Friday, December 28, 2012

Selamat Ulangtahun

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Today is 28th December yo!!



It's our 5th Wedding Anniversary!! :)





Alhamdulillah... Dah 5 tahun kami hidup sebagai suami isteri.
Dan kami dah dikurniakan dengan 2 orang anak yang menambah penyeri dalam kehidupan kami.
Alhamdulillah...

For my beloved husband;

Sayang,
Terima kasih kerana berada di sisiku di masa suka ataupun duka...
Terima kasih kerana sudi mendengar bebelanku...
Terima kasih kerana kenari putih itu untuk ku bawa ke sana ke mari... hehehe..
Terima kasih kerana rumah kita untuk ku dan anak2 berteduh...
Terima kasih kerana menjadi perunding fesyenku...

Terima kasih kerana sentiasa menjaga hatiku...
Terima kasih kerana sudi memnbantu ku  mengurus rumahtangga...
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih di atas segalanya untukku dan anak2 kita...

Sayang,
Kaulah syurgaku...
Maafkanku di atas kealpaan & kesilapanku...
Ku bersyukur kepada Allah swt kerana mengurniakan dirimu sebagai jodohku...
Ku pohon pada Allah Yang Maha Esa agar berkekalan jodoh & ikatan perkahwinan kita hingga ke akhir hayat...
Ku pohon pada Allah Yang Maha Kuasa agar merahmati & memberkati perkahwinan kita.

Tiada kata lagi yang dapat ku ungkapkan...
Bukan handbag, handphone (tapi mau smartphone.. ehee..) mahupun intan permata yang ku pinta darimu Sayang,
Hanya satu yang ku minta agar kau tidak berhenti mencintaiku dan menyayangiku hingga ke akhir hayatmu...

Terima kasih Sayang... :)

Aduhai...

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Alkisahnya Miss P telah pun menyerang setelah 7 bulan 2 minggu selepas bersalin Darwisy.
Dan yang teramat sedihnya saya bila Darwisy reject susu ibu.
Macam2 kaedah, cara saya cuba untuk pujuk Darwisy tp tak berkesan.
Skin to skin pun saya try tp dia taknak jugak.
Bila saya acu cik B, Darwisy nangis melalak.

Saya pam dan hasil pam memang berbeza.
Kualiti susu pun berubah.
Kalau dulu pekat dan berlemak je susu di pam,
tp since miss P ni, pucat & cair je susu.
Mungkin sebab itu Darwisy menolak susu ibu.

Sekarang ni secara rasminya Darwisy dah menyusu FM.
But still menyusu guna botol susu ibu yg saya pam.
Tapi semakin hari semakin berkurangan hasil pam.
Kalau dulu pernah dapat 9oz pam tp sekarang dapat 6oz
kemudian kurang ke 5oz dan pagi tadi pam dapat 4oz jer.

Walaubagaimanapun saya tetap berbangga kerana dapat menyusu Darwisy dengan susu ibu sepenuhnya hingga Darwisy berusia 6 bulan.

Kalau nak diceritakan pengalaman breastfeeding ni, macam2 dugaan & cabaran saya tempuhi.
Darwisy pernah keliru puting di usia 3 bulan, tp Alhamdulillah, dapat ditangani.
Kemudian saya kena masitis which is saluran air susu block & terkena bakteria.
Masya Allah, sakit yg saya hadapi memang susah saya nak describe kan.
Sakit yang amat, demam mengigil saya dibuatnya.

Bila Darwisy dah tumbuh gigi,
kena gigit pulak.... luka ok!
Setiap kali BF memang jantung saya berdebar2 takuuuuuut Darwsiy gigit.
hahahaha..
But secara jujurnya, semua itu adalah kenangan dan pengalaman yang sangat indah bagi saya.

Sekarang ni saya rindukan Darwisy berada di pelukan saya untuk BF.
Tapi semua itu tidak berlaku lagi. huhuhuhu...
Saya redha...
Saya dah berusaha sebaik mungkin...
Dan saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan saya dengan susu yang banyak.
Sepanjang tempoh BF, saya takde ambik apa2 supplement untuk tambahkan susu.
Makanan pulak saya bedal je dan Alhamdulillah tidak menjejaskan penghasilan susu
dan setakat ini perut Darwisy pun tak alah apa2.
Indahnya penyusuan susu ibu.



Anak bujang saya yg suka senyummmmm...
Nak main tab jugak anak mama ni, reti ker? hehehe...

So, sekarang ni saya tak tau lagi nak merancang secara natural ker atau ambik pil.
Kalau dulu saya merancang dengan pil perancang Marvelon dan Alhamdulillah pil tersebut sesuai dengan saya.

Tapi saya rasa cam malas jer nak ambik pil.
Rasa cam nak tambah anak lagi!!! hahahahahah!!!
Pengsan mak saya nanti... hehehe.. :p



Nabihah salu gak pegang perut mama dia dan sebut baby, baby... hehehehe..

Oklah, panjang pulak coretan saya kali ni.



huhuhu..
lama tak tempek gambar sendiri..
rasa cam inggar jak eh letak gambar sendiri kat sini...
eeeeeeee... malu! :p

Nampak kurus kan?
Before preggy berat saya 57kg.
Dan sekarang berat saya 49kg je tau!
tak shukeeeeeeeeee!

Orang lain nak slim tp saya nak gebu...
hehehhe...

Ok, till then, 

Assalamualaikum... :)

Wednesday, December 19, 2012

Si Jantung Hati

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Lamanya menyepi...
Tak ke mana, ada di sini sahaja.
hehehehe...
Melayan kerenah anak-anak.
Cepat bertul masa berlalu,
anak-anak pun cepat membesar.
Dulu kecik je digendong,
sekarang ni sorang buat perangai macam itu,
sorang lagi buat perangai macam ini...
Alahai anak....




Anak dara saya.
Manis orangnya...
Tapi boleh tahan perangai mengada-ngadanya,
hehehhe...




Tahun depan nak masuk tadika,
tapi belum register lagi.
Mama & ayahnya masih pening tak tahu nak hantar si kakak ni tadika mana.
Lepas krismas ni kena settle gak pendaftaran si kakak ni.
Manja sangat, hantar sekolah awal, biar pandai berdikari.





Anak bujang saya.
Ni pun manja, nak begendong je.
2 minggu lagi nak masuk usia 8 bulan.
Alhamdulillah masih fully breastfeeding lagi.
walaupun sekarang ni si adik ni mengalami fasa mogok susu.

Tapi saya masih bersemangat waja nak teruskan breastfeeding.
Akan ku harungi apa jua dugaan & cabaran dalam breastfeeding journeyku ini,
chewaaahhh... :p

Saya search tenet, memang normal sesetengah bayi mogok susu lebih2 lagi kalau si bayi mula belajar merangkak.
Yang penting, si ibu kena banyak bersabar...



Gambar2 ni diambil di Secret Recipe @ Plaza Merdeka.
Seronok jalan2 kat sana.
Nanti nak ajak Ayah jalan2 kat Plaza Merdeka lagi la..
hehehe...

Manja yang amat Darwisy ni tau.
Asyik nak "berkukut" dengan Mama jer,
ayah dukung pun still mata bulat pandang mama.
Kelibat mama tak nampak, mula menangis, congek!

Tak lama lagi tahun 2013.
Harapan saya agar ada rezeki untuk saya bekerja balik.
Ya, saya rindu dengan dunia pekerjaan.
eheeeeeeeeee...

Thursday, December 13, 2012

My Blogshop says HELLO :)

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, akhirnya terlaksana jugak nak ada blogshop sendiri.
hehehehe...

Kepada yang membaca entry ini,
sudi-sudikan diri untuk mengunjugi blogshop saya & be my blogshop follower :)




Antara yang terdapat di blogshop saya.
Nak tengok banyak lagi,
jangan malu, jangan segan,
silalah ke:-

 HONEYZ BOUTIQUE   <-- kindly click here :)

Wednesday, December 12, 2012

Arrived!!

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam..


Stok tudung sampai sudah..
Tunggu nak create blogshop je lagi.
Tapi tuannya masih busy... hehehe.. :)

Friday, November 30, 2012

Bila tekak ingin yang masam...

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Tak habis2 dengan cerita makanan je saya ek..
Nak buat camno, saya suka makan maaa..
hehehe..

Ntah kenape dari minggu lepas lagi tekak ni nak yg masam je...
Dan setiap kali balik jenjalan, pasti beli jeruk/ asam.


 My fav!


 Papaya!

Makan benda alah ni sambil nengok tv, syokkk sangat...
Ada lagi bungkusan samboi lain dalam petiais. 
hehehhe...

Entry diakhiri dengan gambar Homemade Bingka Durian projek saya & mak saya last nite.


Tetiba teringin nak dodol durian!
Haipppp....

Shepherd Pie

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok
Salam,

Entry makan lagi...
hehehhe... :p

Ini adalah percubaan kali ke-3 saya buat Shepherd Pie.
Yang pertama masa bulan puasa.
Yang itu 100% ikut resipi,
guna mushroom soup dlm kentang yang dilenyek.

Yang kedua kalinya buat masa birthday mak hari tu.
Saya olah resipinya menjadikan ia lebih mudah & ringkas.
Ataupun bahan & caranya memang wujud lamanya cuma saya saje yg tak tahu..
hehehhe..





Kali yg ketiga buat bapak yg request.
Suka sangat bapak saya makan.

Actually, senang je pie ni.
Bahan asas yg perlu ada adalah kentang & daging.
Minced beef ke minced chicken ke terpulang dgn citarasa.

Nanti nak try dengan bechamel sauce/ white sauce pulak.
hehehhehe...
ala-ala potato gratin... :)

Gara-gara tengok Masterchef cabaran Pavlova hari tu,
teringin pulak saya nak makan Pavlova.
kebetulan pulak ada whip cream dalam peti ais.
jeng.. jeng.. jeng..
hehehe.. :)

Thursday, November 29, 2012

Kek Lapis Biskut Cheese

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Orang lain kan kalau after bersalin, dapat anak,
sibuk nak kuruskan badan, nak diet.
Tapi tidak saya.
Saya ni asyik nak makan je.
Nafsu makan menjadi-jadi selepas melahirkan anak yg ke-2 ni.
hehehhe...
Alhamdulillah, badan masih slim gitu...
Berkat full breastfeeding, kalori terbakar semua,
sebab tu lemak tak jadi. :)

2 hari lepas saya buat Kek Lapis Biskut Cheese.
Kek ni sangat mudah dan rasanya yg enak.
Saya tak pernah tahu akan resipi kek ini.
Saya mempelajarinya selepas saya berkahwin,
suami yang dapatkan resipi ini dan kasi tunjuk ajar.
kelasssssssssss laki aku.. hehehehhe...

Pernah la buat 2 kali tak silap.
masa tu belum ada anak lagi.
Sekarang anak dah 2 orang, tetiba teringin nak makan...

Cheesenya bukan main bulan lepas dah saya beli.
Biskutnya pun sama.... Biskut Saltcheese..
Kadang2 payah nak cari biskut tu.



 

Inilah Kek Lapis Biskut Cheese yg saya buat.
Maaf ye, jgn hairan rupanya yg sememeh..
al-maklum la projek tengah malam...
tidurkan Darwisy dulu baru dapat laksanakan misi..
heheheh..

Alhamdulillah habis seloyang.
Sedaplah kot kalau habis.
hehehe...
Saya ni tak pandai nak puji masakan sendiri,
kalau habis orang makan, sedap ler tu... hehehhe...
Tak kisah la....
janji suami & anak2 sukaaaaaaaa...

Saya guna loyang 7.5" x 7.5" x 3.5"
So, resipinya.... :


Bahan-bahan:

1 block cream cheese (philadelphia)  bersamaan dengan 250gm; suhu bilik
2 peket biskut saltcheese ( saya guna 1 peket setengah )
1 tin kecil susu manis ( saya bubuh 3/4 tin saja, rasa manis ok je )
Susu segar untuk celup biskut
Serbuk koko untuk hiasan ( saya guna chocolate powder )

Cara-cara:
  1. Cream cheese dipukul bersama susu hingga sebati.
  2. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
  3. Celupkan biskut ke dalam susu segar dan susun ke dalam loyang.
  4. Masukkan sedikit cream cheese yg dah dipukul tadi dan ratakan.
  5. Ulang langkah 3 & 4 hingga habis lapisan dan diakhiri dengan taburan serbuk koko sebagai hiasan.
  6. Sejukkan selama 6 jam atau semalaman baru boleh dimakan.

Mudahkan..
Kalau nak sedap lagi, boleh la taburkan nestum kat atas lapisan cheese tadi.
Saya tak berapa suka sangat banyak elemen dalam masakan,
kalau banyak elemen banyak rasa..
Saya suka rasa sesuatu masakan tu just nice & gedebomm dalam mulut saya.
hehehehe...
Terasa diri macam pakar masakan pulak...
hahahahha...

Selamat mencuba! :)

Wednesday, November 28, 2012

Edisi Bubur

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Di Kuching memenjak ni,
belah petang asyik hujan, suka sangat!
hehehe...
Sejuk maaa.. mesti la suka...

Bila dah hujan, nafsu nak makan itu ini tu meronta-ronta.
Kalau sejuk, mesti nak makan yang panas2 kan,
agar badan terasa sikit hangat... :p

Saya suka makan bubur.
Tak hujan pun kalau dah mengidam,
tak senang duduk saya mesti nak makan jugak.


 

Bubur kacang yang dicampur bersama ubi & keladi
Last 2 weeks buat bubur ni sebab suami mengidam... hehehe...
Kalau ada jagung lagi perghhhhhhhhh! :p


 
 

Bubur durian!!
Sekarang ni kan musim buah,
makanya WAJIB buat bubur durian.
bubur durian ni ada ubi jugak dalamnya.
Tapi ni bukan saya yang buat,
mak yang buat.. hehehhe...
lemak berkrim disukai ramai,
air tangan ibu mestila sedap... :)

Tapi saya lebih suka kalau durian tu di buang bijinya
dan isinya saja diambil untuk buat bubur.
ala-ala puree durian gitu... hehehe..
bolehlah nanti saya cuba buat.. :)

Friday, November 23, 2012

Cerita Birthday si Kakak

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

20 November yang lalu adalah hari lahir Nabihah.
Nabihah dah 4 tahun usianya sekarang.
Tiada sambutan dibuat kerana weekday
dan bajet lari kerana bulan ini adalah bulan pemotongan cukai gaji.
uhukkk...

Tapi, akan dilaksanakan birthday partynya after payday, insya Allah.
hehehe..

Kami jalan2 ke Boulevard & ke The Spring untuk meraikan
harijadinya.

Oleh kerana tahun hadapan Nabihah akan ke sekolah/ tadika,
so, for her birthday present adalah beg sekolah dan bekas untuk bekal ke sekolah.

Jom tengok apa yang Nabihah dapat sempena birthday dia..
hehehe.. :p

 Strawberry Shortcake sling bag


 Set makan & minum barbie


 My 4 years old baby girl

Seronok Nabihah jalan-jalan dan makan-makan.
Big Apple Donut adalah destinasi wajib kalau ke The Spring.
"Kuih O ada krim" - cerdit jak mulutnya.

Semua barang2 kat atas tu adalah pilihan Nabihah sendiri.
Bertuahnyaaa...
Zaman saya kecik2 dulu pakai & guna je apa yg Mak Bapak kasi.
Takde nak pilih2 bagai..
huhuhuh...





Dua beradik yang menceriakan hari saya dan
boleh mengharu-birukan hari saya jugak.. hahahaha..

Thursday, November 15, 2012

6 bulan

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Darwisy dah 6 bulan usianya.
Dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah.
Masih full breastfeeding lagi dan  makan bubur nasi.


Seronok darwisy dalam walker.
Laju benor dah jalan sini jalan situ dgn walker.



Sepanjang tempoh 6 bulan breastfeed Darwisy,
macam2 dugaan & cabaran saya tempuhi.
Alhamdulillah setakat ni tidak lagi patah semangat saya nak teruskan bf.


Tapi, bila Darwisy dah tumbuh gigi, rasa gerun pulak saya.
hehehehehe...

namti kiter citer lagi ye, nak buat bubur ubi untuk suamiku tercinta
yg dah lama mengidam.
heeheheheh...

Sambutan Birthday Mak

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam Maal Hijrah,

11 November hari tu adalah harijadi Mak saya yg ke-62 tahun.
Bapak ajak makan2 kat luar,
tapi memandangkan saya dan abang saya ada anak kecik,
terutama abang saya ada 2 orang anak kecik yg boleh tahan notty nya,
kang tak pasal2 tak makan sibuk kejar anak. hehehe...
So, plan bbq & masak2 kat rumah jer.


 Bapak, Mak & si gendot Nabihah


 Mak potong kek


 Birthday cake for birthday lady ordered from Seattle Coffee Merdeka Palace


 bbq wing... yum!!


 fried bihun & fried macaroni


 Pie yg terlebih brown cheesenya


 mix fruit koktel for dessert


my mom dgn cucunya Hakimurllah aged 2 month.

Yang jadi chef of course la saya.. ehemm..
majlis sambutan dibuat selepas Asar.
Seronok kumpul2 makan2 gini,
macam2 cerita hado...
heheheh..
yang penting Mak happy!! :)

Wednesday, November 7, 2012

Kegemaranku

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Bapak bok balit dari Igan.
Nya pergi ngan adikku pakey darat.
Bok sampey ke Kuching tgh hari tadik.
Banyak buah di oleh cdak.
Dah nang musim buah masa tok.

Kamek orang anak-beranak berambeh di rumah dak mak masa tok.
Neman mak sorang2 duak malam ya tek.
Nak ngajaknya berambeh, rumah mek org ya lom "kemas" gilak.
hehehehe...
Tambahan juak en.Edel nite shift bulan tok,
so bila nite shift nang di rumah mak la mek 3 beranak.
Bapakku bego sik melepas mek 3 ajak di rumah malam2.
Disokong oleh mertuaku,
rumah jauh di semariang aman bukan dpt jalan kaki.
in case ada hal emergency, maklom la berisik anak kecik2.
hehehe..

Antara nak di oleh dak bapakku dari kampung:


buah dabeyyyyyyyyyyyy.....



Kuning jak isiknya, lemak jak rasanya koh..
nyum, nyum..


buah n'kalak

bertambah2 nasik ku makan tgh hari tadik.
susah nak ngoleh buah2 tok sebab buah2tok ngekot musim.

Bapakku ngoleh sayur daun timun banyak naaa..
Alu la bapak ku ngembak mak ku projek linut esok.
Ya rabbi, sa nak lileh air lior ku eh...
hahahah..

Oklah, Adik dah narit baju ngagak mulut.
Tedahnya nak nyusu, nak titon.
Daaa~

Monday, November 5, 2012

Puding Trifle

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Last week saya buat puding trifle.
Actually dari masa mengandung lagi nak buat,
tapi tak berkesempatan.
Dah Darwisy nak masuk usia 6 bulan baru ada masa nak buat.
Patutla Darwisy since usia 3 bulan dah meleleh air liur,
agaknya tak sempat merasa puding ni masa dalam perut...
hahahhahaha.. :p




Puding trifle ku yang sememeh..
hehehe..




Alhamdulillah, suami & Nabihah suka...
Tapi Nabihah makan tang kastard & buah sahaja.
Yang kek tu taknak makan. hurrmmm...

Musim2 panas terasa nikmatnya puding masuk kat anak tekak.
hahahahha...

Saya kalau dok runsing, nafsu nak makan itu ini memang memuncak.
Last few weeks risau nak exam.
Alhamdulillah peperiksaan selamat dilalui.
Tapi saya tak menaruh harapan yang tinggi.
Sebab apa yang saya study langsung tak keluar
sedangkan itu tips yang diberikan.
Tapi tak ada satu pun yang keluar masa exam.
Tawakal je laa...
Ada rezeki tu, adala....
Tunggu result next month.

Ok, dah melalut ke laut.
Nak resipi tak? hehehhe...

Saya dengan baik hati kongsi resipi.
Itupun kalo ada yang sudi dengan resipi ni. :p

Puding Trifle

Layer Bawah:

Swiss roll cake atau apa2 jenis kek pun boleh.

Layer Tengah (Kastard):

1 tin susu cair
4 sudu besar tepung kastard dibancuh dengan 1 tin air
5 sudu besar gula

Layer Buahan:

1 tin buah-buahan koktel (asingkan airnya)

Layer atas sekali:

1 kotak jelly perisa strawberry atau apa2 perisa pun boleh


Cara2: 

1. Potong kek dan susun ke dalam bekas. Susun rapat2. Tuang sedikit air buahan supaya kek menajdi lembap.

2. Susu cair + 4 sudu besar tepung kastard dibancuh dengan 1 tin air + gula di masak dengan api sederhana sehingga menjadi sedikit likat. Biarkan seketika dan tuang ke atas kek tadi. Biarkan sejuk dan kastard jadi beku sedikit.

3. Taburkan buah-buahan koktel tadi.

4. Masak jeli mengikut arahan. Biarkan seketika kemudian tiang ke atas buahan tadi.

5. Biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.

Selamat mencuba!

Saturday, October 20, 2012

Alahai Anak-anakku

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Saja nak kongsi cerita anak-anak saya yg membesar dengan sihat.
Alhamdulillah, dah sepasang dah.. hehehhe..




Kakak yang geram dengan Adik,
grrrrrrrrrrrrr... 

 

Kakak yang geram tadi dah kena buli oleh Adik..
hehehhee.. 
Comel anak-anak Mama ni... :)

 

Darwisy semasa check 5 bulan hari tu
berat dia 7.2kg.
Kuat anak Mama ni, kena inject tak menangis.. heheh..

Sekarang ni dah cuba nak angkat bontot, nak try merangkak.
Alhamdulillah, 2 minggu lagi Darwisy berusia 6 bulan
dan masih full BF.
Saya dah beri Darwisy makan Rice Cerelec dah..
Asyik nak "bergantung" je sampai saya tak dapat nak buat kerja rumah
sebab tu saya kasi dia makan.
Perut kenyang, lena Darwisy tidur.

Manja Darwisy ni.
Taknak dengan orang lain, even dengan nenek pun dia nangis
kalau tak lihat muka Mama dia ni.

Risau ler nanti nak ditinggalkan untuk saya duduk exam.
Hurmm....
Dan saya risau jugak, exam nanti macam mana ler nak pump?
huuhuhuhu...
Exam nak exam tapi saya belum study... Tawakal je la.....
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting