Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Anak Demam / Batuk / Selsema: Ubatan Moden vs Semulajadi

Assalamualaikum.

Awal bulan hari tu aku baru je diserang batuk dan selsema yang teruk. Sekarang berulang balik, tapi bezanya yang dulu lebih 2 minggu aku batuk, yang sekarang ni dalam 2 hari dah ok. Hani Qalesya pun ada batuk dan selsema beberapa hari sebelum ni, tapi sekarang Alhamdulillah dah sihat.

Aku ingat lagi masa umur Hani bawah setahun, Hani kerap demam. Masa umur Hani dekat 8 bulan kami hantar Hani ke taska, 3 minggu di taska, 3 kali Hani demam. Itulah pengalaman Hani sakit paling teruk pernah kami hadapi. [baca sini]. Semoga itu juga pengalaman terakhir. Sedih sangat bila kenang balik.

Berbalik kepada topik, aku nak share pengalaman aku menggunakan kedua-duanya, ubat doktor dan ubat natural (homemade remedies). 

First time aku jadi kurang yakin dengan perubatan moden (maaf kalau ada yang tidak setuju, ini pendapat aku berdasarkan pengalaman dan ilmu yang aku ada) masa aku ke satu klinik sebab sakit belakang (i'm one of scoliosis survivors). Doktor tu (perempuan, agak berumur) tanya punca aku sakit belakang, aku terangkan sebab aku pangku anak sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuantan, lepas tu sampai rumah dia tak nak tidur, cranky sikit, biasalah baby lagi kan. Doktor tu terus cakap kat aku, "takpe, nanti saya bagi ubat selsema untuk baby awak sekali supaya dia tidur". Aku terus macam... "Doktor ni biar betul, anak aku tak sakit pun. Doktor pun tak check langsung anak aku, semudah tu nak suruh aku bagi ubat selsema kat baby aku??". 

Then, awal tahun baru ni masa aku batuk selsema tu, aku request supaya doktor (ni doktor klinik lain pulak, yang doktor perempuan berumur tu aku dah banned) bagi ubat yang selamat untuk ibu menyusu. Melalui pembacaan aku tahu yang ibu menyusu ni kena hati-hati dalam pengambilan ubat sebab takut bagi kesan pada baby. So doktor cakap yes, dia akan bagi ubat yang selamat. Bila aku search nama ubat, rupanya ubat tu tak boleh diberi pada ibu yang menyusukan anak. Sekali lagi aku tawar hati dan kurang yakin. 

So bila kali ni aku batuk teruk sangat, sampai tahap keluar air mata, bila batuk rasa kepala sakit sangat macam mengecut, aku tak fikir pun nak ambik ubat klinik. Kalau jumpa doktor, untuk pastikan penyakit sahaja, tapi ubat yang diberi aku takkan sewenang-wenangnya makan. Apa yang aku buat?

Untuk anak demam / selsema / batuk, aku buat garlic oil:
     1) Ambil beberapa biji bawang putih 
     2) Bakar bersama kulit (cucuk dengan hujung pisau)
     3) Bila dah agak-agak hangus kulit dia, tumbuk bawang tu. Buang dulu kulit yang hangus tu.
     4) Gaulkan dengan minyak zaitun

Aku sapukan nipis-nipis garlic oil ni di dada depan, belakang dan tapak kaki Hani, pakaikan stokin masa tidur. Jangan sapu banyak sangat takut dia panas. Esoknya selsema Hani dah baik. Untuk aku pun, aku buat cara yang sama, cuma aku sapu banyak la sikit. Alhamdulillah, selsema aku dan Hani cuma sehari. Tanpa makan sebarang ubat yang menyebabkan mengantuk =)

Untuk aku, ubat batuk yang memberi kesan yang sangat positif:
- Bancuhkan campuran madu (aku guna madu dari Mekah) + hirisan lemon (jangan letak sebiji nanti pengsan ;)) + air suam.

Aku minum pagi dan malam. Alhamdulillah, malam boleh tidur lena.. Dalam sehari je dah tiada lagi tekak yang gatal dan berpasir.

Aku juga semakin yakin dengan natural remedies ni sejak amalkan pemakanan sunnah. Kalau masak nasi di rumah, aku akan tabur biji habbatussauda. Aku juga akan titiskan minyak kelapa dara (vco) dalam masakan, dan gunakan minyak zaitun terutamanya kalau memasak untuk Hani Qalesya. Ayam pun aku dah tak beli ayam biasa, aku guna ayam organik Az-Zain / Raudhah. Alhamdulillah, kesihatan Hani sangat memberangsangkan sepanjang amalan itu.











Tuesday, September 24, 2013

10 Tips Kemanisan dalam Rumah Tangga ;-)

Assalamualaikum...

Aku selalu ingatkan diri dan darling husband, walaupun dah ada anak, kita kena pastikan kita sentiasa macam dulu. Mesti ada luangkan masa bersama, walaupun sekarang Hani Qalesya setahun 4 bulan, kami masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang totally berbeza ni. =)

Kat sini aku nak share, beberapa tips untuk ingatan dan panduan kita bersama.. Tips yang patut kita amalkan sampai bila-bila, selagi masih bergelar suami isteri, walaupun anak dah berderet nanti (kalau Allah bagi rezeki begitu la..) Hehe. 

1. Ciuman – Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Dulu cium suami je, sekarang cium anak dan suami. Bila darling husband out station, selalu tunjuk gambar dia pada anak, nanti anak cium gambar tu.. =)

2. Cincin / gelang / rantai perkahwinan – Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut. Kecuali la kalau saiz dah berubah, itu tak dapek den nak tolong =D

3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri. Kalau tak kat luar pun, kat rumah boleh.. Buatkan makan malam yang lebih special, lain dari kebiasaan.. Biasanya makan malam kan berkecah dengan anak.. Hahahahaha.. Sama jugak dengan bercuti. Pergi tempat dekat-dekat je pun takpe, asalkan suasana dia berbeza dari kebiasaan kita di rumah. So kat situ la timbul keistimewaan yang kita nak tu..

4. Perubahan – Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan macam-macam hal dan tanggungjawab. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut. Aku selalu ceritakan pada darling husband tentang apa yang berlaku dalam hidup aku seharian, walaupun dia tak tanya. So that dia akan tahu perubahan mana yang perlu kami adapt dan hadapi dengan tenang.. Huhu

5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda. Aku kadang-kadang terkasar dengan darling husband, rasa berdosa sangat (sebab tu setiap malam kena minta maaf). Kadang-kadang aku stress, penat, dan aku mengharapkan dia buat sesuatu tu exactly macam aku buat. Tapi, being a father kan, MESTI takkan sama macam seorang ibu. Jadi macam mana pun, kena hormat dia. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami..

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi. Yang ni bagi aku, kalau diri kita sendiri kasar, mungkin boleh belajar berlemah lembut. Biar lah orang kata hipokrit, kita cuba berubah untuk suami. Tak salah kan berubah demi kebaikan, walaupun pada mulanya kita rasa macam fake je. InsyaAllah, suami gembira, kita dapat pahala.. =)

7. Hadiah – Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Ataupun, kalau ada rezeki lebih, bagi je hadiah tak kira la hari apa pun. Kot la hari tu dia penat sangat balik kerja, hadiah kita tu boleh buatkan dia gembira.. Tak perlu hadiah mahal pun.. =)

8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya. Kadangkala aku saje je senyum pada darling husband tanpa sebab. Masa dia tengah tengok tv ke, tengah kusyuk makan ke.. Senyum je. Nanti dia pelik, dia tanya "Hmmmm..?? Kenapa??" =)

9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Yes, yang ni aku sangat setuju. Sebolehnya mesti ada skin contact. Tengah drive ke, pegang tangan dia sesekali, tengah jalan-jalan ke, tengok tv ke.. Aku tak buat selalu, sebab benda yang selalu buat ni kita akan rasa biasa.. 

10. Impian – Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut. Tapi jangan sampai memaksa, nanti suami rasa terbeban pulak nak pastikan kita capai impian tu..

Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari tips ni. Dan semoga rumah tangga kita semua diberkati dan bahagia sampai syurga. Amin....

Credit kepada blog peribadirasulullah

Thursday, October 20, 2011

15 Amalan untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum..

Kali ni nak share apa yang aku dapat dari video ceramah yang aku tengok di Youtube. Amalan ni sangat baik untuk diamalkan oleh bakal-bakal ibu, juga bakal-bakal ayah. Semua orang impikan dapat anak yang berguna kan. Dari dia dalam kandungan lah kita nak didik. Sebenarnya dari dia 'dibuat' tu dah kena ada adab yang perlu suami isteri ikuti supaya tiada 'campur tangan' syaitan. InsyaAllah, amalan-amalan ni akan membantu kita..

1- Banyakkan bertaubat dan beristighfar. Setiap masa, di mana-mana pun, tak susah pun nak buat. Sambil driving, sambil basuh pinggan, istighfar sahaja di bibir.

2-  Banyakkan berdoa. Setiap hari selepas solat kita berdoa, juga jangan lupa waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Contohnya ketika hujan turun.. Berdoalah sepenuh hati. Masa isteri nak melahirkan, suami bisikkan doa tertentu di telinga isteri. Ada 13 doa yang boleh diamalkan. Boleh cuba search. =)

3- Rajin puasa sunat. Ohh yang ni aku setakat ni memang tak berkemampuan nak buat. So kalau isteri tak mampu, suami cuba usahakan puasa sunat.

4- Rajin solat wajib dan sunat. Bagi solat wajib, cuba banyakkan berjemaah bersama, di awal waktu. Bagi aku saat berjemaah bersama tu sangat indah. Rasa tenang sangat, rasa bahagia sangat. InsyaAllah.. Untuk solat sunat, banyakkan solat hajat dan solat taubat, jika ada kelapangan.

5- Banyakkan zikrullah sambil pegang perut. Sama juga macam beristighfar, tak susah pun. Sambil-sambil buat kerja lain pun boleh diamalkan. Amalan ni InsyaAllah akan berikan kekuatan jiwa, akal dan fikiran. Bayangkan baby dalam perut selalu dengar ayat-ayat zikrullah. =)

6- Banyakkan baca Al-Quran. Walaupun bagi aku, masa mengandung ni cepat sangat rasa penat, mengah, tapi boleh baca slowly. Lebihkan baca surah-surah tertentu untuk ibu mengandung. Contohnya Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Yassin, Surah Luqman dan Surah Hujurat. Kalau tak boleh habis sekali baca, boleh sambung-sambung baca. Maklum lah, sempuuuutttt (ala-ala kumpulan Sepah). Hehe

7- Baca buku-buku berilmiah.Contohnya kisah-kisah nabi, tokoh-tokoh sufi. Perdengarkan kepada baby dalam kandungan sambil berdoa pada Allah. Yang ni InsyaAllah akan diusahakan. Sekarang telinga baby aku baru terhasil (9 minggu).

8- Berbual-bual dengan baby. Haaa yang ni dari awal tahu kewujudan baby, kami dah amalkan. Walaupun masa tu baby baru beberapa mm saiznya. Suami juga memainkan peranan, usap-usap la selalu perut isteri tu. =)

9- Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman. Aku selalu ingatkan diri sendiri, walaupun kadang-kadang rasa tak larat sangat, jangan tidur sepanjang masa. Buatlah sesuatu yang ringan. Contohnya sapu-sapu rumah sikit ke, kemas-kemas dapur sikit ke. Semua sikit-sikit je. Buat sikit, rehat. Buat sikit lagi, rehat lagi. Hehe. Selebihnya, peranan suami untuk membantu ringankan beban isteri. Lagi-lagi isteri yang bekerja.

10- Jangan stress, hilangkan tekanan. Mmenag kadang-kadang mood tak stabil semasa mengandung. Dengan kepala sakit, badan lemah. makan tak lalu. Masa ni kena kawal, supaya tak mengguris hati suami. Suami juga perlu faham perubahan yang dialami isteri. Anak awak juga yang dikandung tu kan.. =) Suami boleh la ringan-ringankan tangan picit-picit, urut-urut isteri masa ni. =)

11- Jaga adab dan emosi. Ni sama macam yang nombor 10. 

12- Makan makanan yang baik-baik, halal zahir dan batinnya. Maksudnya, memang kita tahu kita makan makanan yang halal, tapi pastikan juga sumber makanan tu halal. Duit yang digunakan untuk beli makanan tu adalah dari sumber yang halal.

13- Janagn berdendam dan berdengki. Jauhi sifat mazmumah, nanti mempengaruhi sifat baby dalam kandungan.

14- Rajin mengukir senyuman. Yang ni walaupun payah sikit, sebab selalu muka tak bermaya bila badan tak sihat, aku cuba juga senyum seperti biasa kalau berjumpa sesiapa. Kadang-kadang tak boleh senyum dah sebab tengah tahan muntah. =)

15- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Yang ni kalau ada kesempatan. Kalau tak ada, ataupun tak mampu nak keluar hadiri majlis ilmu (maklumlah nanti tiba-tiba nak muntah), apa yang aku buat, tv di rumah tu selalu buka chanel yang berunsurkan keagamaan ataupun ilmiah. Dengar ceramah, bacaan-bacaan Al-Quran..

Ok itu sahaja amalan yang boleh aku kongsikan. Untuk mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya..

Wednesday, April 20, 2011

Tips Pilih Durian

Assalamualaikum..

Bersempena musim durian tahun 2011 ni, sengaja nak tulis tips. Mungkin berguna selepas ni.. 

Setiap kali musim durian, confirm darling husband belikan durian. Sebab confirm aku akan minta dia belikan. ;-D
Tapi itulah, kami tak tahu pun tips nak dapatkan durian yang elok, sedap, isi tebal.. So biasanya nak selamat, darling husband akan beli yang mahal sikit. Bukan apa, kalau beli yang murah sikit tu, kadang-kadang ok, kadang-kadang dapat yang tak boleh makan langsung. So, labur la sedikit duit untuk makan durian yang sedap kan.. Lagipun, musim durian bukan selalu.. 

Lepas ni, dah tahu tips, mungkin boleh dipraktikkan. Dan, jimat sikit duit. Tak perlu beli yang mahal, asalkan tahu memilih dari beberapa segi:

1- Bentuk buah durian tu, biasanya yang tak bulat dan berbentuk pelik sikit (unik) tu, isi dia tebal dan manis. Biji dia pun comel je..

2- Duri, jangan pilih yang tajam. Pilih yang berduri kurang tajam, jarang-jarang dan besar. Dan boleh mengurangkan kemungkinan tangan luka. =)

3- Cium bau durian tu. Tapi jangan sampai hidung tercucuk duri pulak! =D Kalau durian tu masak elok, matang, dia akan ada aroma yang best. 

4- Check kulit durian tu, jangan pilih yang ada rekahan or sebarang kecacatan. Sebab kalau dah merekah, udara dah masuk dalam durian dan rasa dia pun dah terganggu. Mungkin tawar atau masam. Kadang-kadang penjual tu pilihkan, dia takkan tunjuk pada kita kerosakan pada kulit durian tu. So, better pilih sendiri. 

5- Cuba goncang durian tu dulu dengan tangan. Haa yang ni sila bagi orang lelaki buat. Nanti habis tapak tangan terkena duri. Hihi. Masa goncang tu, kalau ada dengar bunyi isi durian tu kat dalam bergoncang, maksudnya isi dia dah kering. Isi yang lembap akan melekat di dinding kulit dalam durian tu.

Ok itu sahaja tips tentang durian. Semoga bermanfaat. =)

Thursday, March 17, 2011

Jenama Water Filter yang Terbaik

Assalamualaikum..

Sekarang kan aku dalam proses nak memilih water filter untuk rumah kami.. Tapi kan, banyak sangat la pilihan. Bio Aura, Elken, DCL, Diamond, Coway, Imyiyaaz, Amway, CNI. Banyak lagi lah. Tak tahu jenama mana yang ok. Mungkin bila sebut ok, orang akan compare dari banyak segi, dari segi harga, function, senang nak cuci / maintenance..

So, sesiapa yang ada pengalaman guna water filter di rumah, boleh tak tolong share? Thank you in advance. =)

Wednesday, March 16, 2011

Pikat Suami dengan Masakan [walaupun tak berapa pandai]

Assalamualaikum..

Untuk para isteri yang sayangkan suami, mesti la mengamalkan perkara ni kan. Pikat suami dengan masakan. Sebenarnya, pandai masak atau tak tu bukanlah satu isu. Aku akui aku pun bukan lah pandai masak. Seebelum kahwin, setakat masak lauk-lauk simple tu boleh lah. Tapi bila dah tukar status, kita sebagai isteri mesti ada usaha nak improve skill memasak kita. Demi suami tersayang.. =)

Ok ni ada beberapa tips yang aku nak share. Mungkin boleh dijadikan rujukan.. Muhasabah diri untuk aku dan mungkin untuk kawan-kawan lain, mana tahu..

1- Kalau tak tahu masak, atau tak berapa pandai masak, jangan kedekut keluarkan sedikit modal untuk ikuti kelas memasak atau apa-apa kursus masakan. Tapi bagi aku, tak semestinya pergi kursus sekali dah pandai masak. Boleh je belajar dengan mak ke, mertua ke, lagi senang. Dan jimat modal. =) Dan lagi, boleh eratkan hubungan keluarga.
2- Kerap tonton rancangan masakan, ambil nota dan cuba masak resipi tu. Yang ni aku jarang buat, sebab selalu tak sempat pun nak salin. Dan aku jarang tengok tv. Yang aku banyak salin dari internet dan buku resipi. Banyak koleksi dah, cuba tak tahu bila. Heeee..

3- Ajak suami shopping barang dapur hujung minggu. Yes, ni memang kami amalkan. Sangat best, di samping memenuhkan troli dengan barang-barang dapur, boleh habiskan masa bersama suami isteri. =) Walaupun si dia sibuk, cuba juga cari masa.

4- Kalau penat, ajak suami bantu kerja-kerja di dapur. Penting ni ye, terutamanya bagi pasangan yang dua-dua bekerja. Masing-masing penat balik kerja, untuk kerja kat rumah tu, kena la saling bekerjasama. Syukur sangat dapat suami yang tak kisah tumbuk bawang, basuh pinggan.. Alhamdulillah.. =) Apa yang penting? Kerjasama.....

5- Sesekali, tanya suami apa yang dia teringin sangat nak makan, dan cuba sediakan masakan tu. Ini juga aku amalkan. Bukan nak tunjuk pandai, tapi percayalah, suami akan lebih menghargai usaha kita. Sekurang-kurangnya kita mencuba, walaupun ada kemungkinan chicken chop kita buat tak sama dengan chicken chop yang di restoran. Boleh jadi juga, yang kita masak lagi sedap dari yang di luar, or kita create / ubah resipi. Who knows, right?

6- Jangan biarkan dapur langsung tak berasap untuk jangka masa yang lama. No no no. That's not good. Macam rumah orang bujang pulak kan.  At least, kalau dah sibuk sangat, beli la frozen food macam nugget ke, fries ke. Tak pun karipap segera. Cepat dimasak, sedap dimakan, tapi tak elok sangat untuk kesihatan, So jangan selalu sangat. Kadang-kadang takpe. Hehe. Dan, sediakan siap-siap bawang / cili mesin dalam peti, so jimat masa kalau nak masak.

Sama-sama lah kita usaha untuk memikat suami sendiri. Walaupun dia dah terpikat dengan kita sebelum ni, apa salahnya buat dia lebih terpikat dengan air tangan kita pulak, ;-)

Untuk bride-to-be, sediakan lah diri anda dengan ilmu masakan. Confirm suami lebih sayang. =)

credit: cartoonstock.com