Entah kenapa, tangan saya mencapai sebuah buku di rak. Jenis buku yang jarang saya ambil peduli. Novel. Sebuah novel fiksyen remaja karangan Faisal Tehrani : 1511 [KOMBAT]. Buku ini saya capai dengan tujuan sekadar untuk membelek-belek. Tiada niat untuk membaca.
Serangan komander Israel terhadap kapal Mavi Marmara subuh 31 Mei lalu menjadi pencetus keinginan saya untuk memulakan pembacaan novel ini. Sebuah novel yang telah memenangi Anugerah Hadiah Sastera 2003 Kumpulan Utusan (Pemenang Kategori Remaja).

SINOPSIS
Secara ringkas, novel mengisahkan tentang perjuangan golongan Futuwwah pimpinan Hajjah Syarifah Nusaybah Syed Abdullah yang membentuk Tentera Gabungan Pemuda Islam setelah Presiden Richard Nosirname melancarkan Operasi memusnahkan dua Masjid suci ummat Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sebaik sahaja beliau memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika.
Dalam persediaan membentuk Tentera Gabungan Pemuda Islam Hajjah Syarifah Nusaybah yang juga merupakan Jeneral Tentera Gabungan telah melantik seorang fata (pemuda) dari hadas Nusantara, Muhammad Ameen sebagai komander yang akan mempertahankan Kota Suci Makkah. Sementara itu, Tentera Gabungan sudah pun mempunyai 11 komander dengan tugas mereka masing-masing.
Dalam peperangan tersebut, Jeneral Hajjah Syarifah Nusaybah telah gugur syahid setelah kubu beliau dibom oleh tentera Amerika. Sebelum syahid, beliau sempat mewasiatkan kepada komander Salim agar Kepimpinan Tentera Gabungan diambil alih oleh Komander Muhammad Ameen.
Setelah perang di Tanah Suci tamat, seluruh komander Tentera Gabungan Pemuda Islam bersidang dan dalam persidangan tersebut Komander Muhammad Ameen telah membawa usul pembebasan Kota Washington, pusat pentadbiran negara Amerika. Dengan Izin Allah, White House berjaya ditawan dan diubah menjadi White Mosque.
PERSIAPAN PERANG
Sebelum perang bermula, Hajjah Syarifah Nusaybah telah mempersiapkan pelbagai kelengkapan moden yang belum pernah digunakan dalam teknologi peperangan sebagai modal untuk menghadapi musuh.
Awal-awal lagi beliau telah mendirikan sebuah taifa dengan satu tatacara dan displin ketat futuwwah. Nusaybah mendirikan langar atau rumah-rumah pertemuan ahli futuwwah. Beliau melantik ayyar atau tentera futuwwah serta menghimpunkan syattaran, pengikut-pengikut sufi yang bersemangat. Dan kelompok-kelompok ini merebak sebagai ahdas di seluruh dunia Islam.
Selain itu, beliau juga telah mengumpulkan puluhan sarjana Muslim, melakukan kajian, membangunkan tentera Cyborg dan Sarcos, membina kenderaan perang yang baru seperti Cypher, mencipta tentera serangga seperti bio-bots, burung besi seperti Ababil dan yang paling menarik ialah teknologi cip yang membolehkan para komander mengadakan konferens dengan hanya melalui pemikiran sahaja.
KEKUATAN GOLONGAN MUDA DAN PERSAHABATAN
Muhammad Ameen hanyalah seorang anak muda Melayu yang telah kehilangan kedua orang tuanya semenjak kecil. Namun beliau cukup matang untuk mampu mengendalikan sejumlah tentera yang cukup banyak bagi mempertahankan Kota Suci Makkah dan membebaskan Kota Washington.
Sejarah telah membuktikan bahawa seorang Pemuda mampu memimpin tenteranya bagi menewaskan musuh paling kuat pada zamannya. Sultan Muhammad al-Fateh semasa memimpin soldadu beliau menawan Kota Konstantinople yang telah dijanjikan hanya berumur 21 tahun. Beliau mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa walaupun pada awal era awal kepimpinannya, beliau terpaksa meminta ayahandanya mengetuai tentera Islam.
Turut disertakan juga kisah Ikrimah di medan Yarmuk.
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

وَاَعِدُّوۡا لَهُمۡ مَّا اسۡتَطَعۡتُمۡ مِّنۡ قُوَّةٍ وَّمِنۡ رِّبَاطِ الۡخَـيۡلِ تُرۡهِبُوۡنَ بِهٖ عَدُوَّ اللّٰهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَاٰخَرِيۡنَ مِنۡ دُوۡنِهِمۡ ۚ لَا تَعۡلَمُوۡنَهُمُ ۚ اَللّٰهُ يَعۡلَمُهُمۡؕ وَمَا تُـنۡفِقُوۡا مِنۡ شَىۡءٍ فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ يُوَفَّ اِلَيۡكُمۡ وَاَنۡـتُمۡ لَا تُظۡلَمُوۡنَ
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya."
[al-Anfal;60]
KEKUATAN GOLONGAN MUDA DAN PERSAHABATAN
Muhammad Ameen hanyalah seorang anak muda Melayu yang telah kehilangan kedua orang tuanya semenjak kecil. Namun beliau cukup matang untuk mampu mengendalikan sejumlah tentera yang cukup banyak bagi mempertahankan Kota Suci Makkah dan membebaskan Kota Washington.
Sejarah telah membuktikan bahawa seorang Pemuda mampu memimpin tenteranya bagi menewaskan musuh paling kuat pada zamannya. Sultan Muhammad al-Fateh semasa memimpin soldadu beliau menawan Kota Konstantinople yang telah dijanjikan hanya berumur 21 tahun. Beliau mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa walaupun pada awal era awal kepimpinannya, beliau terpaksa meminta ayahandanya mengetuai tentera Islam.
Turut disertakan juga kisah Ikrimah di medan Yarmuk.
"Ikrimah menyerbu medan musuh di Yarmuk seperti seorang kanak-kanak kehausan air pada tengah hari yang terik. Jeneral Islam, Sayidina Khalid ibnu Walid menegur Ikrimah. lebih kurang katanya 'Ikrimah, jangan kamu buat begini, kalau kau gugur syahid ia merupakan kehilangan besar untuk Islam,' tetapi Ikrimah telah mebalas, 'izinkan aku melakukan cara aku hari ini supaya aku dapat menebus kembali dosa-dosaku yang lalu.' Ikrimah kemudian menimbulkan semula bagaimana dia menyesali dosa-dosanya sewaktu zaman jahiliah dan menetang Islam, maka inilah peluang untuknya mengankat akidah Islam.
"Ikrimah membawa sama Harith bin Hashim dan 400 ratus sahabat lain menyerbu tentera Rom yang ramai. Setelah pertempuran tamat, tentera Islam yang cedera ditemui. Antaranya Harith bin Hashim, Ayash Abu Rabi'ah dan Ikrimah.
"Harith memohon seteguk air, tetapi terlihatkan Ikrimah sedang memerhatikannya, harith meminta supaya balang air disuakan kepada Ikrimah. Apabila balang tiba di bibir Ikrimah, as-syahid terpandang Ayash sedang merenung kehausan lalu dia meminta supaya air itu dibawa kepada Ayash, tentapi sementara ia dibawa kepada Ayash, beliau pun syahid. Apabila bergegas bekas air itu dibawa kepada Ikrimah, dia telah naik ke langit, dan menjelang ia tiba ke bibir Harith, beliau juga syahid.
"Sungguh-sungguh Allah telah memberi mereka minum dari telaga al-Kauthar, minuman yang lebih putih daripada susu, lebih dingin daripada ais, lebih manis daripda madu dan diberi minum oleh tangan Rasulullah S.A.W sendiri...."
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia