Pergi ke kandungan

Christoper Rungkat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Christopher Rungkat (lahir pada 14 Januari 1990 di Jakarta) ialah seorang pemain tenis Indonesia. Bapanya, Michael Alexander Fritz Rungkat, berketurunan Manado-Belanda, manakala ibunya, Elfia Mirlianti, berketurunan Kemboja-Indonesia. Beliau bertanding dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki serta pernah mewakili Indonesia dalam Piala Davis. Beliau memenangi gelaran beregu remaja lelaki di Terbuka Perancis 2008 bersama Henri Kontinen dari Finland, dengan menewaskan gandingan Jaan-Frederik Brunken dan Matt Reid di peringkat akhir. Beliau merupakan pemain tenis Indonesia kedua yang memenangi gelaran Grand Slam, selepas Angelique Widjaja. Christopher Rungkat ialah pemain yang menduduki ranking ke-72 dunia dan pernah menewaskan Dominic Thiem.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]