Stesen MRT Surian
KG07 Surian–IOI Mall Damansara سوريان | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan stesen dari dari Jalan PJU 5/8 | |||||||||||
| Lokasi | Stesen MRT Surian, Persiaran Surian, Kota Damansara, PJU 5, 47410 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | ||||||||||
| Koordinat | 3°8′58.66″U 101°35′36.93″T / 3.1496278°U 101.5935917°T | ||||||||||
| Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
| Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
| Trek | 2 | ||||||||||
| Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
| Sambungan | |||||||||||
| Pembinaan | |||||||||||
| Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
| Tempat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
| Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Kod stesen | KG07 | ||||||||||
| Sejarah | |||||||||||
| Dibuka | 16 Disember 2016 | ||||||||||
| Nama lama | Dataran Sunway | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
| Lokasi | |||||||||||
![]() | |||||||||||
Stesen MRT Surian, atau Stesen MRT Surian–IOI Mall Damansara di bawah program hak penamaan stesen,[1] adalah stesen transit aliran massa (MRT) di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini dikhidmat oleh Laluan Kajang yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia.
Stesen ini dinamakan sempena Persiaran Surian, sebuah jalan raya utama di perbandaran Kota Damansara dan juga terletaknya stesen ini.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2012, stesen ini dinamakan sebagai Dataran Sunway semasa fasa perancangan dan telah ditukar pada tahun 2014.[2][3]
Stesen ini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 16 November 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini (ketika itu dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Kajang), iaitu dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan.[4][5][6]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Surian menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Kajang dan terletak antara stesen Kota Damansara dan stesen Mutiara Damansara. Kod stesen bagi stesen ini ialah KG07 (atau kod lamanya, SBK07).[4]
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Surian terletak dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sepanjang Persiaran Surian di Kota Damansara.
Antara mercu tanda yang terdapat berhampiran stesen ini termasuk:[7][8]
- IOI Mall Damansara (selatan stesen) - juga penaja stesen (terdahulu Tropicana Gardens Mall)
- Dataran Sunway (utara stesen), termasuk;
- Sunway Giza Mall
- Central Park
- Sunway Nexis
- Sunway Medical Centre Damansara
- Encorp Strand Mall
- Giant Kota Damansara
- Taman Kota PJ
- Kompleks Pangsapuri Casa Indah Kelab Golf Seri Selangor
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]| L2 | Aras platform |
Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri |
| → Platform 2: 9 Laluan Kajang menghala ke KG04 PY01 Kwasa Damansara (Kota Damansara) | ||
| ← Platform 1: 9 Laluan Kajang menghala ke KG35 Kajang (Mutiara Damansara) | ||
| Platform sisi, pintu dibuka di sebelah kiri | ||
| L1 | Aras legar |
Mesin tiket, pintu pagar tambang, kaunter perkhidmatan pelanggan, kedai serbaneka, dan laluan pejalan kaki terus ke IOI Mall Damansara (selatan) dan Sunway Nexis (utara) |
| G | Aras tanah |
Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen MRT Surian adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar, dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan laluan ini. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, lif, serta braille di butang lif.[9][10]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Surian mempunyai empat pintu masuk dan keluar. Pintu A terletak di sebelah selatan Persiaran Surian dan Pintu B di sebelah utara Persiaran Surian serta Jalan PJU 5/8.[10][8]
Terdapat dua jambatan pejalan kaki yang telah dipersetujui oleh MRT Corp iaitu, terdapat laluan pejalan kaki terus ke pusat membeli-belah IOI Mall Damansara (berhampiran Pintu A) dan Sunway Nexis (Pintu C, berhampiran Pintu B) di aras legar stesen.[11]
| Laluan Kajang - Surian | |||
| Pintu | Lokasi | Destinasi | Gambar |
|---|---|---|---|
| A | Persiaran Surian (selatan) |
Hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirian, Persiaran Surian (barat), Persiaran Damansara Indah, Kelab Golf Sri Selangor, Kondominium Casa Indah 1 and 2 |
|
| B | Persiaran Surian (utara) |
Hentian bas, teksi, dan kenderaan persendirian, Pusat Komersial Dataran Sunway, Sunway Giza Mall |
|
| C | Sunway Nexis (tingkat 1) |
||
| MRT-IOI Mall | IOI Mall Damansara (tingkat 1) |
||
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Bas Pengantara MRT ulang alik yang dimiliki oleh Rapid KL berkhidmat di Stesen MRT Surian. Terdapat dua laluan yang telah direkacipta iaitu, laluan T807 (MRT Surian–Ara Damansara) dan T808 (MRT Surian–Seksyen 11 Kota Damansara).[12] Kekerapan bas pengantara MRT ialah di antara 10 minit hingga 15 minit. Laluan bas ini dibuka selaras dengan pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang pada Disember 2016.[13][14] Selain itu, laluan bas lain seperti 780 yang berasal dari Seksyen 8 Kota Damansara, menuju ke Hab Pasar Seni serta laluan bas 802 berasal dari Seksyen 11 Kota Damansara yang menuju ke Stesen LRT Kelana Jaya juga berkhidmat di stesen ini.[12]
| Laluan | Koridor | Pengendali | Terminal[12] | Jumlah perhentian[15][16] | Melalui[16] | Sambungan | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Jalan raya | Petempatan | ||||||||
| Koridor Damansara | Rapid KL | MRT Surian Pintu A | ↺ | Dataran Ara Damansara | 23 stesen | Persiaran Damansara Indah Persiaran Tropicana Jalan PJU 1A/1 Jalan PJU A1/3 Jalan Tropika Utama Jalan PJU A1/46 Jalan PJU A1/41 Jalan PJU 3/22 Jalan PJU A1/20 |
Tropicana Indah, Tropicana, Ara Damansara, Lembah Subang, Sunway Damansara | LRT Lembah Subang, T782 | |
| MRT Surian Pintu B | ↺ | SK Seksyen 11 Kota Damansara | 8 stesen | Persiaran Mahogani Jalan PJU 5/1 Jalan Kenyalang 11/3 |
Seksyen 11 Kota Damansara, Seksyen 5 Kota Damansara, Dataran Sunway | 802 | |||
T807
[sunting | sunting sumber]
Perkhidmatan bas laluan T807 akan melalui dan menghubungkan kawasan perumahan penduduk di Ara Damansara, Tropicana dan Tropicana Indah, dengan 23 buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). 23 buah perhentian bas itu adalah Sekolah Antarabangsa St. Joseph's Institution, Tropicana Avenue, Menara Lien Hoe, Damansara Lagenda, Idaman Villas, Taipan 1 (Opp), Winchester, Stesen LRT Lembah Subang, Pusat Dagangan NZX, Winchester (Opp), Ara Permata, Balai Polis Ara Damansara, Ara Vista, Ara Putra (Opp), Maisson Condo, Taipan 1, Damansara Idaman, Damansara Lagenda (Opp), Kelab Golf Tropicana, Tropicana Grande, Casa Tropicana, Sunway Sutera, dan Cita Damansara. T807 akan melalui beberapa jalan utama seperti Persiaran Damansara Indah di Tropicana Indah, Persiaran Tropicana dan Jalan Tropika Utama di Tropicana, Jalan PJU 1A/1, Jalan PJU A1/3, Jalan PJU A1/46, Jalan PJU A1/41, Jalan PJU 3/22, dan Jalan PJU A1/20 di Ara Damansara. Terminal laluan bas T807 ialah MRT Surian Pintu A dan Dataran Ara Damansara.[13][17]
T808
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas laluan T808 akan melalui dan menghubungkan kawasan komersial Dataran Sunway dan Seksyen 11 dengan lapan buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). Lapan buah perhentian bas itu adalah Dataran Sunway Timur Timur, The Strand Timur, Pangsapuri Dedap Blok 10, D,Villa Avenue, Aeon Big Kota Damansara (atau NSK Trade City Kota Damansara)), Pangsapuri Dedap Blok 1, The Strand Barat dan Dataran Sunway Barat. T808 akan melalui beberapa jalan utama di Kota Damansara seperti Persiaran Mahogani, Jalan PJU 5/1 dan Jalan Kenyalang 11/3. Terminal laluan bas T808 ialah MRT Surian Pintu B dan SK Seksyen 11 Kota Damansara.[14][18]
Galeri
[sunting | sunting sumber]- Pemandangan stesen dari Persiaran Surian (menghala ke barat)
- Pemandangan hentian bas pengantara di Pintu B
- Pemandangan laluan pejalan kaki untuk masuk ke stesen dari Pintu B
- Pemandangan sambungan pejalan kaki stesen ke Sunway Nexis dilihat dari Pintu B
- Pemandangan jejambat pejalan kaki stesen ke Sunway Nexis dari Jalan PJU 5/7
- Papan tanda dalam Sunway Nexis menghala ke sambungan ke stesen
- Pemandangan kaunter perkhidmatan pelanggan di ruan legar stesen
- Pemandangan ruang legar berbayar stesen
- Pemandangan ruang platform stesen
- Pemandangan jarak landasan yang lurus dari stesen menghala ke stesen Kota Damansara
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Official Announcement: Surian MRT Station is Now Renamed to Surian IOI Mall Damansara". IOI Mall Damansara (dalam bahasa Inggeris). 2025-06-10. Dicapai pada 2026-01-17.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan) - ↑ Meng Yew Choong (2014-09-26). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". The Star Malasyia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-28. Dicapai pada 2021-10-10.
- ↑ Jonathan James Tan (2014-09-26). "MRT Sungai Buloh-Kajang Line finalised station names". Paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
- 1 2 Ahmad Suhael Adnan (Julai 18, 2017). "Selesa, cepat naik MRT sepanjang jajaran 51km". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-20.
- ↑ Bernama (2017-07-11). "MRT-1 beroperasi sepenuhnya minggu depan". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.
- ↑ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (2016-12-15). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 2018-11-06.
- ↑ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (2016-12-17). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-31. Dicapai pada 2018-11-09.
- 1 2 "Surian MRT Station". Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris AS). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.
- ↑ Kevin Tan (2011-07-23). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-11. Dicapai pada 2019-06-11.
- 1 2 "Stesen : Surian". MRT Corp. Dicapai pada 2026-09-145.
{{cite web}}: Semak nilai tarikh dalam:|access-date=(bantuan) - ↑ Hazril Hafiz (2016-12-20). "Jejantas menghubungkan stesen-stesen MRT dengan bangunan bersebelahan dibina oleh pemilik hartanah". Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 2021-10-23.
- 1 2 3 "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-09.
- 1 2 "MRT Surian (T807) & (T808) - Pintu A" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-21. Dicapai pada 2017-07-22.
- 1 2 "MRT Surian (T807) & (T808) - Pintu B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-07-20.
- ↑ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
- 1 2 "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-22. Dicapai pada 2022-06-22.
{{cite web}}:|archive-date=memerlukan|archive-url=(bantuan)CS1 maint: url-status (pautan) - ↑ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T807 - MRT Surian Ara Damansara". Moovit. 2018-03-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-28. Dicapai pada 2020-03-25.
- ↑ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T808 - MRT Surian Seksyen 11 Kota Damansara". Moovit. 2018-08-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-30. Dicapai pada 2020-03-25.
