Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Monday, November 09, 2009

bahagian 4

hidup ini bukan susah. terpulang cara sendiri untuk menentukan.

aku pilih cara susah.

sebab aku bukan orang senang. sebab aku ada banyak sebab sendiri.

pengalaman hidup mengajar banyak erti. belajar dari kesilapan. elakkan melakukan kesalahan yang sama. tak ramai yang tahu, kehidupan merupakan persamaan matematik. ada yang rumit, ada yang semudah 1+1.

kalaulah kehidupan itu seperti satu persamaan matematik yang pasti, mungkin hidup akan menjadi satu titik normal yang selari. bosan.

5 tahun lagi, aku akan baca entri ini dan senyum sendiri. dengan harapan aku sudah mula separuh memperjudikan hidup yang sememangnya singkat.

tak salah mencintai orang. biarpun hanya sekejap. biarpun hanya bertepuk sebelah tangan. biarpun orang lain tidak tahu. dalam kenikmatan yang diberi cinta, masih ada derita dan air mata.

cerita aku tidak tragis. cerita aku hanya cerita perempuan biasa, yang tidak pernah menoktahkan cinta. cerita aku penuh warna, dilatari hitam sepanjang masa. cerita aku yang tidak punya apa-apa, cuma perasaan berbaur yang selalu disalah anggap.

imaginasi pelangi hasil ilusi bermacam-macam buku menghamparkan tilam vono yang empuk andai realiti menghempas aku jatuh. dan aku akan kembali bangun, mencalit harapan demi harapan atas mimpi yang tak pernah sudah, mengharapkan yang tidak kepada yang pasti dan terus bernafas, walaupun kadangkala perasaan yang menyesakkan membuatkan yang sebati dalam diri menjadi acapkali sukar.

aku akan fight untuk apa yang aku mahu, bila aku mahu andai ia tiada satu noktah yang jelas. bahagia itu pasti. demi masa.

....mungkin bersambung

Saturday, November 07, 2009

bahagian 3

(akhirnya ada mood untuk update bahagian 3...)

apabila kita berada di kemuncak tertinggi perasaan nan satu, yang indah, yang mengasyikkan, kita lupa semua perkara. sedangkan sebagai muslim, kita seharusnya bersedia kepada tiada apa yang kekal kecuali Dia Yang Maha Satu.

seharusnya aku bersedia dengan segala apa jua kemungkinan yang mungkin berlaku. perasaan itu lemah. perasaan itu tulus. perasaan itu jujur, tidak berbohong. kata mungkin boleh berbaur penipuan. hati tidak.

sedangkan hati yang lemah bisa menghancurkan seorang manusia yang dulunya kuat, gagah. aku tidak gagah, jauh sekali kuat, hanya kudrat sebilah tulang rusuk yang mudah patah, lalu aku harus menghadapi apa yang terjadi dengan kekuatan hati.

biar retak seribu, biar hancur berderai, aku perlu terus hidup. untuk diri sendiri. untuk orang-orang yang penting dalam hidup aku. untuk orang-orang yang perlu aku dalam hidup mereka.

air mata tidak mungkin menyelesai masalah, tetapi air mata itu pengumpul perasaan, yang bisa keluar dalam bentuk yang tak terucap dengan kata-kata. air mata bukan ungkapan lemah, tetapi keberanian yang tertumpah membuktikan keutuhan perasaan.

silap sendiri. tak pernah serius. percaturannya: belum tiba masa dan orang yang sesuai. aku masih punya banyak perjudian hidup yang tidak selesai. aku tidak gembira, tetapi aku hidup.

untuk apa dan untuk siapa?

untuk diri sendiri.

semuanya untuk diri sendiri.

because i am a selfish beeatch.

....bersambung

Wednesday, October 14, 2009

bahagian dua

(entri ini perlu dibaca dari bahagian satu.)


mungkin ramai yang rasa aku poyo tidak bersetuju. sedangkan apabila kita berada di kemuncak perasaan nan indah itu, segalanya menjadi tidak mustahil. termasuklah menyimpan harapan yang besar, tinggi dan gah bak everest.

aku hanya berpijak di bumi nyata, walaupun selalunya aku berangan bagai nak gila terpengaruh dengan fantasi cerita yang aku selalu baca. inilah pemangkin yang membuatkan aku meneruskan hidup setelah rejection yang tak terkira dan juga situasi angkat kaki (juga tak terkira!).

kawan-kawan selalu mengingatkan aku, karma itu roda yang bulat. jika aku boleh angkat kaki bila-bila masa, tak mustahil bila tiba masanya, berkali ganda aku dibalas.

lalu mereka meletakkan aku pada kategori hati kering.

maaflah kawan. aku kan perempuan. mungkin aku tak penuh perasaan macam perempuan lain, tapi fitrah manusia itu berpasangan dan dari situ datangnya kasih-sayang.

bayangkan betapa susahnya mahu bangkit dari kejatuhan jika tiada pemangkin ala tilam spring vono.

aku tak cakap aku baik, tapi kadang-kadang kita perlu mencari jalan untuk hanya meneruskan hidup tanpa rasa sesal. bukan semua orang ada kebolehan untuk terus melupakan. perasaan suicidal itu normal pada aku bila kerja bertimbun-timbun, kurang tidur yang nyenyak dan bukan kerana rejection atau mengenangkan status aku yang masih single trang-tang-tang (iklan free promote diri sendiri, hahaha!)

bila aku tak nak fight untuk orang disukai, bermakna ada sesuatu yang menghalang. diri sendiri yang aku kenal, aku akan kerja keras untuk dapat apa yang aku nak. tapi bila unsur itu dihalang oleh satu maksud dan tujuan yang baik, aku boleh cakap apa? move on!

perasaan datang dan pergi. tapi Tuhan sentiasa ada.


......bersambung lagi.

Monday, October 12, 2009

bahagian satu

him: kenapa ko tak fight untuk dia?

me: tak nak ah. die pendek. hahaha!

him: *bebel bebel dengan begitu panjang sekali, dan aku sangap dan pura-pura dengar*


mungkin aku tak pernah begitu telus dengan dia. tetapi hari itu, aku sangat berterus-terang. aku rasa, dia terkejut. dan aku pun terkejut sebab aku mampu bercerita dengan panjang lebar situasi sebenar.

bukan mustahil jika aku begitu menyukai seseorang ketika ini dan melupakan terus segala perasaan itu 3 bulan kemudian. aku meletakkan harapan itu senipis kulit bawang. ya, optimis itu mungkin bukan sikap aku, hanya oleh keazaman aku untuk meneruskan hidup tanpa rasa sesal.

bila harapan itu tebal dan diletak tinggi, tiba-tiba terhempas, mungkin hanya luka-luka kecil, yang pasti meninggalkan parut yang hanya sembuh di permukaan.

jika harapan itu nipis dan diletak rendah, terhempas, menjadi debu ditiup angin, lalu perasaan itu mudah dilupakan, tanpa rasa sesal. teruskan kehidupan, yang memang seperti roda besar yang bulat.


....bersambung

(ingat nurkaseh je ke yang ada sambungan? hahaha!)

Thursday, August 13, 2009

definitely a reason to be happy



i got 2 postcards that i've been anxiously waiting for a forlorn fortnight, yesterday. the happiness is indescribable. dan tersengih-sengih sepanjang hari. my own private moment.

today, i got another 3. beautiful ones. of a lighthouse. of windmills. of a lake.

terima kasih, Tuhan. kerana mengurniakan aku rasa yang sebegini bahagia.

yes, i'm very contented to get 5 postcards. =)

Saturday, June 20, 2009

Hari jumaat



Been av0ided all day. Hmm, but made up with the sh0rt walk after h0urs. What is there n0t to love?

Bumped int0 ken of h1tz.fm cruisers and g0t the pic. Total g0odies w0rth:

C4dbury ch0cs: 30
h0t magz: 5.90
lister1ne mouthwash: 3.90
rev1ve 7upp: 1.50
domin0's vouchers

so, around rm40 freebies. i got the ch0cs after i made a complete fool of myself. dang!

i am very happy today. i just wished that i did say something that would definitely put a stop to this whatever and maybe made me even happier.

looking forward to a great weekend. i missed my weekends.


Sunday, June 07, 2009

feelings and physical unfitness

one:

i am technically liking someone i can't possibly have. not even in my wildest dream. yea, i guess that is what i'm into these days, infatuated with the impossible.


two:

since i've been putting lack of effort into my eating habits which leads to eating disorder catching up flu and physically drained. i guess my immune system plummeted and having a hard time to catch up with the happily partying inhabiting bacilus and virus.


three:

i reached midveli at 11 in the morning. yea, in record time. i wanted to beat the crowds since i was going to buy some stuffs that can't be bought and brought on the bus during the weekdays.

it took a lot of effort since i'm not used to the sun these days. yes people, i'm puteri lilin by nature. afternoon sun makes me dizzy and sick.

went to the flea market too, but i couldn't stand the weird smells. after finishing the tid-bits shopping, arriving at the lrt only to find out that i forgot the detergent! never mind, i still have to use the food coupon.


four:

i'm going crazy at werk! woooohooooo!!!!

Monday, May 25, 2009

After bakar duit

in the room.

him: what happened to you?

me: see. the bugs are not being nice to me.

him: how long has this happened?

me: two weeks ago.

him: look at those scratches.

me: what do you expect? the itch bitched like hell.

him: no choice. you'll have to berpantang and i have to give you an injection.

me: the WHAT??? isn't there any other way?

him: anyone picking you up?

me: no, i came by bus.

him: ok maybe no injection. but you'll have to adhere to this list.

(a veryyyyyy long list)





me: what? no nasi lemak?

him: oh yes, and all of those other food. please restrain yourself from eating them for one month?

me: no nasi lemak for one month??? i may die. please not nasi lemak.

him: (definitely ignoring me) ok, that's it.

.... and i got out of the room thinking of how am i going to live without nasi lemak.

suddenly,

him: i changed my mind. you really need that injection.

me: the WHAT?? i thought i got away with it.

him: it won't hurt, like an ant's bite.

me: what kind of ant?

him: the red ant.

me: dang!


a sore pocket contributes to fasting since i bakar so much. but i guess after a sore butt, i might need less effort to fasting since this tak boleh makan, that tak boleh makan.

i am getting thin, from not eating the food i love. no nasi lemak for one month. huwargh!

an sms:

"kak, jom pegi makan charkoayteow"

i replied:

"huhu, aku pantang seafood doh"

the reply:

"haha, oh lupe. bulan 7 ler baru dapat makan charkoayteow"

chist dan chist lagi.

Saturday, May 23, 2009

surat kepada lecturer kks

ke hadapan lecturer kks yang diingati selalu,

apa khabar cik? harapnye cik sihat di samping student2 yg selalu menjadi mangsa pertanyaan cik supaya cik boleh faham tujuan lab itu dan student dapat markah lebih dan tidak perlu berjumpa cik lagi untuk sem depan.

tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu cik tentang aktiviti saya dan kawan baik cik pada hari ini.

aktiviti kami bermula sejak khamis lepas, apabila saya telah menerima pemberitahuan warehouse sale jenama cl4rks dan juga sale b0dyshop. saya tidak dapat memberitahu cik tentang sale ini kerana memahami keadaan pokok duit2 cik yang baru ditanam dan masih belum dapat dituai.

saya telah pergi ke plaza al4m s3ntral dan mendapati tiada bodyshop di situ tetapi ada warehouse sale c0mma. dengan tanpa rasa bersalah dan tidak memikirkan keadaan tenat poket di hujung2 bulan, saya telah membakar untuk baju c0mma. tetapi saya menyesal sekarang kerana saya lupa bahawa saya takkan mungkin muat free size melainkan jenis stretchable. keghairahan saya membakar duit telah menyebabkan saya lupa, saya masih lagi gemuk.

aktiviti pembakaran diteruskan di sunw4y pyr4mid pula. berhimpit-himpit di dalam b0dyshop tidak menghalang keinginan saya untuk terus membakar. cik, bagaimana menahan diri sedangkan saya sebagai member mendapat 10% tambahan diskaun di samping diskaun yang ditawarkan. maaf cik, saya kalah pada godaan lipgloss yang berwarna-warni.

saya ternampak pula v0ir, dan saya teringat saya masih perlu mengganti sandal ala espadrille yang telah dihartapunyakan oleh adik saya. yang pertama dicuba, hanya tinggal saiz 8, dan ianya longgar. cik, saya telah merasa putus-asa dan berkata aktiviti pembakaran telah terhenti. tetapi saya telah ternampak satu sandal lain yang menarik. maaf cik, ia ada saiz 7 dan walaupun ia lebih mahal dari yang pertama, saya terus membakar tanpa rasa ragu dan was-was.

saya meneruskan perjalanan ke f.0.s dan telah memilih beberapa baju. tetapi saya telah mendapat amaran dan pekikan kuat dari poket saya yang terlalu marah kerana ia telah kering-kontang dan tiada pembakaran dapat dilakukan. saya terselamat dari membakar di sini kerana tiada lagi kertas yang dapat dibakar.

saya juga mendapat perkhabaran dari kawan baik cik bahawa beliau telah pergi ke cl4rks dan tiada berkenan dengan kasut yang ditawarkan. beliau telah terselamat dari membakar duit.

saya berasa cemburu kepada cik kerana cik tidak terdedah kepada godaan wareh0use sale dan juga jualan mur4h sepertimana cik juga cemburu kepada kami yang senantiasa dapat pergi membakar duit di wareh0use sale. percayalah cik, cik sangat beruntung!

saya semakin sibuk sekarang, dengan kerja dan aktiviti membakar duit yang nampaknya semakin rancak. saya semakin takut menghadapi bulan hadapan kerana meg4sale yang telah ditukar nama akan bermula.

nampaknya tulisan saya setakat ini. moga cik sentiasa dirahmati dan selalu jaga diri.
sekian. terima kasih.

"saya yang menurut perintah dan godaan warehouse sale dan jualan murah"

eine
presiden kelab bakar duit

Saturday, May 16, 2009

unknown entry

i don't remember how we met. but we know the same circle of friends. i was struck by the many 1's in the nick. and the weirdness of it.

we seldom get to talk, though we might get to once in a while. i like the sound of it.

we lost contact after that. years after, i stumbled upon you. we were reunited. and we even promised a get-together.

i liked your passion of food. i've never seen anyone describe food like you did.

maybe our paths crossed so that i'll be able to learn about it. i thank you for the wonderful gift you presented me, and your friendship.




may Allah bless you, always.

Tuesday, May 12, 2009

enteng tapi sangat sukar

saat entry ni ditaip, kipas berputar pada kelajuan 4, tingkap terbukak dengan angin malam.

dan aku memang confirm demam!

kepala tengah sakit. kaki walaupun cam agak sakit nak jalan, tapi cam ok lagi la.

kepada mereka yang gila kasut, belilah kasut yang selamat untuk dipakai supaya anda tidak memalukan diri sendiri di tengah-tengah lautan manusia.

istilah selamat:

- kalo heels, pastikan yang branded cam semb0nia ke, cl4rks ke, hushpups ke supaya apabila anda mengejar bas atau lrt, tumitnya tidak hancur seperti yang telah terjadi kepada diriku.

- kalo yang flat, pastikan bukan jenis open-toe kerana kl adalah tempat yang hujan suka-suki. open-toe adalah tidak digalakkan kerana kasut berpeluang menjadi kapal yang berair. risiko rosak kasut dan rosak kuku kaki adalah sangat tinggi.

- begitu juga dengan sandal. pastikan ada tali di belakang yang boleh menghalang arus deras dan banjir kilat dari menghanyutkan kasut di kaki anda sewaktu anda mengharungnya.

kejadian semalam adalah alasan dan tiket grandstand untuk aku pergi beli kasut di min3s. sebab kat situ ade satu kedai yang jual stok boots yang aku berkenan. bukan boots cam dinner hari tu oke? ni stok ankle-length boots yang sesuai dipakai pergi kerja. selamat, dan bertapak lebar. kurang risiko untuk terpelecok.

smashings untuk aku yang kurang berminat jadi cekgu tapi nak sambung lagi belajar:

him: kadang2 pelik tgk you people
him: korang sibuk nak blajar, blajar, blajar
him: ngajar pun tidak
him: contribute ke dunia pun tidak
him: what sort of person would it help mould u to be?
him: and finally, with that masters' degree, how are you going to change the world?

aku tak bleh nak counter attack die. sebab memang betul pun apa yang die cakap. maybe i'm in it for personal gain. hmm, :'(

Sunday, May 10, 2009

smile, even when the world is not as pretty as the heavens

i am feeling neurotic. my diet has gone to the trash. i miss my veggies. i love to sleep.

i spent my boring, uneventful weekend except for 2 consecutive weddings, watching a f 7. yes people, i do watch that show.

after driving in the awful heat (hometown is grill-me-done-town) in my darling vic, my bff came over and we caught up with lots of things. she even ditched her future hubby in place of talking ourselves hoarse.

she invited me to their new lair, and i had this thinking:

"kalo aku pegi, mesti aku tak dapat tengok a f "

but i didn't go. these days i have this weird habit of staying indoors, curling up with a cuppa and my flood of books.

after a few hours, i thought it over and felt this:

" what the heck? having that kind of thought, like i am an adoring fan of the show. fancy missing an outing with my bff and eating my fave food for THAT? oh gosh, i am getting sappy for no reason at all. chist dan chist lagi. "

fortunately, the line-up weren't disappointing. they performed very well, except for that dark frizz-haired male, i wonder why they didn't kick him out yet. even adore one of the performances, he sang mraz's i'm yours.

i blame this on my flatmates, poisoning me to watch the diary every night. i am getting lazy to write these days, but i'll try to sneak in a word or two. maybe more. =p

Wednesday, April 29, 2009

saddest day

today is officially,



the saddest day for a long time.














sedih.

Friday, April 24, 2009

emo entry

ate seafood steamboat like there's no tomorrow until bloated. ended with marvelicious ice-cream with chocolate topping.

with bloated tummy and felt sick to the bone, sprinted (a.k.a. running high speed) on turf slopes and tar in high heels. just to catch the bus.

result?

the whole being slammed to the wall. then a full fledged truck (the one like opt1mus prim3) rammed against you over and over again. just like j0hnny blaze, except that when he's being gh0st rider he didn't feel pain.

i had that. i felt all that. my worst nightmare. my restless night.
and a fever. the things missing are the throw-ups and diarrhea. adoi.

sometimes, my gobbledygook made me go over the fence.


p/s: when i don't update, i twit or moblog. twitter is the fancy blue apps on the up-to-no-good updates. moblog is the entry which starts with a picture and might have a single sentence or a form-5 composition depending on the idea of the entry. pictures do say a thousand words, but words make them clearer and standardized for everyone.

see? even a postscript is longer than necessary. pardon my pain-in-the-ass sorry self.

Thursday, April 09, 2009

aku dah malas plak nak update blog. macam takde point yang best untuk aku highlight. tapi bile dah start macam tak bleh berhenti. hehe.

satu:

smalam pegi pejabat pos yang bukak sampai kul 9 malam. beli setem. ye di zaman emel ni aku masih lagi menggunakan setem untuk projek postcrossing aku. lagi pun kene gune kupon makan free. minggu ni punya, aku tak terfikir nak jual sebab sibuk, malas nak tanye-tanye.

aku duduk kat sudut tepi, tapi memang jelas la nampak. aku tunggu setengah jam untuk diorang datang amik order. aku memang malas gile nak panggil walaupun aku lapar nak mati, sebab aku tengok meja-meja orang yang datang lepas aku, elok je diorang amik order tak payah tunggu panggil. aku rilek lagi main game kat fon padahal hati dah panas semacam je ni, buat eye contact dengan sume staf, sume buat bodo je. padahal aku tak cakap pada mana-mana staf aku tengah tunggu someone ke, menu-book tu memang elok tertutup atas meja aku.

sampai la ade sorang mamat ni baju die lain dari lain, die ade eye-contact dengan aku dan aku angguk.

him: dah order, kak?

me: belum, takde sape pun nak amik order saya (dengan nada yang paling dingin dan hangin. aku wat nada suara camni sampai la aku blah)

him: eh, ala sori kak. ingatkan akak tunggu kawan tadi.

me: saya tak tunggu kawan pun.

him: sori ye. boleh saya amik order skang?

....dan aku pun dengan muke hangin gile terus laju je cakap order aku macam hari-hari aku makan kat situ, hangin nye pasal.

tak sampai 5 minit, order aku sume sampai. mesti order aku potong queue, lame tunggu nye pasal. aku nak tergelak time tu pun ade, gile ekspres.

him: betul tak order akak yang ni?

me: hm, betul.

him: ade pape lagi yang boleh saya bantu?

me: shuh, aku nak makan dah ni takde ape. *ngap*


dan aku rase, semua staf yang ade kat situ sume kene basuh kaw kaw sebab aku tengok elok je pastu sume dok lalu lalang kat area aku padahal sebelum tu takde sape pun heran nak lalu situ. even ade perempuan 2 orang yang datang time aku tengah ngap-ngap tu, sampai 2-3 kali, 2-3 staf yang berlainan datang tanye dah ready nak order belum.

hangin nye pasal, aku makan pun tak kenyang. bile aku makan tak kenyang, lagi la aku hangin. nasib baik la mamat yang amik order aku tu, 2 kali datang, tanye ok tak makanan aku, ade pape tak die leh bantu, sejuk sikit hati, aku nak wat muke ketat dengan die pun tak sampai hati.

mungkin sebab aku dress-up macam college-student, nampak tak stylo dan tak berduit. datang dengan kupon free lak tu kan. hahaha. mamat yang amik order aku la yang menyelamatkan keadaan dari membuat aku mengamuk kat manager diorang. aku penah wat camni ok, dan situasi yang lebih teruk. aku kene terima aku memang ade sejarah hitam dengan tempat ni. dem!


dua:

aku borak-borak dengan sorang mamat ni, campur-campur, kejap cakap melayu, kejap speaking. cerita yang panjang, tapi aku nak highlight satu benda je:

him: nak dengar satu cerita tak? pada zaman dahulu...

me : (aku terus potong cakap dia)... sorry to say this but can you speak in english? i don't understand your malay.

him: (dumbfounded) er.. kenapa?

me : your malay sounds weird to me.

him: (nak cover segan) oh, ok. once upon a time......


bm dia takde la teruk sangat, aku paham je, tapi sebab aku sangat suka dengar accent pelik time die speaking. saje wat reason tak masuk akal. kesimpulannya, aku perempuan gile yang memang suka dengar orang yang pandai speaking. sekian.


tiga:

kepada budak yang aku sms pasal kerispykreme smalam, anggapla itu aku nye wish ek? nanti aku belanja ko kerispykreme ye sebagai hadiah bila kite pegi sane nanti. kwangkwang. :D


empat:

makan something smalam yang ingatkan aku pada karl. karl yang dah tak tau ape cerita. karl yang jauh.

uuuuu... rindu kat karl. :(


sekian adanya penceritaan tahpape untuk kali ini.

Thursday, March 19, 2009

people DO change

i first caught glimpse of her when i was a kid. i felt pitiful of what she had gone through and secretly thought, she is very pretty. but we never knew each other personally.

as days went by, i met a friend who was her close friend in school. the way she talked about her, i felt i've known her a lifetime. seeing their pictures, innocent girls with hijab. i admired her.

i never heard anything about her after that. then recently, i read in the papers that she already got married. alhamdulillah, at such a young age she took a major decision that will change her life.

then, i saw her on a magazine. i just couldn't believe my eyes. is this the same girl that my friend had been telling me about aeons ago? is this the same girl that i pitied when i was a kid? is this the same girl that i secretly admired?

painfully, yes. she was without hijab. she married a musician. if i were to remember again what my friend told me about her, the girl back then wouldn't dream of being the woman she is now.

but then, who am i to judge? i am no one. i also do change, in many ways or others that might have hurt people.

i'm just disappointed.

Monday, March 16, 2009

hangin entry

these days, i've been facing writer's block. most of the entries were either published from mobile or written in malay, proof that i'm too blacked out to think straight (read: write properly in english).

i hate things last minute. coz it disrupts the original plan. and it really pissed me off if someone changed the plan that involved me without telling me earlier that the plan has changed. do not expect me to be okay with that, coz even though i may sound tak apa but really, i do have a life and other plans, even when i don't sound like i do.

i'm not sure whether my recent decision on something has any good effect on me. i'm not regretting it but did any good come from it is yet to ponder upon.


been listening to this song but i forgot the catchy lyrics once the song finished. it took a while to pin it to mind.

Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri
Kau mungkin … asing
Kau mungkin …
pernah ku kenal sebelum ini

Resah gelisah dibuatnya
Bagai sebuah cereka cinta
Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau

Chorus
Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi

Apakah ini satu mimpi
Terasa bagai sebuah delusi
Ilusi … mata
Mainan … jiwaku
Semakin kacau

Chorus

Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau


pesawat - mirage


hangin means angry. why am i hangin? the stuff is too delicate to put here. argh!

Wednesday, February 25, 2009

very independent wuman

her: ko nih mmg indepednt kan
her: sorang2 jerk
her: rilex jerk
me : dalam kubur pun sorang
me : haha
her: pedih btol ayt ko nih
me : aku dah get over the thinking yang aku perlu berada dengan orang2 lain utk rasa happy

yes, that is very true. but i am not that independent. i just chose the ones i'd like to be gedik with depend on.

Thursday, February 12, 2009

random thoughts

  • the playlist i posted yesterday was the therapy i put myself in for misbehaving the other day. the way of telling i'm sorry. but then wtf the playlist has to do with the regret right? nah, it was a bunch of songs that made me thought back of what happened, and why i should never acted like that, again.
  • the issue with the oku yesterday made me very thankful to Allah that i was born with enough to get me going. that oku had the rights to act like that, maybe he had enough of those bad experiences, but there's still good people in this world, who would've shown him genuine sympathy but maybe that's the least he needed: sympathy. i may not have felt and went through all like he did, but i'm still a human, with very weak knees. (now, i sound like a mental 60-y0 with arthritis, cheh)
  • i am currently going through the mental phase, where i only have one single thought and it seems i can't get rid of it after its invasion. i don't mind of it, though it seems to get on my nerves here and there.


him : panas la kl.

me : kl panas, tapi tak panas cam melaka.

him : peh, panas cam ni ko cakap x panas? ko keluar rumah gi keje kul bape?

me : er, kuar pagi 630, balik pun sampai dalam 730, aku memang tak jumpa matahari.

him : cheh, patutla ko cakap tak panas, tak jumpa matahari rupanya. hahaha.


.... ah, those beautiful beady eyes.

Thursday, January 08, 2009

What i'm thinkin rite n0w


Yep, no d0ubt abt it, especially d bott0m one. :-*