Followers

Daisypath Vacation tickers
.

WELCOME TO MY PAGE

[ Home ]     [ Berita Harian ]     [ Catroselove]     [ About ]

Tuesday, October 27, 2009

~ Fadhilat surah Al-Kautsar

Bismillahirahmanirahim.....



Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassallam.

Friday, September 4, 2009

~ Tanjyoubi Omeedeto Gozaimasu

04 SEPT 09 - Hepi Besday 2 me.. Hepi Besday 2 Me.. Hepi Besday to Nur widyaraha... Hepi Besday to me.. Fuhhhh... Hehehe.. Nyanyi untuk diri sendiri la plak.. Lalalala.. Nway, thanks to all my friends yang sudi send besday wish 2 me Especially to him and my parents .. Aminnn.. Semoga doa2 kalian untuk sayer termakbul di bulan2 Ramadhan Al-Mubarak ni.. Sayer bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih dikurniakan umur untuk bernafas dan menjalani hidup sebagai khalifah NYA.. Aminnnn ya-Rabbal Alaminnnnnn.... Syukrannnn..

Tuesday, July 14, 2009

~ Family @ 3F Resources

Gambar ni baru je dapat dari cik Ekin.. Our System Analyst.. Aku trus upload kat blog.. hehe.. This is our Family @ 3F Resources.. (Captured on Saturday meeting , 11 July 09 + staff besday celebration ) Best gler.. Meh aku kenal kan aku nyer supervisor sepanjang praktikal ni.. Haa.. Yang pakai baju kemeja putih bunge2 ijau tu.. Ha, tu namenyer En. Nuzul Hayat Arbain.. Kami panggil En Hayat je.. He as a Technical Manager @ 3F Resources.. Very kind person... =) Our Big Bos.. Yang pakai blezer coklat tuh.. En Amran.. Very kind n low profile bos.. Glad to became a part of them.. TQ =)

Thursday, July 9, 2009

~ Praktikal Time..

hehe.. Nak post gak.. Nampaknya nadia dah berjaya memboloskan diri mengepos entry nya secara curik2.. so aku pon nak curik2 post entry.. haha.. Pengalaman praktikal di 3F Resources sdn. bhd KL... Fuyooo aku tabik ngan company ni.. baru lebih kurang 6 tahun di tubuhkan dah dapat projek besau2... bos2nya memuda lagik.. smua hebat2 blake.. setahu aku skrg ni ada 4 projek tengah running kot.. lom masuk projek2 baru lagik.. Projek kat putrajaya, kat LHDN wat e-stamping, kat ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) dan projek kat UTM.. Ha, aku ngan nadia 1st day day dah kena anta kat client site kat ITNM ni.. kat wangsa maju... Kat ITNM ni dia buat projek total management at ITNM.. kiranya smua sistem termasukkan help desk, finance, HR smua2lah.. Total MIS.. Skop agak beso.. dan aku ditugaskan untuk carik kesalahan programmer.. huahahaha.. jadik software tester.. Ape lagik.. sedap keje pangkah memangkah keje orang ni.. hoho.. But banyak yang aku blaja kat cni.. Alhamdulillah.. aku pilih company yang tepat untuk aku menimba pengetahuan aku .. Kalo ada rejeki.. Hehe.. Aminnnn... Bayangkan lah pepagi dah kuar naik lrt.. 13 stesen woooo... Lom tambah sesak2 nyer lagik.. Dugaan btol.. hoho.. coz memule ingat kat bangsar je.. tup tup kena campak plak kat wangsa maju ni...  k lah nak sambung kelija.. daaaa

Friday, June 5, 2009

~ Selamat Pengantin baru to Zapi

Nice Pix..


- Zapi & Asrah-


Selamat pengantin baru Zapi & Asrah.. Kalo ko bace blog aku ni aku nak mintak maap sebab xdapat datang majlis ko.. Same tarikh ngan Cousin aku lah... Wateva pun aku ngan Faizal ucapkan tahniah bro.. Xsangka, dah kawen kawan aku sorang neh.. rasa cam baru smlm kita lepak2 kat poly... haha.. Semoga menjadi suami yang baik dan berkekalan sehingga ke akhir hayat... Kim salam wife ko.. Tgu kami punye turn plak.. hehe... To abang fairus b Ehsan pun sori gak coz xdapat datang, same tarikh gak... Bila mo upload gambar kawen ni?

Tuesday, May 26, 2009

~ BITS Dinner : Post Mortem

~Memorable : Gonna Miss U All ~



Entry pada kali ni adalah boleh dikategorikan kepada entry yang dah basi gak lah.. Walaupun telah direquest beberape kali untuk meng'post' nya... Ahh basi ke xbasi aku nak post gak.. Ada aku kesah... huh... Tadaaa... Gambar2 dibawah adalah sebahagian dari sedutan perjalanan majlis Dinner kami bertempat di Ancase Hotel MITC.. Gambar banyak sgt xlarat aku nak upload.. so kepada korang yang nak downlod gambar2 yang len2.. silalah click link fotopages kat bawah ni.. Sumer aku dah upload.. Ps: Sila Click Pada gambar untuk paparan yang lebih jelas..Marap maklong ... Haha..

<< Click Here >>



~ Invitation Card ~

Ko agak2 lah kan... sape yang design kad jemputan neh? hehe.. Ni hasil sentuhan ku last minute.. Bole ar.. Just nice... (Sentuhan asal My Bro, editted by me.. Hik hik)


~ My Classmates ~


~ Memorable.. Software Engineering Group 2008/2009 ~

Semoga kita semua berjaya menjadi Engineer2, programmer2, hacker2, Analyst2 yang berjaya kelak.. Aminn...


~ Haa Tiup jangan x tiup ~

Yang neh plak suprise Bday Cake!! Buat mereka2 yang lahir pada bulan 5... Aku tidak tersenarai kerana keluar pada bulan September.. Harap maklong lagik.. wakakaka.


~ Lulu and I ~

Bersama Penayanyi yang di import khas dari Negara Indonesia.. =) Lustiana Pratiwa @ Lulu..
Status : Sudah berpunya
Si Empunya : Satria Fajri Pratama (Name Komersial Sat je)



~ Candid Pix By MamaRazi ~


~ Pose.. Lagik and Lagik... Huh Penatt Suda ~


~ Make-up2 Time ~

Gambar 1 : Sebelum
Gambar 2 : Semasa
Gambar 3 : Selepas =)

I like Kakak Serkam ni make up... Kemas.. Natural.. Credit to her..



~ Photoshoot ~

Selebriti : Widya.. Hihi
Photographer Terpakse : Azie my housemate



Gambar 1 : Kembar terpisah yang dipertemukan kembali semasa dinner
(Sbb terjumpe kesan cop iron kat badan memasing) .. hehe.. Gurau jerk..
Gambar 2 : Wit our PA, Miss Intan Ermahani..
Gambar 3 : Makanan yang erkkk.. hard to describe..


Persembahan2 pada malam itew..



Gambar 1 : Tarian Zapin (Cikgu Linda: Aku ler)
Gambar 2 : Tarian India
Tiada di dalam gambar : Aniq N Vino bace sajak, Lulu Nyanyi, hakim N Dila nyanyi and etc.. Korang ar..sape suh xbagi gamba kat aku.. kan da xglemer.. haha


Secara keseluruhan nya, Dinner pada malam itu sungguh meriah lagi memeriahkan.. Lepas ni semua dah bawak haluan masing2 kan.. So to all my friends, gud luck to u all.. Jumpe masa Grad nanti.. =) Di sini saya ingin menyusun 10 jari atas segala salah silap, ketelanjuran kata yang pernah diungkap semasa kita bersama.. Sesungguhnya kita manusia biasa.. Tidak lari lari kesilapan.. Huh, sungguh xbest gaya penulisanku pada kali ini.. But xpelah, hentam sajelah labuuu....


Gambar Dibawah ini tiada kena mengena dengan Dinner kami.. Hanye gambar kenangan buat tatapan kita semua semasa di Universiti Teknikal Malaysia Melaka nih... (Tapi xsmua classmate adalah)

~ Pose Skema ~


~ Pose Mengerikan 1 ~


~ Pose Mengerikan 2 ~


~ Pose Mengerikan 3 ~

Salam Sayang dariku untuk kalian.. Muahhhhhhhhkz..

-Sekian-

~ Kau yang brnama 'HATI'


Wahai hati...

Sabarlah..

usahlah kau hiasi dirimu dengan kesuraman

usahlah sebegini rupa

Sudah banyak halangan kau tempuhi

Kau begitu tabah

Tetapi mengapa kini kau mula mengalah

Mengalah dengan masa dan keadaan..

Wahai hati...

Usah mudah tewas..

Bentengilah dirimu dengan perisai-perisai yang kukuh





Wahai air mata..

Usahlah kau menitis lagi..

Sudah acap kali kau mengalir laju..

Cukuplah...Usahlah kau menitis demi sesuatu yang tidak pasti

Titisan airmata itu hanya layak di hadapan Tuhan

Untuk menyesali dosa-dosa lalu..





Wahai wajah..

Usahlah kau hiasi dirimu dengan titisan air mata

Usahlah kau lakarkan dirimu dengan kemurungan

Hiasilah dirimu dengan warna-warna keindahan

Sinarilah dirimu dengan cahaya kebahagiaan





Wahai diri...

Usahlah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti

Usahlah kau selubungi dirimu dengan masa depan yang tiada kepastian

Sesungguhnya masa hadapanmu hanya Tuhan yang Maha Mengetahuinya

Bersabarlah syg..

Akan ada bahagia sesudah derita...

Aminnn Ya Rabbal Alaminnn

Wednesday, May 13, 2009

~ Cuti2 Malaysia

Balik kg.. ooo..woo oo balik Kg... huhu.. best seh dapat balik kg cuti2.. yelah lame dah rasanya aku xbalik kg.. sbb sibuk ngan exam lah, psm lah, ape2 je.. hurmm tapi sewaktu aku post entry ni aku dah balik smula ke mlake?? waa tidakkkk.... sbb psm 2 n OOP aku xsetel agi.. everything must be finished dalam 2bulan short semester ni.. Pasni leh lah aku g praktikal dengan aman nya.. Sepanjang cuti ni aku g jejalan ke PD umah baru kakak aku.. Sambil2 tu makan angin ar skali 1 family.. ini gambar2 skitar jalan2 di PD..

Memule pegi muzium tentera darat..

Mule2, p muzium tentera darat kat PD.. tapi xsmua p, mak aku n kakak aku xikot.. dok umah.. Yelah kakak aku baru pas pantang.. xkan lah nak bawak baby kat tempat bukan2.. so mak aku temankan lah my sis n Baby Qimiey.. Kat cni best ar, mcm2 hal sejarah kita leh tahu.. better sape yang ada anak2 tu bawak lah cni leh dia blaja tentang sejarah2 negara kita.. mengenali tokoh2 sjarah.. dari era british, portugis, jepun dan mcm2 lagi..

Entrance muzium tentera Darat PD.. Aku n anak2 buahku


Keje aku?? posing jelah..
photographer yang terpakse: Adik aku =)

model kereta kebal..

Peace!!.. Sbb dak kecik tu baru blaja buat peace.. haha

Kakak iparku sdg sain autograph kunjungan kat muzium ni..



Amacam, ada brani?? Nampak 2 senapang blakang tuh

Kete api..

MIG.. Beli nilah sbijik.. Senang ckit nak balik raye.. haha

Ni rimau yang kena sumpah jadik batu sbb xucap happy mothers day kat ibu dia.. ciannn


menatang ni namenyer, "bandana Kamikaze"..



Ni plak terowong Pakatan Komunis Malaya.. PKM

Terkejut2 aku masuk dalam ni sbb banyak komunis2 yang dah keras jadik patung menyorok tiap sudut.. seram sejuk wooo.. Tapi best..

Jom P pantai plak..

Pantai ni xderlah jauh dari umah kakak aku, jalan kaki pun sampai.. depan hotel sri Malaysia je..

Bab2 main air, mmg anak2 buah aku no1.. sampai xnak naik.. haish.. Yang si kecik baju biru tu (Ammar) plak pengecut ngan ombak, ombak datang je.. "Ayah2!! tolong2!! " haha.. menjerit2 takot suh ayah dia dukong.. xleh blah btol aku tgk.. Mama dia dah xcara dah ngan dak ligat ni, dok bawah pokok ngan mak aku n baby Qimi je..

Bab2 posing plak cik are no 1.. haha.. Pantang nampak orang pgang camera.. muke aku lah yang menyelit dlu.. wakakaka

Monday, April 27, 2009

~ PSM : Selesai Sudaaaaaa

Alhamdulillah.. Akhirnya selama 4 bulan berhempas pulas bersengkang mate. Akhirnya hasil psm aku memuaskan hati semua pihak.. Penilai, penyelia dan aku sendirik.. hehe..Syukur Alhamdulillah... Walaupun aku xdapat pesen pada waktu yang ditetapkan iaitu 24hb april sbb aku demam . Tapi hari ni, 27 April aku kuat2kan diri gak g pesen ngan penilai walaupun aku masih selsema dan batuk2.. penilai siap provide gule2 lagi.. ngeeee.. hehe.. Sistem aku ni agak besar.. Melibatkan 5 level of user.. So mmg dari segi database pun agak komplek jugak lah.. setelah dinormalize kan data2 yang redundant, table yang trhasil sbnyak 23 table!!! banyak kan.. naik juling mate aku nak melukis ERD.. Tapi puan azlina cakap xpe asalkan awak faham ape awak buat sbb sistem ni awak punye.. Btol tu.. Ni hak cipta terpelihara aku.. hehe.. Eh lupe nak gtaw aku wat sistem ape.. sistem aku ni biasa jelah.. Cume aku convert dari sistem manual kepada web based application.. Online Internship Placement and reporting system.. Sistem tentang automatch tempat latihan indusri/praktikal.. Alah, ala2 jobstreet lah camtu.. Sbb banyak sngt yang akan relate ngan email.. bila notification sumer anta melaui email.. sistem ni bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah 1 pihak je, tapi sebanyak 5 pihak... So far, company je aku xsempat wat interbiu untuk user requirement.. Faculty, UNIC, Students je yang sempat.. masa terhad.. hehe tulah serba sdikit sstem aku.. Akceli sistem aku ni dalam kategori DSS sbb sistem akan buat keputusan/rekemen user tempat praktikal yang bersesuaian ngan kriteria dia.. Gila beb.. wat DSS hehe.. aku ni amik software eng ke amik database ni.. ui kompius2.. Pape pun scara keseluruhan, sistem aku dapat berjalan ngan lancar semasa demo.. Di mane ada kemahuan disitu ada jalan.. pucuk pangkal diri kita sendiri.. Usaha keras ckit.. bkan sng nak sng.. dia xtahu hdup aku tunggang langgang sepanjang buat psm ni.. tdo sejam dua je.. Makan asal sempat.. sampai kena gastrik.. huhu.. celik mate ngadap laptop.. programming programing programming.. huhu.. Tapi lame2 soronok plak... Alah standard ar student.. kalo nak rilex bek xpayah blajo kan.. Lagipun aku nak buat btol2 final year proj aku ni.. Sbb nanti leh anta tesis kat JPA n claim duit tesis.. kalo tesis cam ayam je, nak anta pun segan beb.. Ape2 pun aku harapkan PSM 1 aku ni dapat A.. Aminn Ya Rabbal Alamin.. Pasni baru saya layan msg2 anda smua, slame ni hp aku men campak2 je.. Smpai ada yang marah aku xbalas msg dia.. haha.. sori k my pren.. Time busy mmg aku jenis yang xcara dah hp2 ni.. Lantak p lah.. jawab yang penting2 je.. cth pgln dari family aku.. My family is my everything.. Muahhh... Pasni ada 1 lagi paper.. keusahawanan, 2jam cdt je.. 3 Mei ni.. wish me luck k.. K nak tdo.. penat pesen dari kul 3 samapi kul 6.. 3 jam wooo... Gler... Skrg ni aku leh tdur ngan aman.. xder lah sampai termimpi2 wat sistem lah, komputer masuk virus lah,.. hai.. mcm2 pembawakan psm ni.. hehhe