Tuesday, December 4, 2012

Pesanan buat anak Adam

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berpagi-pagi dalam keadaan berdukacita terhadap dunia, tidak akan bertambah hampir ia kepada Allah melainkan bertambah jauh. Tidak akan bertambah di dunia melainkan keletihan. Tidak akan bertambah di akhirat melainkan kepayahan. Allah akan mencampakkan rasa dukacita yang berterusan, kesibukan yang tidak ada kerehatan, kefakiran yang tidak memperoleh kekayaan dan angan-angan yang memanjang ke dalam hatinya.

Wahai anak Adam, setiap hari umurmu berkurangan, sedangkan engkau tidak menyedarinya. Setiap hari Aku memberi rezeki kepadamu tetapi engkau lupa untuk memuji-Ku. Tidak memadai bagimu terhadap apa-apa yang sedikit. Tidak pula engkau merasa puas terhadap apa yang banyak.

Wahai anak Adam, tidak ketinggalan suatu hari pun melainkan datang daripada-Ku rezeki untukmu, tetapi pada malam harinya Aku didatangi oleh malaikat mempersembahkan amalan kejahatan daripadamu. Kamu memakan rezeki-Ku kemudian kamu membalasinya dengan melakukan kederhakaan terhadap-Ku.

Kamu memohon daripada-Ku lalu Aku memperkenankan permohonanmu itu. Kebaikan daripada-Ku, sentiasa mengalir kepadamu dan kejahatan daripadamu sampai kepada-Ku. Sesungguhnya Aku adalah sebaik-baik Tuan kepadamu dan engkau adalah sejahat-jahat hamba kepada-Ku.

Engkau menanggalkan daripada-Ku apa-apa yang Aku berikan kepadamu. Aku tutupkan kejahatan demi kejahatanmu. Aku malu terhadapmu tetapi engkau tidak merasai malu dengan-Ku. Engkau melupai-Ku dan mengingati selain daripada-Ku. Engkau merasa takut kepada manusia tetapi merasa aman terhadap-Ku. Engkau merasa gentar dengan marah manusia tetapi engkau merasa aman terhadap kemurkaan-Ku. "


Petikan Hadis Qudsi dari Kitab Imam Al-Ghazali ; al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah
"Buku U-Turn ke Jalan Lurus"

Sunday, November 25, 2012

Venice, seindah namanya

Terasa agak lama tidak berkarya dan menjengah ke dunia blogger. Banyak hal yang harus diuruskan sebelum, semasa dan selepas tamat belajar.

Bingkisan perjalanan ke Venice baru kini sempat saya titipkan di dalam blog Kehidupanku. Percutian ke Itali merupakan percutian terakhir saya bersama rakan-rakan semasa belajar di sana. Tempat pertama yang saya lawati ialah Venice. Siapa x kenal dengan Venice yang cukup terkenal dengan 'Gondola'nya dan si pendayung yang menyanyikan lagu-lagu untuk membangkitkan suasana Romantik.

Sewaktu berada di sana. kami menginap di sebuah penginapan yang berada di luar kawasan yang menjadi tumpuan kerana harga yang ditawarkan lebih berpatutan. Venice memang cantik, secantik namanya. Bagi mereka yang inginkan feeling-feeling romantika, Venice merupakan salah satu tempatnya. Deruan air di sekeliling mampu menenangkan hati pengunjung yang bertandang. Cuma silap kalau pergi semasa mereka bercuti. Saya pergi ke sana sewaktu musim panas, pengunjung-pengunjung yang ada begitu ramai ditambah lagi dengan cuaca yang 'hot and spicy' memang menduga keimanan.

Tak lengkap rasanya kalau sekadar bercerita tanpa menunjukkan bukti saya pernah ke sana. Selamat menjamu mata!



Gondola melalui jalan-jalan yang sempit
Saya tak naik pun Gondola ni sebab rasa macam mahal, tak termampu. =)



pengunjung yang ingin menaiki Gondola



pegang map supaya tak mudah sesat. Oopps!!! I can read map..hehehe


berjumpa dengan orang Malaysia otw nak balik.. :)



Sekian.

Monday, August 6, 2012

Ferrari, kereta pilihan

Saya mula meminati Ferrari setelah diperkenalkan dengan Formula F1 oleh satu-satunya abang yang saya ada. Pada masa itu, Michael Schumacher sentiasa mendominasi podium F1. Abang saya menerangkan kepada saya kelebihan yang ada pada kereta lumba Ferrari. Saya terus jatuh hati. Dari situ, minat saya pada F1 dan Ferrari semakin membuak-buak. Adakalanya, sanggup bangun awal-awal pagi semata-mata nak tengok F1, lepas tu kena marah dan dengar leteran percuma dari mak dan ayah. 

Gara-gara minat yang mendalam, saya pernah menamakan diri di ruang Friendster dengan nama Ferrari.  Agak lucu bila mengenangkan kisah lampau. Kalau dah minat, mestilah pernah memasang impian untuk naik Ferrari. Bak kata orang, setiap insan bebas untuk berimaginasi sebab ianya tidak dikenakan bayaran.

Itu semua kisah dulu, sekarang dah tak layan F1. Tetapi Ferrari tetap di hati. Siapa sangka kan impian untuk mengenali Ferrari dengan lebih dekat tercapai sekelip mata? Saya sendiri tak percaya. Sewaktu kunjungan saya dan beberapa orang kawan ke Itali, kami sebulat suara membuat keputusan untuk pergi ke Maranello. Muzium Ferrari terletak di situ. Sebelum sampai ke Maranello, kami keliru sekejap sebab untuk ke sana, kami melewati kawasan seperti perkampungan. Jalan raya pun macam jalan kampung. Acapkali ayat ini "Betul ke jalan yang kita lalu?" yang keluar dari bibir sebelum sampai ke sana. Kalau nak tahu, Maranello ni sebenarnya perkampungan Ferrari. Kereta-kereta Ferrari sering dijumpai di jalan raya di Maranello.

Setiba di sini, kami disambut gadis yang berpakaian seperti gadis litar. Dia memberikan broschure test drive Ferrari. Saya tidak memberikan tumpuan kepadanya kerana teruja nak masuk muzium Ferrari. Terbayang-bayang macam mana la agaknya muzium itu. Harga yang dikenakan untuk pas masuk, saya rasa agak mahal memandangkan muzium yang disediakan takde la besar mana pun. Malah lebih kecik dari BMW dan Mercedes. Harga untuk pelajar ialah €11.

Bergambar di luar Muzium




Kereta-kereta klasik


Dulu-dulu minat kereta ni





F1 car.. Oh, seriously smart!!!


Setelah puas melihat kereta-kereta Ferrari yang ada di Muzium, saya dan kawan-kawan berbincang dan sekali lagi membuat keputusan untuk pergi Test Drive. Alang-alang sudah berada di Maranello, rasanya tak sah kalau x mencuba. Hanya seorang kawan saya yang berani untuk memandu kereta, manakala yang lain sekadar menjadi penumpang. Bagi mereka yang berminat untuk memandu, harga yang dikenakan ialah sekitar €80 hingga €100 dan harga bagi penumpang ialah €20. Mahal tetapi berbaloi walaupun hanya menjadi penumpang. Pengunjung boleh memilih model kereta Ferrari apa yang diinginkan.

Sebelum menaiki Ferrari California

Starting up.

Pemandu profesional memandu kereta Ferrari yang saya naiki. Time dia pecut, seriously rasa best. Tudung masa tu x yah cakap la, senget habis jadinya. Muka pun terasa tebal. Paling menakutkan apabila dia pecut, lepas tu kami nampak ada lori di simpang jalan. Punyalah takut sebab sangat dekat. Tapi of course la, x terlanggar, dia kan pro. Untuk pengetahuan kalian, kereta Ferrari mampu mencecah kelajuan 310 km sejam. Menaiki Ferrari merupakan pengalaman terindah buat diri sendiri. It's not daydreaming anymore!


Friday, August 3, 2012

Hari yang sudah lama diimpikan

Tanggal 27 Julai 2012, setelah sekian lama, akhirnya saya berjaya juga menamatkan pengajian ijazah dalam bidang kejuruteraan Mekatronik di University of Applied Sciences Reutlingen. Seakan tidak percaya, saya kini sudah bergelar jurutera. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Maha Pencipta.

Bukan sekejap masa yang diambil untuk menggenggam sekeping sijil ini. Selama enam tahun, saya mengimpikan waktu ini, bermula dengan kursus persediaan di Intec yang memakan masa dua tahun setengah. Masih segar di ingatan, saya dan rakan-rakan menjadi penuntut Intec yang tertua dek kerana tempoh persediaan yang paling lama. Bukan itu sahaja, jadual kelas untuk program A-Level German juga sangat padat jika dibandingkan dengan program lain. 

Meneruskan pengajian ke German merupakan fasa permulaan kepada hidup yang lebih mencabar dan menarik. Saya ditempatkan di Reutlingen bersama seorang rakan lelaki dalam kursus yang sama. Dipendekkan cerita, semenjak semester ke-5, saya tidak lagi berada dalam semester yang sama dengannya.  Belajar di German banyak mengajar saya erti kehidupan terutama semasa tempoh berpraktikal di sini. Kesusahan yang saya rasai semasa berpraktikal memberikan kekuatan kepada saya untuk berdepan dengan cabaran pada masa hadapan dengan mengatakan kepada diri, "kalau saat perit masa lalu saya mampu untuk hadapi, kenapa tidak sekarang."

Semenjak belajar di sini, saya turut belajar untuk memotivasikan diri sendiri. Salah satu caranya ialah dengan   mencabar diri sendiri setiap hari. Dalam menjalani pengajian di sini, saya juga sama persis orang lain. Kadang-kala saya juga lemah dan rasa x berdaya. Apabila merasa sedih dan ingin menangis, saya belajar untuk menjadikan Allah tempat pengaduan yang utama. Rakan perempuan memang ada, cumanya mereka berada jauh dengan saya. Hanya telefon sebagai penghubung kami. Jadual kelas kami yang tidak sama menyebabkan saya cuba mengawal emosi. Kadang-kadang mereka ada kelas, takkan nak ganggu mereka kan? Keadaan kami menghalang kami untuk berada di sisi selalu. Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.

Untuk mereka yang bercita-cita nak belajar oversea, jangan ingat belajar di sini lebih senang dan tidak mencabar ye. Persiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan. Paling penting ialah penuhkan ilmu di dada terutama ilmu agama sebagai bekalan.

Cukup sesi bercerita, saya paparkan gambar semasa hari graduasi. Hari Graduasi di sini tidak semeriah di Malaysia. Tiada baju graduasi, tiada topi untuk dibaling. Agak sedih juga sebenarnya sebab tidak dapat merasa feeling grad dengan jayanya. Sijil pun hanya diberikan di dalam kelas.

Penyerahan sijil

Rakan-rakan seperjuangan yang turut bergraduasi

Bergambar bersama Profesor yang menjadi supervisor untuk tesis.
Bergambar bersama salah seorang Profesor




Saturday, July 14, 2012

Semester 7 berakhir jua

Alhamdulillah.. FUHHH!!! Berakhir sudah peperiksaan untuk semester tujuh. Kini, saya dapat menghembuskan nafas lega setelah berhempas pulas menyiapkan tesis dan dalam masa yang sama pergi menghadiri kelas untuk empat subjek yang masih belum diambil. Blog terpaksa dibiarkan sepi. Bukan tidak mahu menulis tetapi apabila tekanan belajar dan kepenatan sedikit sebanyak membantutkan keinginan. 

"Kenapa tak nak extend je?", antara soalan yang ditujukan kepada saya tatkala saya memberitahu mereka saya masih ada exam untuk diambil. Sebenarnya, semasa di penghujung semester enam, saya sudah mengatakan kepada diri sendiri, kalau saya lulus semua subjek semester enam, saya tidak akan extend study saya. Disebabkan itu saya terus bertekad untuk menghabiskan pengajian ini pada masa yang sepatutnya biarpun merasakan ia agak sukar. Alhamdulillah, mungkin berkat doa ibu, ayah, adik- beradik dan orang sekeliling, saya berjaya juga siapkan tesis dan baru sahaja selesai peperiksaan. Sekarang hanya mengharapkan keputusan yang baik (kalau cemerlang lagi baik) dalam setiap peperiksaan yang telah ditempuh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails