Tuesday, August 28, 2012

Syawal...

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,

Saya baru masuk ofis.
Panjang cuti saya kan...
hehehe...
tapi mood beraya saya masih lagi bekobar-kobar..

Gambar raya masih dalam 7D.
Belum transfer lagi.

Ni gambar2 dalam hp saya.
Raya tahun ni kami beraya di rumah sendiri.
Pagi raya berkumpul di rumah Mak.
Sebelah petang pulak berkumpul di rumah Mertua.

Anak2 yg seronok beraya sebab dapat "angpau"..
Kakak kalau org kasi angpau, dia senyum lebar... hehhee..



My lovely princess



My charming prince


2 minggu lagi nak masuk 4 bulan usia anak bujang saya ni.
Alhamdulillah, masih lagi full BF.
Masa check 3 bulan, berat dia 6.3kg.
Si montok nurse panggil Darwsiy. hehehe...



Mama & Darwisy

Lama dah tak tempek gambar sendiri.
Raya ni, setiap rumah yg saya berjarah,
semua tegur, saya slim.. hehehe..
Memang ketara saya slim kaaaaaaannn...
Itulah yang bestnya BF,
badan ramping slim,
tak yah nak diet2 bagai... :p

Malam karang reunion dengan bestfriends saya zaman sekolah dulu.
Tak sabar nak ketawa besar.. hahahha.. 
kecoh bila bertemu balik,
masing2 dah dukung anak.
hehehe... 

Ok, nak buat keja, nanti sembang balik.. :)

SELAMAT HARI RAYA...

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok

Salam,

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Saya mohon ampun & maaf andai selama saya di dunia blog ini,

segala penulisan saya tersinggung perasaan,

terguris hati, terasa pedasnya walaupun tak makan cili.

Jemput datang ke rumah kepada geng2 blogger yang tahu rumah.

Kepada yang tak tahu rumah tapi ada simpan contact number saya,

boleh call kalau nak datang, nanti boleh kasi direction.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Monday, August 13, 2012

Bouncer oh Bouncer

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok
Salam,

Pejam celik pejam celik, dah nak raya dah ek.

Semalam kami anak-beranak pergi The Spring shopping raya.

Dalam keseronokan bershopping tu sempat ke POPPIES.

Ingatkan nak beli botol MAM untuk Darwisy.

Oh ye, lari cerita jap.

Dulu saya belikan 1 botol MAM & twin pack tommee tippie.

Kan hari ada saya storykan yg Darwisy seakan keliru puting.

So, saya tanyak mak, mana satu botol yang fast flow.

Mak cakap yang tommee tippie. So, saya ketepikan tommee tippie,

dan guna botol MAM sahaja, dan ALHAMDULILLAH,

Darwisy tak keliru lagi. So, thats y semalam dah alang2

di The Spring singgahla ke Poppies nak belikan botol MAM.

Kebetulan pulak ada offer twin pack... Va va va... Rezeki...

Bila sampai sana, menggatal pulak saya nak tengok bouncer.

Bajet saya below RM300.00 utk bouncer itupun kalo hado.

Alhamdulillah ada jumpa, Fisher Price pulak tu.

Ada less pulak 20%. Ngaaaa...



Oleh kerana Darwisy ni tak betah nak baring atas katil,

asyik nak dukung je, sebab tu saya beli bouncer ni.

Ada vibration, calming baby supaya dia tido lena.

Ada toys, ada bunyi-bunyian...

Wah, suka2. Dan harga pun dalam bajet saya.



Seronok Darwisy..

Tapi, ada sorang yang over excited.

Sudah tentunya si Kakak. Hehehe..

Oklah, so far Alhamdulillah, persiapan raya semuanya dah settle.

Ok, esok je saya bekerja kemudian saya cuti!!! Yihaaa!! :p

Tuesday, August 7, 2012

Down

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Pasrah...

Tapi tetap tidak berputus asa...

Tapi,

Sekiranya itu kemahuan anak, aku redha...

hurrmm...



** Next week en. Edel cuti, so shopping time!! :p (k nyedap atiku)

Monday, August 6, 2012

In Trouble

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Saya tengah risau yang teramat ni.
Perkara yg saya takuti semenjak masuk balik bekerja selepas cuti bersalin
rasanya dah terjadi.
Darwisy konpius puting!!!

Uwaaaaaa.. :(
Semalam nak directfeed tapi dia menolak.
Saya hangin satu badan.
Masa tu saya memang marah & salahkan orang sekeliling
saya sebab tak 100% support saya utk BF anak.

Support memang ada tp tak membantu.
Sejak mula lagi saya tak setuju bila mak bagi pepet (puting mainan)
kat Darwisy.
Tapi dek kerana mak yg jaga Darwisy semasa saya bekerja,
saya TERPAKSA mengalah.

Saya menangis teresak-esak, tersedu-sedan bila Darwisy mengamuk
bila saya nak DF dia.
Nak tak nak, suami keluarkan stock susu dari chiller, panaskan,
masukkan ke dalam botol, then Darwisy nyot-nyot minum
sampai habis & tido!

Saya menahan amarah & sedih.
Duduk kat dapur, air  mata bergelinangan.

Itu cerita di rumah mak semalam.

Bila sampai di rumah kami, saya tak putus asa.
Saya try nak df Darwisy bila dia mula haus.
Still mengamuk.

Saya peluk erat dia, baring dan cuba df dengan cara baring.
Alhamdulillah, dia menyusu & ngulat dan lenaa...

Selepas sungkey, selepas kemas2 after mandi segala.
Saya biarkan Darwisy sandarkan muka dia kat cik B saya
then dia pandai pulak carik puting cik B.
Alhamdulillah dia menyusu & ngulat dan lenaa..

Bila lena tidur di buai mimpi, saya setkan minda saya
untuk bangun setipa 2 jam df Darwisy.
Alhamdulillah dia menyusu & ngulat & tidur lena...

Balik rumah lepas habis keja nanti macam mana la nanti..

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini...

Down saya bila memikirkan hal itu... hurmm..

Friday, August 3, 2012

Stock

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

2 minggu dah kita berpuasa. Tinggal 2 minggu lagi nak raya.
Pantas masa berlalu.


Saya bukan nak show off ataupun taksub sangat ek tempek gambar stok EBM.
Lagipun saya pasti ramai lagi ibu2 yang lain yang lebih banyak stock diaorang.
Saya nak kongsi sahaja.

Inilah stock EBM yang saya ada setakat ini.
Biasanya yang dikeluarkan hanya 1 botol/ bekas.
Di top-up 2 botol/ bekas.
Risau gak coz takut expired.
Ada jugak bila dah dinyahbekukan,
kaler dia jadi kekuningan, keruh.
Mungkin cara penyimpanan tak elok.
Itupun baru pagi tadi terkena.
Sebelum ini Alhamdulillah, ok je.

Dalam minggu ini memang busy. 
Dengan acara Jualan Hari Raya anjuran KPDNKK.
Memang tak lekat di ofis.
Pam pun hanya 2 sesi sahaja dapat 4 botol.
Biasa pam 3 sesi - 6 botol sehari.

Lepas ni nak ke Boulevard, hari ni bermula Jualan Hari Raya.
Semalam siap tanya dengan cust. service, mana surau,
ada nursing room tak. That lady jawab kalo dekat new wing ada.

Bukan hari2 keluarkan stock EBM.
Macam sekarang ni stay kat rumah mak, suami night shift,
memang tak sentuh EBM.

Cuti raya nanti kompom tak sentuh EBM.
Dah cuti of coz akan directfeed.

Nak cari jalan nak jimatkan space utk EBM.
Pernah gak terbaca kat satu blog, si ibu simpan susu dia dalam plastik
aiskrim utk jimatkan ruang dlm petisejuk.

Erm, 6 hari lagi Darwisy akan berusia 3 bulan.
3 bulan lagi nak cukupkan tempoh penyususan sepenuhnya.
Tapi, kalau termampu & ada rezeki, nak teruskan selama yg boleh.
Aminnnn... Insya Allah... :)


Alhamdulillah Ya Allah, aku bersyukur dengan rezeki yang Kau berikan... 

Chaiyok! Chaiyok!
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting