| 0 Comments ]

Salam sayang u ols,...

Bila dengar berkali-kali, stress pulak dibuatnya. Rasa macam nak menangis pulak...
Kenapa lagu nie best sangat ekk?? Kenapa ek??

Masa Aizat balik dari London 2007( ke 2008? Tak ingat), menyesal pulak tak tegur dia... kalau tidak awal2 lagi dah dapat album dia nie ... Tulah kan, dah banyak kali terjadi tapi tak pernah nak belajar. Menyombong tak bertempat tu tak der gunanya. Aih!~

Balik semula pada lagu nie,...

Kalau di puncak gunung dilagukan, biar bergema di seluruh alam, biar bertebaran di tujuh lautan, biar meresap ke sepelusuk bumi...
Biar diketahui betapa agungnya apa yang dimaksudkan dengan,...

CINTA!

Arghhh!!~~~

p/s : Thanx Aizat for the lovely song,... Wish you all the best in Juara lagu.
Break a leg!




Lagu Kita

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam.... teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

CHORUS: Dan aku terus...
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

( ulang chorus 1x)

Terciptalah Lagu Kita


ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 1 Comments ]

Salam sayang u ols,...

Tajuk posting nie adalah soalan lazim budak straight yang confused atau in denial selalu tanya pada diri masing-masing. So, posting nie khusus ditujukan pada budak lelaki dan sekadar bacaan untuk kaum wanita.

ADam cerita benda basic jer. "Am I gay?" adalah soalan umum yg sangat general. So kang elaborate panjang-panjang sure u ols lagi confuse.

So now u ols wonder if u are gay?
Senang jer... if u guys having sex, melibatkan ejaculation, tak kiralah, onani ke, intercourse ke, atau wet dream ke, siapa dalam u ols punya fantasi seks tu...

kalau;

lelaki - u are surely gay.
pompuan - u are straight.

lelaki dan perempuan - u are gay.
(Mesti ada yang terkejut dan in denial. Yes it is true. Kalau u ols suka layan porn, maka ciri2/sifat2 gay ada dalam diri u ols).

lelaki dengan lelaki - confirm gay.
pompuan ngan pompuan - confirm straight.

Itu dia punya guideline, kalau u ols nak determine u guys gay ke tidak. Action speaks louder than words. Kalau itu cuma ADam punya theory, why not u guys buat amali pulak untuk mengesahkan theory tu.

Try not to have sex for 44 day or as long as u can go. I mean do not ejaculate for 44 days. Bila sampai tahap maksimum u ols dah tak boleh tahan, sebelum air mani terpancut tu, apa yg first thing membantu u ols untuk ejaculate?

Whatever yg terlintas kat fikiran u ols tulah yg akan determine samada u ols, straight, bi or gay. Try to relate kombinasi yg ADam berikan.

Kalau u ols ada perasaan suka, sayang, cinta, kasih dan seumpama dengannya pada kaum sejenis,; perasaan yang boleh membawa kepada kecenderungan sexual, i can say u have at least 1% ciri-ciri untuk menjadi gay. You are in touch with your feminin side, which is good.

Tapi selepas sedar u ols ada perasaan ini dan u ols menurut kehendak nafsu tersebut seperti pursue apa yg u ols inginkan tu, I can say u ols at least 1% cenderung untuk melakukan aktiviti homosexual (kising, romen, foreplay dan seterusnya liwat).

Dalam scenario nie kan, lelaki dan perempuan yang dimaksudkan meliputi segala mala jenis manusia ... bawah umur, terlebih umur, yg hensem/cantik, yang tua/muda, yang single/married dan segala mala jenis.

Yang tak termasuk kat dlm kategori lelaki/perempuan kat sini ialah binatang/haiwan jantan dan betina . Maksudnya, kalau dlm english, male or female yg boleh merujuk pada manusia dan haiwan.

Kalau mana-mana yang fantasi terhadap binatang jantan dan betina, I believe u need a professional helps. Tu jer. I tak leh tolong.

Soalan ke-2. Are you homosexual?
Kalau korang cenderung untuk melakukan sex sejenis dan pernah melakukannya, you are a homosexual. It is all about "doing" it. Kalau setakat ada perasaan jer, not yet homosexual but u have the tendency to be gay.

Soalan ke-3. Apa beza antara gay dan homosexual?
Gay ialah pelaku (subject). Homosexual dan liwat ialah perbuatan. Sama macam pelacur dan melacur.
Gayboy (gay), pengkid satu kategori ngan pelacur manakala homosex (liwat), lesbian sex satu kategori ngan melacur.

Kenapa orang lebih kecoh berbicara pasal liwat dan tidak isu gay secara terperinci?
Kat Malaysia, kalau liwat, itu adalah jenayah. Boleh kena tangkap, dibicara dan masuk penjara kalau disabit kesalahan. Selagi tak buat, tak der masalah... Macam kes bunuh juga. Setakat cakap jer aku pembunuh, tapi tak bunuh orang pun, orang akan cakap gila bukan pembunuh. But then, bila dah betul2 sah confirm bunuh orang, masuk penjara atau kena gantung la kau jawabnya.

Being gay hanyalah salah laku. Claim diri as gay, hanya salah dari segi moral tapi tak pula melanggar undang-undang.

Menjawab soalan 47, sebelum baligh dia ada perasaan ngan mamat/budak tu, tapi lepas baligh dah tak der. Kalau belum baligh susah nak define sebabnya kewarasan fikiran tu tak boleh ditafsirkan. Tak boleh nak define samada dia tahu benda tu betul atau salah.

Masa zaman budak-budak, kita hanya tahu kita gay bila kita ada pengalaman buat gaysex(homosex). Bukan hanya sekadar tahap perasaan jer. Maksudnya, kita suka kat sorang budak lelaki pastu kita maen ngan dia.. then confirm boleh cakap kita gay. Tapi kalau sekadar perasaan jer, tak leh nak cakap apa-apa.

Itu kalau sebelum baligh. Tapi selepas baligh, walaupun kita tak melakukan aktiviti homosex, tak pernah cium, beromen atau anything fizikal, tapi bila tengok lelaki jer ada ransangan sexual, terus turn-on dan berfantasi sex ngan lelaki tersebut, u are gay tak kiralah samada suka ataupun tidak. In denial or not, it is between u and urself.

Soalan yang diberikan ialah,

Adakah ia sesuatu yang semulajadi (innate) atau adakah ia boleh dipelajari (dari pengaruh sekeliling/persekitaran)?

Setiap kejadian (insiden/eksiden) ada 2 perkara berkaitan iaitu sumber/punca dan faktor. Apa sahaja berkaitan dengan manusia ini puncanya adalah dari dalam diri sendiri. Nak jadi baik ke, nak jadi jahat ke, nak jadi gay ke, tu sumer ada pada naluri. Cuma, samada kita melalukan sesuatu about the thing is another story.

Katakanlah ada sorang budak nie, dia tahu dia ada kecenderungan untuk menjadi gay pastu malangnya dapat kawan-kawanpun yang menjurus kearah homosexuality, maka tak hairanlah kalau dia confirm gay akhirnya. Dari curious and confused terus confirmed.

Tapi, ada pulak sorang lagi budak bertuah, mempunyai naluri yang sama tapi bercampur gaul dengan budak2 surau yang baik-baik ( diulangi, YANG BAIK-BAIK), maka membesarlah dia seperti budak-budak lelaki normal yang lain.

Kesimpulannya, pengaruh sekeliling/persekitaran hanyalah faktor untuk menjurus kepada menjadi lebih cenderung ke arah homosexuality. Bukanlah punca utama, tapi hanya faktor yang menguatkan lagi kecenderungan ke arah itu. Punca utama, tetap dari dalam diri sendiri.

Ada kes mamat womanizer, kaki pompuan dah berkahwin ada anak bagai after few years then declare diri dia gay yang melakukan aktiviti homosexual. Adakah ini disebabkan pengaruh sekeliling atau alam sekitar? Adakah disebabkan pergaulannya dengan golongan gay?

Still, benda nie bergantung pada diri dia sendiri. Kuat iman, tabah dugaan, jadilah straight. Kuat nafsu, lemah daya pemikiran, maka jadilah dia gay.

Kes nie, kalau dari straight dia tetiba jadi gay, tak mustahil sepantas itu juga nanti daripada gay dia akan declare yang dia straight semula.

It goes bothways, samalah memula gay... satu kampung dah tahu dia gay,..pastu declare straight dan berkahwin ngan pompuan dan beranak pinak bagai... sampai satu stage, kalau dia kembali menjadi gay, bukanlah sesuatu yang mustahil.

Itulah sifat manusia. Kecenderungan samada menjadi straight atau gay kedua-dua golongan manusia ini bergantung pada kuat mana iman(faith) yang ada dalam diri mereka.

satu lagi persoalan yang boleh tahan besar berkenaan homoseksualiti; adakah hubungan seks menjadi satu keperluan bagi pasangan homoseksual atau adakah ia tak semestinya menjadi satu keperluan?

First, define keperluan. Meaning, mesti ada. It ia A MUST. Kalau tak der, jadi susah... Berbeza dengan kehendak. Kalau kehendak, tak der pun tak per.. cuma kalau ada, it makes life even better.

Lain orang lain ragam. Bila melibatkan dua pihak, dua2 pihak mesti mahukan benda yang sama. Kalau sorang gay kata sex ialah keperluan, dan sorang lagi kata hanya kehendak, maka kedua-duanya mahukan dua benda yang berbeza. Hubungan tak akan berjaya.

Hubungan homosexual hanya akan berjaya kalau kedua-dua´pihak on the same mind track. Kalau dua2 kata sex dalam hubungan adalah satu keperluan, maka adalah perlu sex dalam hubungan derang tu...

Kalau dua-dua tak kisah, tidaklah jadi masalah...

Ramai orang silap, bukanlah sex; tapi dalam sesuatu hubungan antara dua insan yang paling penting ialah effective communication. Komunikasi yang berkesan menentukan kejayaan sesuatu hubungan. Kedua-dua pihak perlu mencari medium komunikasi yang works well with both of them.

If the sex is great but both cant communicate, it wont last long. If the sex is lame but they both finish each others sentences, they can work on something about their sex life.

Tak salah menjadi gay. Yang salah ialah menjalinkan hubungan homosexual. Hubungan sejenis. Gay atau straight dua2 dicipta atas sebab2 tertentu. Hikmahnya ada cuma tak terjangkau oleh fikiran manusia.

Between dunia gay dan dunia straight, there is a fine thin line yang memisahkan kedua-duanya. Sama macam benci dan cinta. Kalau putus jer that fine-thin line, break the barrier, we will be in the both world. United as one. HUMAN.

I AM NOT PROUD to be gay but I am happy because being gay teach me to be a better person (compare to some people).
Sebelum ada yang memutarbelit kenyataan ADam nie, wajib ADam menerangkan. Kalau lelaki str8 yang rapuh iman dan rakus nafsu, mereka akan berzina. Bagi gay yang tabah menghadapi dugaan dan sentiasa berdoa diperkuatkan iman pula, disebabkan mereka tidak bernafsu terhadap wanita maka mereka menjauhi zina. Ini satu contoh.

ADam sambung lagi,

Pernah dengar mutiara kata yang berbunyi,...

"Perkara yang tidak membunuh kita, akan menjadikan kita lebih kuat. (Thing that wont kill us will make us strong)".

Di Malaysia, kalau kita mengaku gay pasti akan dikecam, akan ada yang menasihati supaya bertaubat and so on. Tidak terlupa, pada waktu yang sama, akan sentiasa ada yang mendoakan perkara baik-baik sahaja kepada kita.

Bilamana sesiapa sahaja mendapat kekurangan diri kita, terutamanya dugaan sebagai gay, segera mereka memanjatkan doa-doa. ADam rasa telah ribuan doa-doa ADam terima. Malah lebih banyak dari sesetengah manusia biasa. Doa-doa ini amat berkat.Dengan izin yang Maha Esa, doa-doainilah yang menjadikan kita kuat.

Kalau ADam ditanya,apakah kebaikan menjadi gay? Jawapan ADam mudah sahaja. TIADA. Buruk belaka semuanya. Dikecam dan dihina sehari-hari.

Kalau begitu mengapa terusan menjadi gay?
Gay ialah naluri sukakan lelaki. Naluri ini kurniaan Yang Maha Esa. Bukan pilihan diri. Selagi tanpa izin-Nya, tiada apa yang akan berubah. Apa yang boleh dilakukan hanyalah beribadah soleh, dan sentiasalah memanjatkan doa sehari-hari supaya dijauhkan daripada perkara-perkara yang keji dan mungkar.

p/s : Benda nie jadi pening sebab ini hal subjective. Hanya fakta, kajian dan penyelidikan yang boleh menguatkan hujah. Tiada siapa yang lebih mengenali kita melainkan diri kita sendiri. We know ourselves better. Kalau kita ada ciri2 gay but kita cakap ngan sumer org kita straight, no one else can argue with us.

People only can judge. But, hanya Dia Yang Maha Esa, yang akan menentukan hukuman.

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"

| 0 Comments ]


Salam sayang u ols,...

Dalam komen nie kan, kalaulah si Alessya mengelak dari menggunakan perkataan negatif seperti "no", "x", "tak", "jangan", dan "bukan", (tak sure samada stupid, bodoh dan kantoi juga ialah perkataan negatif), apa POINT yang dia nak sampaikan mesti lebih jelas.

mana bole spm tak penting...kalau bukan sebab keputusan spm saya...tak mungkin saya tak dapat stadi overc...buat medik...

Aiyoh gurl.. I am confused and u make me even more confuse. Betulkan kalau ADam salah, tapi apa yang budak pompuan nie nak cakap ialah dia tak dapat g oversea study medic sebab keputusan SPM dia. Right? So dia stadi medic ke tidak nie? Atau stadi medic dalam malaysia jer?

Kalaulah dia tak gunakan perkataan negatif yg dia gunakan, alangkah mudahnya hidup ini.

Moral of the story, negativity hanya menyulitkan lagi keadaan. Dari elok-elok orang yang bijak pandai faham terus jadi keliru dan semakin tak faham.

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"

| 0 Comments ]

Salam sayang u ols,...

Biasalah manusia mana ada yang sempurna. Kalau dah sempurna, confirmlah bukan manusia kan? Jadi kenapa ramai orang takut kalau buat salah atau tersilap?

Jangan pula salah faham, bukanlah ADam suruh hari-hari buat salah. Kita "try and error". Kalau salah apa yg kita buat tu, kita belajar la dari kesilapan tersebut. Kalau tak cuba, kita takkan tahu kan?

Tapi kalau dah terang-terang kita tahu apa yg kita buat tu akan salah, tak payah la dok nak cuba lagi. Nak contoh? Well, amik contoh hisap dadah... Kalau dari kecik kita dah diajar dadah tu memudaratkan, tak payah la gatal-gatal nak gak cuba...
Tu sendiri mencari susah namanya.

Tapi kalau dah berlaku juga, first thing comes first. Daripada terus masuk pusat pemulihan, (sekarang org tak cakap pusat pemulihan dah... we called "rehab"; bunyik ada class sikit), kita kenalah feel sorry to ourselves first. Sebabnya, kalau kita tak menyesal dengan penuh penyesalan, masuk la rehab seratus kali atau sebagus mana pun rehab tersebut, kuar-kuar surelah hisap dadah semula lepas tu.

Satu perkara tentang melakukan kesilapan ialah; damage control - bagaimana kita menanggani kesan/akibat dari kesilapan yg kita lakukan tu. Ramai org takut nak buat silap sebab tak tahu camna nak buat damage contol lepas tu.

Contoh paling nyata, putus cinta frust menonggeng. Kes putus cinta yg betul-betul hardcore punya. Camna nak balut/ubati hati yang hancur remuk luka parah selepas putus cinta tu gamaknya? Tak der orang pun yg ada jawapannya.

Kalau putus cinta sebab dua-dua dah tak der perasaan sayang, tu bukan putus cinta namanya. Itu maknanya dah tak sehaluan.
Putus cinta nie kisahnya ialah sorang dah tak nak, dan yag sorang lagi masih sayang gila babi. Yang masih sayang gila babi nie lah yang hatinya hancur remuk. Kes ditinggalkan tunang adalah contoh yg paling baik.

Sebab tu sebelum bercinta, siapa-siapa pun masa dok tengah sayang-sayang lovey dovey tu dinasihatkan for once cuba fikir apakah akibatnya kalau cerita cinta mereka tak kesampaian... Perlu tak kita nyanyi lagu ayat-ayat cinta atau cobalah untuk setia.

Sebab hanya itulah saja caranya kita boleh fikirkan damage control selepas itu. Masa tu nanti boleh fikirkan perlu ke kita serahkan jiwa raga sepenuh hati. Kalau kita dah serahkan jiwa raga sepenuh jiwa, pastu ditinggalkan juga, berbaloi tak agaknya?

Satu lagi bab pasal membuat kesilapan nie ialah, kalau Plan A kita tak menjadi, apa pulak Plan B selepas tu? Paling bagus kalau ada plan C, Plan D dan Plan E kalau-kalau Plan B pula tak menjadi.
Itulah kehidupan namanya, penuh dengan perancangan.

Gagal untuk merancang adalah rancangan untuk gagal.

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"

| 0 Comments ]

Salam sayang u ols,...

Kadang-kadang macam best jer baca blog orang. Tulis panjang berjela-jela, cerita macam-macam. Tapi, kadang-kadang ler... especially bila jumpa blog yang tulis sesuatu yg boleh kita fikirkan atau membuatkan kita terfikirkan sesuatu walaupun apa yang dia merapu pun dia sendiri tak faham... Hehehhe.

Tapi tu kadang-kadang ler... jarang sesangat berlaku. Sesekali-sekala jer... Most of the time jumpa blog yg brag jer yg lebih tapi habuk pun tarak. Banyak biasa jumpa citer pasal ular menjadi naga atau si kudung dapat cincin.

Anyway, tidaklah menjadi kesalahan pun... suka hati masing-masing lah kan? Tak suruh pun baca... yang kita gatal gi dok baca siapa suruh? Ada si empunya diri suruh? Tak der kannn?

So, sendiri mau ingat.

U ols perasan tak, semakin umur meningkat, hidup nie menjadi semakin susah dengan tanggungjawab dan bebanan hidup yg perlu dilalui... Yelah, masa study mana perlu pikir pasal cari duit untuk nafkah hidup dan mengumpul harta.
Masa study sekadar tidur, makan, study pastu tido balik.... kekadang jer masuk toilet dan amik exam. Selebihnya, study, makan, tido pastu study balik...

But then, bila dah abis belajar, umur makin meningkat kena la carik kerja,... dah dapat kerja, kenalah selesaikan tugasan2 yang diberikan... tu pun kalau nak gaji la... kalau tak nak, boleh jer nak memonteng kerja selalu.

Tapi kalau ponteng kerja, kenalah pula bersedia nak menjawab leás tu nanti apahal lak monteng kerja. Even kalau ponteng kerja amik MC, leceh gak nak g carik MC tu.... Dah submit MC, blom tentu lak MC tu nanti diterima. Contohnya kalau macam di MAS, MC dari non-panel, klinik yang tak diiktiraf dari pihak syarikat tak akan diterima yer... Maklumlah takut2 ada sedara mara doktor senang-senang jer kasi MC free...

So, berbalik pada tajuk posting, hidup setiap hari nie bukanlah senang. Setiap perbuatan yg dilakukan akan ada akibat dan kesan yang menyusul selepas itu....

So, my point is... kalau lah sesuatu benda tu mudah, janganlah kita gatal-gatal gi buat jadi susah. Sebab lepas tu nanti akan hanya lebih menyusahkan kita lagi. Nak contoh ke? Oklah...

Amik contoh mudah... kalau kita nampak sesuatu barang yang berkenan, ada duit; kita beli barang tu. (Kalau tak der duit lain cerita.) Sebabnya, kalau ada duit boleh beli tapi kita gatal2 pi curik, bila kena tangkap g balai polis jangan sesekali menyesal dengan berkata, "menyesal aku tak beli jer..."

Kalau yang curik sebab tak der duit nak beli tu lain cerita... all i can say is, sedeyhhh~!

Kesimpulannya, benda yang mudah jangan disulitkan, sebab nanti akan menjadi semakin sulit... Sesiapa yang tak pandai menipu atau selalu kena tipu, jangan belajar menipu sebab bila dah biasa menipu nanti, dah tak reti nak bezakan mana yang betul dan mana yang salah...

Kalau bolehkan u ols, benda remeh temeh yang kecik-kecik biarkan saja berlalu pergi. Kalau dilayan dan difikir-fikirkan sangat, nanti boleh jadi tekanan perasaan. Ramai orang yang sakit kronik biasanya berpunca sebab tekanan perasaan, so kita yang bijak pandai nie, dah sepatutnya tahu bahawa kehidupan yang bahagia adalah kehidupan yg amat mudah.

Simple life, happy life!

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"

| 0 Comments ]

Salam sayang u ols,...

2008 berlalu pergi meninggalkan kita dan pastinya tidak akan kembali lagi... Kenangan lalu tersisip dalam lipatan sejarah tinggal menjadi memori selamanya. Hadirnya fajar 2009 diharapkan membawa seribu satu keberkatan untuk semua umat manusia.

Setuju atau tidak, kita selalunya membiarkan masa berlalu terbuang begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara yang berfaedah. Acapkali kita dilamun mimpi walhal hakiki yang nyata hidup perlu diteruskan. Apabila musibah menimpa, ada diantara kita memilih untuk terus berada di alam fantasi ciptaan akal dan fikiran.

Sedar tak sedar, masa terbuang begitu sahaja. Tibalah sudah masanya kita semua hidup dalam realiti walau sepahit manapun kehidupan itu perlu dilalui. Langit mendung pasti akan cerah bila tiba sang mentari. Setelah biduk berlalu arus bergolak, kembali kiambang pasti bertaut ...

Apa yg ingin ADam sampaikan ialah, sudah tiba masanya kita hentikan angan2 yang tak kesampaian. Genggam bara biar menjadi arang...
Azam saban tahun dicipta tetapi jika tidak dikejar dan digapai dengan jaya hanyalah umpama janji-janji kosong yang tidak bermakna.

Makan itu, marilah kita hidup pada saat ini. "Live in the moment". Seperti ketika ADam menulis posting ini, ADam yakin dengan menulis apa yg boleh kita semua sama-sama fikirkan adalah lebih baik daripada merapu tak tentu hal.

Let's together we live in reality. Stop dreaming and let's make things happen. Because when another year pass by, it will never come back to our lives again.

Never.

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"