Salam,
Lately ni saya selalu kena attack "lelah". Banyak bergerak ckit, dah semput.Gaduh dengan Nabihah pun boleh semput, sesak nafas.
Ada masanya saya boleh tahan, tapi ada ketikanya saya "kalah" dan terbaring mencari udara.Pernah sekali, saya sorang2 kat ofis, saya termengah-mengah. Saya tahan, tahan and sharp pukul 5pm, saya kemas barang then drive laju ke rumah mak nak ambik Nabihah.
Sampai di rumah mak, terus naik bilik, terbongkang atas katil, sesak nafas; tarik nafas, hembus, tarik lagi, hembus....... dan saya kosongkan minda saya, pejam mata & saya terlena seketika. Bila tersedar, senja dah, boleh bernafas seperti sedia kala. Balik rumah, taknak bagitahu en. Edel, taknak susahkan hati dia sebab saya dah banyak "menyusahkan" dia.
Since 2nd trimester, en. Edel ringan tulang bantu saya kemas rumah, cuci pakaian, memasak..... Dan saya, asyik penat & tak larat. Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana Dia mengurniakan saya seorang suami yang bertanggungjawab.
Setiap pagi pulak, liat sungguh saya nak bangun dari tidur yang lena. Selalu jugak masuk ofis lewat tapi balik pun lewat, nak ganti masa la katakan... hurmm...
Saya dah inform kat rakan2 seunit saya, yang bulan ini saja saya boleh push diri saya untuk kerja kuat. Hujung bulan ni, kandungan dah masuk 8 bulan, check-up pun dah mula 2 minggu sekali. Saya nak bagi ruang kepada diri saya sendiri untuk fokus dengan kandungan & kesihatan saya. Doktor pun cakap, bila kandungan dah 8 bulan, dah boleh bersedia untuk bersalin pada bila-bila masa walaupun estimate 40 minggu.
Saya rasa rakan2 seunit saya memahami keadaan saya & saya harap pihak pengurusan pun boleh faham. Bukannya saya nak bermalas-malasan tapi saya perlukan ruang untuk berehat dan fikirkan kesihatan diri sendiri dan juga bayi saya yang saya kandungkan.
Dan saya juga cepat melenting dah sekarang. Saya tak suka menerima arahan yg tak masuk akal. Orang tinggi suara ckit, tone saya sepuloh kali tinggi. Orang perangai kurang asam dengan saya, saya limaploh kali kurang asam. Sampaikan ada seorang rakan seunit saya bersuara:
"Kak, kin ari kin garang kitak... Takut mek nangga kitak kak... Mbak ilek2 bah kak... Nak manas jak2"
Bila dengar statement tu, rasa nak gelak pun hado. hehehe... Melenting ni bukan saja nak melenting tapi si luar kawalan saya. Entahlah labu....
Oklah, saya nak rehat dulu ek. Nabihah pun lena dah tido kat sebelah. en. Edel pulak OT nite shift. Gudnite all..... :)