Paten tablecloth (crochet no. 7)

 
Alhamdulillah dah sampai ke tangan kak sue minggu lepas..terima kasih kak sue, lain kali order lagi  yer.. (",)
 

Friday, July 1, 2011

Hadiah GA utk Yatt

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang

tidak terhingga..

Akhirnya dapat juga buat entry tentang hadiah GA yang saya buat 2 bulan lepas..hui, lamanya..maaf banyak-banyak yer Yatt..ada beberapa paten yang saya kait direject sebab bila dah kait, saya tak berkenan pula..setelah saya belek-belek koleksi PML Yatt, rasanya semua crochet ni bolehlah dipadankan dengan koleksi yatt..at last, ini adalah hasilnya yang saya pilih untuk hadiah Yatt..

1st doily

2nd doily

Square doily (2pcs)

Coaster doily 7" (4pcs)

Overall crochet

Alhamdulillah, Yatt dah terima pun..he3, dah terima baru boleh buat entry nie..kalau tak, tak surprise la kan..harap Yatt suka dan sudi terima hadiah yang tak seberapa nie..

Wednesday, June 22, 2011

Order from Wan, Kapar

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga..


Lama sudah saya tak update tentang order..alkisahnya, sebab kalut jadi terlupa nak ambil gambar..terima kasih pada wan yang sudi tolong ambilkan gambar-gambar crochet ni..ini adalah order yang paling banyak saya terima sejak blog ini dibuka..wan order 15 pcs chairback saiz 17 inci dan sekeping tablecloth untuk meja kopi..crochet ini adalah sebagai hadiah untuk ibunya..alhamdulillah, wan dah beri pun pada ibunya di Terengganu..wan ni datang sendiri ke rumah saya untuk menempah..

Chairback (crochet no. 1)

Tablecloth
Paten untuk tablecloth ni belum pernah ada dalam blog ini lagi.


Terima kasih wan sebab sudi order dan sudi datang rumah saya..lain kali boleh la order lagi..(",)

Sebarang pertanyaan, sila sms 017-6227527 / email musbarina@yahoo.com

Tuesday, December 7, 2010

Crochet order from Sue - My Sweet Cottage

Crochet tablecloth and square doily, order from Sue..


Tablecloth for console table

Paten untuk console table adalah drpd sample paten C (ada dlm entry sblm nie, KLIK DI SINI )...untuk saiz console table nie, saya kait dan sambungkan 19 keping single paten kemudian just kaitkan sedikit di sekeliling tablecloth nie untuk 'emblishment'..   

Square doily 13" - 4 pcs

Thank you Sue...(",)



Thursday, August 19, 2010

Sample dan contoh paten part 1

Salam..di bawah ini adalah beberapa sample paten untuk TABLECLOTH, CENTERPIECES, CHAIRBACK and even COASTER..sample ni saya kaitkan untuk dijadikan contoh, sebab kadang kala gambar dalam diagram kurang menyerlah..jadi bila sudah dikait barulah kita boleh nampak keistimewaan suatu paten tu...jom belek-belek paten di bawah..

paten A

paten B

paten C

paten D


Paten C dan D saya dah sambungkan sedikit..mana kala paten A, B dan C adalah single paten yang harus disambungkan mengikut kesesuaian dan saiz yang dikehendaki..
Jadi sesiapa yang berkenan, roger2 saya di 019-2185581 / email : musbarina@yahoo.com / skype : musbarina..
Tempahan adalah pre-order, maknanya semua tempahan yang saya terima sekarang adalah untuk projek selepas raya..

Sekian, SELAMAT BERPUASA...


Wednesday, April 7, 2010

Chairback (no. 1)

Chair back boleh digunakan untuk melindungi dan menambah seri pada perabot kita. Memang banyak 'custom-made' chair back di pasaran yang diperbuat daripada pelbagai material. Tapi kalau inginkan kelainan dan 'rajin' lebih sikit bolehlah buat crochet chair back.
 
size : approx. 35cm x 45cm / 13.5" x 18"
MINLON crochet yarn - family
Chair back ni boleh diletakkan pada atas kusyen dan tempat 'arm rest' (maaf dlm gambar ni x letak).

Corak chair back ini adalah cantuman daripada paten-paten kecil. Kira agak leceh jugalah sebab kena kait satu-satu dan cantumkan. Bagi saya paten ini nampak menonjol pada coraknya yang simple tetapi menarik dan senang dikait. Paten ni boleh juga digunakan untuk membuat table centre, lapik tv, vcd player dan sebagainya, terpulang kepada anda.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...