Pergi ke kandungan

Mohd Fuad Tukirin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Fuad Tukirin
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Bukit Naning
Dalam jawatan
20 April 2022  1 Jun 2026
Didahului olehMd Ysahruddin Kusni
(PH-PKR)
Digantikan olehMohd Ghazali Sabari
(BN-UMNO)
Majoriti1,535 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd. Fuad bin Tukirin

(1969-01-15) 15 Januari 1969 (umur 57)
Muar, Johor
Parti politik UMNO
Anak4
Tempat belajar
PekerjaanAhli politik

Mohd Fuad bin Tukirin (lahir 15 Januari 1969) ialah ahli politik dari Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Johor bagi Bukit Naning pada 2022 hingga 2026.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan Pengerusi Barisan Nasional Bakri dan Ketua UMNO Bahagian Bakri merangkap Pengerusi Biro Politik & Pembangunan UMNO Bahagian Bakri selain daripada merupakan salah seorang Ketua UMNO Cawangan. Sebelum memenangi kerusi Bukit Naning, Fuad adalah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Negeri Bukit Naning.

Di peringkat UMNO Negeri pula, Fuad merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.[1]

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Naning yang memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan raya negeri Johor 2022 pada 2022 hingga 2026.[2] Beliau telah mengangkat sumpah jawatan pada 20 April 2022 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor.[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Johor
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 N14 Bukit Naning Mohd Fuad Tukirin (UMNO) 5,437 38.14% Mahadzir Abu Said (BERSATU) 3,902 27.37% 14,550 1,535 64.40%
Md Ysahrudin Kusni (PKR) 3,317 23.27%
Jeganathan Subramaniam (Bebas) 1,514 10.62%
Ibrahim Shafe'e (PEJUANG) 86 0.60%

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]