Kuasa veto
Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain. Veto berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "saya melarang" diungkapkan konsul dan tribunus yang boleh menghalang sebarang titah perintah diluluskan Senat Rom.<ref name="Muhammad Alif Adha Bin Samad">
Biasanya hak ini terhad sebab eksekutif dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjwab serta tugas yang berlainan seperti termaktub di dalam konsep pembahagian kuasa.
Kuasa veto
[sunting | sunting sumber]Di bawah perlembagaan Amerika Syarikat misalnya, Presiden mempunyai kuasa veto ke atas sebarang rang undang-undang yang diluluskan Kongres. Namun kuasanya adalah terhad dan ia boleh dimansuhkan dengan undi dua pertiga dari kedua-dua dewan Kongres.