| 0 Comments ]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum,...
Salam Sayang U ols,...

Selalunyakan, banyak masalah timbul berpunca kerana kita tidak mengikut simple instruction. Itu sebab jadi silly mistakes tu. Kalaulah kita buat sesuatu sepertimana mengikut arahan mudah yang diberikan, tak ler kita kena buat satu-satu kerja dua tiga kali dan pastinya banyak kerumitan dapat dielakkan.


ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 0 Comments ]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum,...
Salam Sayang U ols,...
Lagu nie best. Kalau orng tengah angau bercinta layan lagu nie, alamatnya kerang busuk dah tak bolehla carik makan dengan tersengih-sengih dah.
Hhahahah!!

Thnx Akim for this catchy song. You make so many people happy with this song! God bless you!



Inilah Cinta – Akim AF7

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus

Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku, Inilah sayangku
Inilah cinta


ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 0 Comments ]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum,...
Salam Sayang U ols,...



ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 0 Comments ]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum,...
Salam Sayang U ols,...

Kalaulahkan benar kita menyayangi seseorang, perasaan rindu yang menebal di dalam dada terhadap seseorang itu akan membuatkan kita menitipkan notasi-notasi rasa cinta kita padanya.

Zaman sekarang ni, setiap kata-kata cinta yang diluahkan perlu dibuktikan. Bukan hanya tuturan di bibir. Jika hanya sekadar diluahkan dengan kata-kata semata-mata itu hanyalah ungkapan murahan tidak bernilai seandainya dituturkan berkali-kali.

"Ambil kapak belahlah dada" mahupun "lautan api sanggup kurenagi" antara kalimah-kalimah merujuk perbuatan bagi membuktikan rasa cinta pada seseorang.

Bagi ADam, jika sesungguhnya seseorang itu benar-benar mahu membuktikan perasaan cintanya, dia hanya perlu menulis Warkah Cinta. Panjang atau pendek warkah cintanya itu nanti, akan membuktikan sedalam mana rasa cintanya itu.

Jika sukar untuknya menulis warkah cinta itu dan seribu satu macam alasan diberikan, itu bermakna tiada lagi perasaan kasih dan sayang dalam dirinya.

Itu saja.

P/s : Ingat tak filem "Sex and The City" yang pertama? Masa nak kahwin ngan Carrie, tetiba Mr. Big cold-feet cabut lari tak jadi kahwin. Pastu Carrie marah sangat dengan dia dan tak boleh maafkan dia. Mr. Big mohonmaaf camna pun, dia tetap hati kering. Ingat tak?

Anyway,

Perasan tak dalam filem tu, Mr. Big buktikan cinta dia dengan menyalin semula Warkah-warkah Cinta lama dari tokoh2 terkenal yang diambil dari buku bacaan Carrie. Dia salin, kemudian emailkan pada Carrie. Disebabkan itu, barulah Carrie maafkan dia dan mereka kahwin juga akhirnya.

Itu kuasa Warkah Cinta.

Lagu Dari Kamar
Artist: Noor Kumalasari


Dari kamar ini
Kumemandang ke luar
Suasana sepi
Seakan mencabar

Mengapa pengucapan
Tidak lahir di bibir
Seandainya berhadapan
Mudah ku tafsirkan

Sepi mengajakku
Renungi lembaranmu
Kuulang membaca
Surat bermakna

Indahnya bahasamu
Tersusun kata kata
Kau berkias mencuri hati
Di dalam seni

Aku pun mencuba
Menciptakan madah
Sayang bagai ada
Yang tak kena

Ku mencuba lagi
Menulis puisi
Ku sendiri
Tak mengerti

Dari kamar ini
Berdiri di jendela
Aku menyaksikan
Kumbang dan bunga

Sepi mengajarku
Menulis surat rindu
Sebarisan ayat yang mudah
Kaulah yang kucinta


ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 0 Comments ]

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

Bismilahirahmanirrahim,...


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum,...
Salam Sayang U ols,...

Posting ini as a REMINDER agar kesilapan lalu tidak berulang kembali.

SOALAN :

1) Kalau betul Zul nak tumpang tido, mengapa awak tak SMS BAGITAU SAYA terlebih dahulu? Saya pun tinggal kat rumah tu juga. Lagipun itukan rumah saya. Atau, dia cuma nak tumpang "tido bersama" awak jer? Dia kan dah lama tergila-gilakan awak. Maknanya, kalau saya tak nampak ngan mata kepala saya sendiri dia tido kat rumah tu, sampai bila-bila saya tak akan tahu kan. Betul?

2) Kita berdua ada masalah kita sendiri. Jadi saya tak faham kenapa awak perlu tambahkan dengan masalah orang lain yg tak ada kena mengena dengan kita. Dia gaduh ngan bf dia sama waktu kita pun ada selisih faham. Then request nak tumpang tido masa saya x der kat umah. Sesuatu sangat kan? Kalau awak berada di tempat bf dia, apa perasaan awak dibuat sebegitu rupa? Atau kalau saya gaduh ngan awak then saya g tumpang tido umah mana-mana jantan lain, mesti awak juga fikir yang bukan2. Betul?

3) Kita orang melayu adab sopan budi bahasa mesti ada. Klu dah datang tumpang tido umah org, tatatertib dan susila pun mesti kena jaga juga. Awak makluman awak, si Zul tu punya la biadab pagi tu, keluar rumah menonong camtu saja sambil jeling kat saya.
Hulur salam pun tidak. Terima kasih jauh sekali. Excuse me, itu rumah saya yer. Kalau dia tak tahu nak hormati saya sebagai tuan rumah, saya tak tahu manusia jenis apa lah dia.

Sebab tu dari awal saya tak suka awak berkawan dengan dia. Dia sentiasa carik peluang nak "bersama" dengan awak. Bila ada kesempatan, dia tak akan lepaskan peluang yg ada.

Nizam pun sama. Susah sangat ke nak jabat tangan hulur salam? Kalau rasa tak der buat apa2 salah, kenapa nak takut? Berani kerana benar.

3) Saya sungguh tak faham kenapa awak pergi Ad punya open house tapi BAWAK org lain tak ajak saya? Bukankah awak kenal Ad tu pun melalui saya? Ad tak bagi awak bawak saya ke?
Even awak pergi open house tu pun langsung tak bagitau saya. Susah sangat ke nak sms taip "Pakcik, saya nak pergi open house rumah AD. Nak ikut tak? Kalau tak nak saya g ngan Zul"
Susah sangat ke?

4) Pasal rokok, itu memang dah kepantangan saya. Awak pun tahu dan saya dah lama cakap. Tengahari tu, awak dah nampak saya turun kereta, awak buat tak kisah pun. Selamba derk jer sambung hisap rokok tu depan saya. Itu yang buat saya kecik hati sesangat. Awak tak suka dan tak bagi saya main dengan org lain so apa perasaan awak kalau saya main ngan org lain depan awak pastu buat selamba jer tanpa rasa bersalah, mesti hati awak terguris juga kan?

p/s : I just simply cant/dont TRUST any smokers. To me, they are "beautiful liar".

Dari kisah awak main ngan ewrol USM, ikut si Ris g Negeri Sembilan then balik tido umah dia kat Cheras sampaila berangkut Zul bawak balik rumah, saya sabar jer bila awak canang kat orang kata saya yang jahat.

I forgive but I will never forget.
Cukup2lah sudah! Saya tak akan berdiam diri lagi. Sudah tiba masanya saya pula bersuara.

"Awk tak rindu langsung kat saya ke?"

"Giler tak rindu... hari2 dok tgk gamba."

"Sy pun rindu juga... Sampai termimpi2... Tp hati sy masih sakit lagi."

"sy terasa kelibat pakcik kt rumah walaupun dok sorang2.."

"Apalah gunanya saya ada kat rumah tu lagi... Sayang awak pada saya dah tak seperti dulu."

"saya rasa sama je. Tak ada beza. Kalau tak sayang..saya tak sms, sy tak call. Lagi saya cari pasal ada la. Ingat sentiasa."

"Hari ahad, hari sy angkut barang dgn lori tu, jantan mana awak angkut bwk balik tido rumah? Tengahari sy dtg, rokok siapa awk hisap? Klu kasih syg awk pada sy masih sama, maknanya bilamasa sy tak de depan awk, awk buat semua nie belakang saya... kan?"

"hari ahad tu yg dtg tido.. Si zul yg selalu karaoke ngan sy dulu tu. dia minta tumpang tido coz dia gaduh ngan bf dia lepas kitaorg balik dr open house umah ad. Malam tu, yg teman sy g beli brg, nizam, bf kepada boe. Boe adalah abg kpd wan langkawi. Rokok tu amri. dh stress sy hisap."

"Klu itu kata awk, Clearly sayang awk pada sy dah tak sama. Tak guna sy pertikaikan lagi. Awk fikirkan lah. Maaf kalau sy mengganggu. Sy tak akan ganggu awk lagi."

"Saya sayang AWAK!.. Saya sayang PAKCIK!.."

"Entahla... Bagaimana mungkin sy boleh percayakan awk. Bila2 masa awk boleh berangkut dan merokok belakang saya. Seribu satu mcm alasan awk boleh berikan. Sekarang awk angkut la balik mana2 jantan awk suka, merokok la byk mana awk nak. Sy tak nak amik tahu. Buatlah apa saja awk nak. Tak perlu fikirkan sy lagi."


ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| ]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum,...
Salam Sayang U ols,...

1. Setiap benda diciptakan ada baik dan buruknya. So, kalau kita sukakan seseorang atau sesuatu perkara itu, kita terimalah baik dan buruknya. Tak boleh la kalau kita nak pilih yang baiknya sahaja.

2. Kita tak boleh cuba untuk ubah perangai orang lain tapi kita boleh jer sentiasa ubah perangai kita. Tak suka dengan perangai atau sikap orang itu, kita boleh jer pilih untuk menjauhkan diri dari dia.

3. Berdiam adalah lebih baik. Silap cakap akan mengeruhkan lagi keadaan. Cakap banyak-banyak membuatkan orang semakin benci.

4. Jangan lupa diri. Sentiasa ingat siapa kita. Orang yang lupa diri juga mudah dilupakan oleh orang lain.

5. Menyayangi seseorang perlu dibuktikan dengan perbuataan, bukannya dengan kata-kata.

6. Kita akan dibenci orang kalau kita buat perkara-perkara yang menyebabkan orang jadi benci pada kita. Itu hakikat nyata.

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"