Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

 

Semalam episod terakhir slot drama Tentang Dhia di TV3. Uwaaaaaaaaaaaa... Bengkak mata noks nangis tengok cita nih. 

Sukanya tengok lakonan Nora Danish, memang menjadik! Well done, Nora!! Walaupun si Dhia dan Zikir tak bahagia di dunia, tapi diaorang bahagia di alam lain. Ending macam Romeo & Juliet. 


**Lepas tok nak layan cita apa gik?

Thursday, December 29, 2011

Outside

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok



**Jiwa kacau

Wednesday, December 28, 2011

4th Wedding Anniversary

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Hari ini, 28 Disember 2011,  Alhamdulillah, genaplah 4 tahun usia perkahwinan saya & en. Edel. 

Selamat Ulangtahun Sayang...







 
"Ya Allah Ya Tuhan kami,
Engkaulah yang Maha Agung,
Kami pohon restu keredhaan-Mu,
Jadikanlah ikatan perkahwinan ini selamanya diberkati oleh-Mu,
Agar sentiasa dilimpahi dengan keimanan dan,
Kasih sayang dan peliharalah ia semoga ianya akan
Berkekalan dengan rahmat dan cahaya kasih-Mu
Di dunia dan di akhirst nanti,
Serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah."

Amin Yarabbal Alamin...
 
 
 
 
**Hari tok kandungan aku dah 19 minggu, Alhamdulillah.. Dah nak masuk 5 bulan dah eh, sik berasa kohh.. :)

Saturday, December 24, 2011

Cucur Pusuk

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,
Ini minggu lepas punya story masa saya cuti & en. Edel pun cuti. Al-kisah, en. Edel ingin nak makan cucur. Cucur apa saya tak tahu lah, dia sebut cucur je. So, saya buat je cucur pusuk @ cucur ikan bilis. 

Saya kisar ikan bilis, potong dadu kecil2 bawang besar & cili. Pastuh masuk dalam tepung, campur air & gaul then letak garam & perasa. Saya letak 1 sudu besar tepung jagung supaya rangup. Sedap dimakan bersama dengan air teh, kopi or milo. hehehehe...


 

Beginilah rupa cucur yang saya buat.  Petang2 hari, tengah santai2 dengan family, memang syok layan cucur ni. Sedap hingga menjilat jari, chewaaaaaaaahhh! hahaha..

Oklah, nak layan cita hindi. Esok krismas. So, selamat menyambut hari krismas kepada yang menyambutnya. Yeay! Isnin cutiiiiiiiiiiiiiii!!!  :)

Thursday, December 22, 2011

Tetibe...

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Kalo suami saya ngabas blog saya hari ni, confirm dia geleng kepala...

Kenapa?

Sebab tekak saya tetiba teringin.........


 TEMPURA!!!
(sumber dari google)



 CALIFORNIA MAKI!!!
(sumber dari google)


Kongan suru!! Watashi no sukinatabemono!!

Keluar sudeh bahasa Jepun... hehehehehe... :p


**Sabar Nyza... Sik lamak gik payday!!

Always Craving...

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Selera makan meningkat tapi still tak ada selera nak makan nasi. Lauk-pauk je saya jamah, nasi sure tak habis.

Cuti Awal Muharram last month ada jejak kaki ke TopSpot. Masa tu order butter prawn, ikan siakap 3 rasa dan sayur campur. Tapi tekak ni rasa tak puas dan en. Edel pulak dah mengidam nak makan ketam. Ohhh... Can't wait for next wednesday, sebabnya, adalahhhhhhhhh... Makan besar punya!! hehehe...

Plan memang nak pegi lagi ke TopSpot sebab dah teringin sangat nak ngap : -

Ketam  
(sumber dari google)



Sayur midin goreng belacan  
(sumber dari google)



 Butter prawn, my fav!!! 
(sumber dari google)
Ingatkan hari ni hari Jumaat, tak sabar nak cuti, hari Isnin kan public holiday. hehehe... Dah hujung tahun rupanya. Saya plan hujung bulan ni nak beli sikit2 barang keperluan baby. Banyak juga barang2 Nabihah dulu dah tak tahu ke mana perginya. hehe... 

Oklah, nak kena logout sebab dah tengahari, nak balik lunch. Tetiba rindu mendayu-mendayu dengan en. Edel. Bye!


**Aku rindukan dirimu... Ohhh... jiwang..  :p

Saturday, December 17, 2011

Sup Telur

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,
 
Kelmarin, macam2 saya rasa ingin nak makan. Saya nak makan rojak sotong, abc, nak pergi topspot lagi (maal hijrah hari tu dah pergi dah ke topspot tapi macam tak puas). Dan, teringin nak makan sup telur. 

So, malam tadi saya buat la sup telur. Biasanya saya campurkan dengan kentang. Ummm... Sedaaapp!!


 
Sup telur versi Nyza


Masakan ni mudah je dan senang je. Tapi sedap dimakan begitu sahaja. hehehe... Saya kan baik hati, hehehe, so saya share cara membuatnya ekk... :p

Bahan-bahan:
  • 1 biji kentang bersaiz besar
  • Telur 2 biji (ikut suka)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serbuk lada
  • Air secukupnya
  • Garam & perasa
Cara membuat:
  • Kentang dipotong dadu (saya buangkan kulitnya)
  • Hiris bawang merah, bawang putih dan halia
  • Panaskan minyak, dan tumiskan hirisan bawang & halia tadi sampai naik bau
  • Kemudian masukkan kentang yang dah dipotong dadu, gaulkan
  • Masukkan air dan biar kentang direbus hingga empuk
  • Bila kentang dah empuk sedikit, masukkan teluar dan kacaukan
  • Then, masukkan serbuk lada, garam & perasa
  • Siap untuk dihidangkan, sedap dimakan panas-panas :)

Kalau hari sejuk lagi best menikmati sup telur ni. Dan sekarang ni otak saya ayik fikirkan rojak sotong & abc. Esok en. Edel off, so, "Sayang... baby nak mam rojak sotong & abc" .



**Alhamdulillah, check kat KKIA riya dah dapat dengar heartbeat baby & sekali jak injection. Semoga baby sentiasa aktif & membesar dengan sihat. Amin... 

Baby..., Mama, Ayah & Kakak Bihah sik sabar nunggu kelahiran kitak sayang... :)

Friday, December 16, 2011

Mana Milik Kita

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Marilah sama-sama kita hayati lagu tok & muhasabah dirik.. :)



Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Thursday, December 15, 2011

Banyak Senang

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Today & tomorrow I'm on leave. Bapak & mak saya balik kampung Igan, so takde sapa nak jaga Nabihah, so, saya ambik cuti. Yang bestnya jugak, en. Edel pun cuti. Seronok, dapat luangkan masa bersama... :)

 
Sangat best & seronok sebab saya dapat memasak untuk suami & anak saya. Best jugak kalau jadi surirumah kan, terurus makan minum suami & anak. hehehehe... Memang itu kehendak en. Edel. hehehe... Malunya coz en. Edel curi2 tengok apa yg saya taipkan ni... hauhauhauhau...
Kami 3 beranak stay kat umah mak, tolong jaga rumah & adik saya pun tengah final exam, so kena monitor dia. Walaupun cuti tapi buat keja ofis kat rumah, email sentiasa kena check, tauk ada jak mail dalam inbox. huhuh...

Oklah, takleh lama2, pasni nak tengok Tentang Dhia. Chalo~

Thursday, December 8, 2011

16 weeks @ 4 months

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 


Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 


Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda.





** Next tuesday check-up di KKIA & rasanya kenak injection. huhuhu... Next thursday & friday apply for leave! yippieeeeeeeeee!!
 

Monday, December 5, 2011

Prosperity Burger

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam..

Isnin.. Anda monday blues? Setakat ni, Alhamdulillah, mood saya baik. Semua staffs keluar breakfast, saya dah breakfast di rumah bersama dengan suami & anak tercinta. Terima kasih banyak kat en. Edel kerana sediakan breakfast untuk saya, sebab tadi saya bangun lewat, hari2 saya bangun lewat. thehehehehe...

Jangan pulak memandai kata saya buli suami saya ek... Suami saya ringan tulang bantu saya, tambahan pulak kan saya sekarang ni tengah berbadan dua. hehehe.. :p

Ok, sebenarnya saya nak cerita yang semalam kami 3 beranak pergi McD. Kan saya kaa dalam previous entry yg iklan prosperity burger dah keluar kat tv. Saya memang tunggu burger itu, saya mengidam maaa...



So yummmmmy!! Actually ada 2 set, eh mana satu lagi? Satu saya dah ambik dah, then saya letak tepi, baru ingat nak snap. hehehe... Yang happy meal of cource la tuan puteri Nabihah punya. Seronok Nabihah dapat toys Puss In Boots. Cuti Awal Muharram hari tu, kami ke MBO tengok cerita Puss In Boots, tu yang Nabihah seronok sangat. Best!

Ok, nak "morning prayer" dengan staffs unit jap lagi. Banyak betul perkara nak di update. See ya later! :)

Sunday, December 4, 2011

Sekadar Bicara

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam,

Dah di bulan Disember dah... Sungguh cepat masa berlalu. 28hb ni genaplah 4 tahun usia perkahwinan saya & en. Edel. Dalam tempoh 4 tahun banyak kenangan manis, pahit, cabaran & dugaan kami harungi bersama dan Alhamdulillah, kami harunginya dengan penuh sabar dan menguatkan lagi cinta kami.

Saya ni seorang yang manja dan banyak kerenah. Sebelum adanya Nabihah, saya ni kuat merajuk, sekejap2 nak merajuk, muka muncung. Bila Allah kurniakan Nabihah, masih lagi tabiat merajuk. Tapi, hari demi hari, saya dapat kikiskan tabiat merajuk tu. Saya sensitif orangnya, cepat melenting, baran. Saya garang dengan Nabihah tapi garang saya bertempat. Dengan anak, kita takleh la nak manja sangat kan tambahan pulak Nabihah anak sulung, dia yg akan pimpin dan menjadi contoh kepada adik-adik dia nanti. So, ada part nya saya memang tegas dengan Nabihah.

Terus terang saya katakan, saya dibesarkan dengan semuanya ada. Saya tidak pernah merasa kesusahan. Apa yang saya nak, saya akan dapat. Bila dah jadi isteri, en. Edel tidak pernah mahu melihat saya susah. Apa saya nak, dia belikan. Bila dah jadi ibu, saya mula berdikari. Sikit2 saya belajar untuk  tidak bergantung sepenuhnya dengan suami terutama kewangan. Selagi saya boleh beli sendiri, saya beli dan tidak menuntut or claim dari en. Edel. Sebab saya dah mula belajar dan mengerti betapa susahnya suami bekerja nak menanggung keluarga.

Sekarang ni, bila kami dah tinggal di rumah sendiri, semuanya di atas kaki sendiri, takde mak nak tolong cuci baju, takde mak nak tolong masak, semuanya kami buat sendiri. Baru saya sedar yang tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu bukannya senang. Begitu juga dengan suami, tanggungjawab dia lagi la besar, carik rezeki nak sarakan hidup keluarga. Saya pernah menangis dan menyesali kenapa dulu saya tahu shopping je, tak bersimpan. Saya rasa bersalah bila lihat usaha en. Edel untuk bahagiakan kami anak beranak, sediakan kemudahan kepada kami anak beranak. Saya tahu itu memang tanggungjawab  dia tapi apa gunanya saya sebagai seorang isteri yang bekerja kalau saya tak boleh bantu dia.

Sebab itulah sekarang ni saya mula belajar untuk kurangkan aktiviti shopping. Dulu kalau nak beli handbag 3-4 ratus, sebelah mata je, takde fikir panjang, tapi sekarang, bila tengok handbeg cantik2, saya bercakap dalam hati "melambak handbag di rumah yang masih boleh digunakan...". Kalau dulu, tengok heels cantik2, takde nya nak fikir 2-3 kali, terus beli, tapi sekarang siap tanya dalam hati.. "kalau aku beli, aku pakai ke?..". Turun keja bukan main heels, tok tok tok, tapi sampai ofis, heels buka letak kat bawah meja then sarung selipar jepun. hehehe...

Baju2 Nabihah, dah 4 plastik besar saya kasi kat adik ipar saya & cousin saya. Di rumah, dalam travel beg penuh, ada lagi dalam 2 plastik besar. Betapa suka-sukinya saya membuang duit dulu. Saya traveling ke KL atas urusan keja pun saya shopping dengan penuh hemah sekarang ni.

Komitmen kami sekarang ni besar; rumah & kereta. Prinsip kami kalau nak beli barang secara hutang contohnya kereta, kami taknak hutang lama2. Kan boleh loan sampai 9 tahun tp kami akan ambik loan 7 tahun je. Walaupun kami tahu kalau loan 9 tahun, monthly payment kecik tapi rasa tanggung hutang lama sangat. Begitu jugak dengan rumah. Biar susah2 dahulu, bolehlah hidup senang di kemudian hari. Prinsip saya sekarang, biar sama2 susah dan sama2 senang. Saya taknak suami je susah tapi saya senang2. Kalau saya nak sesuatu, saya akan usahakan sendiri. Kalau bajet tak cukup, saya kata "half2 boleh?" or "tambah sikit, boleh".. heheh..

Apa kata orang, biar ukur baju di badan sendiri. Kalau kaya, suka hatilah kan nak buat apa. Tapi, kalau tarik atas, bawah singkat, tarik bawah, atas pendek, baik takyah nak berlagak. Jangan ingat hidup berumahtangga semuanya suami tanggung. Suami gaji kecik tapi kau nak beli handbag, heels, 2-3 ratus, itu menyusahkan suami namanya.Suami gaji sederhana tapi kau nak handphone mahal2, dslr, emas sampai ke lengan, itu tak tahu malu namanya. Tanggungjawab suami sediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan je yg wajibnya. Kalau suami kau mampu, bonus lah kan.. hehehe... 

Takkan le kau nak kahwin sebab nak penuhkan permintaan nafsu kau je, nak suami beli itu-ini. Itu bukan perkahwinan namanya, itu TAMAK. hehehehe... Macam tu lah, kena faham konsep perkahwinan. Serius saya katakan, masih ada lagi yang tak tahu apa yg di maksudkan dengan perkahwinan, sebab tu banyak kes cerai. Wallahualam.. Siapa la saya nak membicarakan isu tersebut. Ilmu saya pun belum penuh di dada.

Eh, panjang jugak coretan merapu saya hari ni. Coretan saya tak ditujukan kepada siapa2 ye, saya hanya muhasabah diri je. Bukan niat saya nak menunjuk-nunjuk atau nak mengata orang, saya hanya ingin berkongsi dan lu pkirlah sendiri... :)

Ok, masa untuk makan vitamin! 


**Dah ada dah iklan prosperity burger, yum~ yum~ baby dah sik sabar dah nak ngap! hehehe...
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting