Challenge yourself. There's always a sunshine behind the darkness of night.

Saturday, May 28, 2011

Khas untukmu...

Assalamu'alaikum,


Hawa,
Jangan berkecil hati di saat ada laki-laki yang berani mempersoalkan tingkahmu menjaga diri,
Andai perilakumu yang menjaga diri ditafsir menyombong, menjual mahal,
Maka biarlah, dan diamkanlah,
Jangan kau terasa hati,
Lantas memurahkan diri.

Jangan hawa,
Jangan begitu mudah berpaling,
Jangan begitu mudah berubah arah.

Laki-laki,
Maaflah bila kami bukan jenis yang happy go lucky,
Maaflah bila kami bukan jenis yang bubbly,
Maaf juga bila kami jenis yang pendiam,
Membosankan bila diajak bicara,
Tidak up to date dipandangan mata,
Tidak mempersona,
Dengan cara dan gaya.

Maaf,
Bila itu menjengkelkan kamu,
Bila itu bukan pilihan kami,
Bila kami memilih untuk menjauh,
Bila kami memilih untuk menjarak,
Bukan kerana kami menyombong,
Tapi kerana kami takut,
Menjadi fitnah buat kamu,tanpa kami sedari.

Tapi kerana kami bimbang, menjadi pelemah iman laki-laki ajnabi tanpa kami sedar diri.

Laki-laki,
Andai kamu tahu betapa bukan mudah bagi kami,
Membentengi diri,
Membina tembok melindungi hati,
Jangan tersalah tafsir tingkah kami,
Sungguh menjadi fitnah buat laki-laki adalah ketakutan dan kebimbangan yang Selalu mengekori kami…


Tuesday, May 17, 2011

We know but we try not to understand

Assalamu'alaikum,


Sihat semua? Sihat? Sihat? Dalam pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap perpisahan yang tejadi terselit kedukaan yang tidak mampu digambarkan. Kecilnya kita jika nak dibandingkan dengan bumi.

Namun begitu, manusia masih gah dengan kehidupan walau tahu setiap yang dimiliki tak pernah sempurna. Ya, kerana aku juga begitu. Memang tak dapat dinafikan.

Kita penat dengan bebelan ibu bapa. Tapi pernah tak kita fikir bagaimana seorang anak yatim yang mengharapkan kasih sayang ibu bapa? Kita penat untuk ke sekolah, asyik fikir bila nak habis belajar. Tapi pernah tak kita fikir seorang anak terpaksa bekerja demi mencari sesuap nasi? Kita penat dengan hidup ini, yang penuh liku, fitnah, kekejaman dunia. Tapi pernah tak kita fikir macam mana seorang pengidap kanser berjuang untuk mendapatkan satu hari untuk hidup?

Pernah tak kita fikir? Pernah? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi itu realiti. Manusia fikir hanya kesenangan mereka. Untuk tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling. Kerana cukuplah sekadar dengan masalah yang mereka hadapi.

Tapi, pernah tak terfikir, setiap apa yang kita cuba untuk lari dari masalah lain, masalah itu jugalah yang memberi kesan ke atas diri kita. Sebabnya, apa yang berlaku di luar sana, lama-kelamaan akan merebak kepada kita juga nanti. Sejauh mana kita mencuba, ia tetap juga datang.

Ya, manusia memang begitu. Putaran hidup. Dunia semakin maju. Tapi ingat. Belajarlah dari sejarah. Kerana sejarah lah yang mengajar kita untuk tidak mengulang kesilapan. Belajarlah dari kesilapan. Setiap kata-kata yang diucapkan itu adalah doa. Apabila Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia sebagai mana yang kita katakan. Ingat, Allah itu Maha Berkuasa. Tiada siapa mampu melawan kuasa-Nya. Kerana kita cuma insan yang lemah.

Wahai manusia sekalian, tidakkah kamu rasa bangsamu semakin rosak? Tidakkah kamu rasa budi bicara semakin biadab? Tidakkah kamu rasa, semakin hilang adat? Tidakkah kamu rasa orang Barat dijadikan ikutan? Tidakkah kamu rasa semua perubahan itu?

Allah tidak akan mengubah nasib hamba-Nya selagi hamba-Nya tidak mengubah nasibnya. Ya, sering kali kita mendengar ayat ni. Tapi, manusia masih berkelakuan begitu.

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur, seksa neraka jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan Almasih Dajjal."

Fitnah sana sini. Tapi, berani mengatakan diri untuk mengatakan tidak bersalah. Mana perginya prinsip berani kerana benar, takut kerana salah? Ya, di dunia semua orang terlepas, tapi di akhirat kelak, lihatlah, rasailah, semua manusia tidak akan terlepas. Tapi, manusia masih tidak takut. Tidak takut kepada Allah.


Pernah diceritakan satu kisah "Di antara pencuri yang mencuri tapi tidak menunaikan solat dan pencuri yang mencuri tapi menunaikan solat. Mana yang baik? Sesungguhnya, pencuri yang mencuri tapi menunaikan solat itu adalah lebih baik kerana solat itu tiang agama dan perkara pertama yang dihisab oleh Allah. Tanpa tiang maka runtuhlah agama."

Janji sekadar janji. Tapi, pernahkah ia ditunaikan. Lihat saja apa berlaku sekeliling kita. Renungkan dan fikirkan. MasyaAllah. Renungkanlah hadis ini, 'Empat perkara sesiapa yang memilikinya adalah munafik yang nyata dan sesiapa yang memiliki satu daripadanya dia memiliki satu sifat munafik yang mana apabila bercakap dia berbohong, apabila diamanahkan dia khianat, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bergaduh dia melampau."

Sanggupkah kita melihat bangsa kita hancur? Bangsa kita berpecah belah? Di saat bangsa lain bergembira melihat kita bergaduh sesama sendiri, mereka telah pun berjaya melakukannya. Berjaya melihat bangsa kita tidak lagi bersatu. Kalau bangsa kita yang terdahulu sanggup berkorban demi maruah bangsa kita, apakah kita yang hidup di zaman teknologi tidak mampu?

Bangsa dahulu, walau memiliki peralatan tidak secanggih sekarang, tapi mereka miliki semangat juang yang tinggi. Dahulu dan sekarang jauh beza. Kerana itu pentingnya kita belajar sejarah.

Perlukah dibezakan? Warna? Ada apa pada warna? Hijau? Biru? Merah? Putih? Warna belum tentu membuktikan apa-apa perbezaan. Kerana isinya tetap sama. Kerana, manusia tetap manusia. Diciptakan sama sahaja oleh Allah. Cuma yang membezakan cara pemikiran. Lain orang, lain perbuatan.

Ya, aku bersyukur. Aku bersyukur pada-Mu, Ya Allah. Kerana membuatkan aku sedar. Sedar dari lamunan di usia masih muda. Walau, kadang kala aku lalai mengingati-Mu sepanjang masa.

Let's appreciate what we have and thanks to Allah for every single things He gives!

Saturday, May 14, 2011

Melangkah pergi

Assalamu'alaikum,

Kakiku melangkah pergi
Satu demi satu
Menuju ke destinasi
Yang belum pasti

Dan masa terus berlalu
Membiarkan diri ini keseorangan
Melalui detik yang cemas
Tanpa siapa pun di sisi

Maka
Mengalirlah setitis air mata
Mengharapkan bantuan
Tapi siapa?

Apakah mampu manusia kecil ini?
Apakah mampu mengatasinya?
Ya!!!
Bangkitlah!

Semangatmu yang tinggi
Wajar diteguhkan
Tempuhi segala onak dan duri
Biar pun pedihnya takkan hilang

Luka di hati siapa yang tahu?
Hanya Allah sahaja
Hanya Allah sahaja
Yang Maha Mengetahui

Ku merintis lagi
Seakan lamaku menunggu
Dan akhirnya,
Kau jatuh jua...

Sekian, terima kasih.


Monday, May 9, 2011

Ocean Blue

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Makan Malam di Ri-Yaz Heritage bertemakan Ocean Blue anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) [Diploma Sains Kejururawatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Radiografi, Ijazah Perubatan dan Pembedahan, Ijazah Dietetik], UniSZA, malam tadi yang diadakan untuk pelajar yang bakal menamatkan pelajaran dan juga bagi yang berjaya dalam akademik (dekan).


Blue water. Eh?


Dessert


Eh, biru? Water colour?


Cukup ke ni? Tak cukup ni


333 is a unique number and it was mine. But, I never got the cabutan bertuah. Penat tunggu


Our batch '09'



Everyone has their own sweet memories. We shared our happiness and problems together. Even we are always having conflicts to each other, somehow, we are always together.

Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu

Assalamu'alaikum,



Mak
Mak selalu pesan
Saya ingat itu
Tiada siapa dapat beri pesanan yang baik melainkan orang lain
Sebab mak adalah mak saya
Mak saya yang satu
Tiada pengganti lain yang macam mak

Mak
Saya sayang mak
Sentiasa

Mak
Mak pesan jangan lewatkan solat
Ya, dan saya amalkan itu mak

Mak
Mak pesan supaya baca Quran
Jadikan pedoman hidup
Baca bila lepas solat subuh dan maghrib
Tapi mak pesan jangan harapkan waktu itu je
Mak pesan baca bila masa free
Tak kira waktu
Ya, dan saya amalkan itu mak

Mak
Mak pesan lagi
Mak kata
Biarlah apa orang nak buat kat kita
Asalkan kita tak balas perbuatan jahat mereka
Biarlah Allah sahaja yang balas
Ya, mak
Saya ingat itu

Mak
Mak jugak pesan
Setiap hari dan kalau boleh setiap waktu
Walau nak kemana jua
Baca doa
Berzikir
Minta sama Allah
Semoga dipermudahkan segala urusan
Tapi kan, mak
Saya lalai
Bila ingat mak
Baru saya teringat

Mak
Mak kata
Time nak pandu kereta
Jangan pegang stereng kereta dengan sebelah tangan
Jangan bawak laju-laju
Baca doa sebelum start enjin
Tapi, saya buat jugak
Tak dengar kata mak
Mak kata
Memang la Allah tak tunjuk lagi apa bakal terjadi
Tapi bila da kena baru la tau rasanya
Sebab mak pernah accident
Mak jadi macam fobia
Tapi mak selamat dalam accident tu
Betapa besarnya kuasa Allah
Mak kata kalau accident yang macam mak kena tu
Tak de oarang akan selamat
Tapi tak
Allah itu maha Besar
Allah selamatkan mak dan kawan-kawan mak
Alhamdulillah...

Mak
Mak kata
Kalau da ada jodoh
Tunjuk kat mak dulu
Takut nanti tersilap pilih
Mak takut akan jadi macam mak
Mak
Kalau boleh
Saya tak nak kahwin
Saya nak duduk dengan mak je

Mak
Mungkin orang kata saya manja
Tapi tak mak
Mak kenal saya
Mak tak suka memanjakan anak-anak mak
Saya keras hati mak
Saya cepat marah
Saya kurang sabar
Tapi orang lain tak tahu
Mungkin yang rapat dengan saya tahu

Mak
Mak pesan
Adik-adik jangan abaikan
Jangan tinggalkan mereka
Saya sayang adik-adik saya
Walau cuma 3 orang

Mak
Mak pesan
Belajar biar rajin
Jangan malas
Tapi mak, sejak masuk universiti ni
Mood belajar semakin menurun
Tak macam masa zaman sekolah
Kalau boleh,
Saya nak cari diri saya yang sebenar macam dulu
Saya mencuba mak
Saya tau anak mak pasti boleh

Mak
Mak kata
Jangan kata tak boleh
Set in mind that u can do it
Saya ingat itu mak

Mak
Mak kata
Kerja-kerja jangan ditangguh
Nanti binasa diri sendiri
Kalau boleh biar susah-susah dulu
Nak senang biar kemudian

Mak
Mak kata
Jangan lengah-lengahkan masa
Jangan bazirkan waktu
Kalau boleh sampai kat destinasi sebelum tiba masanya
Macam nak pergi ke kelas atau ke mana-mana

Mak
Mak kata
Hidup ni biar bersederhana
Tak payah nak tunjuk apa yang ada
Cukuplah sekadar dengan apa yang ada

Mak
Mak jugak kata
Jangan boros
Tapi saya tak boros
Mak suruh simpan duit untuk kegunaan masa depan
Masa depan masih jauh
Tapi, orang sekeliling anggap kita kedekut
Tapi selama ni...
Saya bagi kat mereka tu apa
MasyaAllah
Kenapa fikiran manusia begitu kolot?
Kalau boleh, tak nak rapat dengan manusia macam ni
Bukan untuk memutuskan silaturrahim
Tapi nak suruh mereka sedar

Mak
Mak kata
Orang Melayu ni sesetengahnya bodoh sombong
Mak kata
Jangan jadi macam mereka
Contohi mana yang baik
Mana yang buruk jauhkan
Mak kata
Ada sesetengah kaum lain suka tengok bangsa kita bergaduh sesama sendiri

Mak
Mak kata
Jangan percaya dengan orang yang kita tak kenal
Dan
Saya ingat pesan mak itu
Orang yang rapat dengan kita pun boleh fitnah kita
Apatah lagi dengan orang lain

Mak
Mak kata
Biarlah orang nak kata diri kita ni apa-apa pun
Yang penting
Ingat pada yang Mencipta kita
Yang beri kita hidup
Allah...

Mak
Pesanan mak memang banyak
Sehinggakan air mataku bergenang
Sebak hati ini tatkala sekadar menulis di blog ni

Mak
Sampai bila pun
Mak saya yang terbaik
Terima kasih sebab lahirkan kami 6 beradik
Pesan mak adalah pesan untuk kami adik-beradik
Saya sayang mak saya!!!
Selamat Hari Ibu!
Tiap-tiap hari adalah Hari Ibu untuk ibuku!
=)

From the bottom of my heart ♥ :

Tuesday, May 3, 2011

Did I?

Assalamu'alaikum,

Things are too bad when :

-> I waste my time.
-> I do not study.
-> Watching movies.
-> Day-dreaming.
-> Do nothing.

I never like all those stupid and whatsoever I want to call that things. I was born to be the way who I am. The way my parents taught me. Treated me since I was small. Trained me. Guided me. Educated me. I shall not to make my parents feel disappointed to me. And I do not want to feel guilty when something bad happens.

"Self-pity is our worst enemy, and if we yield to it, we can never do anything wise in this world"

"Please stop hating each other"

"Please stop spreading the rumours"

"Please stop online AINI ADAM since you have another two papers for final exam and OSCE"


Sunday, May 1, 2011

:)

Assalamu'alaikum,

Cantik nama, indah rupa, petah berbicara.
Oleh : Syafiqah Fasiha



"Kita perlu bersatu dengan kesatuan yang disatukan dengan menyatukan semua persatuan agar bersatu demi yang Maha Satu"

"Rakyat cerdik yang muafakat
membawa berkat
mengundang rahmat
negara selamat
rakyat yang tak sepakat
pasti dicincang lumat
rakyat yang muafakat
pasti dapat manfaat"

"Berpegang teguhlah pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai"
Surah Al-Imran, ayat 103

500 ratus tahun dahulu, yakni 1511
Empayar Melayu Islam Melaka jatuh
Bukan disebabkan hebatnya Portugis
Kerana
Kapten Portugis yang menyerang melaka pernah berkata
"Sekiranya tidak berlaku perpecahan di antara rakyat Melaka, pastinya Portugis tidak akan menang. Walau seramai mana pun kita...

Kita tewas kerana dalaman
kita lemah,
Bukan kerana musuh yang kuat

Itulah pentingnya perpaduan

Bangunlah wahai Muslim, bangun
Yaaa, 500 tahun dahulu memang kita tersungkur di bumi, tetapi adakah kita memerlukan 500 tahun lagi untuk bangun?
Kita dilahirkan mulia
Maka hidup mulia,
Mati juga sebagai mulia

Kita perlu bangkit bersama
Berjuang bersama
Gunung sama kita daki
Lurah sama kita turuni

Berat sama kita pikul
Ringan sama kita jinjing

Hati kuman sama kita cecah
Hati gajah sama kita lapah

Biar seribu musuh di hadapan
Kita serbu buah badai menghilang

Dayun sudah di tangan
Perahu sudah di air
Apa yang kita tunggu lagi wahai Muslim

Mara ke depan
Biar kita mati sebagai pejuang
Jangan hidup bernafas sebagai petualang

Ya Allah,
Pinjamkanlah kami keberanian Umar Al- Khatab
Ketangkasan Khalid Al Walid
Kecekalan Thoriq bin Ziyad
Kekentalan Salahuddin Al Ayyubi
Dan ketajaman Sultan Muhammad Al Fateh

Satukanlah hati kami sebagai rakyat Malaysia yang bersatu, Ya Allah


"Ada apa pada warna? Warna tetap warna, yang membezakan adalah warnanya. Kerana warnalah, wujudnya perbezaan. Sehinggakan wujudnya perpecahan. Tiada lagi kepercayaan sesama kita walau satu bangsa, walau seagama. Kenapa perlu dibezakan? Manusia diciptakan sama sahaja. Dan Allah itulah yang mencipta kita. Bersyukurlah wahai Muslim sekalian. Apakah kita mahu hancur sehancurnya? Dunia akhir zaman...MasyaAllah...