Tuesday, January 31, 2012

Pure Love

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,



Benarlah kata orang, nak luahkan rasa cinta, rasa kasih dan rasa sayang ada dalam pelbagai cara. Sampai rumah, keluar-masuk dapur, tak perasan satu apa pun. 

Bila nak buka petisejuk nak tengok apa barang yang ada untuk di masak, terhenti sekejap anak mata terpandang sesuatu dan senyum sampai ke telinga. 


I love you too Sayang...

Wednesday, January 25, 2012

Hai, hai, hai!

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam,

hohoho... Lama saya tak update. Lately ni macam takde mood nak update. kadang2 rasa blog ni makin hari makin boring. Nak delete akaun tapi sayang gak, sometimes ada cerita yang nak share kat sini. hehe..

Amacam cuti panjang? Saya dok kat rumah saja, buang masa lepak dengan suami & anak depan TV. Makan then TV, bosan, TIDO! hehehe... Nak buat cheesecake, malas pulak. Bahan2 untuk buat trifle complete, tapi lemau nyer nak buat. Peram je bahan2 kat dalam petiais. Haaaa.. apahal ler malas sangat. huhu...

This coming Sunday, adik ipar saya (adik kepada en. Edel) bertunang. Dalam kepala ni dok pikeq nak buat kek untuk makan-makan di rumah mertua nanti. Tapi, tak tahu nak buat kek apa. Rasa nak buat Japanese Cheese Soft Cake. Siap saya kasi link, dulu saya pernah buat. So yummy!! Menghadap kek ni, sekali duduk je jang, confirm laris! hehehe... Cake dia soft & gebu. Rasa cheese dia, uhhhhhhhhh.. argh! tak tahan! heheh..

Rasanya, eh, brapa banyak rasa daa... Rasa nak buat 2 adunan; 1 adunan letak dalam loyang, 1 adunan lagi bubuh kat dalam muffin tray, jadi la Japanese Cheese Soft Cupcake. Uishh, idea baik! Mesti try nih! hehe..

Ok, ok, singgah merapu sekejap je. Nanti update lagi ek. Anyway, Happy Chinese New Year 2012! :)


**23 weeks  :)

Tuesday, January 17, 2012

Coretan di petang hari

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Dulu, selepas melahirkan Kakak Nabihah, saya suka shopping tru online. Boleh dikatakan setiap bulan. Pakaian, kasut budak2 comel sangat. Dari barang anak, saya shooping tudung tru online. Sehingga la ke tahun 2010, saya slow ckit dengan aktiviti online shopping nih. 

Tahun 2011, rasanya memang takde saya beli barang melalui online. Tapi, sekarang saya dah mula balik terjah blog2 shopping online especially baby items. Setakat ni saya terjah je, tengok2, belum beli lagi. Rasa nak beli tu ada, tipulah kalau saya cakap takde, tapi, masih boleh kawal nafsu. hehehe...

Tengok romper, alahai, cute bebeno & harga pulak affordable. Last week scan, insya Allah baby boy, tapi tak tahu lagi lah, sometime, scan girl, lahir boy. Scan boy, lahir girl. Semuanya ketentuan Allah SWT. Lagipun masih terlalu awal saya nak beli, kang kena leter mak. Bukan mak je yang berleter, en. Edel pun sama gak. hehehe...




Rindu betul dengan kawan saya 2 orang nih. Kak Sue yang kiri tu, dia pregnant 1st baby masa nih. Yang bestnye, tarikh due kami berdua sama. hehehe... Yang tengah tu sapa yang tak kenal Cik Fieza. Lama tak jumpa. Ingin nak tengok Kak Sue dengan perut dia. hahahah!

Gambar ni raya tahun 2010, melaram sungguh saya. Sekarang ni, harammm... Takde nafsu terus nak make-up. Nak sapu lipstick or lip balm pun haram. Pergi kerja muka pucat. hahaha.. Pembawakan baby boy kot.. :p

Entry hari ni campur aduk ceritanya. Oklah, jam pun dah pukul 5pm. Saya tunggu en. Edel ambik, saya tak driving coz en. Edel offer nak hantar, saya pun soookaa lah! hehehe.. Bye!




**Ngidam chocolate trifle! Beli bahan lok k polah! heuheheuhe... :p

Saturday, January 14, 2012

Long Update :p

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,

Hari Rabu lepas saya, en. Edel & Kakak Nabihah pergi ke Klinik Healthcare. Saya macam biasalah, Dr. Saadiah, doktor favourite kami sekeluarga. Sebelum ke klinik, saya call dulu, kalau Dr. Saadiah duty, baru saya pergi, kalau doktor lain, saya tunggu hari lain. Cerewet kan? hehehe... 

Tujuan ke klinik coz nak scan baby. Kandungan saya sekarang dah 21 minggu, dah 5 bulan. JM advice saya untuk buat scan setiap bulan memandangkan saya ni GDM (kencing manis semasa hamil). Tujuan scan every month untuk memantau perkembangan bayi & air ketuban.

Alhamdulillah, scan hari tu baby dalam keadaan yang sihat & seronok baring dalam rahim Mama dia. hehehe... Dr. Saadiah siap sukat kepala, kaki, paha... heheh... Tinggi anak Mama ni. Dan, yang paling best, Dr. Saadiah dah dapat kesan jantina bayi, Inysa Allah, baby boy!!! 

Alhamdulillah, seronoknyerrr... en. Edel yang paling seronok coz ada geng. heheh... Setiap kali scan, saya sebak. Sebak gembira tengok anak dalam kandungan membesar dengan sihat. Rasa tak sabar nak jumpa & lihat muka anak yang dikandungkan.

Rasanya next month saya nak direct check-up dengan Dr. Saadiah, coz Dr. Saadiah pun sarankan saya untuk scan setiap bulan. Tapi saya kena bagitahu JM kat KKIA dulu. Saya tak kisah nak pergi 2 buah klinik setiap bulan tapi takut pulak nanti timbul isu saya selalu half day. hurmm... Rasanya JM takde masalah kot kalau saya check-up kat klinik panel. heheh..



Dr. Saadiah kasi vitamin Pramilet, mengandungi semua jenis vitamin, folic acid & mineral. Makan 1 bji 1 hari. Masa mengandungkan Kakak Nabihah dulu, saya tak ambil multivitamin, saya cuma telan folic acid & vit.B. co. yang diberi oleh JM. Kandungan 8 bulan baru saya ambik vitamin Obimin.



Kakak Nabihah yang tak sabar nak bermain dengan adik dia. Sekarang ni, Kakak Nabihah selalu usap perut Mama. Bila en. Edel & Kakak Nabihah hantar saya pergi kerja, Kakak Nabihah akan cakap, "Bait2 Mama, Adik".


Oklah, stop right now, thank you very much! hahahaha... Kang bosan baca entry panjang2. Selamat berhujung minggu.. :)


**Rasa nak molah cheesecake eh.. yum! yum!

Tuesday, January 10, 2012

Creamy Pasta

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam readers,

Lately ni, Alhamdulillah mood saya ok je. Taknak moody2 dah, emosi si ibu akan effect kat perkembangan dan juga perangai anak. Sekarang ni, semuanya hadapi dengan senyuman. Orang cakap itu, cakap ini, saya buat dunno je, buat muka poyo, boleh? hehehe...

Ok, back to topic. Ini menu dinner malam tadi. Siang2 dah cakap kat en. Edel, "malam tok polah pasta Yang" . en. Edel on saja.




Yumsss~ en. Edel gigih potong dadu bawang besar & udang. Lepas tu saya tumiskan, then masukkan creamy sos, heat for 5 mins, then masukkan pasta yang sudah direbus. Tapi, pasta saya overcooked. Lama sangat rebus. hehehe... Tapi, tetap sedap!! Then masukkan sedikit lada. Kacau sehingga sebati, siap untuk dimakan!

Makan masa lagi panas memang nikmat. Perghh!
 
  

Kakak Nabihh, siap thumbs up! hehehe... Selera Kakak Nabihah more ke western macam Mama dia jugak. Alhamdulillah la, suami tak cerewet kan, semua dia on saja.  Melayu, western, japanese, chinese, hentam saja janji HALAL. heheh..

Oklah, back to work. Petang karang tak masuk ofis coz pergi KKIA. Pagi tadi sepatutnya teman bos g meeting di SKM tp memandang keja banyak tak done lagi, bos pergi la sorang2. huhuhu... 



**Nervous ku nak check ptg tok, nait ndak ka berat ku, lak sik nait, kenak anok nurse. hmm...

Saturday, January 7, 2012

Memori dengan Geng

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Happy weekend semua... Tadi godek2 gambar2 lama. Gambar2 masa saya di CMCC, Pejabat Residen Kuching. Senyum saya tengok balik gambar2 dengan geng2 keras. hehehe... I miss them so much. Banyak kisah suka & duka kami kongsi bersama. 

Jom tengok gambar2 yang mengusik jiwa saya.. :)




Geng2 di CMCC dulu. Kat CMCC dulu, persahabatan BEST sangat!! Rata-rata sama kepala. Yang bestnya bila kami berkumpul dan bercerita tentang pengalaman kena marah customer. Semuanya memahami. Sikap tolong-menolong tu sentiasa kami praktikkan. Sorang cover sorang. Sorang geng datang awal, tolong punch kad untuk geng-geng lain. hahahaha.... Rindu geng-geng CMCC 2007!!




Ni pulak kenangan semasa berkhidmat sebagai sukarelawan di Pejabat Residen Kuching. Syarifah yang paling rapat sekali dengan saya. Biasalah kan di gov sektor ni, ramai jumpa yang depan lain, belakang kena tikam. Dah jd budaya di agensi kerajaan. Tapi, sektor swasta pun ada jugak orang yang suka menindas ni. Itulah realiti kehidupan. Cabaran dan dugaan. Hadapi dengan senyuman je, walaupun tak ikhlas. hahaha...

Lama betul saya tak jumpa dengan mereka semua nih. Dulu, kalau ada masalah keja, selesa meluah dengan mereka. Sekarang ni, saya selalu luahkan kat suami. Bukannya di tempat kerja saya sekarang ni saya takde kawan, ada, tapi ntahlah, saya lebih prefer bawak diri saya sendiri. Eh, ada seorang yang saya boleh percaya iaitu Nana tapi sekarang ni dia cuti bersalin.

Oklah, Kakak Bihah dah lapar. Adik Bihah pun lapar dok tendang dari tadi. Sunyi malam ni coz en. Edel keja shift malam. Selamat Malam! :)


**Next week check-up. Nait ndak ka berat ku tok? huhu..

Thursday, January 5, 2012

Begedil Tuna

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Ini cerita hari Isnin lepas, kan PH, so semangat le nak sediakan breakfast untuk suami & anak. hehehhe...  Bangun pagi, rebus kentang, nak buat begedil tuna. I love begedil. My fav! Asalkan makanan berasaskan kentang sudah semestinya saya mudah jatuh cinta. chewahh.. :p



Yums sangat!!!!!!! Ngidam chocolate ice blended SR! Last monday balik dari boulevard dah parking kat depan SR Satok, alih2 Kakak Nabihah kata... "Mama, KFC!", demi anak, batalkan aje nak singgah kat SR. Takpe, lain hari ada... hehehe.. 

Ok, back to work!

Wednesday, January 4, 2012

Menu Dinner Last Night

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Malam tadi saya masak spaghetti. Yang paling seronok of course la Kakak Bihah. Menu favourite dia ni tau. hehehe... Alhamdulillah, en. Edel tak cerewet bab-bab makanan. Dia ngap saja apa yang saya masak. Saya ni yang cerewet sebenarnya. heheh.. :p




Yummylicious!!! 

Selera saya semasa mengandung memang western. Dari zaman mengandung Kakak Nabihah dulu pun sama gak. hehehe... 

Ok, nak share wishlist 2011 yang sudah direalisasikan, Alhamdulillah...

  1. Pindah masuk rumah sendiri - Done in August 2011
  2. New job - Kerja yang tak terikat dengan kontrak, kerja tetap walaupun masih berkhidmat dengan swasta - Done in June 2011
  3. 2nd pregnancy - Actually, ini wishlist dari tahun 2010, tapi Alhamdulillah, rezeki 2011. Syukur ke hadrat Illahi. - End of September 2011.
  4. Peningkatan (performance), achievement di tempat kerja. Dari Executive pada bulan Jun 2011 ke Senior Executive pada Oktober 2011. Alhamdulillah, rezeki anak.

Untuk 2012, ada wishlist jugak tapi wishlist yang berfaedah dan penuh makna, bukan wishlist yang nak meguntungkan & menyenangkan diri-sendiri semata-mata. Iyelah kan, umur semakin hari semakin meningkat, pemikiran pun perlu lebih matang. Setuju? hehehehe...

Bah, sambung keja. Nak siapkan report untuk meeting Jumaat nih. Adusssssss!!


**Paling ku sik suka lah meeting! uwaaaa... 

Tuesday, January 3, 2012

Selongkar

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Semalam, saya selongkar baju2 Nabihah masa new born dulu. Kedong takde buat apa-apa kan, cuti pulak tu. Nak select baju mana yang elok lagi, awal-awal nak keluarkan, nak cuci untuk Adik Nabihah pakai nanti. Gender tak tahu lagi boy or girl, plan next week nak gi scan, Insya Allah, kalau tak busy. Nak scan pun bukannya suka2 nak tengok gender tapi nak tahu perkembangan Adik Nabihah macam mana. Itu yang penting! Boy or girl, saya tak kisah walaupun memang teringin nak baby boy. Semuanya ketentuan Illahi. Insya Allah, kalau ada rezeki baby boy tu, ada, cepat or lambat, saya tak kisah..  hehe... :)




Baju-baju new born, ada gak yang boleh pakai sampai 6m yang still elok lagi. Saya blur jugak masa select baju2 nih, mana yang lainnya. Oh, terlupa yang saya dah kasi kat adik ipar & cousin saya antara baju2 tu. Ini pun kira banyak dan masih boleh digunapakai. Cuma booties, sarung tangan banyak yang dah tercabut getahnya, dah berbulu, so kena top-up sikit. Dan banyak baju kaler pink, kalau Adik Nabihah boy? hehehe... Takpe, tido malam kasi baju pink... hehehehe.. :p

o_O  Tapal pun nak kena top-up jugak.




Aksi Kakak dengan baju2 lama dia. Bila dia tengok baju2 ni,  "baju Bihah tok..",  dan saya jawab, "aok, baju Bihah, berik Adik pakey, ok". Then Bihah senyum.



Sebelah petang, kami ke Boulevard. Mulanya plan nak ke The spring nak survey botol susu kat Poppies, tapi PH kan, sure ramai manusia, nak cari parking payah, so buat keptusan ke Boulevard, pun ramai orang!

Dah discuss dengan en. Edel, barang apa yang perlu beli lagi. Rasanya tilam & bantal perlu beli lagi coz Kakak boleh tahan lokek. Ingat lagi kat rumah Mak, kakak ipar saya letak baby dia atas tilam Nabihah, Nabihah meradang siap cakap, "aieee, Bihah pun..". Just nak survey je barang2, tak plan nak beli coz too early. Saya ingat lagi pesan Mak, kalau nak beli barang baby, biarlah kandungan 7 bulan. Hmmm, bila fikir2 balik, boleh tahan jugak la senarai barang yang diperlukan. hehe..

Bila tengah2 survey barang baby, tengok pulak SALE, baju2 baby RM6.00 ke RM10.00, aisehmen, apa lagi rembat sepasang dua baju. Biarlah si Adik merasa jugak baju baru kan, but enough for the baju. Kang jadi macam Nabihah dulu, ada baju yang tak di pakai terus sebab over sangat banyaknye. hehee..

Oklah, panjang jugak entry ni. Saya bosan sebab sorang2 kat ofis. Yang lain semua ada keja luar. Palak nyaman sikit coz dah pindah ofis, tak tengok muka2 yang menyakitkan hati. hehehehe.. Kerja pun dengan hati senang. Alhamdulillah... 



**Mun di berik bantal, nyaman alu tido tok.. hehehe... :p

1st entry for 2012

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Amacam turun keja pagi nih? Saya, so far, Alhamdulillah... Biasanya, tahun baru orang sibuk bercakap tentang azam baru. Tapi untuk tahun 2012 ni saya lebih prefer untuk tidak me-war-war kan azam baru saya. Biarlah saya sendiri tanam azam saya dan bercambah, kerna saya pasti di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, selagi  saya berusaha, selagi itu langkah tidak terhenti.

Cuma, apa yang boleh katakan di sini, untuk tahun 2012 ni, saya nak balance pengurusan keluarga & kerjaya saya. Sebelum ni saya dapat rasakan bahu saya berat ke arah kerjaya. Saya nak focus dengan anak-anak saya membesar, tabungan anak-anak, masa depan anak-anak. Saya kerja kuat semuanya demi keluarga dan anak-anak yang tercinta.

Biar saya ciput2 je janji anak-anak dapat yang terbaik. Semua ibu-ibu nak yang terbaik untuk anak-anak mereka, saya tidak terlepas untuk jadi yang terbaik dan sediakan yang terbaik untuk anak-anak juga keluarga saya.

Dan, dalam masa yang sama, saya nak juga achieve yang terbaik dalam kerjaya saya. Alhamdulillah, walaupun saya selalu merungut dengan kerja2 saya, selama 6 bulan saya dalam pekerjaan baru saya, saya telah dinaikkan pangkat dari Executive ke Senior Executive. Rezeki anak, syukur ke hadrat Illahi. Seiring dengan pengumuman kenaikan pangkat, masa tu juga saya tahu yang saya mengandung anak yang ke-2. Insya Allah, saya akan buangkan yang keruh, saya focus dengan kerja saya je, lantak le orang suka ke tak suka ke dengan hasil keja saya, janji aku buat keja. Mind my own business.  :)

Lepas ni nak jadi manager pulak, kalau boleh nak jadi director. Insya Allah, itu cita-cita saya. Bak kata boss saya, "Jangan takut dengan INGGAR, jangan inggar makey kot!" .Wahhh, bukan main wishlist aku! At least la kan, nak memperbaiki diri sendiri daripada wishlist ntah apa-apa.. hehehe...

Oklah, nak sambung buat keja. Kang keja delay, sapa nak menjawab? huhuhu... Mulai saat ini, di pejabat kena dahulukan kerja, bukan lama lagi, bulan Mei dah nak deliver, so tak nak keja tertunggak.



KPI unit untuk tahun 2012. Minggu ni perlu bentangkan dengan big boss! Nervous!!! Gud luck for me and rakan seunit saya. Nak tahu, saya seorang je lady dalam unit saya, hehehe... Ladyboss! hahahaha.. Takdelah, just kidding.. :)

Happy New Year 2012!!!


**Tahun Naga tahun tok eh... Ya Rabbi, masuk 28 umur ku tahun tok. huhu.. :p
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting