Thursday, November 03, 2022

fill in the BLANK

Visiting this zone once again, when i really don't know where i should go. Feels like to write on something.. but it keep stucks in the middle. Wanting to have a right words that can accurately describes my mind, yet... *sigh* [no..i'm not complaining. Just, sighing for nothing..sighing for own lacks of words, lacks of energy]

Locking myself alone, sitting on bed, taking a deep breath whilst avoiding the urge of cough that keeps trying to come out. I won't let u escape covid! Let's make u die in this room. Yup, after 3 yrs success of avoidance, I caught up with this virus..huhuhu..

In between being restless and tired, yet still need to think about work..huh!! Yup. The weakness when everything can be done online.. but sorry, my mind boggling around... but it a blank state (such contradict, huh?). Tried but sometimes I couldn't think straight..huhuhu..

Be positive, my heart says. Okey!

Friday, July 08, 2022

Will I....

Having a soft spot about wukuf day at Arafah, which is today.. therefore, decided to jot down something here while having so many thoughts in my mind right now..

"will I be there, one day? will I manage to perform and complete the last rukun islam?"

will I? Allahu.. only God knows.. sob sob 

According to human's planning, human aaa.. it is on the next 3 years of H. but, to get the final invitation from Him, who we are to decide.. sayu, sebak, sedih, risau, bimbang, takut tak kesampaian, mcm-mcm ada... walaupun perancangan itu ada. Moga dengan secebis niat ikhlas dalam hati ni, akan dibantu oleh-Nya. Regardless when is exactly the right time.. kuserahkan segala pada-Nya.. InsyaAllah

~1443H menumpang ihsan dan kasih sayang







Monday, September 13, 2021

FOKUS

⏳mata tgk db scripts yg nak kena plan, create and review (fokus utama)

sambil mata tu juga sesekali mengecheck teams chat dan wassap andai ada urgency (ah lega, tiada lagi selain pagi tadi..hehehe)

sambil telinga mendengar daripada spotify dan tv (bercampur baur antara lagu-lagu ost drama cina + suara ntah dari drama apa ntah tu, tak tgk pun tv tu tapi sentiasa on.. hehehehe)

sambil buka dan baca tab-tab lain dlm web browser yg terasa gatal tangan nak mengugel (gatal tangan cari topik kat forum dan sempat juga tadi pi gugel adik gula-gula XMJCZY.. hahahahaha)

sambil tu sempat gi amik air kat dapur, singgah cuci pinggan mangkuk jap, dan keluarkan ikan utk disiang

sambil mengetik ayat dlm draft ni utk publish later (hahahahaha)

ligatlah kepala otak ni menerawang pikir macam-macam demi nak cari idea nak siapkan fokus utama

Terma fokus itu sangat subjektif aku rasa. Sbbnya, fokus pada aku, mcm ni lah.. multi-action but I'm considering it as my focusing mode bila buat coding or nak cari solution of problem. For me, focusing is not simply doing 1 thing at a time only. idea tak mari wooo.. hehehehe

Zěnme yàng... Kata fokus? Hahaha.. Reason, sbb pada aku, as long as bila tiada gangguan suara-suara manusia dan message2 yg memerlukan aku memberi jawapan masa tu juga. Then, inilah yg boleh bantu aku lebih fokus. 

Mmg, ada segala macam bunyi-bunyian drpd playlist tu masuk ke telinga ni, kalau utk org mmg maybe ada yg tak suka dengar, tapi ia memberi otak aku lebih mudah nak cari solution. Ada melodi-melodi ni yg kekadang boleh stimulate kepala otak, sound waves or therapy gitu. Kalau dulu masa dok opis, telinga mmg pasang headphone je sbb nak fokus buat keje. Kat rumah ni, tak laratla nak pakai headphone, sakit telinga, so aku on speaker je. Lagipun, si kecik selalu tumpang dengar bila mak dia pasang bunyi-bunyi mcm-macam. Tapi dia tak complaint sbb kekadang lagu-lagu ultraman dan lagu drama yg dia suka pun masuk dlm playlist mak dia. Of coz, kena selang selikan dgn some surah dan juga zikir penenang. hihihihi. 

WFH, as long as takde sapa ask me me this and that, I can focus on my job. Pretty much, aku bersyukur sgt dpt anak yg dengar cakap mak dia (dengar cakap sbb mak dia garang sungguh pun ye juga). Lagipun masa kerja ni, dah diingatkan kat dia that maknya sedang keje cari rezeki yang halal, so DON'T-DISTURB sign is always on. Else, nanti ada yg kena sergah. hahahahaha..

Kenapa nak fokus buat keje tapi ada masa yg sama mcm2 actions been done juga? Semua pulak tu deria rasa yang diguna - bunyi, rasa, penglihatan, sentuhan. Tapi kalau org nampak, mcm kat situ je lah duduknya, tercongok ngadap laptop. I always thought apalah laki aku pikir bila tgk aku kejenya duduk bersila berteleku depan laptop dr pagi sampai petang, kekadang buat muka tanpa suara (eksesais otot-otot muka), sambil teleng-telengkan tengkuk dan goyang2kan kepala (eksesais sebab sakit bahu hahahaha). Bila dah habis keje, lepas tu melepek buat muka penat, masak pun kadang-kadang. hahaha.... syukur dia tak komen apa-apa. hihihihi

Tepuk dada tanya selera, lain org lain gayanya, lain pekerjaan lain caranya..

ne, I know my limits on doing this, it will end soon. Sementara boleh ni, layan sajalah, moga ada manfaat kepada org lain dan mohon diberi keberkatan atas pekerjaan ini. Tahun ni pun dah tahun ke - 21 I'm still looking at the codes, although no longer majoring on full coding only, instead, more on analysing, wowweee.. siapa sangka kan. ahahaha.. 

~masa habis solat tadi (ye ke bila dah habis?) datang dalam kepala, cemana pulak fokus dalam solat? erk!! tu dia Allah dah menegur.. terkebil-kebil, terkulat-kulat, termanggu-manggu, terkuis-kuis..err..




Tuesday, September 07, 2021

sejahtera

Salam sejahtera..

Semoga semuanya baik-baik belaka.

Alhamdulillah, makcik ini masih diberi peluang untuk bernafas di kala bumi Allah ini sedang diuji dengan pandemik Covid-19. Semoga Allah melindungi kita semua ya, to whom who TERread this post. 

Suddenly, ketika ini telinga mendengar lagu-lagu drpd 1 cdrama ni yg ada aura zaman-zaman ketika belajar dulu, tergerak pula hati nak menjenguk dan main debu sekejap di tanah tandus ini. Kredit utk drama Unrq Lv, sbb melodi semua soundtrack dia mcm sgt dekat je dengan hati aku. Tak tau la kenapa.. mellow pulak jadinya, in a good way though :)  sebab irama dia tu buat aku rasa macam aku bersyukur dan gembira kerana ia memberi vibes that every cloud has a silver lining.. regardless whatever had happened :)

I wonder, ada ke org tersesat ke sini? Well, tak kisah lah as for me, tulisan di sini utk simpanan sendiri tetapi telah ter'public'. Antara aku takut andainya ia membawa kemudaratan, tapi dalam masa yg sama, aku juga berharap, agar apa jua tulisan yg telah tertulis di sini akan memberi manfaat walaupun kecil kepada sesiapa juga yang mungkin tersesat di sini. Ia sekadar apa yg terbuku di hati seorang manusia yg usianya dah nak menghampiri ulang tahun jubli emas, not that far.. pejam celik pejam celik bila asyik PKP ni, tau-tau dah hilang beberapa tahun.. itu pun andainya diberi umur panjang lah utk cecah ke usia jubli emas on another few years akan datang. 

Allah jugalah yg lebih mengetahui.







Thursday, February 11, 2021

it is my 1k published post

Dengan ingatan untuk diri sendiri:


💗 Tanamkan 2 perkara ini di dalam hati dan mindamu - Tuhanmu dan Nabimu

💗 Berkasih-sayanglah

💗 Be Positive 😊


Kata-kata yg terpahat sejak kecil dulu - 'setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya' inilah yg dah bantu aku untuk memotivasikan diri sendiri, walau diduga dengan mcm-mcm perkara.. dan kini, bila dikenang-kenang, sesungguhnya dugaan itu walaupun pahit, ia juga manis.. kerana ia mengingatkan aku akan kasih sayang Allah yg Satu, kepada hamba-Nya yg hina ini.

~Alhamdulillah.. Ya Allah, bantulah aku untuk terus menjadi hambaMu yg sentiasa bersyukur. 

Sunday, December 27, 2020

Love at first sight....in french

Le coup de foudre

Sudah.. apa ke hei nya pulak nak berbahasa perancis pulak ni. Nak sebut pun tak reti ni. Hehehe..

I had been given a me time on this long weekend by my both heroes in the family. My other half keje mcm biasa and my bujang kecik gi teman opah dia kat kampung, almaklum dah lama tak balik. Opah rindu cucu dia. Anak menantu x rindu sgt. Hihihihi..

How i spent it? Duduk rumah sorang2, cuti masak. Eh, masak la juga, cuma x masak mcm biasa. kelmarin nasi ayam paprik, semalam nasi ayam kunyit dan tghari ni mee segera! Hahahahaha.. utk makan sorg, so apa yg ada je lah. Nak order delivery pun malas tul. Walhal boleh je nak order. Ntah, mmg takde hati nak jumpa org langsung kot. Hahaha. Nostalgia tak menu tu? Menu ulang2 yg selalu beli kat cafe zaman kat U dulu. Ok, kecuali mee segera lah. Bukan kaki mee segera tp ada la juga simpan stok dulu di kala musim x de bajet. Hahahaha. Beli kat kedai koop pakcik. Tempat lepak masa kat kolej. Hahaha.. aduhai, nostalgia..

Eh, aku nak citer pasal title, intro terlebih kat makanan pulak.

Duduk rumah, tergerak akhirnya nak layan citer di atas. Pencetusnya ialah zhao z w. Initiallly, sbb saja nak tgk drama pertama dia. Sblm ni dah tgk dia at drama lain. Kenapa dia? Entahla, not that i like him mcm YY pun, but muka dia mcm mengingatkan aku pada someone. Hahaha. aku x ingat sapa. Tetapi, aku jadi pelik, baru tgk a few minutes terawal dlm episod pertama (ni lah kot my love at first sight, with this drama), dah boleh rasa mcm ada something special about this whole drama. Adakah sbb owner cerita tu buat cerita kisah dia sendiri? Even starting cerita ni pun dah tau ending dia? Sapa yg suka suspense, dramatic and mellow drama maybe tak suka cerita yg starting2 dah tau ending kan.. hahahah, but ya, i love happy ending, and i was eager to know how the whole process and the detail of it.. hehehehe.. Atau sbb aku rasa mcm kisah 2 watak utama tu mcm ada sedikit terkena kat diri sendiri? No, not on the story plot.. tapi lebih kepada cara fikir mereka. Part betapa susahnya nak express apa yg ada dlm hati. Ia mcm, tembak kat diri sendiri gitu. So, percaya atau tidak, i smiled all the way aku tgk cerita ni. Nasib baik la aku tgk masa takde org kat rumah, so takde la kena soal ngan diorg. Hahahaha.. imagine, 35 ep tau!! Apa nak jadi la makcik ni.. buang tebiat agaknya.

Kesimpulan akhir, eh dah akhir dah? Jodoh itu kuasa Allah. Kalau dah takdir dijadikan mcm tu, maka jadilah dia. Allah jadikan setiap org dengan qada dan qadar masing-masing. Kita sebagai manusia, tetaplah kena berusaha utk yang terbaik, selebihnya terletak di tangan Nya. Dia yg lebih tahu apa yg terbaik.

Kesimpulan yg tak berapa nak akhir, aku bukan nak ulas cerita ni tapi lebih kepada remind myself about who i was before, ambil ibrah daripada kisah hidup org dan kenalpasti perangai diri sambil ketawakan org yg perangainya sama mcm aku kat dlm cerita tu. Hahahahah.. aku ni dah level2 makcik2, so aku dah rasa peel aku skrg pun dah hala mcm mak kepada adik-beradik Zhao tu. Bebel dan marah marah je kat rumah. Hahaha..

Kesimpulan lain, wahai budak-budak sekolah, tak yah la nak sibuk tgk drama-drama youth mcm gini. Aku rasa better korg belajar dan enjoy your school and youth yang real one, lihat apa yg bebetul ada depan mata, sementara boleh. Tunggu korg dah keje, baru best layan sbb boleh bring back those memories during school time. No, it is to bring the good memories, not the bad one. Yg bad one, elakkan selagi boleh. If ada, just forget it coz it will not benefit you. But, if it is needed as a reminder to be a better person, itu tak pe. 

I never regret what ever choice i have made before, what ever had happened before. Tgk cerita mcm ni, mmg mudah aku teringat balik masa lalu, even yg sedih2 pun. Agaknya kalau kisah aku didramakan pun mesti ada yg kata, drama sangat. Hahahaha. Apapun, aku percaya, kisah hidup semua org memang ada dramanya. Lain lain genre, lain lain plot, lain lain peristiwa, lain lain ujian, lain lain protagonistnya, lain lain antagonistnya. So, semuanya lain lain. Diversity kekdahnya gitu. That is life.

Percayalah, setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya..

~my own version le coup de foudre, good bye.. and thank you



Tuesday, December 22, 2020

multitask kah?? kekonon je ni..

banyak post yang sangkut sebenarnya. semua masuk dalam bakul 'draft' sahaja walaupun dah tulis banyak dalam tu (aku berazam kekonon nak completekan 1k posts di 2020 ni).

kenapa? QA dalam kepala dan hati tak bagi lepaslah. so, aku ikutkan je intuisi ini. pasti ada hikmah disebaliknya. 

tapi yang hari ni, aku rasa aku kena publish juga... sebab sendiri kena be frank to myself. kena tanya balik niat. kenapa aku tulis semua yang ada dalam ni. kenapa aku nak simpan semua ni.

sambil-sambil memikirkan, dah berpuluh tahun dah aku ni dah banyak buat dosa. 42 tahun lebih, itulah dia. termasukla waktu masih kecil, kot ntah apalah yg aku penah buat org tua aku penah marahkan aku kan. aku maklum, dulu masa kecik aku kuat tantrum juga. maklumla, jarak umur adik beradik jauh. 7 tahun jugalah merasa jadi anak bongsu sebelum bongsu yang real lahir. hahahaha 

teringat zaman sekolah, zaman belajar.. banyaknya aku buat dosa, kat cikgu-cikgu, kawan-kawan, enemy (sapa pulak ek, hahahaha). Entah berapa ramai yang aku pernah buat org marah kat aku, bersabar dengan pe'el aku, entahlah. kerap kali juga aku masih boleh teringat-ingat benda yg aku pernah buat silap, walaupun benda tu benda kecil je. tapi how can benda yg small-small things tu aku boleh ingat. sedangkan ada benda-benda lain yg penting, tp yg tu aku boleh lupa pula, contohnya muka org, nama org. hehehehe. 

lama juga pendam dalam kepala ni, bila nak bertaubat dan jadi org yang bebetul taubat? balik-balik kang, aku sesat balik. cari lagi jalan, sesat lagi, cari lagi, sesat lagi. haish..

juga terfikir dalam kepala... iman aku ada peningkatan ke? ibadah aku ada pertambahan ke? ikhlas aku ada bersisa ke? redha aku benar-benar ke? bermanfaat tak aku ni kepada agama, kepada org lain, kepada alam? apa matlamat sebenar hidup aku ni?

sambil aku fikir ni, sambil telinga ditekup dengan headphone yg aku pasang dengan lagu-lagu duniawi yg aku pun tak faham maksudnya (aku tengah dengar lagu2 drama Love o2o, the whirlwind girl, you are so sweet, love is sweet..huhuhuhu), tapi, aku rasa nak nangis pun ada ni, bila aku fikirkan apa yg aku tengah coretkan ni. macam tak selari. macam tak kena, kan? berdosa ke aku mcm ni? persoalan yang bertalu-talu hadir. if dah tahu benda-benda ni lagha, tapi kenapa masih tak boleh elak? kenapa aku masih tak boleh tinggalkan habit sejak 10-20 yrs ago? sebab dah jadi habit? 

hakikatnya, bila dah jadi habit, memang sukar nak buang, kan.. kenapa aku masih nak cintakan dunia yang tak real? kenapa lebih suka yg imaginary, rather than the real life? kenapa nak ambik tahu hal dunia yang tiada kaitan dengan diri sendiri? 

(read with keywords: jdrama, cdrama and related items) 

~actually i'm in multitasking mode nih. tengah buat script on db yg tak dapat solution lagi, then sambil dengar lagu-lagu kat spotify, sambil kepala dok fikir pasal dosa pahala, sambil tv pun tengah on depan mata coz kejap lagi nak dengar qurantime, sambil teman anak bujang baru habis kelas online dia dan tgh main lego kat tepi, sambil minum air kopi, sambil taip blog entry. tuuuu diaaa!!! hahahaha. tetapi hakikat sebenar, aku duduk je mcm batu.. mind, heart and soul je yg merata perginya