Salam,
Alkisahnya Miss P telah pun menyerang setelah 7 bulan 2 minggu selepas bersalin Darwisy.
Dan yang teramat sedihnya saya bila Darwisy reject susu ibu.
Macam2 kaedah, cara saya cuba untuk pujuk Darwisy tp tak berkesan.
Skin to skin pun saya try tp dia taknak jugak.
Bila saya acu cik B, Darwisy nangis melalak.
Saya pam dan hasil pam memang berbeza.
Kualiti susu pun berubah.
Kalau dulu pekat dan berlemak je susu di pam,
tp since miss P ni, pucat & cair je susu.
Mungkin sebab itu Darwisy menolak susu ibu.
Sekarang ni secara rasminya Darwisy dah menyusu FM.
But still menyusu guna botol susu ibu yg saya pam.
Tapi semakin hari semakin berkurangan hasil pam.
Kalau dulu pernah dapat 9oz pam tp sekarang dapat 6oz
kemudian kurang ke 5oz dan pagi tadi pam dapat 4oz jer.
Walaubagaimanapun saya tetap berbangga kerana dapat menyusu Darwisy dengan susu ibu sepenuhnya hingga Darwisy berusia 6 bulan.
Kalau nak diceritakan pengalaman breastfeeding ni, macam2 dugaan & cabaran saya tempuhi.
Darwisy pernah keliru puting di usia 3 bulan, tp Alhamdulillah, dapat ditangani.
Kemudian saya kena masitis which is saluran air susu block & terkena bakteria.
Masya Allah, sakit yg saya hadapi memang susah saya nak describe kan.
Sakit yang amat, demam mengigil saya dibuatnya.
Bila Darwisy dah tumbuh gigi,
kena gigit pulak.... luka ok!
Setiap kali BF memang jantung saya berdebar2 takuuuuuut Darwsiy gigit.
hahahaha..
But secara jujurnya, semua itu adalah kenangan dan pengalaman yang sangat indah bagi saya.
Sekarang ni saya rindukan Darwisy berada di pelukan saya untuk BF.
Tapi semua itu tidak berlaku lagi. huhuhuhu...
Saya redha...
Saya dah berusaha sebaik mungkin...
Dan saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan saya dengan susu yang banyak.
Sepanjang tempoh BF, saya takde ambik apa2 supplement untuk tambahkan susu.
Makanan pulak saya bedal je dan Alhamdulillah tidak menjejaskan penghasilan susu
dan setakat ini perut Darwisy pun tak alah apa2.
Indahnya penyusuan susu ibu.
Anak bujang saya yg suka senyummmmm...
Nak main tab jugak anak mama ni, reti ker? hehehe...
So, sekarang ni saya tak tau lagi nak merancang secara natural ker atau ambik pil.
Kalau dulu saya merancang dengan pil perancang Marvelon dan Alhamdulillah pil tersebut sesuai dengan saya.
Tapi saya rasa cam malas jer nak ambik pil.
Rasa cam nak tambah anak lagi!!! hahahahahah!!!
Pengsan mak saya nanti... hehehe.. :p
Nabihah salu gak pegang perut mama dia dan sebut baby, baby... hehehehe..
Oklah, panjang pulak coretan saya kali ni.
huhuhu..
lama tak tempek gambar sendiri..
rasa cam inggar jak eh letak gambar sendiri kat sini...
eeeeeeee... malu! :p
Nampak kurus kan?
Before preggy berat saya 57kg.
Dan sekarang berat saya 49kg je tau!
tak shukeeeeeeeeee!
Orang lain nak slim tp saya nak gebu...
hehehhe...
Ok, till then,
Assalamualaikum... :)